Betul ke Akta GSA Bertentangan Dengan Hukum Faraid?

Ada orang mendakwa yang Akta GSA (Akta Tanah (Penempatan Berkelompok) ini bertentangan dengan hukum faraid, justeru tidak syariah compliance.

Alasannya sebab Akta GSA mengehadkan dalam geran tanah GSA hanya boleh diletakkan tidak lebih daripada 2 penama sahaja dalam satu masa.

Jadi mereka berkata jika seseorang peneroka itu meninggal dunia, maka disebabkan sekatan tersebut, hanya 2 orang waris sahaja yang boleh diletakkan nama dalam geran.

Maka kata mereka, kalau si mati ada 5 orang anak, sudah pasti kesemua 5 orang anak tersebut ada bahagian faraid masing masing terhadap tanah tersebut. Justeru sepatutnya kesemua nama mereka patut ada dalam geran.

Tetapi disebabkan sekatan itu mereka mendakwa hak-hak waris telah dinafikan. Jadi mereka kata Akta GSA ini bertentangan dengan hukum faraid dan tidak adil.

Sebenarnya kalau kita faham betul betul, Akta GSA ini tidak bertentangan pun dengan hukum faraid.

Pembahagian harta pusaka peneroka yang meninggal dunia masih mengikut hukum faraid.

Cuma memandangkan Akta GSA mensyaratkan dalam geran tanah GSA hanya boleh diletakkan maksimum 2 penama sahaja dalam satu masa, maka kebiasaannya pejabat pusaka akan melantik tidak lebih daripada 2 orang Pentadbir Harta di kalangan waris yang akan bertanggungjawab untuk membahagi bahagikan hasil daripada tanah tersebut kepada waris waris.

Dan hasil atau manfaat daripada tanah GSA tersebut hendaklah dibahagikan mengikut hukum faraid sebagaimana yang diputuskan oleh pejabat pusaka.

Melainkan kesemua waris bersetuju untuk melepaskan hak mereka dan membahagikannya mengikut pembahagian sama rata atau mengikut apa-apa cara pembahagian yang dipersetujui bersama.

Jadi saya berpendapat, kurangnya kefahaman waris-waris tentang hukum faraid dan tiadanya tanggungjawab dan persepakatan antara waris-waris lah yang menghalang perlaksanaan hukum faraid itu sendiri, bukannya Akta GSA tersebut.

Terima kasih.

Kredit: Salkukhairi Abd SukorSebarang persoalan boleh tanya saya, saya cuba bantu sedaya yang boleh.

Saya nak kongsi sedikit, tanah Felda tidak sah untuk buat hibah selagi tidak mendapat kelulusan daripada Felda. Ini kerana tanah tersebuat bukanlah milik peneroka sepenuhnya atau disebabkan pemilikan tidak sempurna milik.

Wasiat kepada bukan waris juga tidak sah walaupun mendapat persetujuan ahli waris, kerana tanah terseut hanya boleh dipindahmilik kepada ahli waris sahaja.

Isu Berkenaan Tanah Felda – Pentadbir Tidak Berpuas Hati Kerana Hasil Perlu Diagihkan Secara Sama Rata.

Pernah ketika saya ceramah di sekolah, salah seorang cikgu mengeluh pada saya yang pentadbir (dikalangan waris) tidak menyerahkan hasil tanah Felda seperti yang dipersetujui.

Mungkin pentadbir merasakan tidak berpuas hati kerana segala usahanya perlu diagihkan sama rata sedangkan yang lain tidak berbuat apa-apa.

Anda rasa macam mana?

Pertama, meraka boleh berbincang sesama waris bagaimana cara nak agihkan hasil dengan mengambil kira usaha pentadbir ini tadi.

Kedua, waris boleh buat permohonan ulang bicara (Borang P) bagi menlantik pentadbir yang baru andai pentadbir gagal menjalankan tugasnya.

Maka unit pusaka kecil akan mengeluarkan perintah pelantik pentadbir dalam Borang F beserta Borang T.

Jadi berfikirlah dengan hikmah bagi menyelesaikan masalah ini.

Hubungi saya untuk pertanyaan di 016-5577653

atau

Whatsapp (klik link ini)

Jangan lupa SHARE & LIKE post nie supaya orang lain dapat manfaat dari sharing anda!

Share This Post

Dapat E-Book Hibah Percuma

Khas untuk anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Nak kami bantu anda?

Hubungi segera untuk sesi konsultansi percuma

© 2021 SEZARAH NUR VENTURE (SA0388691-M) . All rights reserved

hanaffi.com

error: Content is protected !!