Mengenali Fungsi Dan Peranan Syarikat Amanah Dalam Pengurusan Harta Pusaka

Syarikat Amanah - Hanaffi.com
Home » Harta Pusaka » Mengenali Fungsi Dan Peranan Syarikat Amanah Dalam Pengurusan Harta Pusaka

Pernahkah anda terfikir tentang nasib harta anda selepas pemergian anda? Kebanyakan orang tidak merancang untuk harta warisan mereka dan menganggap bahawa keluarga mereka akan menyelesaikan segala-galanya.

Realiti yang berlaku hari ini, adalah tanpa perancangan harta pusaka yang tepat, pentadbiran harta pusaka boleh menjadi isu yang rumit dalam kalangan keluarga.Lihat la berapa banyak kes harta pusaka tidak dapat diselesaikan. Di sinilah peranan penting syarikat amanah muncul. Mereka membantu memastikan harta anda diagihkan mengikut kehendak atau wasiat anda.

Syarikat amanah, juga dikenali sebagai trust company, berfungsi sebagai pihak ketiga yang bebas dan tidak berkepentingan terhadap harta pusaka anda. Mereka badan yang mengawasi pentadbiran harta pusaka dan amanah. Mereka mengendalikan semua perkara mengikut skop undang-undang ayariah dan sivial yang ada di Malaysia.

dan kewangan, mengurangkan bebanan keluarga anda semasa masa yang sudah pasti sukar ini. Dengan menggunakan syarikat amanah, anda mendapat ketenangan fikiran bahawa harta anda akan dikelola secara telus dan profesional. Ini membolehkan keluarga anda memberi tumpuan kepada proses berduka dan mengenang kenangan anda tanpa perlu menghadapi prosedur undang-undang yang rumit.

Jika anda prihatin tentang nasib bagaimana harta anda diuruskan selepas anda tiada, pilihan yang bijak adalah mendapatkan nasihat daripada syarikat amanah. Bulan sahaja mereka akan melindungi harta anda malah membantu melindungi keluarga anda daripada konflik yang mungkin timbul.

Mereka mempunyai kepakaran untuk memastikan harta anda diurus dan diagihkan dengan bertanggungjawab mengikut kehendak peribadi selaras dengan undang-undang sivil dan Islam di Malaysia. Waris anda layak mendapat yang terbaik. Hubungi En.Hanaffi jika ingin dapatkan nasihat. (Klik Sini)

1. Apakah Itu Syarikat Amanah?

Syarikat amanah, atau lebih dikenali sebagai trust company, adalah syarikat yang ditubuhkan untuk menguruskan harta pusaka dan kepentingan benefisiari (Pihak-pihak yang berkepentingan ke atas harta peninggalan si mati seperti waris, pemiutang, pemegang pajak dan lain-lain – penerima manfaat)

1.1 Peranan Dan Tanggungjawab Syarikat Amanah?

Syarikat amanah bertindak sebagai pemegang amanah bagi harta pusaka yang diamanahkan kepada mereka. Mereka akan menguruskan harta pusaka tersebut bagi pihak pemilik harta (settlor) dan mengagihkan keuntungan yang diperolehi kepada benefisiari(Pihak-pihak yang berkepentingan ke atas harta peninggalan si mati seperti waris, pemiutang, pemegang pajak dan lain-lain) yang ditetapkan.

Syarikat amanah mempunyai tanggungjawab utama untuk menjaga, mengurus, dan mengembangkan nilai harta pusaka yang diberi amanah kepada mereka. Mereka wajib memastikan bahawa harta pusaka ini dikelola dengan cermat dan pelaburan yang bijak untuk mencapai pulangan yang maksimum.

Tidak hanya itu, syarikat amanah juga mempunyai tanggungjawab untuk mematuhi kehendak settlor (pemilik harta pusaka semasa hidup) dan memastikan kepentingan benefisiari (penerima manfaat) dilindungi. Mereka diamanahkan untuk mengagihkan hasil, pampasan, atau manfaat lain kepada benefisiari mengikut panduan yang telah ditetapkan dalam dokumen amanah.

Keberadaan syarikat amanah memberikan kemudahan dalam pengurusan dan pentadbiran harta pusaka. Mereka memiliki kepakaran dan pengalaman yang diperlukan dalam bidang ini, memastikan bahawa harta pusaka diurus dengan cekap dan efisien. Dengan adanya syarikat amanah, settlor dan benefisiari dapat merasa lebih yakin kerana harta pusaka mereka berada di bawah pengawasan profesional.

2. Peranan Utama Syarikat Amanah Dalam Pengurusan Harta Pusaka

Syarikat amanah memainkan peranan penting dalam pengurusan harta pusaka anda. Mereka bertindak sebagai pemegang amanah yang boleh diamanahkan untuk menguruskan harta pusaka seseorang selepas kematian.

2.1 Pengurusan dan Pelaksanaan Wasiat

Syarikat amanah akan merancang dan melaksanakan pengagihan harta pusaka mengikut wasiat atau faraid Mereka akan memastikan harta dibahagikan dengan adil dan mengikut undang-undang. Ini termasuklah menjual aset, membayar hutang, dan membahagikan wang kepada waris.

2.2 Harta Pusaka Dalam Bentuk Pelaburan

Jika pemilik harta mempunyai pusaka yang termasuk dalam kategori pelaburan seperti saham, syarikat amanah bertanggungjawab menguruskan pelaburan tersebut untuk faedah waris. Tanggungjawab mereka juga untuk memantau prestasi pelaburan, menilai risiko, dan membuat keputusan jual beli yang bijak untuk memaksimumkan pulangan kepada waris mengikut kehendak atau wasiat arwah.

2.3 Pematuhan Terhadap Undang-Undang

Syarikat amanah perlu mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang ada khususnya di Malaysia yanng berkaitan dengan pengurusan harta pusaka. Ini termasuk cukai, permit, lesen dan prosedur mahkamah. Mereka juugaperlu memastikan semua urusan pengurusan harta pusaka dilakukan mengikut lunas undang-undang untuk melindungi kepentingan waris.

Jadi, syarikat amanah memainkan peranan penting dalam memudahkan pengurusan harta pusaka. Mereka perlu memastikan pembahagian harta pusaka dapat berlaku secara adil, dengan pengurusan yang profesional, dan memastikan pematuhan kepada undang-undang. Waris tidak perlu lagi turun naiuk mahkamah dan pening untuk menguruskan hal ini.

3. Kelebihan Menggunakan Perkhidmatan Syarikat Amanah

Syarikat amanah memainkan peranan penting dalam pengurusan harta pusaka dan menawarkan beberapa kelebihan berbanding pengurusan secara individu.

3.1 Pengurusan Yang Profesional

Syarikat amanah kebiasaanya diwakili oleh peguam peguam dan ahli dalam bidang pengurusan harta pousaka yang arif kerana mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam pengurusan harta pusaka yang akan lama. Mereka memahami bagaimana undang-undang sivil dan syariah di Malaysia. Pengurusan secara profesional juga dapat mengelakkan pertelingkahan antara waris berkaitan pengagihan harta pusaka dimasa akan datang.

3.2 Objektif dan Peranan

Sebagai entiti bebas, syarikat amanah menjalankan tugas mereka dengan penuh bertanggungjawab kerana terikat dengan audit dan undang undang. Mereka juga, tidak terlibat dalam kepentingan peribadi berkaitan harta pusaka dan fokus utama mereka adalah untuk memastian wasiat atau arahan pemilik harta pusaka dapat dilaksanakan sebaik mungkin.

3.3 Kesinambungan Pengurusan Harta Pusaka

Syarikat amanah mampu menjamin kelangsungan pengurusan harta pusaka meskipun berlaku perubahan dalam kalangan waris, seperti kematian. Selain itu, mereka juga memikul tanggungjawab sepenuhnya terhadap harta pusaka hingga proses pengagihan selesai.

3.4 Keselamatan Dokumen

Dokumen berkaitan harta pusaka disimpan di peti pesi premis syarikat amanah yang mempunyai tahap keselamatan yang sangat tinggi. Ini membantu mengelakkan kehilangan atau kerosakan dokumen dan memudahkan pengurusan serta penyimpanan dokumen penting. Salah satu faktor, proses pengurusan harta pusaka tertunda adalah kerana kes dokumen yang tidak lengkap, dan ini sering berpunca daripada kehilangan dokumen tersebut.

Dengan menggunakan perkhidmatan syarikat amanah dalam pengurusan harta pusaka anda, dokumen anda akan lebih terjamin. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk memilih syarikat amanah yang mempunyai pengalaman dan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan mempunyai pegawai perundingan undang undang (peguam) yang bertauliah untuk memastikan pengurusan yang lancar dan sah dari segi undang-undang.

4. Proses Pelantikan Syarikat Amanah Sebagai Pentadbir Harta Pusaka Anda

Setelah pemilik harta itu meninggal dunia, langkah seterusnya ialah melantik syarikat amanah sebagai pentadbir harta pusaka. Ini merupakan langkah yang sangat penting untuk memastikan bahawa pengurusan dan pentadbiran harta pusaka kepada waris yang berhak dilaksanakan dengan telus dan adil.

4.1 Proses Permohonan Pelantikan Pentadbir

Waris yang layak perlu membuat permohonan kepada mahkamah untuk melantik syarikat amanah sebagai pentadbir harta pusaka. Permohonan ini harus disertakan dengan dokumen-dokumen yang relevan, seperti surat cara pembahagian harta pusaka dan senarai waris yang memenuhi syarat.

Setelah menerima permohonan tersebut, mahkamah akan menjalankan penyiasatan ke atas dokumen-dokumen tersebut untuk memastikan bahawa proses pembahagian harta dilakukan dengan telus dan adil. Apabila tiada sebarang isu yang timbul daripada penyiasatan tersebut, mahkamah akan melantik syarikat amanah yang dicadangkan atau syarikat amanah lain yang sesuai untuk menjalankan tugas sebagai pentadbir harta pusaka tersebut.

4.2 Tugas dan Tanggungjawab Syarikat Amanah

Syarikat amanah yang telah dilantik mempunyai tanggungjawab penting dalam mengendalikan harta pusaka mengikut garis panduan yang telah dipersetujui dalam surat cara pembahagian. Tugas utama mereka adalah untuk memastikan bahawa harta tersebut diberikan kepada waris yang sah mengikut peratusan dan bahagian yang telah ditetapkan oleh syarak dan undang undang.

Selain daripada itu, syarikat amanah juga memikul tanggungjawab untuk menyelesaikan sebarang hutang atau tunggakan cukai yang tertunggak dan melakukan penjualan aset yang diperlukan untuk tujuan pembahagian harta. Mereka juga perlu menyusun penyata kewangan yang lengkap berkaitan pengurusan dan pembahagian harta pusaka ini, yang kemudiannya akan dikemukakan kepada waris dan mahkamah.

Melalui proses pelantikan dan pemantauan mahkamah, syarikat amanah dapat memastikan bahawa pengurusan dan pembahagian harta pusaka dilaksanakan dengan telus dan adil, serta mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang berkuatkuasa.

5. Soalan Lazim Mengenai Syarikat Amanah Dan Pengurusan Harta Pusaka

Bagi anda yang memilik untuk mendapatkan khidmat syarikat amanah, ia adalah beberapa soalan lazim yang berkaitan:

5.1 Apakah peranan syarikat amanah?

Syarikat amanah kebiasaannya, bertindak sebagai pemegang amanah yang menguruskan keseluruhan harta pusaka untuk faedah benefisiari (orang yang mendapat manfaat). Mereka mentadbir harta termasuk menguruskan dari segi pengurusan pelaburan, membayar cukai, membahagikan hasil pelaburan kepada benefisiari dan memastikan harta disimpan dengan selamat.

5.2 Bolehkah saya menukar syarikat amanah setelah memilihnya?

Sudah tentu, anda berhak untuk memilih syarikat amanah yang anda ingin gunakan. Cuma perlu di ingat bahawa kebiasaannya, proses penukaran perjanjian dengan syarikat amanah yang baru melibatkan kos tambahan dan kadang kadang memakan masa kerana proses dan prosedur yang komplek dari segi undang undang. Sebab itu, anda dinasihatkan untuk membuat kajian dan membuat perbandingan sebelum memilih perkhidmatan syarikat amanah khususnya di Malaysia.

5.3 Berapakah yuran perkhidmatan yang dikenakan syarikat amanah?

Yuran perkhidmatan syarikat amanah adalah bergantung kepada kerumitan dan nilai harta pusaka. Yuran pengurusan pula kebiasaannya dikira berdasarkan peratusan nilai bersih aset. Selain itu, terdapat juga yuran-yuran tambahan bergantung kepada jenis syarikat amanah yang dipilih. Adalah bagus, jika anda membuat perbandingan dahulu sebelum membuat keputusan untuk memilih syarikat amanah yang akan menguruskan harta pusaka anda.

5.4 Bolehkah saya mengeluarkan wang dari syarikat amanah?

Ya, anda berhak untuk mengeluarkan wang dari syarikat amanah pada bila-bila masa dengan mengemukakan arahan bertulis kepada mereka. Walau bagaimanapun, anda perlu memahami bahawa pengeluaran ini mungkin tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam surat ikatan amanah. Sebarang pengeluaran yang tidak mematuhi syarat-syarat ini boleh mengakibatkan pelanggaran dari segi undang undang. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk merujuk dan berbincang dengan wakil pihak syarikat amanah sebelum membuat pengeluaran.

Kesimpulan

Syarikat amanah atau trust companies memainkan peranan penting dalam perancangan, pengurusan dan pentadbiranharta pusaka khususnya di Malaysia. Hal ini kerana mereka mempunyai peguam peguam yang mahir dari segi undang undang yang adar. Disebabkan itu, dengan melantik syarikat amanah untuk menguruskan harta pusaka anda, sebenarnya akan membantu waris anda dikemudian hari kerana badan profesional ini bertanggungjawab menguruskan harta pusaka anda dengan betul. Syarikat amanah juga tertakluk kepada audit dan undang undang. Jika anda inginkan servis perkhidmatan untuk uruskan harta pusaka, anda boleh bertanya kepada En Hanafi, pengamal profesional dalam bidang pengurusan harta pusaka ini. Insyallah, dengan perundingan yang tepat akan membantu anda dan waris anda dimasa akan datang.

Semoga artikel ringkas ini dapat membantu dan memberi manfaat kepada anda.. Kami berdoa kepada Allah, semoga Allah sentiasa menunjukkan kita ke jalan yang benar dan diredhai-Nya


Jika ingin membaca berkenaan 101 soalan lazim pengurusan harta pusaka. Klik disini untuk ke blog bacaan.

Hubungi Kami

Jika ada pertanyaan berkenaan masalah harta pusaka atau perlukan bantuan guaman atau mediator untuk bantu jadi orang tengah selesaikan masalah harta pusaka. Boleh hubungi En.Hanaffi untuk pertanyaan secara PERCUMA di 0165577653 atau Whatsapp (klik button dibawah)

Share This Post

Dapat E-Book Hibah Percuma

Khas untuk anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Nak kami bantu anda?

Hubungi segera untuk sesi konsultansi percuma

© 2021 SEZARAH NUR VENTURE (SA0388691-M) . All rights reserved

hanaffi.com

error: Content is protected !!