Cara Dapatkan Sijil Faraid Di Mahkamah Syariah

Home » Faraid » Cara Dapatkan Sijil Faraid Di Mahkamah Syariah

Ia adalah tugas mahkamah syariah mengeluarkan sijil faraid jika terdapat permohonan daripada mana-mana pihak untuk membahagiakan harta pusaka berdasarkan hukum syarak.

Perkara yang penting dalam sijil faraid adalah kiraan bahagian yang layak diterima oleh setiap ahli waris sebagaimana yang ditetapkan oleh syarak.

Di setiap mahkamah di Malaysia mempunyai peruntukan khusus dalam mengeluarkan sijil faraid seperti dinyatakan dalam Enekment Pentadbiran Agama Islam.

Kita boleh rujuk Seksyen 46(2)(b) Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993. Bidang kuasa mahkamah syariah diperkuatkan lagi dalam Seksyen 50 yang menyatakan:

Seksyen 50. Perakuan-perakuan pewarisan.

“Jika dalam perjalanan mana-mana prosiding yang berhubungan dengan pentadbiran atau pembahagian harta pusaka seseorang si mati Islam, mana-mana mahkamah atau pihak berkuasa, selain daripada Mahkamah Tinggi Syariah atau suatu Mahkamah Rendah Syariah, adalah mempunyai kewajipan untuk menentukan orang-orang yang berhak kepada bahagian dalam harta pusaka itu, atau bahagian-bahagian yang kepadanya orang-orang itu masing-masingnya berhak, Mahkamah Syariah bolehlah, atas permohonan mana-mana orang yang menuntut bahawa dia menjadi benefisiari, atau wakilnya dan setelah dibayar olehnya fee yang ditetapkan, memperakukan fakta-fakta yang didapati olehnya dan pendapatnya mengenai orang-orang yang berhak kepada bahagian dalam harta pusaka itu dan mengenai bahagian-bahagian yang padanya mereka masing-masingnya berhak.”

Rujukan : Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993

Harta pusaka yang ditinggalkan oleh si mati terdiri daripada dua kategori iaitu:

  • Harta tidak alih seperti rumah dan tanah.
  • Harta alih seperti barang kemas, tunai, kenderaan dan seumpamanya.

Baca : Kadar Dan Syarat Bagi Setiap Ahli Waris

Sijil faraid hanya dikeluarkan apabila terdapat permohonan daripada mana-mana pihak.

1. Sijil Faraid

Di dalam sijil faraid atau perintah faraid mengandungi maklumat berkaitan waris faraid atau waris yang berhak keatas harta pusaka si mati dan bahagian yang mereka layak terima berdasarkan hukum syarak yang telah ditentukan oleh mahkamah syariah.

Sangat disarankan pemohon menyelesaikan belanja penyelenggaran jenazah, menyelesaikan hutang, pembahagian harta sepencarian, penyempurnaan wasiat terlebih dahulu sebelem memohon sijil faraid.

Perkara seperti gadaian, tuntutan jual beli, sekatan hak kepentingan tanah dan lain-lain juga perlu juga diberi perhatian agar dapat diselesaikan terlebih dahulu sebelum diagihkan harta secara faraid.

2. Kegunaan Sijil Faraid

Sijil faraid bukanlah sesuatu yang wajib dibuat, ia bergantung kepada dimana pemohon uruskan harta pusaka si mati. Sijil faraid diperlukan apabila:

  • Si mati meninggalkan harta alih sahaja dan pemohon berurusan dengan Amanah Raya bagi mendapatkan surat kuasa. Ia diperlukan oleh pihak Amanah Raya.
  • Si mati meninggalkan harta alih / tidak alih yang bernilai RM2 juta keatas dan kes dirujuk ke Mahkamah Tinggi.
  • Si isteri memohon harta sepencarian di mahkamah syariah, sijil faraid diperlukan bagi mengesahkan waris-waris yang layak terima pusaka si mati.
  • Andai berlaku pertikaian tentang nasab keturunan atau bahagian yang waris faraid terima, boleh memohon sijil faraid untuk mengesahkannya di Mahkamah Syariah.

3. Klasifikasi Permohonan

Pemohon perlu tahu anggaran nilai harta pusaka yang ditinggalkan, kerana ia akan menentukan samada permohonan sijil faraid perlu dibuat di mahkamah tinggi syariah atau mahkamah rendah syariah.

a)  Mahkamah Rendah Syariah

Bagi kes permohonan Perintah Faraid yang didaftarkan di Mahkamah Rendah Syariah hendaklah nilai keseluruhan harta pusaka tidak melebihi seratus ribu ringgit (RM100,000.00)

b)  Mahkamah Tinggi Syariah

Bagi kes permohonan Perintah Faraid yang didaftarkan di Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah nilai keseluruhan harta pusaka melebihi seratus ribu ringgit (RM100,000.00). Selain mengikut nilaian, kes faraid yang berlapis (munasakhat) juga diselesaikan di Mahkamah Tinggi Syariah.

4. Permohonan Sijil Faraid Di Mahkamah Syariah

Anda boleh memohon sendiri sijil faraid di mahkamah syariah. Prosedur ringkasnya sebagaimana berikut:

i. Menyediakan notis permohonan untuk mendapatkan sijil faraid.

ii. Menyediakan afidavit sokongan bagi menyokong permohonan sijil faraid tersebut.

iii. Mengekshibitkan dokumen-dokumen sokongan seperti salinan sijil kematian si mati, salinan surat nikah pasangan si mati, salinan sijil kelahiran anak-anak si mati, salinan sijil kematian bagi waris-waris fardhu si mati yang telah meninggal dunia lebih awal dari si mati, dan lain-lain dokumen yang sesuai sebagai lampiran kepada afidavit sokongan.

iv. Memfailkan notis permohonan beserta afidavit sokongan dan ekshibit-ekshibit tersebut di mahkamah syariah tempat pemohon bermastautin.

v. Mahkamah syariah akan menghantar notis mengenai tarikh perbicaraan kepada pemohon.

vi. Pemohon hadir dengan membawa salinan asal dokumen yang diekshibitkan. Sila bawa saksi bersama.

vii. Mahkamah akan menyoalsiasat pemohon tentang waris-waris si mati bagi mengesahkan waris-waris yang layak mendapat harta pusaka si mati.

viii. Mahkamah akan menyoalsiasat saksi-saksi bagi mengesahkan siasatan terhadap pemohon.

ix. Setelah mahkamah berpuas hati, hakim syarie akan mengeluarkan perintah pengesahan waris dan pembahagiannya mengikut faraid (sijil faraid).

x. Setelah siap sijil faraid dimeterai, pemohon boleh mengambilnya di pejabat pendaftaran Mahkamah Syariah.

Terima kasih kepada En Ahmad Termizi Abdullah atas perkongsian cara memohon sijil faraid di mahkamah syariah.

5. Contoh Sijil Faraid

Ini adalah sijil faraid / perintah faraid yang dikeluarkan oleh mahkamah syariah.

Contoh Sijil Faraid Atau Perintah Faraid - 1
Contoh Sijil Faraid Atau Perintah Faraid - 2

6. Sijil Faraid Hilang

Jika sijil faraid hilang, waris (pemohon) boleh mendapatkan ia semula di mahkamah syariah yang mengeluarkan sijil faraid tersebut.

7. Kos Sijil Faraid

Caj yang dikenakan mahkamah syariah tidaklah mahal, cuma jika anda melantik peguam menguruskan sijil faraid ini dianggarakan dalam RM3000 dan keatas bergantung kepada kerumitan menyediakannya.

Anda berhak melantik mana-mana peguam yang difikirkan sesuai dan selesa dengan anda.

8. Kesimpulan

Sijil faraid sangat diperlukan bagi menentukan bahagian waris faraid ketas harta si mati. Dengan sijil faraid ini dapat mengurangkan risiko penipuan atau penyembunyian waris yang berhak atau manipulasi diantara ahli waris.

9. Hubungi Kami

Pihak kami dapat membantu anda menyediakan dokumen hibah bagi harta yang ingin dihibahkan. Anda boleh hubungi En Hanaffi Idris 016-5577653 untuk khidmat nasihat berkaitan hibah.

Jika ada sebarang soalan, sila komen dibawah. Kami ingin tahu pendapat anda.

Share This Post

Dapat E-Book Hibah Percuma

Khas untuk anda

143 Responses

      1. Assalamualaikum Tuan,

        Arwah Kakak saya telah letak arwah Ayah saya sebagai penama kwsp. Jadi Kwsp minta saya dapatkan surat perintah faraid bagi nak keluarkan duit kwsp tu. Bagaimana nak dapatkan perintah faraid tu.

  1. Assalamualaikum En., bolehkah sijil faraid yang telah dikeluarkan oleh mahkamah tinggi syariah dicabar dan dipertikai semula?

    1. Waalaikumussalam. Boleh pohon sama ada buat rayuan atau buat permohonan semakan kehakiman bergantung kepada kes. Kalau baru sangat, kadang-kadang boleh minta Mahkamah pinda atas asas kesilapan clerical sahaja. tengok fakta kes dulu.

    2. Maaf bertanya, macam mana ya kalau ada berlaku pemalsuan ahli waris sewaktu permohonan sijil faraid

      Kiranya sewaktu permohonan faraid anak angkat (yang ada sijil lahir sah berbinkan simati) mohon sijil faraid & selepas bebeberapa tahun waris-waris simati nak buat permohonan sijil faraid & dapat tahu sijil faraid atas nama simati dah ada

      1. Boleh buat permohonan semakan kehakiman memperbetulkan perintah faraid sebelum ini.

  2. Assalamualaikum Ustaz…
    Saya mahu tahu, boleh ke kita memohon salinan sijil Faraid yang telah disahkan di Mahkamah Syariah.
    Sijil Faraid yang asal berada di tangan bekas isteri arwah abang saya (mempunyai 2 orang anak bawah umur). Kami mempunyai masalah untuk meminjam untuk urusan arwah.

    1. Hi, sy nak tanya sekiranya dag menbuat permohonan di Mahkamah Syariah untuk pembahagian harta. Berapa lama ye perlu tunggu panggilan ke mahkamah?

      1. harta apa yang arwah tinggalkan? jika melibatkan harta selain kwsp perlukan surat kuasa. tiada kewajipan memohon sijil faraid melainkan hanya untuk mengetahui bahagian faraid setiap waris.

        apa-apa boleh wasap saya 0165577653

  3. ASSLAMUALAIKUM DAN TERIMA KASIH TUAN ATAS ILMU YG BERMANFAAT DIBERI OLEH PIHAK TUAN..CUMA SAYA INGIN BERTANYA SEKIRANYA DI AKTA PUSAKA KECIL TELAH MEMYERAHKAN KESELURUHAN DAN KEPENTINGAN KEPADA SEORANG WARIS YG MENYATAKAN DENGAN ALASAN INGIN MENGURUSKAN WAKAF SERTA HUTANG ARWAH. ADAKAH DIDALAM PENGURUSAN PEMBAHAGIAN FARAID ITU SENDIRI TIDAK ADA TERBABIT SAMA SEKALI DALAM PENGURUSAN WAKAF SERTA HUTANG ARWAH SEBELUM PEMBAHAGIAN FARAID ATAU ITU HANYA ALASAN SEMATA YANG DIBUAT UNTUK KEPENTINGAN INDIVIDU. MOHON PENDAPAT TUAN..

    1. perlu selesaikan hutang arwah terlebih dahulu. berkenaan wakaf selepas kematian, had maxsimum adalah 1/3 bahagian sahaja. bagi nilai yang melebihi 1/3 bahagian perlu mendapatkan persetujuan waris faraid.

  4. Assalamualaikum Tuan,

    Ingin bertanya. Apa akan terjadi setelah sijil faraid dikeluarkan, salah seorang waris meninggal dunia & terjadinya waris berlapis sedangkan harta pusaka belum sempurna diagihkan? Perlukah sijil faraid dipinda?

    1. Wasalam. kena tgk untuk apa sijil faraid diperlukan.

      Jika anda berurusan di amanah raya dan kwsp mereka perlukan sijil faraid.

      Untuk urusan di pusaka kecil diperlukan hanya untuk pembahagian yang melebihi 3 lapis atau waris tidak jelas, ini pon atas permintaan pegawai bicara.

      Begitu juga di mahkamah tinggi, sijil faraid tidak diperlukan.

  5. Assalamualaikum En. Hanaffi, sy nak tanye, brape lama proses permohonan sijil faraid mahkamah syariah ni ye? brape kos yg perlu dibayar jika tidak menggunakan khidmat peguam? kebiasaannya lah..terima kasih atas info yg diberi diatas..sangat membantu..

  6. Sebagai contoh, Saya memohon sijil faraid kerana ada harta alih 3 buah motorsikal dan perlu berurusan dgn amanah raya. Bolehkah Di borang sijil faraid Saya issuekan hanya 2 buah motorsikal, dan apabila berurusan di amanah raya, Saya issuekan 3 buah motorsikal? Bolehkah mcmtu tuan?

    1. xde masalah. sbb sijil faraid hanya untuk pengesahan waris faraid.

      harta dimasukkan sekadar untuk menentukan bidang kuasa mahkamah rendah syariah atau mahkamah tinggi syariah sahaja.

  7. Salam. Mohon beri pandangan. Ibu meninggal dunia di Perak. Tanah dan rumah di johor. Dan terdapat insurans hayat yang tiada penama. Insurans perlu sijil faraid. Adakah boleh mohon sijil faraid di Mahkamah Syariah di Perak?

    1. jika buat dimahkamah tinggi dan pusaka kecil tak perli sijil faraid. melainkan nak keluarkan duit segera.

      jika lantik pentadbir, kesemua duit akan masuk ke akaun pentadbir yang dilantik.

  8. Assalamualaikum cik hanaffi.sy ad memohon sijil faraid di mahkamah rendah syariah…lepastu Mahkamah mintak 2org saksi MCM mane ye

    1. sediakan 2 orang saksi lelaki dikalangan waris. jika tiada lelaki, perempuan pon boleh.

  9. Assalamualikum Encik Hanafi, saya ingin bertanya tentang wajib ke keluarga membuat faraid ke atas harta arwah (ibu saya)? Sekarang saya sudah mendapat surat kuasa mentadbir dari mahkamah tinggi untuk urusan pembayaran loan rumah (rumah sudah dilelong), bayaran balik LHDN dan saham CIMB. Setelah selesai semua urusan tersebut, boleh ke kami bersepakat untuk tidak membuat faraid dan bersetuju untuk memberikan wang tersebut kepada suami arwah.

    1. boleh, xde masalah asalkan hutang diselesaikan dan mendapat persetujuan semua waris.

    1. Untuk kes apa?

      mahkamah syariah – waris faraid
      pusaka kecil – dikalangan waris atau orang luar.

      1. Kalau ASB tu dalam kes faraid kan tuan..dlm kes sy,Arwah ayah ada meninggal wang dlm ASB..sy adalah pemohon utk pengeluaran baki duit ASB..utk saksi kes faraid,boleh tidak adik beradik menjadi saksi utk sy?

  10. Assalamualaikum Encik Hanafi
    Saya di dalam proses untuk membantu seorang ibu saudara untuk memohon sijil faraid bagi pihak beliau (setelah kematian suami) & mereka mempunyai seorang anak perempuan. Harta yang dimaksudkan asalnya dari ibu-bapa kepada arwah suaminya. Adakah saya perlu membuat 2 permohonan berasingan kerana ibu kepada arwah suaminya mempunyai harta sendiri & bapa kepada arwah suami pula mempunyai harta sendiri.

    1. Untuk permohonan sijil faraid tak perlu. Ia hanya untuk menentukan bidang kuasa mahkamah rendah syariah atau mahmakah tinggi syariah.

      Jika pn maklum tentang harta pusaka emak dan ayah suami, maka itu perlu diuruskan bahagian mereka dulu. Jika emak dan ayah si mati meninggal sebelum arwah, maka si mati layak terima. Ia permohonan secara berasingan.

      Jika meningggal selepas si mati, maka tidak layak.

  11. Tuan. Sy diminta hadir utk beri keterangan di mahkamah utk permohonan sijil faraid oleh anak tiri sy. Mungkin mereka perlukan dokumen peribadi saya. Adakah boleh jika sy tidak mahu bekerjasama? Adakah perlu selesaikan harta sepencarian dahulu, sebelum permohonan sijil faraid? Bagaimana caranya tuan

    1. boleh saja hadir, xde isu.

      jika ada tuntutan harta sepencarian, bgtaw saja pada pegawai bicara nak selesaikan harta sepencarian dulu. maka pegawai akan tangguhkan sehingga harta sepencarian selesai. Jawapan saya nie bg kes di buat dipusaka kecil.

  12. assalammualaikum encik hanafi.
    Bekas arwah suami sy penama utk kereta kami. Sy gerentor.Sy sudah selesaikan semua bayaran. Tu saja harta atas namanya.
    Mertua sy boleh dapatkan surat faraid?
    Apa langkah seterusnya untuk tukar penama?

    1. boleh buat urusan di amanah raya untuk lantik pentadbir. lepas tu boleh tukar ke nama pemilik baru.

  13. Assalamualaikum En. Hanaffi, saya nak Tanya berkenaan faraid. Mahkamah sudah keluarkan sijil faraid Lebih dari 5tahun. Terdapat 2 waris adik beradik lelaki Dan perempuan. Di sijil bahagian lelaki 2/3 & perempuan 1/3. Tetapi waris sudah bersetuju pembahagian sama rata. Geran tanah sudah bertukar Nama seperti dipersetujui sebelum Ini.

    Soalan saya, bolehkah waris lelaki membuka kes Balik untuk mendapat bahagian (2/3) seperti di dalam sijil faraid? Sedangkan sebelum ini 1/2 bahagian.

    Terima Kasih.

    1. jika dah dipersetujui dah tak boleh tukar dah. sebab ia telah direkodkan. mereka yang tak setuju boleh bawa kes ini ke mahkamah tinggi untuk rayuan.

    1. kena tgk harta apa dan di uruskan dimana.

      jika di amanah raya wajib ada sijil faraid, jika di mahkamah tinggi dan pusaka kecil tak perlu sijil faraid.

  14. Assalamualaikum,macam mana cara nak faraid kn duit kwsp arwah bekas suami saya, arwah ni ada seorang anak perempuan usia 14 tahun,penama kwsp semua atas nama adik beradik,mak dan arwah ayah dia,apa patut saya buat?

    1. Pertama kena bincang dengan penama. Jika tiada keputusan, lantik peguam mewakili pihak puan.

      jika xde bajet, boleh call Biro Bantuan Guaman untuk langkah seterusnya.

  15. Salam..saya nak tanya..arwah ibu saya ada kwsp tapi dia tidak buat penamaan..saya anak tunggal..apa yang perlu saya buat untuk dapat kan hak waris?

    1. wasalam. kena dapatkan surat kuasa. saya boleh bantu untuk dapatkan surat kuasa, 0165577653.

      sekiranya nilai kurang dari rm25k.. kwsp boleh bagi keluar sahaja untuk diserahkan kepada cik sebagai pentadbir.

      jika mak dan ayah kepada arwah masih hidup, mereka juga waris faraid.

      jika atok dah tiada, maka adik beradik arwah juga sebagai waris.

  16. Assalamualaikum wrt…
    Ayah saya telah meninggal dunia pada 2010 dan meninggalkan sebidang tanah sawah. Tanah tersebut telah dibahagikan di Pejabat Pusaka kecil mengikut kaedah faraid. Pada 2019 ibu pula meninggal dunia. Buat masa ini tanah sawah tersebut disewakan kpd org lain. Untuk langkah pertama saya ingin memohon sijil faraid utk membahagikan hasil sewaan tanah tersebut. Namun langkah tersebut tergendala kerana pihak Mahkamah Syariah memerlukan Sijil Penilaian Harta (Bahagian Ibu) untuk menentukan samada permohonan tersebut dibawah bidang Mahkamah Tinggi atau Mahkamah Rendah. Saya telah berhubung dgn Pejabat Tanah tp mereka menyatakan bukan dibawah bidang kuasa mereka. Saya berhubung dengan Jabatan Penilaian & Perkhidmatan harta (JPPH). Mereka menyatakan tiada perkhidmatan kepada orang perseorangan.. Hanya memberi perkhidmatan kepada sektor kerajaan sahaja. Dimanakah pekhidmatan penilaian tanah arwah ibu boleh dibuat bagi membolehkan saya membuat permohonan sijil faraid dibuat. Mohon pencerahan tuan

    1. wasalam. boleh cuba call no nie. cawangan mereka hampir seluruh malaysia.

      JB Jurunilai Bersekutu Sdn. Bhd.
      Board Reg. No. VE (1) 0161
      Company Reg. No. 243121-W
      15.1, 15th Floor, Bangunan Uda
      Jalan Tuanku Abdul Rahman
      50100 Kuala Lumpur
      Malaysia
      T: +603 2166 6588
      F: +603 2162 6588
      E: [email protected]

    1. ikut tempat tinggal.. jika alamat kad pengenalan bukan alamat mastautin.. kena dapatkan pengesahan mastautin oleh imam atau penghulu

  17. Assalamulaikum. Nak tanya bagi pihak nenek saudara. Situasi : Suaminya telah meninggal dunia pada bulan ramadhan tahun 2022, si Arwah dan isteri tiada anak kandung sepanjang kahwin dan tidak pernah bercerai.

    Waris si mati yg telah meninggal sebelum si mati meninggal iaitu ibubapa & adik perempuan.

    Waris si mati yg hidup iaitu isteri, 1 orang adik lelaki dan 2 orang perempuan.

    Harta yg ditinggalkan oleh si mati iaitu harta alih : 4 buah kenderaan dan duit tabung haji. Anggaran harta Rm 50k.

    Soalan:
    1) Perlu tuntut harta sepencarian dahulu ke atau terus je pergi buat amanah raya.

    2)Sijil faraid utk mengesahkan waris yg dah meninggal seperti sijil kematian Ibu bapa si mati dah lama meninggal perlu ke dan dimana hendak cari? Sebab dah lama meninggal.

    1. 1. jika isteri nak tuntut harta sepencarian, ini kena selesai dulu baru baki harta akan di agihkan secara faraid.

      2. anak si mati boleh mohon sijil kematian di JPN, jika menantu yang minta tak dapat rasanya.

  18. Assalammualaikum..bagaimana caranya sya ingin menukar nama kereta dan motor milik arwah suami sya..perlukan sya dapat sijil faraid atau terus dapatkan surat kuasa dari pihak mna.

  19. Assalamualaikum En Hanaffi

    Saya ada buat permohonan pengeluaran wang kwsp bagi pihak arwah suami. Tetapi duit tersebut tidak dapat dikeluarkan kerana arwah suami meletakkan penama atas nama arwah ibu dan ayahnya. Saya perlu mendapatkan surat kuasa untuk membuat pengeluaran wang tersebut untuk selesaikan segala hutang piutang arwah suami. Jadi apa yang perlu saya lakukan untuk prosedur seterusnya.

    1. jika di kl/sgor saya boleh bantu untuk dapatkan surat kuasa tu.

      apa2 boleh wasap saya 0165577653

  20. Assalammualaikum Tn Hanaffi
    Saya ada seorang anak perempuan tunggal. Simpanan KWSP saya buat penamaan kpd anak saya. Bagaimana saya mahu supaya semua wang kwsp saya kpd anak tunggal saya jika apa2 berlaku pd saya tanpa faraid. Boleh ke saya buat wasiat?

    1. boleh buat wasiat, tetapi masih tertakluk kepada faraid.

      jika duit tu dah ada di tangan, boleh buat hibah.

  21. Jika arwah (bujang) tinggalkan harta alih shj ASNB bernilai RM200,000 dan amanah raya perlukan sijil faraid, ini bidangkuasa Mahkamah Tinggi Syariah atau Mahkamah Rendah? Terima kasih.

    1. ia ikut negeri yang tetapkan had tu. setiap negeri berbeza.

      jika cik di kl/sgor saya boleh buat lantik pentadbir. duit tu akan masuk ke pentadbir. nanti pentadbir agihkan. tak perlu buat sijil faraid.

      apa2 boleh wasap saya 0165577653

  22. Assalamualaikum Tn. Hanaffi..maaf saya nak tanya..saya & arwah suami menetap di selangor..saya akan berpindah balik ke perak bulan 12 ini..bolehkah nanti jika saya mohon sijil faraid di mahkamah syariah Perak ataupun mesti mohon di mahkamah syariah selangor?

      1. sekarang masih dengan urusan amanah raya..sijil kematian asal ada pada mereka..tu yang takut xsempat nak settle sebelum bulan 12 ni..

  23. Assalamuailaiikum Tn.Hanaffi saya nak bertanya jika arwah suami tiada membuat penama KWSP blhkah saya buat pengeluaran wang tersebut, dan saya ada rumah diatas nama bersama blhkah pengeluaran tersebut digunakan untuk membayar hutang rumah terlebih dahulu sebelum membuat faraid dan bagaimanakah caranya.

    1. wasalam.

      kwsp mmg wajib digunakan untuk bayar hutang arwah terlebih dahulu. Saya saran mohon guna surat kuasa agar duit tersebut akan diserahkan kepada pentabdir secara keseluruhan.

      jika guna mohon guna sijil faraid, pihak kwsp akan serah bahagian mengikut sijil faraid. adakalanya ia akan merumitkan keadaan apabila waris tidak mahu menyerahkan kepada pentadbir.

      boleh whatapp saya untuk bantuan, 0165577653

  24. assalamualaikum,nak tnya kalau hnya pemohon sahaja yg hadir dimahkmah rendah blh ke? sb adk brdk yg lain berkerja.
    doc asal yg perlu dibawa semasa di mahkmah seperti apa ya?

    1. untuk urusan apa nie? faraid?

      patut pegawai dah pesan, kena bawa 2 saksi utk bagi keterangan.

      ke baru nak apply?

  25. Assalammualaikum
    Saya Nak bertnya.. Saya dah lunas kan baki pinjaman rumah utk arwah abah saya..pembayaran baki dibuat pada lppsa Sbb surat lelong dah dikeluarkan..sekarang penama rumah masih lagi arwah abah…selepas selesai pembayaran lppsa memberi tahu ada baki daripada pembayaran hutang tersebut.. Mcm mn sy nk menuntut baki pembayaran itu kerana rumah masih lagi atas nama arwah abah…duit perlu dituntut sblm 30 nov ini

    1. wasalam, perlu dapatkan surat kuasa terlebih dahulu.

      jika puan di KL boleh bantu dapatkan surat kuasa di mahkamah tinggi, anggaran paling lama 2 bulan. Sebarang urusan berkaitan harta pusaka arwah perlukan surat kuasa.

      Saya pasti tempoh tersebut boleh dilanjutkan.

      apa2 boleh hubungi saya 0165577653

      1. Salam tuan saya sekarang berada di kuantan.. Kalu di kuantan saya boleh apply surat kuasa dimana…

  26. Assalamualaikum Ustz Hanafi,minta bantuan bg soalan ni.
    Saya beli kereta myvi g3 rm52k tetapi dibuat atas “nama” arwah ayah saya sbb slip gaji dia lgi layak. Arwah ayah tidak keluarkan wang utk bayaran kereta, hnya saya menanggung segala bayaran & ansuran kereta. Jika nak pindah milik kereta tu atas nama saya, adakah waris lain blh buat tuntutan? Kena sijil faraid juga ke?

    1. ikut procedure itu dikira harta pusaka kerana ia atas nama arwah walaupon arwah tak beri sebarang sumbangan.

      kena tgk dimana en uruskan ada tempat perlu sijil faraid, ada tempat tak perlu.

      dan sepatutunya waris bertolak ansur untuk serahkan kereta tu pada en, walaubagaimanapun, jika masih loan tak boleh nak tukar pemilikan sehingga loan tu selesai.

      apa2 boleh wasap saya 0165577653

  27. Salam..boleh tahu bank mana?

    Saya juga tgh menguruskan loan kereta arwah isteri saya dari CIMB (baki lagi 6tahun). Cumanya Cimb inform boleh sambung bayar hanya selama maksimum 3tahun sahaja. Dan renew roadtax setiap 6bulan.

    Selepas 3 tahun, kena bayar full amount baki, jika tidak,bank akan tarik balik n lelong.

  28. Assalamualaikum..boleh ka kalau pentadbir jual harta pusaka( harta pusaka berlapis2) jika dipersetujui bersama waris tnpa proses faraid dahulu kemudian hasil jualan dibahagikan mengikut bhgian masing2.

    Macam mana kita nk tahu bahagian2 masing2 jika waris terlalu ramai.

    1. jadi tak boleh. kena dapatkan sijil faraid dulu.

      dan senaraikan waris2 yg hidup sebagai waris yg berhak.

      jika cik masih belum uruskan dan tinggal di area sgor/kl, saya boleh bantu uruskan.

  29. assalamualaikum en hanaffi. saya cuma nak bertanya, nanti apakah soalan yg akan ditanyakan dalam dewan bicara bila saya bawa 2 orang saksi untuk dapatkan sijil faraid ye? saya ada tarikh bicara bulan feb nanti, jadi saya perlu bersedia dengan soalan2 hakim, terima kasih

    1. jgn panik sgt puan. tanya soalan berkaitan hubungan si mati dan salah silah. ini bukan perbicaraan utk di dakwa. hehe

  30. Assalamualaikum Tuan..
    Saya ingin bertanya..
    Sy telah membuat permohonan sijil faraid melalui peguam dan telah terima pada April 2022. Dalam sijil faraid telah tertulis bahagian waris iaitu 1/8 utk isteri, 4/8 utk ank perempuan dan 3/8 utk ayah arwah. Utk makluman tuan, anak itu adalah anak arwah suami bersama bekas isterinya dahulu mankala bersama sy tiada anak. Baru baru ini, sy terdengar ceramah tentang pusaka. Baru lah sy tahu yg bahagian utk isteri yg tidak ada anak adalah 1/4. Boleh kah sy membuat rayuan kepada mahkamah utk mendapatkan bahagian sy yg sepatutnya?

    1. betul dah tu cik. ia ikut faraid suami ada anak, mmg anak tu layak.

      yg 1/4 tu jika arwah langsung tiada anak dengan bekas isteri.

  31. As salam En. Hanaffi.. maaf nak tanya jika wang tunai yang arwah tinggalkan tak sampai 100k..bolehkah jika saya bagi bahagian waris² tanpa perlu memohon sijil faraid?

    1. wasalam. wajib mohon surat kuasa. bank2 tak terima sjil faraid. apa2 boleh wasap saya utk saya bantu. 0165577653

      1. Assalamualaikum encik. Arwah ibu & ayah meninggal pd tahun 2021.
        Harta yg ditinggalkan cuma kwsp shj dan tiada penama. Kami ada 7 adk beradik, selain ank siapa lgi ya waris fardhu ?

        Kalau mahu diagihkan kwsp mengikut muafakat perlukah sijil faraid ataupun surat kuasa ?

        1. jika nak agih secara muafakat, saya rasa lebih praktikal dengan surat kuasa saja. jika melalui sijil faraid, duit tersebut akan diagihkan mengikut sijil faraid kedalam akaun masing-masing.

  32. walaupun Wang tunai tu semua dah ada dalam simpanan saya ke Tuan? semua aset kwsp, duit dlm account bank arwah suami saya dah keluarkan…

  33. Macam mana cara saya nak dapatkan borang ms 3. Permohonan faraid ni web negeri johor ye? Saya try google tapi tak jumpa

  34. Salam tuan,
    Arwah mak saya telah meninggal tahun 2021. Saya ingat nak buat faraid di pejabat harta pusaka kecil. boleh ke? Atau kena ke amanah raya jugak? Boleh tuan terangkan langkah2 yang perlu saya buat dan dokumen2 yang diperlukan. Adakah masih perlukan sijil faraid? Mak ada meninggalkan beberapa bidang tanah, kereta, dan lain-lain.

    1. cik boleh wasap saya 0165577653.

      jika nak cepat saya sarankan di mahkamah tinggi sivil.

  35. jika nak membuat permohonan faraid, tapi arwah cuma ada anak perempuan, sudah bercerai (mak dan ayah arwah sudah meninggal) nama pemohon faraid nama salah seorang adik beradik lelaki arwah atau anak perempuan arwah?

  36. اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَاةُ اللهِوَبَرَكَاتُهُ ,

    Bolehkah sijil faraid digunakan untuk mengesahkan waris untuk proses pengeluaran duit si mati di bank luar negara.

    1. wasalam. tidak perlukan surat kuasa.

      jika duit di luar negara, perlu dapatkan surat kuasa mentadbir dari negara berkenaan. tak valid sijil faraid negara kita.

  37. Assalamualaikum Tuan, jika pegawai meminta membawa dokumen asal semasa bicara kes faraid. Adakah ia di maksudkan dengan (sijil nikah ibu bapa, sijil kelahiran dan ic waris?) JIka ic waris diperlukan, agak sukar untuk saya dapatkan disebabkan ada yang bekerja luar negeri. Mohon pencerahan. Terima kasih

    1. betul, dokumen yg cik submit masa permohonan. Ic waris2 tak perlu original, tak mungkin mereka akan bagi melainkan mereka hadir perbicaraan.

  38. Assalammualaikum Tuan Hanaffi,

    Suami saya mempunyai abg dan telah meninggal dunia. Arwah tidak berkahwin dan cuma ada Maknya dan adik2 perempuan seramai 7 org . Arwah ada sebuah kereta dan 2 buah motor. Sekarang suami nak tukarkan pemilikan harta alih tersebut kpd nama suami setelah mendapat persetujuan kesemua waris arwah. Setelah tukar nama, mungkin nk jual salah satu motor tersebut.

    Jadi soalan saya, perlukah suami dapatkan Sijil Faraid? kami ingin melantik Amanah Raya utk proses penama tersebut.

    dan setelah motor itu dijual, boleh tak duit yg dapat dr jual motor tu di beri kpd mak sahaja sebagai perbelanjaan beliau?

    Terima kasih Tuan

  39. Assalamualaikum Tuan, jika arwah bapa meninggalkan 2 buah kereta anggaran nilai kedua2 kereta adalah lebih dari RM100k, apa proses perlu dibuat untuk tukar nama kepada waris yang layak? Si mati meninggalkan seorang isteri, seorang anak perempuan tunggal, dan 5 orang adik beradik si mati. Terima kasih.

    1. perlu dapatkan surat kuasa mentadbir. jika nak cepat saya boleh proses di mahkamah tinggi sivil. anggaran sebulan saja untuk dapatkan surat kuasa. apa2 boleh call / wasap saya 0165577653

  40. Assalamualaikum Encik, saya nak bertanya. Boleh atau tidak jika permohonan sijil faraid dipohon oleh wakil, tidak menggunakan khidmat peguam? Jika boleh, perlukah wakil tersebut itu mempunyai apa-apa hubungan dengan pemohon seperti hubungan keluarga?

    1. tanpa peguam boleh. kebiasaannya saya akan buat bagi dikalangan waris yang mohon.

  41. Salam tuan…sye nak bertanye mak sye baru meninggal bln lepas 10/6/2023..mak sye ade duit dlm Acc bank,waris tak boleh Nak buat pengeluran wang tersebut di bank..mak sye pkai Buku takde Kad bank…jadi sye kena dpt kan sijil faraid Di makhamah syariah ke?

    1. untuk urursan bank kena dapatkan surat kuasa sahaja. Sijil faraid tak terpakai melainkan di sabah / sarawak sahaja.

      berapa nilai dalam bank tu? ada aset lain yang arwah tinggalkan? apa-apa boleh wasap saya 0165577653

  42. Assalam.en,mentua sy meninggal hujung 2021.borang2 utk urusan faraid submit dalam bulan sept 2022.sehingga sekarang masih tiada panggilan dari mahkamah.berapa lama ya proses panggilan ini?trm ksh en.

      1. Ya,mahkamah syariah.sy baru cuba call hari ni tp pegawai bertugas tiada sedang kursus.adakah sekarang ni panggilan dari mahkamah agak lambat atau macam mana ya..

      2. Ya mahkamah syariah.sy call pihak mahkamah inform tiada maklumat.soalan sy,sebabkan dulu ada pkp..betul ke ada banyak kes tertangguh dan kena tunggu lama untuk giliran bicara?atau berapa lama masa untuk dipanggil bicara dalam keadaan normal?

        1. bergantung pada pengurusan mahkamah. En nak apply sijil faraid untuk apa?

          Jika untuk uruskan harta pusaka saya rasa lebih cepat di mahkamah tinggi sivil. Jika perlukan saya boleh bantu. Wasap saya 0165577653

  43. Assalamualaikum.Ingin bertanya tuan,Harta alih iaitu dividen RTBB RISDA yg tertinggal dari arwah Ayah saya,bolehkah saya berurusan terus dengan pihak RISDA atau melalui Amanah Raya yang memakan masa agak lama.Kami 3 beradik dan saya pentadbirnya telah bersetuju untuk mengagihkan wang tersebut secara sama rata.Terima kasih tuan.

    1. ini bergantung pada agensi berkenaan, jika mereka tak perlukan surat kuasa boleh terus mohon. jika perlu, maka perlulah mohon di amanah raya / mahkamah tinggi sivil.

  44. Salam En. Saya ingin bertanya, arwah ayah saya telah meninggal dunia bulan januari tahun ini. Arwah ada tinggalkn harta pusaka iaitu rumah teres, (2) tanah sawah, kenderaan dan juga ASB. Masalah saya skrg ini adalah 1 daripada tanah sawah itu masing lagi atas nama pihak lain di dalam geran iaitu penjual & belum lagi ditukarkn kepada nama arwah ayah saya. Skrg kedua2nya sudah meninggal dunia (penjual & arwah ayah saya). Dokumen perjanjian jual beli & surat kuasa wakil ada bersama saya. Sekarang tgh dlm permohonan pembatalan pentadbir (borang P) bagi tanah sawah ini & masih menunggu utk tarikh perbicaraan.

    Pada pendapat tuan;-
    1)Adakah perlu saya menunggu kes ini selesai dahulu atau
    2)Pada masa yg sama saya boleh sahaja buat permohonan harta pusaka (borang A) keatas harta2 yang lain di UPP tanpa masukkn tanah sawah ini? Permohonan tambahan (borang P) baru akan dibuat setelah kes di atas selesai.

  45. Assalamualaikum tuan,saya nak tanya untuk kita dapatkan sijil faraid tu mcmna yer sbb nak uruskan baki kwsp arwah suami.kwsp ada hantr surat mintak sy kemukan salah satu sijil dlm senarai..berapa kosnye untuk proses dapatkan sijil faraid ye..

    1. wasalam, jika buat sendiri murah.

      Puan di mana? apa-apa boleh wasap saya 0165577653

  46. Assalammualaikum Tuan. Saya ada sedikit pertanyaan

    Mak saya baru meninggal pada 25/7/2023 ni.

    Harta yang ditinggalkan oleh Allahyarhamah:
    – Harta alih (anggaran) : ASB RM72,000.00 dan Tabung Haji RM92,000.00 (duit ini telah masuk dalam akaun Tabung Haji ayah saya – penama)
    – Harta tak alih : sebuah rumah teres atas nama ayah saya dan Allahyarhamah.

    Soalan: Untuk permohonan tuntutan harta pusaka di ASNB, pihak mana yang terlibat untuk urusan Surat Kuasa Mentadbir? Jabatan
    Ketua Pengarah Tanah & Galian, Amanah Raya Berhad atau Mahkamah Tinggi Sivil? Selepas pindah milik tuntutan harta pusaka berjaya dilakukan (pindah secara terus kepada akaun pelaburan unit amanah waris/pentadbir), sekiranya waris/pentadbir tersebut ingin membahagikan duit tersebut dengan sama rata (hal ini telah mendapat persetujuan dari semua waris utama), boleh ke? Soalan sama juga ditujukan untuk duit Tabung Haji.

    Waris Allahyarhamah yang telah meninggal dunia sebelum Allahyarhamah meninggal dunia:
    – Ibu bapa
    – Datuk nenek (kedua-dua belah)
    – Seorang kakak seibu sebapa
    – Seorang abang seibu sebapa
    – Seorang adik lelaki seibu sebapa

    Waris Allahyarhamah yang masih hidup selepas Allahyarhamah meninggal dunia:
    – Suami
    – 3 orang anak lelaki
    – Seorang anak perempuan
    – 3 orang cucu lelaki (cucu dari anak lelaki)
    – Seorang anak lelaki, 3 anak perempuan (anak-anak pada kakak seibu sebapa yang telah meninngal dunia)
    – Seorang anak lelaki, 3 anak perempuan (anak-anak pada abang seibu sebapa yang telah meninggal dunia)
    – Seorang adik perempuan seibu sebapa (tiada waris)
    – Seorang adik perempuan seibu sebapa (waris – anak lelaki 4 orang, anak perempuan 2 orang)
    – Seorang adik lelaki seibu sebapa (waris – anak perempuan 3 orang)
    – Seorang adik perempuan seibu sebapa (waris – anak lelaki seorang, anak perempuan seorang)
    – Seorang adik perempuan seibu sebapa (waris – anak lelaki seorang, anak perempuan 2 orang)
    – Seorang adik perempuan seibu sebapa (waris – anak lelaki seorang, anak perempuan 2 orang)

    Soalan: Adakah adik beradik Allahyarhamah berhak mendapat harta pusaka Allahyarhamah sekiranya waris utama Allahyarhamah masih ada lagi (suami, anak lelaki dan anak perempuan)? Atau adakah adik beradik Allahyarhamah tersebut terdinding/terhalang (Mahjub) dari mendapat harta pusaka Allahyarhamah?

    Terima kasih.

    1. 1. utk asb dan tabung haji dah tak perlu surat kuasa sebab duit telah masuk ke akaun penerima. Jadi pembahagian secara muafakat atau faraid perlu bincang bersama.

      utk uruskan rumah, perlukan surat kuasa.

      2. waris faraid adalah suami, 3 anak lelaki dan seorang anak perempuan.

      3. waris nie saya agak keliru. anak si mati juga? Jika bukan mereka tak layak. Adik beradik arwah juga tidak layak.

      – Seorang anak lelaki, 3 anak perempuan (anak-anak pada kakak seibu sebapa yang telah meninngal dunia)
      – Seorang anak lelaki, 3 anak perempuan (anak-anak pada abang seibu sebapa yang telah meninggal dunia)

  47. Assalammualaikum…saya nk mohon pendapat sebab saya tak tahu nk mula dari mana…arwah ayah sya telah mnngal dunia di kota marudu sabah..saya hanya seorang anak perempuan beliau..arwah ada 3 org anak lelaki bersama mak tiri..bagaimana saya nk tau berapa jumlah smua harta yang ditinggalkan,sya nk tanya dimana?dan nak dptkan hak sya melalui faraidkan..apa yg perlu saya buat?saya menetap dikedah skrg bertugas disini..tlg saya 😔🙏

    1. untuk tahu jumlah harta yang ditinggal agak susah nak semak.. cuma apa yang saya boleh bantu semak samada ada permohonan pusaka di buat atau tidak.

  48. Terima kasih Tuan.

    Untuk ASB tu, duit masih dalam akaun ASB arwah mak. Untuk permohonan tuntutan harta pusaka di ASNB, pihak mana yang terlibat untuk urusan Surat Kuasa Mentadbir? Dan untuk urusan rumah, perlu mohon surat kuasa dengan pihak mana?

  49. Salam tuan. Sy nk tny mcm cara nk dapat surat kuasa ye selain drpd amanah raya. Kakak sy meninggal dunia 22/7 lalu. Waris yg ada adalah ibu, dan adik (2 lelaki n 1 prmpuan). Kakak sy bujang dan tinggalkan harta kereta shj. Tiada harta tanah atau rumah.

    Perlu ke sy mohon sijil faraid? Sy dh pergi amanah raya dan sy tgk dlm senarai dokumen xde plak dia minta sijil faraid.

    1. kena amanah raya juga, saya boleh uruskan di mahkamah tinggi sivil. tetapi berbaloi ke dengan cajnya nanti?

      ada kwsp atau apa-apa harta lain?

  50. assalamualaikum tuan,saya nak tanya kalau nak minta sijil faraid,kediaman beralamat dekat bandar sunway petaling jaya,dekat makamah manakah saya nak memohon sijil faraid.

    1. Mahkamah Rendah Syariah Petaling
      Jalan Bintang U5/33, Seksyen U5, 40150 Shah Alam, Selangor

      boleh saya tahu nak apply untuk apa? sebab tak semua harta perlukan sijil faraid.. majoriti perlukan surat kuasa mentadbir.

  51. Salam tuan. Saya nak tanya. Abg kandung saya telah meninggal, dan cuma meninggalkan harta alih sahaja, iaitu sebuah kereta &2 buah motosikal. Setelah saya dapat sijil faraid dari mahkamah rendah syariah, apa yg perlu saya lakukan selepas itu?Adakah saya perlu pergi ke amanah raya utk dapatkan surat kuasa, bg proses tukar nama di JPJ diatas kenderaan tersebut?atau saya terus pergi ke jpj sahaja tnpa perlu surat kuasa? Dan juga, jika kena dapatkan surat kuasa di amanah raya, brp lama tempohnya?boleh ke adik beradik lain selain sy pergi utk dapatkan surat kuasa tersebut? Utk pengetahuan tuan,saya adalah wakil adik beradik utk dapatkan sijil faraid. Terima kasih

    1. sijil faraid tak boleh kesemua harta pusaka, perlukan juga surat kuasa. boleh mohon di amanah raya. tempoh 6-12 bulan, tak boleh nak pastikan berapa cepat prosesnya.

  52. Salam, mohon pendapat dari Tuan Hanafi. Arwah Abang saya belum berkahwin dan masih ada ibu dan 2 adik beradik (laki/perempuan). Arwah hanya ada harta alih, boleh ke kami hanya mohon sijil faraid utk tuntut ASB,Tabung Haji,EPF,Emas, sebuah kereta & motor? Atau perlu ke amanah raya juga?

    1. Wasalam, kena dapatkan surat kuasa. Sijil faraid saja tak boleh nak uruskan semua harta. Jika nak mudah saya boleh bantu mohon surat kuasa di mahkamah tinggi sivil, urusan dalam masa sebulan selesai.. Lepas tu dah boleh uruskan semua harta.

      wa.me/60165577653 apa boleh wasap saya.

      1. Assalamualaikum Tuan..macam mana boleh selesai urusan dapatkan surat kuasa tu masa sebulan je? Tak perlu buat permohonan ke Pejabat Pusaka Kecil ke? Saya punya urusan pusaka arwah mak..yg uruskannya kata ambil masa dalam 6-7 bulan untuk dapat tarikh bicara kat Pejabat Pusaka Kecil tu. Lepas bicara baru dapat surat kuasa tu

        1. wasalam, proses di mahkamah tinggi sivil cepat. Pernah 2-3 dapat, tempoh dipanggil kurang seminggu. Ini nasib2, xsemua kes mcm nie.

          Pengalaman saya pusaka kecil dalam setahun.

          apa2 boleh wasap saya https://wa.me/60165577653

  53. Assalamualaikum tuan,arwah suami meninggal pada 19/12/2023 baru2 ni sy pergi buat semakkan di kwsp arwah tiada letak penama.pegawai tersebut mintak sy dapatkan sijil faraid dimakamah syariah.soalan nya baki caruman hanya Rm14k saja perlu ke difaraid?sedangkan pewaris ramai isteri pertama 6org anak 3lelaki&3perempuan,isteri ke2 Ada 3org anak 2lelaki 1perempuan.Dan kedua org tua arwah juga masih ada.boleh sy tahu ada cara lain tak untuk permudahkan urusan ni selain faraid?terima kasih

    1. selain sijil faraid adalah dengan surat kuasa mentadbir di mahkamah tinggi sivil. tetapi dengan baki bayaran rm14k saja saya takot tak berbaloi dengan caj yang dikenakan.

      1. Ada solution lain tak selain dapatkan sijil faraid&surat kuasa mentadbir?bagaimana jika kedua org tua arwah saja yg mohon utk pengeluaran kwsp tersebut tanpa waris2 lain campur tangan?utk memudahkan urusan.sy juga rasa tidak berbaloi dgn baki hanya Rm14k dgn pengurusan yg agak sukar.

  54. assamualaikum tuan. Untuk pengisian borang permohonan faraid bhg waris, adakah waris yg sudah meninggal dunia perlu diisi juga? waris tersebut telah meninggal dunia selepas Allahyarham meninggal dunia. Terima kasih

    1. kena masukkan juga, jika pihak si mati kemudian ada waris. Maka waris tersebut akan menerima bahagian faraid juga.

  55. Assalammualaikum
    Tuan saya baru kematian suami. Dan saya dalam process permohonan sijil faraid. Kerana suami tdak letak penama keatas kwsp n rmh kami.
    Soalan saya
    1 kwsp perlukan sijil faraid. Adakan saya isteri yg kena buat permohonan ini. Kerana saya ada 1 org anak lelaki bawah umur. Dan saya kena lantik org lain sebagai wasi kepada anak saya.bagaimana jika saya sendiri boleh jadi wasi kepada anak saya sendiri

    1. wasalam, saya cadang puan buat permohonan di mahkamah tinggi sivil lebih mudah. apa2 boleh wasap saya 0165577653

  56. Salam tuan yg mulia..ade satu pertanyaan..adakah mahkamah syariah di selangor, peguam perlu buat appointment di mahkamah utk mengambil sijil faraid yang telah siap untuk diambil?

Leave a Reply to Wani Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Nak kami bantu anda?

Hubungi segera untuk sesi konsultansi percuma

© 2021 SEZARAH NUR VENTURE (SA0388691-M) . All rights reserved

hanaffi.com

error: Content is protected !!