Case Study 5 – RM120,000 Cash Duit Insurans Dikebas Keluarga Suami!

Ketika taklimat di sekolah kebangsaan (lokasi Kuala Lumpur), Hanaffi terima aduan kesemua harta suaminya di ambil tanpa di agihkan secara faraid!

Kejadian ini berlaku ketika si balu masih dalam pantang. Anda bayanglah, baru melahirkan anak pertama tiba-tiba suami meninggal dunia akibat kemalangan. Mana ada tenaga untuk uruskan semua perkara. Sedih pun tak hilang lagi.

Si balu malang tidak berbuat apa-apa sehingga pantang habis. Si balu juga perasan, selepas suaminya meninggal dunia hubungan balu dengan keluarga arwah seperti terputus. Tiada siapa menghubunginya atau bertanya kabar.

Selepas keadaan mula stabil, si balu malang ke pejabat insurans untuk buat tuntutan. Alangkah terkejutnya apabila si balu mengetahui duit tersebut telah dikeluarkan oleh adik iparnya sebulan yang lalu.

“Kenapa serah pada adiknya sedangkan saya adalah isterinya?” – dengan penuh emosi si balu bertanya.

“Maaf puan, penama adalah nama arwah.” – pegawai insurans.

Si balu balik dengan penuh emosi.

Sewaktu berdepan dengan si balu malang ini beliau menangis teresak-esak bercerita. Si balu hanya bekerja sebagai kerani sekolah dan guru besar juga tahu akan kisahnya merayu agar mohon Hanaffi selesaikan perkara ini.

Si balu malang juga pernah ke Biro Bantuan Guaman untuk khidmat nasihat, malangnya pegawai tersebut meminta si balu berurusan dengan keluarga arwah!

Hanaffi dengan berat hati menyatakan:

“Akak, benda nie boleh selesai tetapi akak perlu lantik lawyer. InsyaAllah boleh saman atau apa-apa sebab akak waris faraid arwah, tetapi perlukan kos. Bajet laywer urus semua bergantung kepada kesukaran kes, makin susah makin mahal dan bermula dari RM20K.”

Si balu malang: “………” terus menangis tak berhenti.

Nak minta lawyer buat semakan sahaja kena caj RM2000. Belum lain-lain lagi. Jadi anda fikirlah sendiri. Si balu malang pernah cuba hubungi mak dan ayah mertua, tetapi tidak dilayan. Mungkin mereka juga bersekongkol dalam masalah ini.

Bukan semua kes mudah di uruskan. Sebab tu pentingnya anda mula merancang ketika masih hidup. Jangan biarkan waris menderita disebabkan kesibukan kita mencari rezeki.

Jadi fikirlah yang terbaik untuk orang tersayang. Jangan biar terjadi perkara buruk baru nak percaya! Dah banyak kes berlaku, cuma kita tak didedahkan saja.

Bila berlaku pada artis popular baru kita sibuk itu ini. Tapi lepas tu senyap tanpa tindakan. Kita boleh atasi masalah ini dengan membuat perancangan awal.

Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan yang diwartakan pada 18 Januari 2001 memutuskan bahawa orang Islam yang dinamakan sebagai penama oleh si mati dalam apa-apa skim simpanan wang dalam mana-mana Kumpulan Wang Simpanan, Insurans, Tabung, Lembaga, Syarikat Kerjasama, Koperasi atau institusi kewangan ialah wasi kepada si mati dan hendaklah membahagikan harta peninggalan kepada waris yang berhak mengikut pembahagian faraid.

Jelaskan? Penama hanya pentadbir. Kita harus semak semula siapa yang dinamakan. Sifat tamak manusia kita tak boleh bendung, yang penting kita buat sesuatu untuk keluarga sendiri. Orang yang kita harapkan juga berubah sekelip mata. Siapa yang bersalah? Kita yang tidak mahu merancang atau si tamak harta?

Hubungi saya untuk pertanyaan di 016-5577653

atau

Whatsapp (klik link ini)

Share This Post

Dapat E-Book Hibah Percuma

Khas untuk anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Nak kami bantu anda?

Hubungi segera untuk sesi konsultansi percuma

© 2021 SEZARAH NUR VENTURE (SA0388691-M) . All rights reserved

hanaffi.com

error: Content is protected !!