Adakah Semua Harta Atas Nama Si Mati Adalah Harta Pusaka Yang Perlu Di Faraidkan?

Harta Pusaka
Home » Harta Pusaka » Adakah Semua Harta Atas Nama Si Mati Adalah Harta Pusaka Yang Perlu Di Faraidkan?

Apabila seseorang meninggal dunia, waris sering tertanya-tanya. Adakah semua harta peninggalan perlu melalui faraid harta pusaka? Dalam Islam, faraid berperanan menentukan pembahagian harta pusaka secara adil kepada waris yang berhak, termasuk isteri, anak-anak, ibu bapa, dan saudara kandung. Namun, tidak semua harta si mati tertakluk kepada faraid. Harta seperti hibah, wakaf, dan amanah mempunyai peraturan tersendiri yang mungkin mengubah cara ia diwarisi.

Memahami faraid harta pusaka bukan sekadar soal hukum, tetapi juga memastikan hak waris terjamin. Seterusnya mengelakkan salah faham yang boleh mencetuskan pertikaian keluarga. Dalam artikel ini, kita akan meneroka konsep faraid, jenis harta yang perlu difaraidkan, serta langkah-langkah yang boleh diambil waris untuk mengurus harta pusaka dengan bijak.

Langkah bijak mengurus Faraid harta pusaka

Umum mengetahui apabila seseorang Muslim itu meninggal dunia, semua harta yang dimilikinya akan menjadi harta pusakanya. Apabila menjadi harta pusaka, harta tersebut perlu ditabdir mengikut aturan yang telah ditetapkan oleh syariah Islam dan juga undang-undang sivil.

Turutan pentadbiran harta pusaka adalah seperti berikut.

  1. Membayar kos pengurusan jenazah si mati
  2. Melunaskan semua hutang-hutang si mati
  3. Melaksanakan wasiat ke atas harta si mati sekiranya ada
  4. Mengagihkan harta pusaka mengikut aturan faraid atau atas muafakat waris

Oleh itu, waris dan pentadbir harta si mati perlu jelas apakah yang termasuk dalam senarai harta pusaka si mati, dan apa pula harta yang tidak termasuk sebagai harta pusaka.

Harta pusaka si mati boleh dikategorikan dalam dua kumpulan, harta alih dan harta tidak alih.

pusaka isi rumah

Jawapan Ringkas :

Ramai yang beranggapan bahawa semua harta atas nama si mati secara automatik menjadi harta pusaka dan wajib difaraidkan. Hakikatnya, tidak semua harta tertakluk kepada faraid. Sebab itulah penting bagi waris memahami hukum faraid dan cara pengurusan harta pusaka dalam Islam

Segala apa yang menjadi kepunyaan si mati di masa hidupnya, kemudian ditinggalkan untuk waris-warisnya sama ada harta benda, hak-hak dan apa yang termasuk dalam miliknya setelah dia mati.

Apa maksud Harta Pusaka

Harta pusaka merujuk kepada segala aset yang ditinggalkan oleh seseorang selepas kematiannya. Ia boleh berupa harta alih seperti emas, perak, wang tunai, dan perabot, atau harta tidak alih seperti tanah dan rumah.

Semua harta peninggalan ini termasuk dalam takrifan harta pusaka dan perlu dibahagikan kepada waris yang berhak mengikut hukum faraid. Namun, penting untuk memahami proses pembahagian agar ia dilakukan dengan adil dan mengelakkan sebarang pertikaian.

Waris perlu tahu

Dalam sistem faraid, segala isi rumah yang dimiliki oleh si mati perlu dibahagikan secara adil kepada ahli waris yang berhak. Walau bagaimanapun, jika sesuatu barangan telah diketahui sebagai milik isteri atau pihak lain. Ia tidak termasuk dalam harta pusaka si mati dan tidak perlu melalui proses faraid.

Menilai dan mengurus Harta Pusaka

Sebelum pembahagian dilakukan, semua harta pusaka perlu dinilai terlebih dahulu. Barangan yang tiada nilai atau bernilai kecil boleh diambil atau digunakan tanpa perlu melalui proses faraid, tetapi hanya jika mendapat keizinan daripada waris yang lain.

Keperluan bertolak ansur dalam pembahagian

Dalam mengurus harta pusaka, sikap bertolak ansur dan keprihatinan antara waris sangat penting. Perbincangan yang baik dapat mengelakkan konflik dan memastikan semua pihak memahami hak masing-masing, seterusnya mencapai penyelesaian yang harmoni.

jenis harta pusaka

Maksud harta alih

Harta alih ialah harta yang bukan dalam bentuk tanah ataupun rumah.

Apa contoh Harta Alih

Kereta, wang tunai, duit KWSP, ASB, barangan kemas, saham dan sebagainya.

Maksud Harta Tak Alih

Harta tak alih ialah tanah atau kepentingan di atasnya. Contohnya ialah: Tanah yang mempunyai geran dan nama si mati didaftarkan atas namanya. Si mati ada mengusahakan ataupun memohon tanah A.A atau T.O.L semasa hidup daripada membuat bayaran premium

Contoh Harta Tak Alih

Tanah, rumah, kebun, bangunan dan sebaginya.

HARTA TAK ALIH-

Harta Tak Alih lain juga termasuk dalam faraid harta pusaka seperti :

-Hutang si mati yang dijelaskan selepas kematian.
-Kutipan sewa dari harta si mati.
-Dividen/faedah yang terbit dari harta si mati.
-Premium insurans.
-Barang yang terbit selepas kematian seseorang dari hasil usaha si mati semasa hayatnya.
-Semua harta yang diperolehi oleh si mati semasa hayatnya secara halal seperti melalui jualbeli, mendapat pusaka, melalui hibah, hadiah, sedekah dan melalui wasiat.

Bukan Harta Pusaka :

-Harta yang telah diberi/dihibahkan kepada orang lain semasa hayatnya.
-Peninggalan yang telah dijual oleh si mati.
-Harta yang telah diwakafkan.
-Harta yang dipegang amanah oleh si mati.
-Pemberian/sumbangan oleh orang yang menziarahi si mati.
-Wang pencen, ganjaran terbitan dan SOCSO.
-Imbuhan dan saguhati.
-Pampasan insurans dan manfaat takaful.
-Khairat kematian.

Banyak salah faham dan pertikaian yang berlaku tentang harta pusaka kerana kekeliruan tentang status harta pusaka tersebut. Status harta juga sebenarnya boleh dirujuk dan disemak secara terperinci.

Satu per satu melalui dokumen harta, dokumen sokongan atau polisi tertentu yang dibuat supaya lebih jelas dan tepat.

faraid harta pusaka

Menilai harta pusaka dengan bijak

Dalam menentukan sama ada sesuatu barang termasuk dalam harta pusaka, sikap bertimbang rasa amat pentin

Nilai Murni dalam Pembahagian Harta Pusaka

Dalam proses pembahagian faraid harta pusaka, sikap bertanggungjawab, kasih sayang, dan empati amat penting. Waris yang baru kehilangan insan tersayang memerlukan sokongan, bukan sekadar dalam bentuk harta tetapi juga dalam hubungan kekeluargaan.

Selain itu, sikap tidak mementingkan diri sendiri membantu memastikan pembahagian dilakukan dengan adil dan harmoni. Apabila waris saling bertolak ansur, proses faraid dapat berjalan lancar tanpa pertikaian.

Mengurus harta pusaka dengan bijak

Apabila seseorang meninggal dunia, sikap tamak dan mementingkan diri boleh merosakkan hubungan keluarga. Jika waris tidak bertolak ansur, pertikaian boleh berlaku dan merenggangkan silaturahim.

Oleh itu, penting untuk menguruskan harta pusaka dengan berhemah. Jika waris menghadapi kesulitan, mereka boleh menyerahkan urusan ini kepada pihak ketiga seperti wasi untuk memastikan pembahagian dilakukan dengan adil dan hubungan kekeluargaan tetap terjaga.

kasih sayang kepada waris harta pusaka

Kesimpulannya

Segala sesuatu yang ditinggalkan si mati ( faraid harta pusaka ) termasuklah perabot rumah sekalipon, dan juga isinya pada asasnya. Ia merupakan harta pusaka yang perlu dibahagikan secara faraid kepada para warisnya yang berhak.

Dalam masa yang sama, sikap bertolak ansur dan juga keprihatinan perlulah ada sewaktu menentukan jenis harta yang perlu dibahagikan secara faraid. Tujuannya adalah agar tidak pula menzalimi orang lain ataupun merenggangkan hubungan silaturahim sesama ahli waris.

Jangan lah kerana sedikit harta keluarga berpecah belah. Sebab itu pentingnya memahami ilmu faraid dan pengurusan harta pusaka dalam Islam.

Jika ingin membaca berkenaan 101 soalan lazim pengurusan harta pusaka. Klik disini untuk ke blog bacaan.

Semoga coretan ringkan ini dapat membantu dan memberi manfaat kepada anda.. Kami berdoa kepada Allah, semoga Allah sentiasa menunjukkan kita ke jalan yang benar dan diredhai-Nya

Hubungi Kami

Jika ada pertanyaan berkenaan masalah harta pusaka atau perlukan bantuan guaman. Boleh hubungi En.Hanaffi untuk pertanyaan secara PERCUMA di 0165577653 atau Whatsapp (klik button dibawah)
author avatar
En.Hanaffi Idris

Share This Post

Dapat E-Book Hibah Percuma

Khas untuk anda

Leave a Reply

Nak kami bantu anda?

Hubungi segera untuk sesi konsultansi percuma

© 2021 SEZARAH NUR VENTURE (SA0388691-M) . All rights reserved

hanaffi.com

error: Content is protected !!