Bagaimana Proses Tuntutan Pusaka Melalui Amanah Raya?

proses tuntutan pusaka melalui amanah raya

 Tidak mudah bila kehilangan orang tersayang. Apatah lagi bila perlu urus dokumen, waris, dan agihan harta. Ramai yang tidak tahu nak mula di mana, dan risau tersilap langkah. Dalam artikel ini, saya kongsikan langkah demi langkah proses tuntutan pusaka melalui Amanah Raya. Dari borang permohonan hingga pengagihan harta.

Saya juga selitkan panduan faraid lengkap untuk waris beragama Islam agar pembahagian dibuat dengan adil dan sah.

 “Ustaz, saya ada masalah pusaka. Isteri saya meninggal. Hartanya KWSP, Tabung Haji dan rumah atas nama saya.”


Begitulah luahan Abu (bukan nama sebenar) .  Kemungkinan juga suara hati ramai waris yang keliru bila berdepan dengan urusan harta pusaka.

 Dengan info yang betul, urusan pusaka boleh jadi lebih mudah dan tenang. Artikel ini bukan sekadar kisah Abu. Tetapi  ia adalah panduan untuk anda bertindak dengan yakin dan bantu waris lain yang memerlukan.

Jom kita fahami langkah demi langkah proses di Amanah Raya Berhad (ARB) untuk urus harta pusaka si mati.

 1. Permohonan Pentadbiran Harta Pusaka

Langkah pertama ialah mengisi Borang B1 dan menyediakan dokumen sokongan. Borang ini boleh dimuat turun dari laman web rasmi Amanah Raya.

 Dokumen yang diperlukan:

  • Salinan sijil kematian
  • Salinan kad pengenalan waris
  • Salinan sijil nikah
  • Salinan dokumen berkaitan harta (KWSP, Tabung Haji, dan lain-lain.

 Pastikan anda rujuk senarai semak penuh yang disediakan bersama borang. Bila lengkap, hantar ke pejabat Amanah Raya terdekat.

 2. Siasatan dan Pengesahan Maklumat

Pihak Amanah Raya akan menyiasat maklumat si mati dan waris. Tempoh proses ini boleh mengambil masa 6 bulan atau lebih, bergantung kepada kerumitan kes.

 3. Pengeluaran Surat Kuasa Mentadbir

Amanah Raya akan keluarkan salah satu daripada dua jenis surat kuasa:

Jenis Surat KuasaFungsi
Surat Kuasa AkuanAmanah Raya kumpul dan agih harta kepada waris
Surat Kuasa ArahanWaris tuntut bahagian masing-masing di institusi berkaitan

Pembahagian Harta:

  • Bagi si mati beragama Islam: Sijil faraid diperlukan untuk harta bernilai RM100,000 ke atas.
  • Bukan Islam: Pembahagian ikut Akta Pembahagian 1958, Surat Persetujuan Penolakan, atau Surat Pakatan Keluarga.
  • Jika ada wasiat: Pembahagian ikut kandungan wasiat .

4. Penyediaan Akaun Pusaka

Amanah Raya akan sediakan Penyata Akaun Pusaka yang merangkumi:

  • Senarai aset dan hutang si mati
  • Baki harta pusaka
  • Nama waris yang layak dan bahagian masing-masing

 5. Pengagihan dan Penutupan Kes

Setelah semua proses selesai, Amanah Raya akan agihkan harta kepada waris dan tutup kes dalam rekod mereka.

Berapa lama proses tuntutan melalui Amanah Raya ?

Tempoh bergantung kepada jenis harta, bilangan waris, dan kelengkapan dokumen. Secara purata, ia boleh mengambil masa antara 3 hingga 12 bulan.

 Tip Tambahan: Elak Konflik, Rancang Awal

Untuk elak kekeliruan dan perebutan harta, pertimbangkan:

Artikel ini bukan sekadar kisah Abu sahaja. Ia adalah panduan ringkas untuk anda yang ingin urus harta pusaka dengan tenang dan teratur. Kongsikan kepada keluarga dan rakan, agar lebih ramai tahu hak mereka sebagai waris.

peguam harta pusaka di Selangor
Tanya Tuan Hanaffi Idris hal hal berkaitan urusan harta pusaka Faraid Hibah dan Wasiat Perlukan khidmat guaman boleh hubungi terus saya di nombor 016 5577653
author avatar
hanaffi idris

Share This Post

Dapat E-Book Hibah Percuma

Khas untuk anda

10 Responses

  1. salam,

    1. jika sekarang saya wasiatkan harta (rumah) kepada anak2 saya, apakah status harta tersebut jika berlaku penceraian kami.
    a. sekarang harta tersebut disewa dan hasil tersebut diguna untuk perbelanjaan harian dan apa akan berlaku selepas penceraian?
    b. isteri saya ada hak atas harta tersebut?
    c. adakah status wasiat tersebut akan berubah?
    d. saya pesara swasta dan tidak mempunyai pendapatan lain yang tetap
    e. isteri saya kakitangan kerajaan dan masih bekerja

    terima kasih

    1. 1. harta tersebut masih milik en.

      a) harta tersebut masih milik en. melainkan isteri tuntut harta sepencarian, disini kena tengok apa yang hakim putuskan.

      b) jawapan A

      c) wasiat kepada anak tidak akan terjejas, melainkan ada bahagian harta sepencarian keatas rumah tu.

      d) tak jelas, saya xpasti apa yang en cuba bagi tahu saya.

      e) jawapan sama D

  2. Assalam,

    Saya nak tya, kalau dalam konflik keluarga misalannya, adik beradik tak pernah amik tahu khidupan si mati, tak pernah tya khabar kesihatan dan tak pernah tolong bila si mati susah. Layak ke menerima sebahagian harta si mati? Ada cara lain untuk wariskan simpanan kwsp ni kepada yang benar2 layak, mcm isteri yg susah senang bersama suami. Kalau ikut hukum mmg kena difaraidkan. Tapi mcm tak adil kalau dapat kepada ahli keluarga yg bersikap zalim terhadap si mati. Ada yg ckp kwsp tak boleh diwasiatkan. Mohon pencerahan mendalam tuan. Terima kasih

    1. tetap layak. apa yg cik kata ia tidak membatalkan kelayakkan mereka terima.

      jika simati ada anak lelaki, adik beradik arwah tak layak terima.

      KWSP xboleh hibah, jika wasiat boleh tetapi masih tertakluk kepada persetujuan waris faraid.

  3. Arwah ayah saya telah meninggal pada bulan Jun 2021 dan meninggalkan wang di ASB sebanyak Rm 38 ribu. Saya mempunysi adik beradik 4 lelski dan 4 perempuan. Sehingga kini mslh ini masih tidak selesai dan kami adik beradik telah bersetuju utk memberi kuasa kepada abang sulong utk mendapatkan duit tersebut dah akan dibagi sevara faraid kepada adik beradik. Adakah ni mengambil masa yg lama utk diselesaikan. Sebelum ini abg ksmi minta bsntuan rakan dia dan duit telah diberikan sebanyak Rm 700 – 800 tapi perkara ini tidak berjln

  4. assalamualaikum, bapa saudara saya telah meninggal dunia & meninggalkan 3 org anak. Disebabkan 2 anak arwah berada di luar negara maka anak yg tinggal bersama arwah dulu telah menfailkan penyerahan harta atas namanya shj & mengaku bahawa beliau adalah anak tunggal pd simati. Soalannya disini adakah pihak Amanah Raya menyerahkan harta trsbt kdp anak arwah berdasarkan maklumat yg diberi?

    1. mereka akan uruskan sebagai mana maklumat yang diperolehi saja. pihak arb tak tahu pon tentang waris lain.

  5. assalamualaikum nak tanya. biasanya selepas tandatangan dan hantar ke amanah raya borang maklumat akaun penerima duit pusaka dari tabung haji, berapa lama akan masuk duit tu?

Nak kami bantu anda?

Hubungi segera untuk sesi konsultansi percuma

© 2021 SEZARAH NUR VENTURE (SA0388691-M) . All rights reserved

hanaffi.com

error: Content is protected !!