Bagaimana Tuntutan Pusaka Di Amanah Raya?

Ini kisah Abu (Nama samaran).

 

“Ustaz, saya ada masalah pusaka? Isteri saya meninggal. Hartanya kwsp dan tabung haji.. rumah atas nama saya.” Mengeluh Abu kepada saya.

 

“Boleh selesai en. Bla.. bla.. bla..”

 

Okey guys, saya terangkan proses dan prosedur di Amanah Raya, semoga ia memberi manfaat kepada semua.

 

1. PEMOHONAN

Pemohon perlu dapatkan Borang B1 (Borang Permohonan Pentadbiran Harta Pusaka) dan Senarai Semak. Anda boleh download saja borang nie di website Amanah Raya.

 

Antara dokumen yang diperlukan adalah:

– Salinan sijil kematian

– Salinan kad pengenalan waris

– Salinan sijil nikah

– Salinan dokumen maklumat harta

 

*senarai penuh sila rujuk Senarai Semak yang anda download. Dokumen dah lengkap boleh submit ke pejabat Amanah Raya terdekat.

 

 

2. PENYIASATAN DAN PENGESAHAN

Pihak Amanah Raya akan menjalankan siasatan keatas maklumat si mati. Proses ini mengambil masa 6 bulan atau lebih, ia bergantung kepada kerumitan kes.

 

 

3. PENGELUARAN SURAT KUASA MENTADBIR

Amanah Raya akan mengeluarkan surat kuasa dalam bentuk Akuan atau Arahan. Surat Kuasa AKUAN, harta pusaka si mati akan dikumpulkan dan kemudian dibayar kepada waris-waris yang berhak. Manakala bagi Surat Kuasa ARAHAN pula, Amanah Raya akan mengeluarkan Arahan kepada waris-waris yang berhak untuk menuntut bahagian mereka di institusi berkenaan.

 

Untuk makluman, pembahagian pusaka kepada waris-waris yang layak setelah menolak hutang-hutang si mati.

 

Bagi si mati beragama islam, sijil faraid diperlukan untuk pengesahan waris-waris yang layak bagi harta bernilai RM100,00 keatas. Bagi yang bukan beragama islam pula, harta pusaka akan di bahagikan mengikut Akta Pembahagian 1958 atau Surat Persetujuan Penolakan atau Surat Pakatan Keluarga.

 

Jika si mati mempunyai wasiat, maka pembahagian akan mengikut wasiat.

 

 

4. PENYEDIAAN AKAUN

Amanah Raya akan senaraikan aset yang ditinggalkan, hutang-hutang si mati serta baki harta pusaka. Nama waris-waris yang layak terima pusaka dan bahagian waris-waris yang layak juga di perincikan dalam Penyata Akaun Pusaka.

 

 

5. PENGAGIHAN & PENUTUPAN KES

Ini adalah perkara terakhir. Selepas semua proses diatas selesai, maka Amanah Raya akan tutup kes atau selesai dalam rekod mereka.

 

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.

 

Hibah Takaful (klik disini)

Hibah Harta (klik disini)

 

Hubungi saya untuk pertanyaan di 016-5577653

atau

Whatsapp (klik link ini)

 

 

 

Share This Post

Dapat E-Book Hibah Percuma

Khas untuk anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Nak kami bantu anda?

Hubungi segera untuk sesi konsultansi percuma

© 2021 All rights reserved

hanaffi.com

error: Content is protected !!