Kehilangan suami bukan sahaja membawa kesedihan, tetapi juga cabaran besar dalam memastikan hak isteri selepas kematian suami dihormati. Dalam banyak kes, balu berdepan dengan tekanan perundangan dan sosial yang boleh menyebabkan hak mereka terabai atau bahkan ditindas.
Tanpa pemahaman yang jelas, ada kemungkinan hak terhadap harta pusaka, nafkah, dan tempat tinggal tidak dipertahankan dengan baik. Oleh itu, mengetahui hak isteri selepas kematian suami adalah langkah penting untuk memastikan keadilan serta mengelakkan sebarang bentuk penindasan.
Kami juga kongsikan kisah isteri yang teraniaya apabila tidak mengetahui hak selepas kematian suami.
- 5 jenis hak isteri selepas kematian suami
- 5. Hak untuk Menuntut Perlindungan Undang-Undang
- Isteri teraniaya akibat tidak mengetahui hak
- Bila di simpulkan, antara luahan dan persoalan yang timbul dalam menguruskan harta pusaka arwah :
- Macam mana cara nak tuntut harta pusaka suami meninggal ?
- Urusan Pusaka Kecil: Hak Isteri selepas kematian suami
- Apabila Mak Ayah Mentua Menuntut Faraid Atas Rumah: Apa Hak Isteri?
- Kesimpulannya
- Hubungi Kami
5 jenis hak isteri selepas kematian suami
Sebelum isteri ingin menuntut hak selepas kematian suami, isteri perlu keathui 5 jenis hak yang boleh dituntut di Mahkamah Syariah keatas harta pusaka suami.
1. Hak terhadap Harta Sepencarian
Hak isteri terhadap harta sepencarian bergantung kepada sumbangan yang diberikan, sama ada secara langsung atau tidak langsung. Sumbangan langsung merangkumi pembelian harta bersama, manakala sumbangan tidak langsung termasuk pengurusan rumah tangga dan sokongan moral kepada pasangan.
2. Hak terhadap Harta Pusaka (Faraid)
Dalam Islam, pembahagian harta pusaka suami dilakukan mengikut hukum faraid. Sebagai waris utama, isteri berhak menerima bahagian tertentu yang telah ditetapkan, memastikan kelangsungan hidupnya tidak terjejas.
3. Hak terhadap Nafkah
Jika isteri masih mempunyai tanggungjawab terhadap anak-anak. Dia berhak menuntut nafkah daripada harta peninggalan suami atau melalui proses perundangan di mahkamah syariah. Ini bagi memastikan kebajikan keluarga terus terjaga.
4. Hak terhadap Tempat Tinggal
Isteri berhak untuk terus menetap di kediaman yang didiami bersama suami, sekurang-kurangnya sehingga urusan pembahagian harta selesai. Ini penting bagi mengelakkan sebarang tekanan atau kehilangan tempat tinggal secara tiba-tiba.
5. Hak untuk Menuntut Perlindungan Undang-Undang
Apabila berlaku perebutan harta atau sebarang bentuk penindasan, isteri berhak mendapatkan perlindungan undang-undang. Tuntutan boleh dibuat di mahkamah syariah bagi memastikan haknya tidak dinafikan.
Memahami hak ini bukan sahaja memberi ketenangan kepada isteri selepas kehilangan suami, tetapi juga membantu dalam merancang masa depan dengan lebih teratur.
Isteri teraniaya akibat tidak mengetahui hak
Kehilangan suami bukan sahaja membawa kesedihan, tetapi juga cabaran besar dalam mempertahankan hak seorang isteri. Tanpa pengetahuan yang jelas tentang hak-hak yang dimiliki, ramai balu berdepan dengan tekanan daripada pihak tertentu, termasuk perebutan harta dan kehilangan tempat tinggal.
Sebagai isteri, anda perlu bersedia dengan ilmu pengurusan harta pusaka agar tidak mudah diperkotak-katikkan. Memahami hak sendiri adalah langkah penting untuk memastikan keadilan dan kesejahteraan selepas kehilangan pasangan.
Wanita.. ketahuilah hak anda!
Jangan sampai ditendang ke sana sini umpama bola gara-gara tidak tahu prosedur yang betul menuntut harta pusaka suami yang dah meninggal. Jangan sampai maruah anda dipijak hanya kerana anda tak tahu nak membela dan mempertahankan hak anda sendiri!
Saya ketika dihubungi seorang wanita meminta nasihat untuk uruskan proses harta pusakanya.
Saya membelek senarai dokumen yang diserahkan seorang wanita yang baru setahun kematian suami. Saya perasan macam ada sesuatu yang tak kena.
“Kamu dah uruskan insurans, akaun bank dan kereta ni semua?”
“Sudah tuan.. saya sudah uruskan semuanya. Hampir 10 bulan saya uruskan tapi tak selesai-selesai lagi. Sekarang ini rumah pulak nak kena mohon. Urus pusaka memang macam ni ye puan? Saya dah penat..”
Saya menggeleng.. rasa terkilan sebab masih ramai wanita yang tak dapat maklumat yang lengkap untuk mengurus harta pusaka dengan betul.
“Boleh ceritakan apa urusan yang puan dah buat?” Tanya saya sekadar nak tahu sejauhmana laluan ‘berliku’ yang dah dilaluinya..
“Suami ada tinggalkan wang simpanan di bank. Saya pergi ke bank untuk keluarkan duit. Pihak bank suruh saya pergi ke Amanah Raya untuk dapatkan surat Arahan.”
“Saya pergi ke Amanah Raya. Pihak Amanah Raya pula suruh saya ke Mahkamah Syariah untuk mohon sijil faraid.”
“Saya ke Mahkamah Syariah pula untuk mohon sijil faraid. Dah dapat sijil faraid saya hantar ke Amanah Raya.”
“Saya pun dah ke JPJ untuk urusan yang sama. Dalam surat JPJ ada minta beberapa dokumen dan saya pilih untuk uruskan dengan Amanah Raya sahaja.”
Masalah yang timbul adalah Jawapan Pegawai Berbeza-beza…
Kalau dah berurusan di sana, kenapa baru sekarang puan nak jumpa peguam?
“Sebenarnya saya dah tanya ramai orang.. kat mana saya nak uruskan harta pusaka ni. Tapi jawapan mereka berbeza-beza.
“Ada yang suruh saya ke pejabat tanah. Jadi saya ke pejabat tanah daerah. Pejabat tanah daerah suruh saya buat carian persendirian tanah tu di pejabat tanah negeri pula (sebab hakmilik tanah adalah HS.(D)).”
“Saya dah buat carian dan pergi semula ke pejabat tanah daerah. Pejabat tanah daerah dah bagi saya borang permohonan pusaka..”
Kemudian? Kenapa tak teruskan permohonan? Tanya saya semakin tak sabar..
“Puan.. anak saya masih kecil. Suami cuma tinggalkan rumah ini sahaja untuk saya. Mak ayah mertua dah dapat pampasan insurans suami. Tak ada cara ke macamana saya boleh dapatkan rumah ini untuk saya dan anak? Sebab mak ayah mertua dah pernah bagitau.. rumah yang saya duduk ni atas nama anak mereka…“
Tak sempat habiskan ayat dia dah keluarkan sapu tangan dari dalam beg tangannya. Merambu air matanya.
Mungkin dah lama sangat dipendam apa yang terbuku di hati.. usianya masih muda tetapi wajahnya jelas menggambarkan raut keletihan.. saya yang mendengar cerita pun dapat rasakan betapa letihnya dia mengurus semua seorang diri.
“… jadi mereka pun nak tuntut juga hak mereka atas rumah tu. Mak ayah mertua saya bukan orang susah puan. Mereka orang berada.”
“Tapi sejak arwah hidup memang mak ayah mertua dan adik-beradik suami tak suka kami sebab kami bukan orang senang.”
“Dia tak pernah pelawa cucu dia sendiri makan di rumah dia puan. Bila suami meninggal, dia dulu yang tuntut insurans suami. Tak bagi pun kat anak saya.”
“Duit tu saya tak kisah sangat. Saya hanya nak rumah ini sahaja untuk tempat berteduh saya dan anak..”
Baru saya faham kenapa dia tak teruskan permohonan sendiri. Beliau rasa tak selamat untuk teruskan kerana ada isu yang beliau tak tau jalan penyelesaiannya.
——————————————————
Bila di simpulkan, antara luahan dan persoalan yang timbul dalam menguruskan harta pusaka arwah :
1. Disebabkan tidak paham proses dimana nak uruskan harta pusaka ini menyebabkan proses menjadi lambat dan memenatkan.
Adapon ada baiknya jika suami atau isteri mengambil pelan atau instrumen pengurusan harta pusaka untuk elakkan kes begini terjadi.
Dikala arwah pergi, waris masih dalam keadaan terkejut dan terpaksa uruskan hal ini bersendirian menyebakan beliau menjadi penat dan menganggu emosi nya dalam membesarkan anak arwah.

2. Mak Ayah Mentua Enggan Mahukan Hak Faraid Atas Rumah..
Keluarga Mertua yang tidak ada empati terhadap balu dan kurangnya rasa kebertanggungjawab untuk mudahkan proses pengurusan harta pusaka arwah.

Macam mana cara nak tuntut harta pusaka suami meninggal ?
Urusan Pusaka Kecil: Hak Isteri selepas kematian suami
Jika arwah suami meninggalkan rumah atau tanah, proses pengurusan harta boleh dilakukan terus di Unit Tuntutan Kecil Pejabat Tanah. Ini memudahkan urusan tanpa perlu pergi ke banyak tempat.
Perintah dari Pejabat Pusaka nanti boleh digunakan untuk:
1, Mengeluarkan duit di bank
2, Menukar nama pemilik kereta di JPJ
3, Menukar nama pemilik rumah dalam geran
Proses ini lebih cepat dan menjimatkan masa serta tenaga. Malah, tidak perlu mohon faraid kerana pegawai di pejabat pusaka sudah mahir dalam pengiraan faraid.
Ramai tidak tahu proses ini
Terkejut dia mendengar penjelasan saya. “Patutlah saya rasa macam orang bodoh, puan. Tak ada siapa pun yang bagi maklumat macam ni. Suruh ke sana saya ke sana, suruh ke sini saya ke sini.”
“Kadang rasa macam bola kena tendang ke sana sini. Dahlah keluarga mertua langsung tak ambil kisah… Sekarang apa perlu saya buat, puan?” Nada suaranya penuh harapan.
Apa langkah seterusnya?
Sebenarnya, urus pusaka kecil boleh dilakukan sendiri. Namun, jika ada isu dengan waris-waris, lebih baik melantik pihak ketiga sebagai orang tengah. Ini memastikan puan mendapat nasihat yang betul dan hak puan serta anak-anak terjaga.
Memahami proses ini dapat mengelakkan tekanan dan memastikan hak isteri selepas kematian suami tidak dinafikan.
Apabila Mak Ayah Mentua Menuntut Faraid Atas Rumah: Apa Hak Isteri?
Jika arwah suami meninggalkan rumah atau tanah, isteri berhak menuntut Hak Harta Sepencarian sebelum harta pusaka diagihkan mengikut faraid. Walaupun bahagian faraid isteri atas rumah hanya 1/8, tuntutan harta sepencarian boleh mengurangkan bahagian waris lain, termasuk ibu bapa mertua.
Bagaimana Tuntutan Harta Sepencarian Berfungsi?
Selepas tuntutan harta sepencarian dibuat, bahagian ibu bapa mertua akan semakin kecil kerana harta yang diperoleh bersama sepanjang perkahwinan perlu diasingkan terlebih dahulu.
Baca artikel : Proses Tuntutan harta sepencarian
Jika ibu bapa mertua masih berkeras menuntut faraid atas rumah, isteri boleh meminta bapa mertua menandatangani surat persetujuan seperti berikut:
“Saya setuju menerima duit pampasan ini sebagai bahagian faraid saya dari harta si mati dengan sepenuh kesedaran bahawa tanggungjawab untuk menanggung anak si mati iaitu cucu saya adalah di bawah tanggungjawab saya sebagai datuknya.”
Tindakan Jika Keluarga Mertua Tidak Bertanggungjawab
Sekiranya selepas menerima pampasan, keluarga mertua tidak mengambil peduli tentang cucu mereka, isteri boleh failkan tuntutan nafkah anak di Mahkamah Syariah. Ini bagi memastikan hak anak-anak tidak terabai.
Kesedaran Tentang Hak Isteri
“Alhamdulillah, saya faham sekarang. Terima kasih, puan. Saya memang tak tahu langsung tentang hak saya. Kan bagus kalau ramai wanita tahu hak mereka. Tak adalah mereka kena lalui apa yang saya dah alami.”
Kesedaran tentang hak isteri selepas kematian suami amat penting bagi mengelakkan penindasan dan memastikan kesejahteraan keluarga.

“Alhamdulillah faham tuan. Terima kasih banyak banyak.. Saya memang tak tau langsung pasal hak saya. Kan bagus kalau ramai wanita yang tau hak mereka. Tak adalah mereka kena lalui apa yang saya dah alami.
Bila saya dapat tolong begini, rasa gembiranya sebab dapat membantu isteri-isteri kat luar sana tentang hak isteri selepas kematian suami .
Kesimpulannya
Kepada seorang suami, jadilah suami yang bertanggungjwab dengan mudahkan urusan pengurusan harta pusaka anda dengan merancang awal supaya waris anda tidak terkapai kapai menguruskan berseorangan walaupon masih sedih mengenangkan pemergian anda.
Suami juga boleh hibahkan harta (rumah) (Klik) kepada anak dan menjadikan isteri sebagai pentadbir supaya perkara seperti diatas tidak berlaku dan menyebabkan hubungan kekeluargaan menjadi musnah.
Dalam masa yang sama, kepada semua wali kepada waris. Ingatlah anda bertanggungjawab kepada waris arwah.
Jangan lah kerana sedikit harta keluarga berpecah belah. Sebab itu pentingnya memahami ilmu faraid dan pengurusan harta pusaka dalam Islam.
Jika ingin membaca berkenaan 101 soalan lazim pengurusan harta pusaka. Klik disini untuk ke blog bacaan.
Semoga coretan ringkan ini dapat membantu dan memberi manfaat kepada anda.. Kami berdoa kepada Allah, semoga Allah sentiasa menunjukkan kita ke jalan yang benar dan diredhai-Nya
