Harta Sepencarian – Hak Mutlak Seorang Isteri Selepas Kematian Suami Dalam Islam

pecahan faraid

Isteri Wajib Baca!

Soalan :

Salam Tuan, Saya nak tanya jika ada sebahagian waris yang tak setuju nak lepaskan bahagian faraid dan bagaimana urusan dapat diselesaikan dengan mudah.

Situasi

Saya kematian suami setahun yang lepas. Ada seorang anak lelaki dan 2 anak perempuan. Awal tahun ini, ibu mertua saya pula meninggal. Jadi, adik ipar lelaki saya ingin menuntut hak faraid ke atas rumah arwah suami. 3 lagi ipar perempuan bersetuju tak nak menuntut sebab tahu hanya itu satu2nya harta yang ditinggalkan arwah. Sebaliknya adik ipar lelaki berkeras suruh saya jual rumah sebab nak tuntut faraid. Saya buntu.
harta sepencarian dalam islam -hanaffi.com

Jawapan Ringkas :

1) Jangan panik. Kenalpasti waris yang berhak keatas faraid dan kira dulu berapa bahagian faraid yang setiap seorang akan dapat. Dalam kes di atas, ada 2 lapis kematian (arwah suami dan ibu mertua). Waris arwah suami ialah ibu, bapa, isteri, seorang anak lelaki dan 2 orang anak perempuan. Manakala waris ibu mertua ialah suami, seorang anak lelaki dan 3 orang anak perempuan.

2) Setelah itu, senaraikan semua harta pusaka, hutang dan senaraikan kos2 yang perlu digunakan untuk proses mohon pusaka.

3) Sebelum buat permohonan pusaka di pejabat pusaka kecil, isteri boleh failkan tuntutan harta sepencarian dulu di mahkamah tinggi syariah. Kebiasaannya mahkamah akan bagi 50% hak harta sepencarian ke atas rumah tersebut. Bawa perintah harta sepencarian tu semasa bicara pusaka nanti.

4) Nilaikan rumah tersebut. Untuk mudahkan kefahaman, katakan anggaran nilai rumah ialah rm500,000 maka hak harta sepencarian ialah separuh dari nilai tersebut. Baki nilai rumah yang perlu difaraid ialah rm250,000. Daripada nilai tersebut, boleh tolak dulu hutang suami (jika ada), buatkan badal haji, bayaran fidyah, kos pengurusan pusaka dsb. Katakanlah bayaran keseluruhan hutang dan kos pengurusan harta pusaka berjumlah rm50,000.

Maka baki nilai bersih yang perlu difaraid ialah rm200,000 sahaja. Maka nilai faraid setiap orang akan dapat ialah :

Fahami Bahagian Faraid Arwah

  • Harta Di Faraid Setelah Tolak – Harta Sepencarian – Hutang dll


    Kematian Lapisan (1) – Rm200,000

    ——-


    Senarai Waris Arwah Suami

    Pembahagian Hukum Faraid

    Peratusan (100%)

    NIlai Harta (RM)

    1. Ayah

    1/6

    16.67%

    Rm33,333.33-4

    1. Mak

    1/6

    16.67%

    Rm33,333.33-4

    1. Isteri

    1/8

    12.50%

    Rm25,000

    1. Anak Lelaki (1)

    13/48

    27.08%

    Rm54,166.66-7

    1. Anak Perempuan (2)

    14/48

    27.08%

    Rm54,166.66-7


    ** Isteru ( Nilai Harta Sepencarian Rm250,000 + nilai faraid Rm25,000 = Rm300,000)



    Kematian Lapisan (2) – Rm33,333.33-4

    ——-


    Senarai Waris Arwah Mak Mertua

    Pembahagian Hukum Faraid

    Peratusan (100%)

    NIlai Harta (RM)

    1. Suami

    1/4

    25.00%

    Rm8,333.33

    1. Anak Lelaki

    3/10

    30.00%

    Rm9,999,99

    1. Anak Perempuan (3)

    9/20

    45.00%

    Rm14,999.99

5. Apabila kita sudah tahu berapa bahagian yang masing-masing yang sepatutnya dapat, baru senang nak buat pembahagian. Pada peringkat ini, waris-waris boleh membuat keputusan sama ada ingin mengambil hak faraid atau melepaskan hak faraid (takharruj). Sekiranya mereka ingin mengambil hak faraid, isteri perlu membayar pampasan mengikut nilaian faraid yang sepatutnya diterima sebagaimana nilaian di atas.

Cadangan Pembahagian Faraid

1. Rumah didaftarkan di atas nama isteri dan 3 orang anak si mati. Si isteri akan jadi pemegang amanah kepada anak2 yang masih di bawah umur

2. Waris-waris ibu perlu mengisi borang DDA(borang persetujuan) untuk melepaskan bahagian rumah kepada isteri dan anak-anak si mati.

3. Isteri bayar pampasan Rm9,999,99 kepada adik lelaki yang menuntut faraid. Tak perlu bayar kepada waris2 yang lain kerana mereka ingin melepaskan hak tanpa menuntut balasan. Jadi, tak perlulah sampai kena jual rumah tu semata nak buat pembahagian faraid.

Cadangan Pembahagian Faraid

proses pentadbiran harta pusaka dalam islam. hanaffi.com

Kesimpulannya

Harta sepencarian ialah hak eksklusif antara suami dan isteri. Ada masanya isteri kena tegas tuntut harta sepencarian iaitu bila mana hak isteri dan anak2 diprejudiskan. Kalau tak tuntut harta sepencarian, bahagian isteri hanya 1/8 dan tentulah terpaksa bayar pampasan yang tinggi kepada waris yang menuntut.

Bila dah buat pengiraan macam ni baru jelas bahagian masing-masing. Bukan apa, kadang-kadang mereka tak faham. Yang mereka tahu, “aku ada hak atas rumah tu!”. Mesti mereka ingat bahagian mereka berpuluh ribu kan.

Adapon, anak yang ditinggalkan itu adalah tanggungjawab kepada pakciknya (waris arwah) untuk memberikanya nafkah dari segi perbelanjaan, pendidikan dan penjagaan anak waris. Sebab itu peringatan juga kepada ahli waris untuk mengambil tanggungjawab dan memahami ilmu faraid ini.

Adapon, kepada yang masih hidup, sebagai suami anda boleh ambil langkah awal yang boleh dibuat oleh suami untuk memudahkan urusan adalah dengan melakukan hibah rumah kepada isteri dan anak supaya perkara sebegini boleh dielakkan. Boleh baca disini untuk rujukan : https://hanaffi.com/category/hibah/

Sebab itu penting suami isteri, pasangan islam untuk faham ilmu ini dah selesaikan pusaka dengan awal dan jangan bertangguh untuk elakkan kematian berlapis dan proses menjadi rumit dan sukar. Semua semua urusan dipermudahkan.

Semoga coretan ringkan ini dapat membantu dan memberi manfaat kepada anda

—————
Jika ada pertanyaan atau bantuan guaman. Boleh hubungi En.Hanaffi untuk pertanyaan secara PERCUMA di 0165577653 atau Whatsapp (klik button dibawah)

Share This Post

Dapat E-Book Hibah Percuma

Khas untuk anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Nak kami bantu anda?

Hubungi segera untuk sesi konsultansi percuma

© 2021 SEZARAH NUR VENTURE (SA0388691-M) . All rights reserved

hanaffi.com

error: Content is protected !!