5 Persediaan Isteri Jika Suami Meninggal Dunia

0
5 Persediaan Isteri Jika Suami Meninggal Dunia

1. Siapa Yang Layak Terima Pusaka.

Perkara ini penting bagi menjaga diri sis daripada fitnah dunia. Al maklumlah, bila cerita bab harta nie orang yang tiada kena mengena pon boleh campur tangan. Pernah saya terima aduan, adik ipar lebih nak rebut harta. Padahal, yang layak terima pusaka rilex jer.

Bagi memudahkan sis, waris faraid adalah ibubapa arwah, sis dan anak-anak. Waris faraid setiap orang berbeza, jadi jika terdapat persoalan boleh whatsapp Hanaffi untuk pastikan.

Selain daripada itu Hanaffi nak pastikan sis tidak makan harta haram, bahasa mudah makan hak orang lain. Walaupon hak anak-anak. Dunia memang kita rasa ok jer, tapi bila dah meninggal tak takut ke?

2. Harta Milik Arwah

Hanaffi cadangkan sis mula ambil tahu berkenaan harta suami. Bukan gila harta, cuma nak pastikan harta atas nama suami benar-benar miliknya. Sebab ada orang beli guna nama orang dan ada orang beli sesuatu guna nama kita. Perkara ini semasa kita hidup memang tiada isu, lepas meninggal macam-macam hal.

Susah nak buat tuntutan jika harta atas nama orang lain. Panjang cerita. Jika dah berlaku baru nak semak pon susah. Elok senaraikan dan letak dalam satu file. Senang!

3. Harta Pusaka Dan Harta Bukan Pusaka.

Ini bagi memudahkan urusan pentadbiran harta nanti, bezakan antara harta pusaka dan bukan harta pusaka supaya tak timbul kekeliruan. Sis untung sebab dapat ilmu nie awal.

Untuk mudahkan sis, Hanaffi senaraikan harta pusaka dan harta yang tidak termasuk sebagai harta pusaka.

Harta Pusaka terbahagi kepada 2 jenis, iaitu harta tak alih dan harta alih.

a. Harta tak alih seperti:

  • tanah
  • rumah
  • sawah
  • bangunan
  • atau semua yang melekat pada tanah

b. Harta alih, adalah harta selain daripada harta tak alih seperti:

  • Duit (saving / current) dalam bank
  • Tabung Haji
  • KSWP
  • ASB
  • Unit amanah
  • Shares
  • Kereta / motorsikal
  • Barang kemas

Harta Bukan Pusaka adalah:

  • Pencen
  • Harta yang dipinjam
  • Harta yang telah dihibah
  • Harta yang telah diwakafkan
  • Bayaran di bawah Akta Keselamatan Social Pekerja 1969 Perkeso
  • Pemberian oleh orang-orang yang menziarahi si mati
  • Duit pampasan atau gratuity
  • Harta yang telah diberi atau dijual kepada orang lain

Harap ini membantu.

4. Harta Sepencarian.

Harta sepencarian adalah harta yang wujud selepas perkahwinan, samada berusaha secara langsung atau tidak langsung. Jika nak tuntut harta sepencarian perlu dilakukan sebelum proses tuntutan harta pusaka!

Perkara ini agak merumitkan jika semua benda baru nak buat. Adakalanya timbul tidak puas hati antara anak-beranak! Ada jangan ingat tak de.

Hanaffi cadangkan sis buat dokumen harta sepencarian semasa hidup nie. Tuntutan harta sepencarian juga boleh dibuat ketika pencerian hidup atau suami berpoligami.

Sis fikirlah masa depan sis sendiri ya.

5. Penamaan.

Semak semua penama di Tabung Haji, ASB, KWSP dan akaun lain. Siapakah yang dimanakan… Adakah anak-anak atau sis? Ingat penama yang dinamakan harus urus duit peninggalan suami secara faraid atau muafakat sesama waris.

Penama yang dinamakan adalah pentadbir bukannya PEMILIK!

Dan pastikan juga letak penama / pentadbir adalah orang dewasa.

Ok, setakat ini saja. Jika perlukan maklumat dan konsultansi, boleh call saya. Saya tak paksa.

Anda boleh whatsapp saya http://www.wasap.my/+60165577653

atau

Call saya untuk appointment 0165577653

atau layari website saya untuk dapatkan ebook PERCUMA. Klik disini https://hanaffi.com

Jangan lupa SHARE & LIKE post nie supaya orang lain dapat manfaat dari sharing anda!

Hanaffi Idris Perunding Professional Harta Pusaka Islam

LEAVE A REPLY