Case Study 3 – Kak Niza Bengang Giler Rasa Macam Nak Bakar Rumah Je

Ini kisah daripada Kak Niza (bukan nama sebenar).

Kak Niza adalah isteri ke-2, berkahwin selepas suaminya menceraikan isteri pertama atas sebab nusyuz/derhaka. Anak-anak tiri dibela oleh Kak Niza dengan penuh kasih sayang bagaikan anak sendiri. Kak Niza pernah keguguran 2 kali.

Hati Kak Niza mula gelisah apabila bekas isteri mula menuntut harta sepencarian, walaupun suaminya memberi RM2000 setiap bulan atas sebab ehsan. Banyak kes berlaku, hubungan menjadi huru-hara apabila pihak ke-3 mula campur tangan dan Kak Niza risau bekas isteri akan mempengaruhi anak-anaknya dalam pembahagian harta kelak.

Apalagi Kak Niza mula mencari jawapan dan banyak bertanya kepada seorang konsultan yang dia jumpa di Facebook. Hanaffi la tu. hehe

Konsultan tersebut dengan nada seloroh berkata:

“Kes macam akak ini, dah banyak orang mengadu pada saya. Kes akak kira okey la sebab anak tiri akak jaga. Kes yang lain, isteri pertama dan anak-anak tiri serang isteri ke-2. Sampai jadi kes polis.”

Hanaffi menerangkan harta sepencarian hanya layak dituntut oleh sebab:

  • Selepas pasangan meninggal dunia
  • Selepas pencerian
  • Tuntutan poligami

Kadar yang layak dituntut oleh bekas isteri hanya akan ditentukan oleh mahkamah. Tetapi jika penceraian itu berlaku disebabkan nusyuz si isteri, kemungkinan kadar yang layak terima 1/6 atau tiada langsung.

Harta pusaka suami layak diterima oleh anak-anak dari bekas isteri berdasarkan hukum faraid.

Banyak lagi soalan yang ditanya, nanti Hanaffi update di website hanaffi.com untuk rujukan.

Akhirnya suami Kak Niza bersetuju untuk buat perancangan harta dengan hibahkan sebuah rumah kepada Kak Niza dan hibah takaful bernilai RM300,000. Terdapat juga sebahagian harta dinyatakan dalam wasiat untuk masjid berdekatan rumahnya.

Dengan nada gembira Kak Niza menyatakan:

“Syukur dik, hilang beban di kepala ini. Akak bukan nak sangat harta ini, tetapi akak perlukan rumah ini jika jadi apa-apa. Anak-anak ex-wife akak yang jaga, diorang pun ok dengan akak. Dah macam anak sendiri. Ex-wife pun dah lama bercerai baru nak tuntut itu ini, nampak sangat macam ada sesuatu tak kena.”

“Terima kasih sebab explain pada suami tentang hibah takaful. Sekurang-kurangnya jika berlaku apa-apa pada suami, akak ada cash.”

Selesai permohonan hibah rumah. Semua orang lega. Hanaffi pun happy. Jika nak buat hibah juga boleh sediakan maklumat berikut.

  • Ic anda
  • Ic penerima
  • Akaun Bank – Nama Bank, No. Akaun
  • Unit Amanah – Nama syarikat Unit Amanah, No. Akaun
  • Saham & Sekuriti di Bursa Malaysia – No. Akaun CDS
  • Saham Koperasi – Nama Koperasi, No. Ahli
  • KWSP – No. Ahli
  • Polisi Insurans & Takaful – Nama syarikat, No. Polisi
  • Rumah / Kondominium/ Pangsapuri/ Lot Kedai – Alamat
  • Tanah – H.S. (M) No, P.T. No, Lot No, Mukim, Daerah, Negeri
  • Kereta / Motor / Bot / Kapal Peribadi – Jenis kenderaan, No. Pendaftaran
  • Saham dalam perniagaan – Nama syarikat, No. Pendaftaran
  • ‘Safe Deposit Box’ – Nama Bank, No. Peti Simpanan
  • Keahlian Kelab (yang boleh diwarisi) – Kelab, No. Ahli
  • Barang kemas

Hubungi saya untuk pertanyaan di 016-5577653

atau

Whatsapp (klik link ini)

author avatar
hanaffi idris

Share This Post

Dapat E-Book Hibah Percuma

Khas untuk anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Nak kami bantu anda?

Hubungi segera untuk sesi konsultansi percuma

© 2021 SEZARAH NUR VENTURE (SA0388691-M) . All rights reserved

hanaffi.com

error: Content is protected !!