Case Study 8 – Ganjaran Terbitan RM173,472.57 Milik Siapa?

Kenapa mak tiri dapat banyak??? Ini kisah anak pejawat awam yang terpaksa ulang-alik dari Melaka – Kajang untuk proses tuntutan pusaka arwah ayahnya.

Sedih pun ada… berapa ramai lagi harus terlibat dalam masalah ini?

Hanya dengan ilmu sahaja boleh kita elak daripada berlaku macam-macam hal. Pengalaman orang boleh dijadikan pedoman agar masalah yang sama tidak terjadi kepada waris yang ditinggalkan.

Kata orang bijak pandai:

“Guru yang hebat adalah kesilapan yang lalu.”

Betulkan? Sebab itu Hanaffi share banyak cerita pengalaman orang yang pernah lalui sendiri. Bukan sekadar cerita hiburan untuk anda semata-mata.

Selagi tak berlaku pada diri sendiri, memang kita tak peduli pun. Lebih dramatik bila kita dah tiada, waris nak uruskan semua hal. Cakap memang mudah. 

“Faraid ada, buat apa la susah-susah.”

Inilah stigma orang kita, yang kurang peduli tentang pengurusan harta semasa hidup.

Ingat benda tu boleh selesai sendiri ke jika tiada orang nak urus??!!

Ini apa yang berlaku pada seorang anak sulung daripada isteri pertama.

Ibubapanya telah bercerai dan masalah mula timbul selepas kematian ayahnya. Waris faraid adalah:

  • Isteri muda
  • Anak-anak daripada isteri pertama (2 perempuan, seorang lelaki)
  • Emak

Dianggarkan nilai harta RM400,000 termasuk harta alih dan tak alih untuk diagihkan kepada waris faraid. Persoalan besar bagi anak-anak, mengapa arwah bapanya telah meletakkan 100% kepada isteri muda. Sedangkan masih terdapat anaknya yang bawah umur dari isteri pertama.

Sememangnya wang tersebut tidak dikira sebagai harta pusaka. Berdasarkan fatwa:

Ganjaran & ganjaran terbitan

  • Pada 12 September 1988 Kali Ke-21 Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memutuskan bahawa ganjaran terbitan dan pencen terbitan tidak termasuk sebagai harta pusaka, maka kaedah pembahagiannya tidak tertakluk kepada kaedah pembahagian harta pusaka.
  • Ia tertakluk kpd Akta Pencen 1980 (Akta 227) dan (Akta 239).
  • Ganjaran adalah pemberian kerajaan kepada kakitangannya yang bersara.
  • Formula kiraannya: 7.5/100 x tempoh perkhidmatan (bulan) x gaji akhir.
  • Ia dibayar kepada orang tanggungan pesara yang telah mati (balu/duda & anak bawah 21 tahun yang belum berkahwin dan ibu).

Jika berdasarkan fatwa, memang ia tidak tertakluk kepada harta pusaka. Tetapi dimana nilai ehsan sebagai seorang manusia?

Keluarga ini terpaksa ulang-alik dari Melaka-Kajang bagi menguruskan harta si mati. Duit cash isteri kedua dah ambil, kemudian tuntut lagi bahagian rumah arwah.

Sehingga kini masalah ini masih belum selesai.

Apa yang boleh Hanaffi share, semak penama di institusi kewangan. Rujuk semula email 033.

Semoga anda boleh buat sesuatu bagi menjamin waris-waris kita. Fikir-fikirkan ye. Tiada paksaan!

Ingat ini : “Guru yang hebat adalah kesilapan yang lalu.”

Hubungi saya untuk pertanyaan di 016-5577653

atau

Whatsapp (klik link ini)

Share This Post

Dapat E-Book Hibah Percuma

Khas untuk anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Nak kami bantu anda?

Hubungi segera untuk sesi konsultansi percuma

© 2021 SEZARAH NUR VENTURE (SA0388691-M) . All rights reserved

hanaffi.com

error: Content is protected !!