[Penting] Perkara Wajib Isteri Perlu Tahu Mengenai Harta Pusaka Suami!

  1. ADAKAH SUAMI BUAT WASIAT/HIBAH SEMASA HIDUPNYA

Ini penting bagi mengetahui samada arwah melantik syarikat / organisasi untuk menguruskan harta pusakanya. Berdasarkan pengalaman saya, ia lebih baik diuruskan oleh organisasi daripada individu dikalangan keluarga kerana dikuatiri berat sebelah.

Makluamlah apabila ujian harta datang, segala hukum agama diketepikan. Banyak dah jadi macam nie. Siapa yang susah nanti.

Lebih baik merancang dari awal.


  1. WARIS FARAID

Apabila suami meninggal dunia, siapakah waris faraidnya? Ini penting bagi mengetahui siapakah yang layak dari segi syarie keatas pusakanya. Ramai yang keliru dan tidak jelas sehingga merampas harta orang lain dengan sengaja. Jika tidak pasti si isteri boleh rujuk mereka yang pakar, hanya perlu bertanya saja.

Antara kes yang pernah rujuk kepada saya, ipar-ipar menguruskan harta arwah sehingga terdapat sebahagian yang tidak diserahkan mengikut hukum syarak walaupon balu mempunyai anak lelaki!

Lebih teruk mereka membolot tanpa ehsan! Mereka ambil dan tidak mengagihkannya!


  1. STATUS PERKAHWINAN

Jika diceraikan tidak layak menerima pusaka, tetapi layak buat tuntutan harta sepencarian. Bagi harta sepencarian, ia perlu dituntut di Mahkamah Syariah. Mahkamah akan menilai terlebih dahulu sebelum menentukan bahagian yang bekas isteri layak untuk isteri.

Jika selepas 7 hari bernikah, suami meninggal dunia maka isteri tersebut layak menerima pusaka ¼ bahagian.


  1. PENAMA

Segala aset diletak sebagai penama seperti KWSP / Tabung Haji / ASB / Takaful perlu diuruskan secara faraid. Penama yang dinamakan hanyalah bertindak sebagai pentadbir.

Terdapat kes yang saya temui si mati tidak meletakkan penama kepada waris yang berkelayakkan dan betul. Sebagai contoh si mati meletakkan adiknya sebagai pentadbir, malangnya harta tersebut tidak diagihkan secara syarak. Maklumlah nilai melebihi RM100,000 terus gelap mata.

Banyak yang macam nie. Salah siapa? Fikir-fikirkanlah sahabatku.

Jika penerima diletakkan sebagai HIBAH TAKAFUL, barulah milik penerima secara mutlak!


  1. PEMILIKAN

Perlu jelas status harta suami, adakah ia telah dihibahkan / diwakafkan. Adakalanya arwah membeli guna nama orang atau menjadi pemegang amanah sahaja bagi harta tersebut. Mungkin juga harta tersebut telah dijual kepada orang lain, maka ia bukanlah harta pusaka si suami lagi.

Saya sangat berharap anda boleh ambil pelajaran daripada apa yang saya kongsikan. Share kepada sahabat-sahabat anda agar masalah pusaka ini tidak menjadi mimpi ngeri bagi mereka.

Hibah Takaful (klik disini)

Hibah Harta (klik disini)


Hubungi saya untuk pertanyaan di 016-5577653

atau

Whatsapp (klik link ini)

Share This Post

Dapat E-Book Hibah Percuma

Khas untuk anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Nak kami bantu anda?

Hubungi segera untuk sesi konsultansi percuma

© 2021 SEZARAH NUR VENTURE (SA0388691-M) . All rights reserved

hanaffi.com

error: Content is protected !!