Pengurusan Harta Selepas Kematian : Hak dan Tanggungjawab

Pengurusan harta selepas kematian bukan sekadar soal wasiat atau faraid . Ia adalah tentang memastikan legasi anda tidak tersangkut dalam kekusutan undang-undang atau perselisihan keluarga. Dalam artikel ini, kita akan merungkai liabiliti hak berkaitan harta pusaka dalam Islam . Bagaimana hak-hak yang terkait boleh pastikan harta anda diagihkan dengan lancar kepada insan tersayang tanpa tekanan dan tanpa konflik.

pengurusan harta selepas kematian
Harta pusaka dalam Islam
Bayangkan anda memiliki segala yang anda usahakan sepanjang hayat seperti rumah, simpanan, pelaburan. Tapi adakah anda pasti semuanya akan sampai kepada orang yang betul apabila tiba masanya? Bagaimana jika proses itu menjadi lebih rumit daripada yang anda jangka?

Keunikan Undang-undang Pusaka Islam

Undang-undang pusaka Islam (faraid) adalah satu sistem yang unik kerana ia bersumberkan wahyu daripada Allah s.w.t sesuai dengan naluri dan fitrah kejadian manusia.

Sistem pusaka Islam berbeza dengan sistem pusaka sebelum Islam dalam pelbagai aliran dan fahaman terutama selepas turunnya ayat al-mawarith (Surah al-Nisa’ayat 11,12 dan 176).

Selepas turun ayat al-mawarith terdapat beberapa perbaharuan dan keistimewaan dalam undang-undang pusaka Islam yang kekal hingga sekarang.

Mengapa Pembahagian Harta Pusaka Adalah Langkah Paling Kritikal?

Islam sangat mengutamakan pembahagian harta pusaka si mati dengan mengatur beberapa aspek yang terkait dengannya. Hal-hal ini sangat penting untuk menjaga agar harta peninggalan si mati tidak disalahgunakan atau dibagikan secara tidak adil kepada waris-warisnya.

Selepas kematian : Liabiliti hak

Menurut majoriti ulama, termasuk al-Hanafiyyah, al-Malikiyyah, dan al-Shaficiyyah, hak-hak yang terkait dengan harta pusaka dapat dibagi menjadi lima aspek:

1) Hak-hak harta benda,
2) Hak untuk mempersiapkan pemakaman jenazah si mati
3) Hak untuk membayar hutang-hutang,
4) Hak untuk pelaksanaan wasiat,
5) Hak yang terakhir adalah pembahagian baki harta peninggalan kepada waris-waris sesuai dengan ketentuan yang berlaku.

Mengapa pembahagian harta pusaka penting ?

Para fuqaha (ahli fikih) sepakat bahawa hak-hak yang terkait dengan harta peninggalan si mati tidak memiliki keutamaan yang sama bagi setiap orang. Oleh kerana itu, diperlukan penilaian yang cermat untuk menentukan urutan keutamaan dalam melakukan pembahagian harta pusaka yang ditinggalkan oleh si mati.

Dalam konteks ini, telah ada kesepakatan (ijma’) di antara para fuqaha bahawa hak-hak waris dan pelaksanaan wasiat harus diberikan keutamaan lebih rendah dibandingkan dengan hak untuk melunaskan persiapan perkebumian dan penyelesaian seluruh hutang-hutang yang dimiliki si mati.

Pengurusan harta selepas kematian berlaku

Pernahkah anda terfikir mengapa wasiat perlu dilaksanakan terlebih dahulu sebelum harta pusaka dibahagi kepada waris?

Apa sebenarnya keutamaan yang perlu diikuti untuk memastikan semua pihak mendapat hak mereka dengan adil?

Para fuqaha telah menyusun urutan yang jelas untuk mengelakkan sebarang konflik atau kekeliruan.

Mari kita telusuri setiap hak yang berkaitan dengan harta pusaka ini dan fahami mengapa ia begitu penting.

Pengurusan Selepas Kematian

Hak-Hak Barangan atau Harta Benda dalam Pusaka

Hak-hak barangan merujuk kepada hak yang berkaitan dengan barang atau benda dalam peninggalan si mati sebelum kematiannya berlaku.

 Sebagai contoh, apabila seseorang membeli sesuatu daripada penjual, tetapi meninggal dunia sebelum sempat melunaskan bayaran, penjual berhak mendapatkan kembali barang yang dibeli.

Hak-hak ini juga merangkumi situasi di mana barang yang telah digadaikan (المرهون) masih berada di tangan pemegang gadai (المرتهن).

 Dalam kes ini, jika si mati tidak meninggalkan harta lain selain barang gadai tersebut, pemegang gadai adalah pihak yang berhak memilikinya sebagai ganti pembayaran hutang yang belum diselesaikan.

Penting untuk diketahui, hak-hak ini diberikan keutamaan yang lebih tinggi daripada hak-hak lain, seperti perbelanjaan untuk persiapan pengebumian atau pengurusan jenazah. Pendapat ini disokong oleh majoriti ulama, termasuk mazhab al-Hanafiyyah, al-Malikiyyah, dan al-Shaficiyyah.

Contoh Situasi

  1. Pembelian Barang Apabila seseorang membeli perhiasan emas tetapi meninggal dunia sebelum bayaran habis dilunaskan, penjual berhak menuntut barang tersebut sebagai ganti.
  2. Barang Gadai Jika seseorang menggadaikan barang berharga dan meninggal dunia tanpa meninggalkan harta lain, pemegang gadai boleh mengambil barang gadai itu sebagai ganti hutang.
hak jenazah dalam pengurusan
Hak pengurusan Jenzah

Hak untuk Pengebumian dan Pengurusan Jenazah

Pengurusan harta selepas kematian melibatkan perbelanjaan untuk pengebumian dan pengurusan jenazah (التجهيز الميت). Ini merangkumi kos membersihkan jenazah, memandikan, mengkafankan, menggali kubur, dan mengangkut jenazah ke tempat pengebumian.

Kos perbelanjaan: Jumlah perbelanjaan boleh berbeza bergantung kepada beberapa faktor, seperti jantina, kekayaan, atau status ekonomi si mati. Walau bagaimanapun, pengeluaran ini perlu dilakukan secara berhemah—tidak membazir dan tidak terlalu cermat.

Semua kos pengurusan jenazah mesti ditanggung oleh harta peninggalan si mati, jika wujud.

Tanggungan Si Mati

Perbelanjaan Pengkebumian Ahli Keluarga yang Masih Ditanggung

Jika ahli keluarga si mati, seperti anak kecil atau ibu bapa yang memerlukan bantuan, meninggal dunia sebelum si mati, maka perbelanjaan pengkebumian mereka harus ditanggung daripada harta peninggalan si mati. 

Ini termasuk kes di mana kematian mereka berlaku sekejap sahaja sebelum si mati.

Menerusi pengurusan harta selepas kematian, jika si mati tidak memiliki harta atau keluarga tidak mampu menanggung kos pengurusan jenazah. Atas sebab faktor seperti kemiskinan atau sebab lain, maka kos tersebut akan ditanggung oleh baitulmal (dana umum). 

Sekiranya baitulmal tidak mencukupi atau tidak tersedia di kawasan tempat si mati tinggal, tanggungjawab ini jatuh kepada komuniti Muslim yang lebih berkemampuan.

Ini kerana pengurusan jenazah adalah kewajipan yang mesti dilaksanakan oleh individu mampu dalam komuniti.

Jenazah Isteri

Bagi pengurusan jenazah seorang isteri, terdapat perbezaan pendapat di kalangan fuqaha (cendekiawan agama). 

Salah satu isu yang dibincangkan adalah siapakah yang bertanggungjawab menanggung kos pengurusan jenazah seorang isteri: suami, atau harta peninggalannya sendiri?

  1. Jika Suami Masih Hidup: Menurut pandangan fuqaha seperti al-Shaficiyyah dan Abi Yusuf dalam mazhab al-Hanafi, kos pengurusan jenazah isteri perlu diambil daripada harta suami. Ini selaras dengan tanggungjawab suami untuk memberi nafkah kepada isterinya semasa hayatnya.
  2. Jika Suami Telah Meninggal Dunia: Sekiranya suami telah meninggal dunia dan jenazah isteri belum dimakamkan, kosnya diambil daripada harta peninggalan suami. Pandangan ini menyatakan bahawa nafkah terhadap isteri berterusan walaupun selepas kematiannya, termasuk dalam konteks pembahagian harta pusaka.

Selain itu, fuqaha’ al-Shaficiyyah mewajibkan suami untuk memandikan jenazah isterinya, menunjukkan hubungan tanggungjawab ini tidak terputus sepenuhnya.

Melangsaikan Hutang dalam Konteks Pengurusan Pusaka

Hutang dianggap sebagai tanggungjawab besar, sama ada semasa hayat seseorang atau selepas kematiannya. Oleh sebab itu, perlunasan hutang diberi keutamaan sebelum pelaksanaan wasiat .

Ini bertujuan untuk mengingatkan bahawa tanggungjawab membayar hutang mesti ditunaikan, sama ada oleh individu berhutang semasa hidupnya atau oleh waris selepas kematiannya.

Itulah peringatan tentang pengurusan harta selepas kematian yang mustahak perlu diingati kepada mereka yang masih hidup.

Pemberi hutang tetap berhak menuntut bayaran walaupun si peminjam telah meninggal dunia. Maka, adalah kewajipan waris untuk memastikan hutang tersebut dijelaskan sebelum apa-apa pembahagian harta dilakukan.

Melangsaikan hutang si mati

Jenis-Jenis Hutang yang Ditinggalkan oleh Si Mati

Hutang yang ditinggalkan oleh si mati terbahagi kepada dua jenis, iaitu hutang kepada Allah dan hutang kepada manusia. Setiap jenis hutang ini mempunyai keutamaan dan tanggungjawab tertentu yang perlu dilunaskan.

Dalam pengurusan harta selepas kematian , ia adalah perkara mustahak kepada si mati.

1. Hutang kepada Allah

Hutang kepada Allah merangkumi tanggungjawab seperti:

  • Zakat
  • Kaffarah
  • Nazar
  • Fardu haji

Hutang ini mewakili kewajipan yang tertangguh semasa hayat si mati. Menurut jumhur fuqaha, hutang-hutang ini wajib dilunaskan terlebih dahulu menggunakan harta peninggalan si mati. Iaitu tanpa mengira sama ada si mati meninggalkan wasiat untuk melunaskannya atau tidak.

Jika si mati meninggalkan wasiat untuk melunaskan hutang kepada Allah, wasiat tersebut tidak terhad kepada 1/3 daripada harta peninggalan. Wasiat ini mempunyai status yang sama seperti melunaskan hutang sesama manusia. Itulah pengurusan harta selepas kematian yang telus.

2. Hutang kepada Manusia

Hutang kepada manusia melibatkan tanggungjawab kewangan atau barang-barang peninggalan yang belum diselesaikan sebelum kematian. Contohnya:

  • Barang gadaian yang masih berada dalam pemilikan pemegang gadai.
  • Barang jualan yang belum diserahkan kerana bayaran belum diterima.
  • Hutang yang diakui oleh si mati sebelum kematiannya.

Para ulama bersepakat bahawa hutang kepada manusia wajib dilunaskan menggunakan harta peninggalan si mati. Hak ini mesti dipenuhi sebelum pelaksanaan wasiat atau pembahagian harta pusaka.

Keutamaan Melunaskan Hutang

1. Keutamaan Hutang kepada Allah

Hak Allah diberikan keutamaan tertinggi dalam pengurusan harta pusaka. Hutang kepada Allah mesti dilangsaikan terlebih dahulu sebelum pelaksanaan wasiat atau pembahagian faraid. Ini adalah untuk menekankan pentingnya melunaskan tanggungjawab spiritual dan ibadah.

2. Hutang kepada Manusia

Hutang sesama manusia juga wajib dilangsaikan. Proses melunaskan hutang ini memastikan hak orang lain dihormati, sebagaimana hak Allah dihormati. Pendapat ini disokong oleh jumhur fuqaha, yang menekankan bahawa kewajipan ini tidak boleh diabaikan.

Melaksanakan Wasiat dalam Pengurusan Harta Pusaka

Pelaksanaan wasiat harta pusaka

Melaksanakan wasiat merujuk kepada memenuhi permintaan tertulis yang dibuat oleh si mati sebelum meninggal dunia, mengenai bagaimana harta pusakanya perlu dibahagikan. Berikut adalah langkah-langkah penting dalam melaksanakan wasiat:

1. Pastikan Wasiat Sah

Pastikan wasiat yang ditinggalkan oleh si mati sah di sisi undang-undang Islam. Ini termasuk:

  • Wasiat tidak melebihi 1/3 daripada harta pusaka.
  • Wasiat tidak bertentangan dengan hukum waris Islam.

2. Beritahu Penerima Waris

Beritahu semua penerima waris dan pihak berkepentingan tentang kandungan wasiat tersebut.

3. Ikuti Arahan Wasiat

Pelaksana wasiat perlu mematuhi arahan yang terkandung dalam wasiat. Sebagai contoh, jika terdapat arahan untuk menyumbang sebahagian harta kepada amal, pelaksana harus memastikan sumbangan itu dilaksanakan.

4. Hormati Hak Penerima Waris Lain

Hak penerima waris yang sah perlu dihormati. Wasiat tidak boleh melanggar hak mereka yang telah ditetapkan.

5. Mendapatkan Pengesahan

Dalam situasi tertentu, pengesahan daripada mahkamah Islam atau pihak berkuasa yang berkaitan mungkin diperlukan untuk memastikan wasiat itu sah dan boleh dilaksanakan.

6. Simpan Rekod

Segala urusan pelaksanaan wasiat perlu dicatat dan disimpan sebagai bukti. Ini dapat membantu mencegah pertikaian pada masa hadapan.

7. Berdoa

Semasa melaksanakan wasiat, berdoalah agar Allah mencurahkan rahmat kepada si mati dan mengampuni dosa-dosanya.

Mengagihkan Harta Pusaka kepada Para Waris

Pengagihan harta pusaka adalah langkah terakhir dalam pengurusan harta selepas kematian. Proses ini dilakukan hanya setelah:

  1. Semua kos pengurusan jenazah ditanggung.
  2. Hutang-hutang dilunaskan.
  3. Wasiat yang ditinggalkan oleh si mati dipenuhi.

Panduan Pengagihan

Pengagihan harta kepada para waris perlu berdasarkan ketetapan Allah S.W.T dalam al-Quran, al-Sunnah, dan ijma’ ulama. Tidak semua waris memiliki status atau kedudukan yang sama dalam pembahagian harta pusaka; ia bergantung kepada urutan dan hak yang telah ditetapkan oleh syarak.

Pengagihan Harta Pusaka kepada Ahli Waris

Pengagihan harta pusaka adalah hak keempat dalam senarai hak-hak berkaitan dengan harta pusaka. Ia hanya dilaksanakan jika terdapat baki harta selepas semua kos pengurusan pengkebumian, hutang piutang, dan pelaksanaan wasiat telah diselesaikan.

Panduan Pengagihan Harta Pusaka

Pengagihan harta pusaka perlu mengikuti ketetapan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T, sebagaimana terkandung dalam al-Quran, al-Sunnah, dan ijma’ ulama. Ahli waris yang layak menerima harta pusaka tidak semuanya sama dari segi status dan kedudukan mereka. Hak masing-masing bergantung kepada hubungan mereka dengan si mati.

Tiga Golongan Waris Utama dalam Pembahagian Harta Pusaka

wasiat terakhir

Dalam undang-undang pusaka Islam, terdapat tiga golongan utama waris dengan martabat dan hak berbeza:

1. Waris Ashab al-Furud

Golongan ini terdiri daripada waris yang mendapat bahagian tetap dan telah ditentukan secara jelas dalam al-Quran. Contohnya:

  • Isteri
  • Suami
  • Ibu bapa
  • Anak-anak
  • Cucu (keturunan langsung)

Mereka mempunyai martabat tertinggi kerana hak mereka telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.

2. Waris Casabah

Waris Casabah terdiri daripada saudara-mara yang berkaitan dengan si mati, tetapi tidak tergolong dalam waris Ashab al-Furud. Contohnya:

  • Saudara kandung
  • Saudara seibu
  • Saudara sebapa

Hak mereka bergantung kepada baki harta pusaka selepas keperluan waris Ashab al-Furud dipenuhi.

3. Waris Dhawi al-Arham

Golongan ini merujuk kepada waris dari hubungan keluarga yang lebih jauh, seperti:

  • Sepupu
  • Pakcik
  • Makcik

Martabat mereka adalah yang paling rendah, dan mereka hanya menerima bahagian selepas hak waris Ashab al-Furud dan Casabah telah dipenuhi.

Kesimpulan

Berikut ialah ringkasan hak dan tanggungjawab dalam pengurusan harta pusaka:

1. Hak Liabiliti

Hak liabiliti melibatkan kewajipan seperti melangsaikan hutang, kos pengurusan jenazah, dan pelaksanaan wasiat. Ini adalah langkah awal sebelum pembahagian harta kepada waris.

2. Hak Manusia & Allah

Para ulama bersepakat bahawa hutang kepada Allah perlu diberi keutamaan, diikuti oleh hutang kepada manusia. Pengagihan faraid hanya dilakukan setelah kewajipan ini diselesaikan.

3. Pengurusan Janazah

Perbelanjaan seperti memandikan, mengkafankan, dan mengebumikan jenazah harus dibiayai menggunakan harta pusaka si mati, memastikan keperluan ini tidak membebankan keluarga.

4. Pelaksanaan Wasiat

Wasiat perlu dilaksanakan dengan penuh penghormatan, tetapi hanya dalam lingkungan 1/3 daripada harta pusaka setelah hak Allah dilunaskan.

5. Hak Waris

Langkah terakhir ialah pengagihan harta kepada waris mengikut syariat Islam. Waris terdekat akan diberikan keutamaan berdasarkan kedudukan mereka.

Dengan memahami hak-hak liabiliti ini, keluarga dan waris si mati dapat menjalankan pengurusan harta pusaka dengan adil dan selaras dengan prinsip-prinsip undang-undang Islam.

Hal ini memastikan bahawa kewajipan agama dipenuhi, dan hak-hak waris serta hak-hak Allah dihormati dalam proses tersebut.

PeguamHanafiIdrisHartaPusaka ezgifcom jpg to webp converter

Masih mencari penyelesaian? Jangan biarkan masalah pengurusan harta selepas kematian terus menghantui tanpa arah. Bimbingan daripada En. Hanaffi, seorang pakar yang arif dalam undang-undang dan pandangan agama. Mana tahu, dengan dapatkan khidmat beliau boleh menjadi kunci kepada jawapan yang anda perlukan.

 Langkah kecil anda hari ini mungkin mencetuskan perubahan besar pada hari  esok. Adakah anda sudah bersedia untuk memulakannya? Untuk memulakan langkah bijak menuju penyelesaian yang anda perlukan, klik pautan dibawah.

Hubungi En.Hanaffi jika ingin dapatkan nasihat perundangan berkenaan harta pusaka. (Klik Sini)

Jika ada pertanyaan berkenaan masalah harta pusaka atau perlukan bantuan guaman atau mediator untuk bantu jadi orang tengah selesaikan masalah harta pusaka. Boleh hubungi En.Hanaffi untuk pertanyaan secara PERCUMA di 0165577653 atau Whatsapp (klik button dibawah)

author avatar
hanaffi idris

Share This Post

Dapat E-Book Hibah Percuma

Khas untuk anda

Leave a Reply

Nak kami bantu anda?

Hubungi segera untuk sesi konsultansi percuma

© 2021 SEZARAH NUR VENTURE (SA0388691-M) . All rights reserved

hanaffi.com

error: Content is protected !!