Apps Kiraan Faraid – Ifaraid Calculator

ifaraid calculator

Hanaffi akan share Apps yang biasa digunakan oleh Hanaffi sendiri semasa sesi konsultansi. Apps nie sangat mudah guna dan user friendly, tak perlu sebarang kepakaran atau pengetahuan mendalam tentang faraid.

Sangat banyak membantu Hanaffi semasa sesi konsultansi.

Sila download di app store : https://apps.apple.com/my/app/ifaraid-calculator/id941013002

1. Selepas download, terus ke bahagian “about” dan tukar kepada bahasa “Malay”. Melainkan anda memang nak belajar guna bahasa english. hehe

2. Dibahagian Pengenalan anda boleh belajar sedikit sebanyak tentang ilmu faraid. Klik list tersebut, akan keluar penerangan.

3. Dibahagian Senarai Waris ini, anda perlu masukkan senarai waris faraid anda. Contoh diatas Hanffi masukkan waris faraid isteri 3 (hehe), bapa, emak dan anak lelaki dan anak perempuan.

4. Dibahagian Pokok Waris akan keluar bahagian faraid dan gamba rajah faraid yang anda isi. Anda boleh masukkan adik-beradik simati, datuk dan sesiapa dalam aps ini.

5. Dibahagian Jadual Pengiraan, akan boleh masukkan anggaran nilai harta yang dimiliki. Klik pada simbol $ dan tekan. Senarai pecahan mengikut nilai telah diagaihkan.

Mudahkan?

Lepas nie anda juga boleh jadi perunding professional seperti Hanaffi. hehe

Hubungi saya untuk pertanyaan di 016-5577653

atau

Whatsapp (klik link ini)

Share This Post

Dapat E-Book Hibah Percuma

Khas untuk anda

47 Responses

  1. AlhamduliLlah tahniah. Sebelum ni terpaksa buka buku faraidh jika ada permasalahan yg perlu diselesaikan. Sekarang buka apps pulak, terus dpt hasilnya. Terbaik tuan

      1. En, jika si mati mempunyai 9 anak tetapi seorang telah meninggal sebelum hari bicara. harta puasa perlu dibahagikan kepda 9 org juga atau 8 org yg masih hidup ??.

  2. Tuan.. Jika si mati se orang lelaki ada 3 anak lelak 2 masih hidup 1 telah mati dan 3 anak perempuan serta 1 isteri..
    Adakah anak lelaki yang telah sama hak seperti anak lelaki masih hidup

    1. Tak. Jika anak lelaki telah meninggal awal, maka tiada bahagian, melainkan akan lelaki tersebut telah meninggal selepas si ayah meninggal. Maka ada bahagian anak tadi.

      Mereka yang layak adalah:
      Isteri 1/8
      Baki harta kepada 3 anak perempuan dan 2 lelaki.

      Jika si mati mempunyai emak dan ayah. Maka mereka juga layak 1/6 setiap orang.

  3. Kalau arwah bapa tiada anak lelaki, hanya 5 anak perempuan dan 1 anak perempuan tiri, siapakah waris nyer lagi – ibubapa sudah lama meninggal .
    Dah harta tanah sudah dibahagi 2 semasa mak ayah masih hidup selepas bercerai, arwah mak ada 6 anak perempuan sahaja tiada lelaki tapi masih ada seorang adik lelaki. Macam mana nak kira ? Ni berkaitan tanah felda.

    1. waris faraid adalah anak kandung ayah dan adiknya saja.

      tanah telah dibahagi 2 dengan bekas isteri tu mcm mana? adakah sekadar cakap mulut? Jika ia dibuat secara sah dengan proses pindah milik dibuat, maka harta yang akan jadi harta pusaka adalah 1/2 bahagian sahaja.

  4. Saya ada pertanyaan, keluarga sy ada kematian berlapis, pertama, arwah adik meninggal, kemudian ayah. Jadi tinggal ibu dan 5 beradik lelaki. Atuk dan nenek sebelah ayah juga telah meninggal dan sebelah ibu juga sama. Jadi bagaimana pembahagian faraid berkenaan encik? Ibu akan dpt berapa bahagian dan 5 beradik lelaki tadi berapa bahagian? Terima kasih

  5. Assalamualaikum….

    Abah dan emak telah meninggal dunia …ayah ada ditinggalkan harta seperti tanah getah dan rumah ..
    Kami ada 11 orang …semua perempuan..

    Bagaimana penyelesaian untuk kami adik beradik memperolehi has setiap kami dakam pembahagian harta tersebut

    1. kena uruskan pusaka, jika tiada orang boleh bantu. Saya boleh uruskan. Call atau wasap saya 0165577653

    2. salam tuan.
      pemunya harta nenek(telah meninggal dunia)
      anak 5 (4 lelaki 1 perempuan ) anak lelaki yang hidup 2 orang.3 da mninggal.
      cucu lelaki 5 perempuan 3.
      cucu2 boleh dapat bahagian??

      1. wasalam, jika anak 5 orang masih hidup ketika pemilik harta meninggal. Maka semua mereka layak terima pusaka walaupon ada diantara anak meninggal selepas itu.

        jika anak-anak telah berkahwin, maka pasangan dan cucu kepada pemilik harta juga layak terima.

        semoga menjawab persoalan en..

    1. sebelum milik suami. seleapas meninggal hak waris faraid itu pon setelah ditolak hutang-hutang arwah.

  6. Salam tuan
    Adakah isteri ada hak dgn KWSP suami sebelum dan selepas suami meninggal. Kalau suami masih ada berapa isteri dapat

    1. sebelum milik suami. seleapas meninggal hak waris faraid itu pon setelah ditolak hutang-hutang arwah.

      isteri layak 1/8 bahagian utk faraid.

      masa suami hidup, atas suami nak bagi berapa. Hak suami

  7. Salam tuan.macam mana pembahagian faraid jika aruah tidak berkahwin.waris yg tinggal ibu serta seorang adik beradik lelaki dan 3 org adik beradik perempuan.

  8. Salam tuan,

    Saya baru nak uruskan pembahagian tanah pusaka ayah (beberapa bidang tanah). Arwah telah meninggal pada 15/03/2022.

    Pada masa yang sama, terdapat tanah arwah datuk(meninggal tahun 1950) belum di buat pembahagian faraid dan tanak milik arwah nenek (meninggal tahun 2001).
    Bolehkah diuruskan secara serentak atau urusan perlu dimulai satu persatu mengikut turutan datuk – nenek – ayah.

    Situasi kedua, terdapat 3 adik beradik datuk tidak mempunyai waris. Adakah kami cucu saudara layak menuntut ke atas tanah tinggalan tersebut. Kami mempunyai sijil daftar kematian nenek saudara tetapi tidak mempunyai sebarang dokumen 2 arwah datuk saudara.

    1. 1. uruskan yang mana boleh dan mudah dulu.

      2. utk kes nie saya cadang dapatkan perintah faraid / sijil faraid. boleh rujuk JPN, tapi saya rasa JPN tak bagi juga info tu. tapi boleh cuba dulu.

  9. Assalamualaikum tuan.. bagaimana pembahagian faraid jika arwah(perempuan) tidak berkahwin.ibu dan ayah arwah telah meninggal dunia sebelum arwah. arwah juga mempunyai abang kandung(meninggal dunia sebelum arwah meninggal) dan kakak seibu lain bapa(masih hidup). Abg kandung arwah juga mempunyai 2 anak lelaki dan 1 perempuan. Adakah anak2 abang kandung arwah layak atau tidak untuk dapat bahagian atau menuntut dari harta arwah? Mohon bantuan

    1. Yang adapat adalah:

      1. Saudara perempuan seibu – 1/6
      2. Anak lelaki kepada saudara lelaki seibu sebapa – Asobah

  10. Assalamualaikum tuan.. bagaimana pembahagian faraid jika arwah(perempuan) tidak berkahwin.ibu dan ayah arwah telah meninggal dunia sebelum arwah. arwah juga mempunyai abang kandung(meninggal dunia sebelum arwah meninggal) dan kakak seibu lain bapa(masih hidup). Abg kandung arwah juga mempunyai 2 anak lelaki dan 1 perempuan. Adakah anak2 abang kandung arwah layak atau tidak untuk dapat bahagian atau menuntut dari harta arwah? Adakah proses faraidh perlu dilakukan kakak seibu lain bapa tersebut?

    1. Jika sekadar permohonan sijil faraid xtiada masalah siapa-siapa dikalangan ahli waris.

      Bagi permohonan surat kuasa digalakkan adalah waris yang lebih dekat kepada si mati.

  11. Salam tuan. Arwah datuk meninggal pd 2001, tgglkn anak ppuan tunggal (mak sy) dan isteri (nenek, meninggal pd 2012). Arwah tgglkn harta pusaka yg x diwasiatkan dan x diuruskan pembhgnnya smpi hari ni. Arwah masa meninggal xde adik beradik (kakak & adik ppuan dh meninggal), kakak arwah tiada anak kandung, adikp ppuan arwah ada 6 anak llaki, 4 anak ppuan. Kes sy ni kategori kematian berlapis, tp bhgn harta arwah utk mak saya adalah 1/2, betulkan sy tuan jika salah.

    1. ya. adik beradik atuk ada bahagian. jadi kena uruskan juga, jika tak akan kekal nama atuk dan makin sukar diuruskan. walaupon cik tahu berapa bahagian pon ia tidak dapat dimanfaatkan. ia akan sekadar tahu saja..

  12. Assalamualaikum tuan.
    Arwah bapa saya ada tinggalkan sebidang tanah kebun getah. Selepas kematian arwah, pokok getah ditebang untuk tanaman semula. Hasil jualan batang getah lebih kurang 20k. Adakah perlu difaraidkan duit tu?
    Sejak arwah bapa meninggal,Urusan tanah ladang di ambil alih oleh ibu saya.

    1. wasalam. perlu faraid juga. apa2 saja yg ditinggalkan termasuk harta yang dijual perlu difaraid.

  13. assalamualaikum tuan

    pakcik saya (anak ke-6 bongsu) yang merupakan OKU dijaga oleh ibu saya (kakak no 4) telah meninggal dunia. beliau tidak berkahwin dan tiada waris..bagaimana pembahagian harta (tanah) simati..dalam geran tanah ada tiga org nama..nama kakak no 2 (telah meninggal dunia) nama kakak no 3 (masih hidup) dan nama pakcik saya..boleh kah nama mak saya dimasukkan dalam geran tanah tersebut

    1. adik beradik arwah dapat bahagian juga. Tetapi bukanlah 1/3 bahagian yang dimiliki oleh arwah dan tidak boleh terus nak masuk nama mak cik macam tu saja.

      kena dapatkan persetujuan waris lain.

  14. Salam tuan, kes ayah saya meninggal pada tahun 2008, urusan faraid selesai kecuali bagi urusan rumah, nenek saya meninggal selepas ayah saya meninggal. Soalan saya, jika saya membuat urusan harta pusaka bagi rumah, adakah ia mengikut nilai semasa rumah sewaktu ayah saya meninggal pada tahun 2008 atau mengikut harga semasa pada tahun 2023, ayah saya hanya berwasiat mulut sahaja semasa hidup.

    1. akan ikut nilai semasa di uruskan. penilaian di pusaka kecil akan ikut nilai terkini.

  15. Assalammualaikum ustaz…

    saya nak bertanya berkenaan tanah kebun felda… ibubapa saya telah meninggal dunia.. saya ada 7 orang adik beradik, 3 perempuan dan 4 lelaki berlainan ibu… 2 anak perempuan telah meninggal dunia… Adakah waris anak perempuan yang telah meninggal juga diwajibkan mendapat bahagian hasil kebun tersebut… bolehkah kami membahagikan samarata hasil kebun tersebut atas persetujuan bersama.. Mohon

    1. jika mereka meninggal sebelum ibubapa, mereka tak layak terima faraid, maka waris mereka juga tidak layak.

      jika selepas mereka layak dan waris juga layak.. jika nak agih sama rata perlu persetujuan bersama, ikutkan perlu persetujuan waris lelaki sebab mereka yang dapat kurang dari bahagian faraid.

      1. jika bapa meninggal, selepas itu baru anak perempuan then baru ibu meninggal… adakah waris anak perempuan juga perlu mendapat hasil kebun tanah pusaka felda itu

  16. Assalamualaikum tuan
    Bapa saya meninggal dunia bln feb 2023
    Kami 5 beradik perempuan ..bapa tiada anak lelaki.
    Mak dh lama meninggal.
    Bapa ada 2 saudarakandung perempuan ( kami pnya mak saudara)
    Harta sebuah rumah dn wang simpanan bank. Bapa tiada buat hibah .

  17. Thanks for sharing this helpful post on the Ifaraid calculator, Kiraan! I’m glad I stumbled upon this resource as I’m trying to learn more about the calculation methods for Ifaraid. Your explanation is clear and easy to understand, and I appreciate the additional examples you provided. Keep up the great work!

Leave a Reply to Azdee Md Adnan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Nak kami bantu anda?

Hubungi segera untuk sesi konsultansi percuma

© 2021 SEZARAH NUR VENTURE (SA0388691-M) . All rights reserved

hanaffi.com

error: Content is protected !!