Hidup Isteri Berubah 360 Selepas Suami Eksiden

Ini kisah Puan Shima (bukan nama sebenar).

 

Puan Shima tahu suaminya ride dengan kawan-kawan, dah ondawah balik dari Perlis.

 

Biasanya suaminya akan call bila mereka berenti di RNR.

 

Tapi hari nie Puan Shima rasa tak sedap hati, macam-macam perasaan buruk bermain di fikirannya.

 

“Kenapa nie, rasa lain macam pulak. Ya Allah selamatkanlah suamiku dari segala bahaya.
Aku belum bersedia kehilangannya.”

 

Lebih kerap Puan Shima berzikir dan berdoa apabila perasaan itu datang. Memang dah tak boleh buat kerja lain dah.

 

“Aiii.. kenapa call line tak masuk nie.”

 

Lepas isyak, Puan Shima dapat panggilan dari rakan konvoi.. Menyatakan..

 

“Akak, nak bagi tahu nie. Harap akak bersabar ya… Abang eksiden… dah tak de…”

 

Bercucuran air matanya, tidak mampu berkata lagi… Kebahagaian ini hanya sementara… Firasatnya kali ini benar-benar nyata…

 

Selepas urusan pengebumian selesai, mereka berkumpul di rumah arwah.

 

Tiba-tiba ayah mertuanya bersuara.

 

“Kita kena uruskan pusaka Ahmad segera, tak baik dilambat-lambatkan. Rumah nie kita faraidkan ya. Biar masing-masing merasa harta arwah.”

 

Sedih belum hilang, bertambah sedih apabila mertua cakap begitu begitu.

 

Bermulalah kisah neraka dunia Puan Shima.. Ibu mertua tak nak tuntut bahagian, tetapi apabila di pengaruhi oleh suami dan anak-anaknya, pendiriannya mula berubah!

 

Kesemua harta arwah mereka nak tuntut! Tanpa ada belas kasihan!

 

Puan Shima mempunyai 3 anak yang masih kecil! Mereka tak peduli pon! Asal telefon je, mesti tanya pasal harta!

 

Puan Shima pernah berhubung dengan Hanaffi untuk minta nasihat dan pandang. Kes ini masih belum selesai.

 

Walaupon isteri seorang yang bekerjaya, tetapi apabila si isteri terpaksa hadapinya seorang diri akan lemah dan down…

 

 

============

AMBIL PELAJARAN DARI PUAN SHIMA

============

 

1. Hukum adalah hukum, tetapi hukum dilaksanakan tanpa sikap terpuji akan mencemarkan nama islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Toleransi, kasih sayang perlu seiring bagi menjadikan harta pusaka sebagai pengikat kasih sayang antara ahli warisnya. Apa salahnya mak ayah melepaskan atau mengurangkan bahagian faraid atau menyerahkan bahagian pada anak menantu dan cucu-cucunya. 

 

2. Semasa hidup, jangan lengahkan penulisan wasiat atau hibah bagi memudahkan urusan kemudian hari. Dengan perancangan awal dapat, minimumkan masalah kepada waris-waris sepertimana yang terjadi pada Puan Shima! Masih ramai beralasan itu dan ini, memang la sebab belum jadi lagi.  

 

3. Tanggungjawab perlu diutamakan. Tanggungjawab pemilik harta dan mereka yang bakal menerima harta. Apa yang berlaku pada masa kini, masyarakat lebih beria nakkan harta tetapi tanggungjawab diabaikan. Konsep dan falsafah dalam faraid tidak dihayati dengan mata hati. Walaupon pembahagian faraid sah disisi syarak, tetapi sehingga menyusahkan waris adakah ini dituntut dalam islam?

 

 ============

PENYELESAIAN KEPADA MASALAH INI                            

============

 

1. Akhlak terpuji perlu ada dalam diri bagi memudahkan pengurusan harta pusaka. SANGAT PENTING!

 

2. Pemilik harta seharusnya merancang harta semasa hidup bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku pada masa hadapan.

a)      Dengan perancangan awal pemilik dapat merancangpembahagian yang sewajarnya kepada mereka yang berhak  dengan hibah.

b)    Pemilik harta dapat merancang menyerahkan 1/3 daripada hartanya untuk amal kebajikannya.

c)      Pemilik harta dapat melantik isteri sebagai penjaga harta anak-anaknya yang bawah umur, jika tidak Amanah Raya akan pegang walaupon si isteri masih hidup.

d)     Pemilik harta boleh ambil takaful sebagai back-up cash, jika berlaku musibah seperti kematian atau lumpuh kekal. 

 

 Ambil iktibar dan kongsikan kepada sahabat-sahabat anda agar ia tidak menjadi beban dimasa hadapan.

Hibah Takaful (klik disini)

Hibah Harta (klik disini)

 

Hubungi saya untuk pertanyaan di 016-5577653

atau

Whatsapp (klik link ini)

author avatar
hanaffi idris

Share This Post

Dapat E-Book Hibah Percuma

Khas untuk anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Nak kami bantu anda?

Hubungi segera untuk sesi konsultansi percuma

© 2021 SEZARAH NUR VENTURE (SA0388691-M) . All rights reserved

hanaffi.com

error: Content is protected !!