Kadar Dan Syarat Bagi Setiap Ahli Waris

pembahagian faraid
Home » Faraid » Kadar Dan Syarat Bagi Setiap Ahli Waris

Hanaffi paparkan jadual ini sebagai rujukan masyarakat, sebab ramai yang bertanyakan tentang bahagian faraid waris. Terima kasih kepada Alby Nadak atas jadual yang bermanfaat ini.

Kenapa perlu belajar faraid nie?

  • Supaya kita tidak terambil bahagian waris faraid lain, ingat kita punya. Tetapi tidak!
  • Mengambil masa yang panjang untuk menguruskannya. Bila dah jelas kita pun boleh urus dan agih dengan segera.
  • Berbalah atau bergaduh atas harta pusaka yang simati tinggalkan. Banyak sangat kes nie sehingga berbunuhan.

Berikut adalah langkah Pengurusan Harta Pusaka.

  • Menolak kos pengebumian
  • Melunaskan harta simati
  • Pembahagian harta sepencarian
  • Melaksanakan wasiat
  • Agihkan harta berdasarkan faraid
Jadual Faraid

Jadual Faraid

Berikut adalah bahagian yang diperolehi oleh ahli waris mengikut syarak.

1.Bahagian
Diperolehi
Suami kepada simati
 1/2Tidak mempunyai anak ATAU 
Tidak mempunyai cucu dari anak lelaki
 1/4Mempunyai anak ATAU 
Mempunyai cucu dari anak lelaki
2. Bahagian
diperolehi
Isteri kepada simati
 1/4Tiada anak ATAU 
Tiada cucu dari anak lelaki
 1/8Mempunyai anak ATAU 
Mempunyai cucu dari anak lelaki
3.Bahagian
Diperolehi
Anak Perempuan Simati
 1/2Hanya seorang sahaja DAN tidak ada anak lelaki
 2/32 orang anak perempuan atau lebih DAN tiada anak lelaki
 Asabah bi-ghairihMempunyai anak lelaki – mendapat separuh dari bahagian anak lelaki
4.Bahagian
Diperolehi
Cucu Perempuan Anak Lelaki Simati
 1/2Mempunyai seorang sahaja DAN tiada anak
 2/3Mempunyai 2 orang atau lebih DAN tiada anak
 1/6Mempunyai seorang atau lebih jika bersama-sama dengan seorang anak perempuan
 Asabah bi-ghairihMempunyai cucu lelaki – mendapat separuh dari bahagian cucu lelaki daripada anak lelaki. Terhalang disebabkan mempunyai anak lelaki ATAU 2 anak perempuan atau
lebih
5.Bahagian
Diperolehi
Bapa Simati
 1/6Mempunyai anak lelaki ATAU cucu lelaki dari anak lelaki
 1/6 dan AsabahMempunyai anak perempuan ATAU cucu perempuan dari anak lelaki
 AsabahTiada anak ATAU cucu dari anak lelaki
6.Bahagian
Diperolehi
Ibu Kepada Simati
 1/6Mempunyai anak ATAU cucu dari anak lelaki ATAU mempunyai dua saudara kandung ATAU saudara sebapa
 1/3Tidak mempunyai anak ATAU cucu dari anak lelaki ATAU tiada dua saudara kandung ATAU saudara sebapa
 1/3 dari bakiMempunyai bapa serta suami ATAU isteri
7.Bahagian
Diperolehi
Datuk kepada simati
 Sama
seperti bapa
Hanya mendapat bahagian sekiranya tiada bapa
8.Bahagian
Diperolehi
Saudara Perempuan Seibu Sebapa kepada simati
 1/2Tiada anak, cucu, bapa DAN tiada waris yang menjadikannya Asabah
 2/3Dua orang atau lebih, tiada anak, cucu, bapa DAN ahli yang menjadikannya Asabah
 ASABAHMempunyai saudara lelaki kandung ATAU datuk.
 Terhalang olehdisebabkan adanya bapa, ATAU anak lelaki ATAU cucu lelaki dari anak lelaki
9.Bahagian DiperolehiSaudara Perempuan Sebapa
 1/2Hanya seorang, tiada anak, cucu,saudara kandung, bapa DAN tiada ahli yang menjadikannya Asabah
 2/3Dua orang atau lebih dengan syarat tiada cucu lelaki, saudara kandung, bapa DAN tiada ahli yang menjadikannya Asabah
 1/6Seorang atau lebih mempunyai saudara perempuan seibu sebapa
 Asabahdisebabkan oleh saudara lelaki sebapa ATAU datuk
 Terhalang Oleh1. Bapa 
2. Dua orang atau lebih saudara perempuan kandung 
3. Seorang saudara perempuan kandung dan mempunyai anak perempuan dan
cucu perempuan 
4. Saudara lelaki kandung
10.Bahagian DiperolehiSaudara Seibu (Lelaki/Perempuan)
 1/6Hanya seorang, tiada bapa, datuk DAN tiada anak ATAU cucu dari anak lelaki
 1/3Dua atau lebih, tiada bapa, datuk DAN tiada anak ATAU cucu dari anak lelaki
 Terhalang olehDisebabkan adanya bapa, datuk, anak dan cucu dari anak lelaki

Baca : Antara Faraid, Hibah Dan Wasiat Mana Satu Yang Terbaik?

Baca : 12 Panduan Wasiat

Baca : Memahami Hibah Dalam Islam

Baca : Kepentingan Dan Kelebihan Hibah Takaful

Baca : Proses Tuntutan Harta Sepencarian

Soalan Lazim Faraid

Apakah Kes Faraid

Kes Faraid ialah kes yang didaftarkan untuk menyelesaikan masalah pembahagian harta pesaka yang
ditinggalkan oleh seseorang setelah berlaku kematiannya. Harta pusaka (faraid) terbahagi kepada dua :

a) Harta tak alih seperti tanah dan rumah

b) Harta alih adalah seperti wang simpanan bank, saham-saham, KWSP, Tabung Haji, Insuran, Koperasi, kenderaan, barang-barang kemas dan seumpamanya.

Apakah dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan sijil faraid di Mahkamah Syariah?

Dokumen yang diperlukan ialah:

i) Borang permohonan yang lengkap.

ii) Salinan sijil mati si mati atau surat akuan.

iii) Salinan kad pengenalan waris-waris/sijil kelahiran atau surat akuan.

iv) Salinan geran harta/buku akuan/penyata.

v) Sijil nilaian harta jika ada.

vi) Wang proses mengikut nilai penuh harta pusaka (RM30.00/RM20.00/RM10.00)

Apakah asas yang dipertimbangkan oleh Mahkamah untuk membolehkan seseorang menerima pusaka atas sebab perkahwinan?

Antara asas-asas yang dipertimbangkan ialah :

i) Sama ada perkahwinan itu sah atau tidak mengikut Hukum Syarak.

ii) Sama ada kematian berlaku sebelum atau selepas akad nikah.

iii) Adakah pasangan pernah bersama atau tidak.

iv) Adakah harta tersebut milik si mati atau tidak?

v) Sekiranya bercerai hidup, adakah dalam eddah talak rajie

Apakah proses yang terlibat dalam permohonan sijil faraid?

Proses kerja yang terlibat ialah:

i) Mengemukakan permohonan.

ii) Terima permohonan.

iii) Semak.

iv) Jika lengkap terima dan daftar.

v) Siasatan waris dijalankan pada hari pendaftaran atau pada hari lain yang ditetapkan.

vi) Apabila siasatan selesai, pengiraan dibuat.

vii) Dapatkan sijil dalam masa 5 hari selepas siasatan ahli waris selesai.

viii) Pemberitahuan akan diberi tahu pada hari siasatan selesai.

Apakah status penama terhadap harta si mati?

Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan tahun 1973 telah memberikan pendapatnya dalam Mesyuarat Raja-raja pada 20 September 1973 dan bersetuju bahawa penama-penama KWSP, wang simpanan pejabat pos, bank, insuran, dan syarikat kerjasama adalah sebagai orang-orang yang melaksanakan wasiat si mati atau wasi. Mereka boleh menerima wang si mati dari sumber-sumber tersebut untuk dibahagikan kepada orang yang berhak mengikut faraid.

Jangan lupa tambah ilmu lagi di bahagian soalan lazim faraid. Klik disini

Permohonan Perintah Faraid Di Mahkamah Syariah

Cara bagi mendapatkan Perintah Faraid di Mahkamah Syariah di Malaysia. Permohonan Perintah Faraid tidak menjadi kewajipan dalam urusan harta pusaka melainkan ia diminta oleh pegawai bicara.

Berikut adalah caranya:

1) Lengkapkan Borang borang MS 3 (Permohonan Faraid) dan MS 26 (Afidavit Sokongan) dan lampirkan maklumat berkaitan, antaranya:
– salinan sijil kematian si mati
– salinan surat nikah pasangan si mati
– salinan sijil kelahiran anak-anak si mati
– salinan maklumat harta

2) Dokumen yang telah lengkap dihantar ke Mahkamah Syariah untuk semakan dan buat bayaran pendaftaran.

3) Tarikh perbicaraan akan ditetapkan oleh Mahkamah Syariah dan pemohon bersama 2 orang saksi diwajibkan hadir bagi proses siasatan waris faraid.

Nota: Bawa juga segala dokumen asal sepertimana yang dilampirkan dalam permohonan,

4) Mahkamah Syariah akan keluarkan Perintah Faraid dalam masa 2 minggu dari tarikh perbicaraan dan bayaran perlu diselesaikan sebelum terima perintah faraid.

Hubungi Kami

Jika ada pertanyaan berkenaan masalah harta pusaka atau perlukan bantuan guaman. Boleh hubungi En.Hanaffi untuk pertanyaan secara PERCUMA di 0165577653 atau Whatsapp (klik button dibawah)

Share This Post

Dapat E-Book Hibah Percuma

Khas untuk anda

57 Responses

  1. assalamualaikum, lebih 99% rasanya rakyat malaysia tak tau hak masing2 dengan jelas termasuk saya sendiri, syabas tuan.

  2. Assalamualaikum…saya nak tanya…saya sudah berkahwin…saya tinggal dengan keluarga angkat sejak kecil…dokumen yang ada cuma surat beranak…saya pun tidak pernah berjumpa sesiapa dari keluarga kandung saya…mak bapa angkat ada bagi saya surat beranak dan pesan supaya saya tuntut panggu arwah bapa…pening saya…harap dapat membantu…macam mana proses pun saya tak tahu…mungkin rezeki anak-anak saya nanti…

    1. kena buat semakan atas nama arwah bapa. apa2 boleh terus wasap saya 0165577653.

      jika ada permohonan atas nama arwah boleh diuruskan. Jika tiada permohonan dan tiada maklumat langsung, susah nak buat juga.

  3. Assalamualaikum tuan
    Anak lelaki saya telah meninggal dunia dan meninggalkan wang simpanan dalam tabung haji sejumlahnya.arwah ada adik beradik 2 orang perempuan dan Kami ibu bapa.berapakah pembahagian faraid setiap orang.

    1. wasalam.

      untuk mak dan ayah yang masih hidup masing-masing layak 1/6.

      baki kepada waris faraid yg lain.

      1. Boleh tuan senarai contohkan waris yang lain selain yang telah tersebut.terima kasih

  4. Terima kasih banyak2 ats maklumat yg sangat jelas sememangnye penjelasan ini anat bermanfaat dlm kemuskilan dlm fikiran saya …penjelasan ini jg adlh ilmu dlm penuh b,makna & ia jg adlh ujian pd diri saya tentang asbab & akibat ..penjelasan ini jg adlh satu ujian yg perlu saya galas pd ibu saya kerana apabila ilmu telah sampai & d,ketahui adlah wajib melaksanakn peninggalan yg sudah pon terjadi …smg allah tidak membolak-balikkan keimanan ku kerana ia telah menjadi amanahku aamiin

    1. Terima kasih atas dorongan, semoga ilmu dapat sampai kepada semua indivdu tentang kepentingan menguruskan dan meranacang harta.

  5. asallamuaikum…saya jalaluddin hj mokhtar..ingin bertanya…bapa dan ibu saya telah meninggal dunia…saya mempunyai lapan orang adik beradik tujuh lelaki dan seorang perempuan..dua orang telah meninggal..soalan nya..bapak dan ibu ada meninggal sebuah rumah…jd kami adik beradik bercadang utk menjual rumah tersebut dan akan membuat pembahagian secara farait jd blh tak saya tau peratusan pembahagian tersebut..yg adik beradik 2 orang yg dh meninggal mempunyai anak..minta penjelasan tuan..terima kasih.

    1. lelaki dapat 2/15 bahagian.
      perempuan dapat 1/15 bahagian.

      untuk lebih tepat kena buat pengiraan bagi faraid bahagian mak dan ayah. Pengiraan setiap individu dapat dikira dengan lebih jelas dan tepat.

      sekarang nie saya pon xtahu ada anak lelaki atau perempuan. berapa bilangan. yang meninggal tu lelaki atau perempuan. maklumat tak jelas.

      jika en perlukan individu bantu untuk dapatkan perintah jualan saya boleh bantu.

      call – 0165577653

      wasap – https://wa.link/iu9ojd

  6. Assalamualaikum tuan, saya nak bertanya mengenai cara pembahagian wang kalau ada waris yang menolak bahagiannya.

    Simati ( Lelaki ) meninggal. Ada waris
    1) Ibu 1/6
    2) Isteri 1/8
    3) Anak perempuan( 3 org) 2/3
    4) Adik lelaki & perempuan 1/24

    Adik lelaki & perempuan simati telah menolak bahagian mereka dalam kes ni.

    Macam mana nak bahagikan duit RM5000 antara ibu, isteri & 3 anak perempuan ni?

    Terima kasih tuan.

    1. wasalam. cuba tanya adik lelaki dan perempuan tu nak bagi pada siapa? selesai masalah.

  7. Assalamualaikum tuan…sy ingin bertanya. Ibu dan ayah kamai telah meninggal dunia dan kami ada 4 adik beradik semua lelaki, dan seorang abang sy meninggal dahulu sebelum ibu dan ayah sy meninggal…
    Jadinya, harta perlu dibahagi kepada 4 ataupun 3 adik beradik sahaja?
    Adakah perlu dibahagikan kepada anak abang yang telah meninggal dunia?

    Sekian terima kasih

    1. Assalamualaikum, en.saya nak tahu pengiraan afraid.suami saya dah meninggal Dunia,dia ada simpanan sebanyak 13000.00 sahaja.anak lelaki 1,manakala anak perempuan 2.saya nak tahu pengiraan Dan pembahagian.sekian terima kasih

      1. isteri 4/32 bahagian = rm1625.00
        anak lelaki 14/32 bahagian = rm5687.50
        anak perempuan 7/32 = rm2843.75
        anak perempuan 7/32 = rm2843.75

        semoga bermanfaat

  8. Assallamuallaikum..suami saya seorang mualaf .Kami memiliki seorang anak perempuan Dan seorang anak lelaki .saudara suami Ada 10 orang, seorang lelaki Dan seorang perempuan menjadi mualaf juga .adakah saudara saudara Yang tak seagama boleh menuntut harta faraid suami?Dan perlukan suami membuat hibah jika suami ingin mewariskan harta kepada anak Dan isteri ? Mohon pencerahan.terima kasih

    1. wasalam. adik beradik suami yang tidak beragama islam tidak layak menerima harta orang islam.

      jika suami meninggal waris faraidnya adalah isteri, anak lelaki dan anak perempuan.

      tak buat hibah pon tak mengapa melainkan suami nak serah pada isteri sahaja, barulah buat hibah.

  9. Assalamualaikum Tuan. Adik perempuan saya telah meninggal dunia pada November 2022. Saya nak tahu mengenai pembahagian wang KWSP mengikut faraid. Ibu dan ayah masih ada. Telah bercerai pada 2015 dan mempunyai seorang anak perempuan berumur 8 tahun. Terima kasih Tuan.

    1. jadi yang layak terima hanya, ibu, ayah dan anak perempuan sahaja.

      bahagian:
      ibu 1/6
      ayah 2/6
      anak perempuan 3/6

  10. Assalammualaikum Tuan,

    Saya dalam proses membuat faraid harta untuk arwah ayah saya, pembahagian untuk anak 4lelaki/3perempuan. tetapi adik lelaki saya telah meninggal dunia sebelum proses faraid selesai , adakah nama beliau perlu diteruskan untuk pembahagian faraid tersebut atau perlu dibatalkan? Mohon pencerahan tuan , tq

    1. perlu teruskan.. jika si mati ada waris, maka masukkan saja nama waris-waris si mati bagi menerima bahagian si mati.

  11. Assalamualaikum tuan,
    Saya nak tanya..

    Berapa hari proses untuk lulus pengeluaran bagi penama
    anak kepada simati adakah sukar proses itu mengambil masa..
    biasanya lebih ke daripada 21 hari yang di beritahu di cawangan tertentu..
    terima kasih tuan

  12. Assalamualaikum tuan…
    Abang saya meninggal dan duit EPF telah difaraidkan kepada ayah, ibu, isteri & anak lelaki & anak perempuan. Selepas 6 bulan ayah saya meninggal.
    Anak2 arwah berumur 19 & 25 tahun pada masa kematian arwah abang & sudah bekerja. Soalan saya, adakah ibu saya perlu memberi bahagian faraid ibu untuk menyara anak2 arwah? Ibu saya berumur 80 tahun dan tiada sumber pendapatan lain selain dari wang pemberian anak2.
    Harap dapat penerangan dari pihak tuan, terima kasih.

    1. boleh terima tiada masalah, itu bahagian yang telah ditetapkan oleh Allah swt melalui faraid.

  13. maaf saye ingin bertanye arwah ayah sye meninggal sebelom arwah atok sye meninggal jika di faraid Masih ada ke bahagian arwah ayah untuk anak2 arwah ade 2 perempuan Dan 1 lelaki ..jika di faraid kn harta pusaka arwah atok adakah arwah ayah saya Masih ade hak sebahagian harta arwah atok..?

    1. jika ayah meninggal dulu dan atok ada anak lelaki lain, maka waris ayah dah tiada kena mengena dalam faraid atok.

      untuk harta pusaka ayah, waris atok ada bahagian.

  14. Assalamualaikum tuan,arwah bapa saya ada meninggalkan sejumlah duit kwsp dan saya penama.

    Arwah mempunyai:
    Bapa
    Ibu
    Ibu tiri
    Bapa tiri
    Seorang anak perempuan
    Seorang anak perempuan tak sah taraf tetapi hasil kandungan ibu saya dan arwah bapa saya
    2 saudara lelaki sebapa
    3 saudara perempuan sebapa
    1 saudara lelaki seibu sebapa

    Bagaimana saya perlu bahagikan faraid untuk mereka?

    1. sudah mohon surat kuasa? jika belum kami boleh uruskan.

      yg layak hanyalah:
      bapa 1/6
      ibu 1/6
      anak perempuan setiap orang 2/6

      adik beradik arwah tiada kaitan sebab ayah si mati masih hidup.

      apa-apa boleh wasap saya 0165577653

  15. Assalamualaikum saya nak tahu berapa harga service untuk pengiraan faraid. Dalam pengiraan faraid mak ayah yg sudah meninggal, ada kah termasuk cucu untuk adik atau abang yg telah meninggal dunia. Klu ada bagaimana kiraan nya. Ada kah kiraan dari bahagian arwah abg sahaja. Terima kaseh.

  16. Assalamualaikum tuan. Arwah kakak saya telah meninggal dunia dan meninggalkan wang kwsp atas penama kedua-dua anaknya. Nak tanya macamana pmbahagian faraid bagi waris yang di tinggalkan:

    1. Ibu
    2. Dua ank perempuan
    3. Adik beradik 3 pmpuan 1 lelaki
    Terim kasih

    1. ibu 5/30
      anak perempuan 10/30
      anak perempuan 10/30
      saudara lelaki 2/30
      saudara perempuan 1/30
      saudara perempuan 1/30
      saudara perempuan 1/30

  17. Assalamualaikum
    Arwah ayah sy meninggal dan waktu itu arwah datuk nasih ada. Slps itu datuk meninggal. Datuk ada 2 org ank, ayah n kakak nya. Skrg semua datuk, ayah n kakaknya sudah meninggal. Mcm mn pembahagian kepada anak2 arwah mak sedara?? 2 lelaki dan seorang perempuan.

  18. Allahyarham meninggalkan seorang Balu yg masih bekerja, seorang anak perempuan serta 2 anak lelaki bawah 18 tahun dan juga seorang ibu. Allahyarham juga mempunyai adik beradik perempuan dan lelaki.

    1) Bagaimanakah kaedah pmbahagian harta mengikut faraid?

    2) Mengikut hukum, siapakah yg wajib memberi nafkah anak² yatim tersebut atau /siapa turutan wajib memberi nafkah & sehingga bila?”

    1. 1) pembahagian faraid:
      ibu – 16/96
      isteri – 12/96
      anak perempuan – 17/96
      anak lelaki – 34/96
      anak lelaki – 34/96

      2) Nafkah anak yatim jatuh kepada adik-beradik lelaki si mati sehingga anak yatim tersebut berumur 18 tahun, atau sehingga mereka mampu berdikari. Walau bagaimanapun, adik-beradik lelaki si mati tadi hendaklah menafkahkan terlebih dahulu keluarga masing-masing. Selepas itu, jika ada lebihan, barulah menafkahkan anak saudara mereka yang yatim itu.

      Tetapi bagi balu, nafkah balu ditanggung oleh bapa kepada balu, atau adik-beradik lelaki kepada balu, kecuali balu itu kaya, tidak memerlukan nafkah. Sesiapa yang menjaga kebajikan anak yatim, Nabi s.a.w. bersabda, orang tersebut dan baginda Nabi seumpama jari telunjuk dan jari tengah (dekat dan rapat) di hari akhirat nanti.

  19. Assalamualaikum tuan..suami saya meninggal 2020, macam mana cara pengiraan faraid utk saya, anak perempuan saya, ibu mertua dan adik beradik suami saya ada 5org 2lelaki 3perempuan…bapa suami da meninggal 2015,
    Terima kasih..

    1. harta apa yang arwah tinggalkan? kena uruskan pusaka jika memerlukan surat kuasa.

      isteri 21/168
      anak perempuan 84/168
      ibu 28/168
      setiap saudara lelaki 10/168
      setiap saudara perempuan 5/168

      apa-apa boleh wasap saya 0165577653

  20. Assalammualaikum tuan, ibu saya sudah meninggal dunia, mohon pencerahan pembahagian harta kepada :
    1. ayah (suami),
    2. anak lelaki sulung 1
    dan;
    3. adik perempuan 1.

    1. wasalam, faraid utk semua:

      suami 1/4 bahagian
      anak lelaki 2/4 bahagian
      anak perempuan 1/4 bahagian

  21. as salam tuan.
    ibu saya telah meninggal pada 2020. ayah pula meninggal pada 2021. kami ada 6 beradik. 2 lelaki dan 4 perempuan. anak lelaki telah meninggal dunia pada tahun 2022( cerai hidup : 2anak perempuan dan 1 lelaki (lebih 18 tahun ) dan seorang lagi meninggal pada 2023. (cerai hidup : 2 anak perempuan dan 1 lelaki (lebih 18 tahun) . ayah ada meninggalkan rumah. Bagaimana bahagian faraidnya kerana salah seorang anak perempuan ingin memiliki rumah tersebut . wasalam.

    1. wasalam,

      rumah tu layak kepada semua anak yang hidup dan cucu-cucu daripada anak yang telah meninggal juga. Ini dah kira 3 lapis kematian

  22. Assalamualaikum tuan. Jika seorang bapa meninggal dunia meninggalkan seorang isteri, 5 orang anak lelaki dan 4 orang anak perempuan. Tetapi anak lelaki sulong telah meninggal dunia dahulu sebelum bapa nya itu meninggal dan mempunyai 5 orang anak lelaki(cucu lelaki). Adakah 5 orang cucu lelaki itu layak menerima faraid arwah atok nya untuk bahagian arwah bapa nya yang telah meninggal dunia?

  23. Assalamualaikum wbt tuan,
    Mohon pencerahan.. datuk saya meninggal pada tahun 1998 dan mempunyai anak 6 orang 2 lelaki dan 4 perempuan ibu saya adalah anak sulung.. berlaku perselisihan faham berkenaan harta pusaka (tanah rumah dll) dan pembahagian faraid berlangsung tanpa pengetahuan ibu saya mungkin disisihkan..pada tahun 2021 ibu saya telah meninggal dunia di ikuti bapa pada 2022.. soalan saya adakah saya berhak untuk menuntut semula bahagian arwah ibu saya dan jika boleh, bagaimana caranya. Bagaimana pula pembahagian harta tersebut bersama adik beradik lain (4 beradik:1 lelaki ~saya~ 3 perempuan)

    Mohon pencerahan tuan, sekian terima kasih.

    1. Boleh.

      1) kena dapatkan dimana perintah urusan pusaka dibuat
      2) mohon sijil faraid bagi arwah nenek
      3) lantik peguam untuk uruskan

  24. Ingin tanya pendapat ustaz..

    Arwah nenek saya ada tinggalkan tanah

    Nenek ada anak seorang iaitu arwah abah saya dan arwah abah berkahwin pun dapat anak perempuan seorang…saya di jaga oleh arwah sejak dari lahir lagi..

    Arwah nenek saya meninggal bulan 6 2010
    Arwah abah saya meninggal bulan 11 2010

    Tanah sekarang masih lagi nama nenek..geran tanah ada dalam simpanan saya sbb saya yang bayar cukai tanah dari umur 11tahun lagi sebab arwah nenek ajar sebab kata nya nanti tanah tu akan jadi milik saya…cuma silap saya sebab tak tukar nama masa arwah nenek masih hidup…

    Arwah nenek pernah hibahkan tanah tu bagi pada saya dan orang2 kampung jadi saksi..

    Macam mana nak tukar nama geran tanah tu ya?maaf sy org kg tak tahu nak buat macam mana…

    Dah bertahun tahun arwah meninggal sy belum tukar nama tanah lagi saya tak tahu mula dari mana😭

  25. Adakah adik beradik yg sudah meninggal dunia dikira dalam pembahagian harta pusaka dan bahagiannya diberikan kepada warisnya?

    1. Ya, sesiapa yang meninggal pasti ada waris faraidnya.. Kena semak siapa waris si mati terlebih dahulu.

  26. Assalamualaikum tuan…mohon pencerahan berkenaan arwah abg yg meninggal…Arwah adalah OKU dan menerima bantuan JKM…Adakah duit arwah perlu dibahagi…ayah telah lama meninggal..yang ada ibu dan 2 org adik perempuan…
    Terima kasih.

    1. apa yg ditinggalkan oleh arwah kena faraid.. sebelum tu kena selesaikan dulu hutang2 arwah dengan manusia dan dengan Allah dulu. Baki baru faraid.

  27. Assalamualaikum. Saya nak tanya 2 soalan:

    1. Ibu saya telah meninggal. saya uruskan kwsp ibu saya. saya ada bapa tiri. Semasa ibu saya meninggal, mereka masih suami isteri. Adakah duit kwsp tu perlu difaraid kan kepada bapa tiri saya? Dan berapa bahagian untuk bapa tiri, 2 org anak lelaki dan seorang anak perempuan?

    2. Arwah ibu saya ada 8 org adik beradik. Bulan lepas arwah abg dia meninggal dunia dan tidak mempunyai isteri atau anak. Tidak berkahwin. Ibu ayah dia sudah lama meninggal. Adik beradik yang hidup tinggal 3 org perempuan. adik beradik ibu yang sudah meninggal 2 org adik beradik lelaki dan 2 org adik beradik perempuan. Keempat empat yang telah meninggal ada anak. Ibu saya mempunya 2 org anak lelaki dan sorang anak perempuan. Adakah arwah ibu saya pun mempunyai hak pada harta si mati? Adakah anak2 ibu saya akan menerima hak si mati?

    1. 1. kiraan faraid utk semua:
      isteri – 5/40
      anak lelaki – 14/40
      anak lelaki – 14/40
      anak perempuan – 7/40

      2. Yang layak adalah bagi harta pusaka pakcik/makcik – anak lelaki daripada saudara lelaki seibu sebapa

Leave a Reply to Faizul akmal Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Nak kami bantu anda?

Hubungi segera untuk sesi konsultansi percuma

© 2021 SEZARAH NUR VENTURE (SA0388691-M) . All rights reserved

hanaffi.com

error: Content is protected !!