Perbezaan Pentadbir Harta, Pemegang Amanah dan Wakil Kuasa (Power of Attorney)

pemegang amanah adalah individu penting dalam pengurusan harta pusaka
Home » Harta Pusaka » Perbezaan Pentadbir Harta, Pemegang Amanah dan Wakil Kuasa (Power of Attorney)

Ramai menyangka pembahagian harta pusaka secara faraid adalah proses yang lurus dan adil. Namun, apabila tiada pemegang amanah yang dilantik secara jelas. Bagi pengurusan harta pusaka, waris yang sah menurut hukum Islam boleh terdedah kepada risiko yang tidak dijangka. Ini termasuk disaman oleh pentadbir harta pusaka.

Situasi ini bukan sekadar teori . Malah ia berlaku apabila wujud konflik antara hak waris dan kuasa pentadbir yang dilantik. Lebih mengejutkan, ramai waris tidak tahu bahawa mereka boleh disaman atas alasan melanggar prosedur atau mengambil harta sebelum proses pentadbiran selesai.

Dalam artikel ini, kita akan bongkar:

  • Apa sebenarnya peranan pentadbir harta pusaka
  • Kenapa waris boleh disaman walaupun mereka sah dari segi faraid
  • Langkah pencegahan supaya waris tidak terperangkap dalam konflik undang-undang

Jika anda seorang waris dan pentadbir. Artikel ini wajib dibaca sebelum anda melangkah ke Pejabat Pusaka atau Mahkamah Tinggi.

Pernah dengar kisah waris faraid disaman pentadbir pusaka?

Ini kisah Makcik Kalsom (bukan nama sebenar). Beberapa hari lepas, salah seorang sahabat kita dalam page Hanaffi Idris call mengadu masalahnya. Masalahnya pentadbir nak saman waris faraid!!! Dia risau sehingga tidak boleh tidur malam, tak tahu nak rujuk siapa. Nak lantik lawyer sendiri tak mampu.

Puas Makcik Kalsom tanya sana sini, kebetulan Hanaffi post di facebook berkenaan tugas pentadbir, cepat-cepat Makcik Kalsom call Hanaffi. Maklumlah dah tua-tua nak kena risau pulak.

Pentadbir ugut, jika tak nak ikut arahnnya. Mereka bakal disaman. Mentang-mentang makcik tua, nak di bodoh-bodoh kan pula. Marah Hanaffi orang yang suka mengambil kesempatan keatas orang lain!

Hanaffi berjaya yakinkan Makcik Kalsom bahawa tiada apa yang perlu dirisaukan. Selepas beberapa hari, Makcik Kalsom call.

“Terima kasih Hanaffi, makcik tak tahu la nak balas macam mana. Makcik doakan Hanaffi dimurahkan rezeki dan bantu lebih ramai orang yang macam makcik nie.”

Allah. Hanaffi tak terkata apa-apa… Okey, kembali kepada pembelajaran kita. Hanaffi nak anda tahu tentang tugas pentadbir.

Dalam proses pengurusan harta pusaka, pelantikan pemegang amanah sering kali diabaikan walaupun ia boleh menjadi pelindung utama daripada konflik waris dan tindakan undang-undang.

Tanpa struktur amanah yang jelas, waris berisiko disaman oleh pentadbir pusaka. Terutamanya jika berlaku pelanggaran prosedur atau pengambilan harta sebelum proses pentadbiran selesai.

Untuk memahami lebih lanjut tentang risiko waris faraid disaman oleh pentadbir pusaka .

Dan bagaimana pemegang amanah boleh mencegah pertikaian ini, anda boleh rujuk artikel penuh kami yang mengupas isu ini secara mendalam dan berfakta.

Perbezaan Pentadbir Harta, Pemegang Amanah dan Wakil Kuasa (Power of Attorney).

A. Pentadbir Harta

 Apa Itu Pentadbir Harta?

Pentadbir harta ialah individu atau pihak yang dilantik untuk menguruskan harta seseorang selepas kematiannya. Pelantikan ini boleh berlaku dalam dua cara:

1. Dilantik semasa pemilik masih hidup

Pemilik harta boleh melantik pentadbir semasa beliau masih hidup. Namun, pelantikan ini hanya berkuat kuasa selepas beliau meninggal dunia.

2. Dilantik selepas kematian

Jika tiada pelantikan awal, pejabat pusaka kecil atau mahkamah akan melantik pentadbir harta selepas kematian pemilik. Pentadbir ini bertanggungjawab untuk:

  • Mentadbir dan menguruskan harta si mati
  • Bertindak bagi pihak waris atau pihak-pihak tertentu
  • Mengikut keputusan rasmi daripada pejabat pusaka kecil atau mahkamah

3. Tugas utama pentadbir harta

Pentadbir harta akan menjalankan tugasnya sehingga semua harta diserahkan secara sah kepada waris atau pihak yang berhak, mengikut undang-undang yang ditetapkan.

Bila pentadbir harta perlu dilantik?

Pelantikan pentadbir harta biasanya berlaku apabila terdapat halangan tertentu. Yang menghalang harta pusaka daripada diserahkan terus kepada waris. Antara situasi lazim termasuk:

1. Waris masih bawah umur

Jika ada waris yang belum mencapai umur sah untuk memiliki harta, pentadbir akan dilantik untuk menjaga dan menguruskan harta tersebut bagi pihak mereka sehingga mereka layak secara undang-undang.

2. Waris hilang upaya

Sekiranya waris mengalami ketidakupayaan dari segi mental atau fizikal yang menghalang mereka daripada menguruskan harta sendiri, pentadbir bertindak sebagai wakil yang sah untuk menguruskan hak mereka.

3. Terdapat sekatan undang-undang

Kadangkala, harta pusaka mempunyai sekatan tertentu. Seperti hutang tertunggak, isu hak milik, atau pertikaian warisan. Perkara ini perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum harta boleh diagihkan kepada waris.

Peranan pentadbir harta: Amanah, bukan pemilikan

Pentadbir harta bukanlah pemilik harta pusaka. Mereka hanya bertindak sebagai:

  • Pengurus yang menyusun dan menguruskan aset si mati
  • Pentadbir yang melaksanakan proses pembahagian mengikut undang-undang
  • Pemegang amanah yang menjaga kepentingan waris sehingga urusan pusaka selesai

 Tempoh Tanggungjawab

Tugas pentadbir berlangsung sementara sahaja, iaitu:

  • Sehingga harta diserahkan kepada waris yang sah
  • Atau sehingga semua proses pembahagian pusaka selesai sepenuhnya

Pentadbir tidak boleh menggunakan harta tersebut untuk kepentingan peribadi. Mereka terikat dengan amanah dan tanggungjawab undang-undang untuk bertindak adil dan telus.

4. Apa hak Pentadbir Harta?

Pentadbir harta tidak ada hak pemilikan atau kepentingan terhadap harta yang ditadbirnya melainkan beliau sendiri adalah salah seorang waris yang berhak menerima harta si mati tersebut. Ertinya beliau tidak ada kuasa secara otomatik untuk menjual atau memindahmilikkan harta tersebut kepada mana-mana pihak selain daripada waris-waris yang sah yang berhak menerima harta tersebut, melainkan ada suatu perintah daripada pejabat pusaka kecil atau mahkamah untuk berbuat demikian.

5. Siapa yang boleh dilantik menjadi Pentadbir Harta?

Pentadbir Harta boleh dilantik sama ada di kalangan waris si mati itu sendiri atau pihak-pihak lain yang difikirkan sesuai oleh pejabat pusaka kecil atau mahkamah, misalnya Amanah Raya Berhad.

6. Berapa ramai Pentadbir Harta boleh dilantik?

Pentadbir Harta boleh dilantik lebih daripada seorang dan boleh digantikan dengan pentadbir harta lain sekiranya pentadbir harta itu gagal melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik dan amanah.

B. Pemegang Amanah

  1. Siapa itu pemegang amanah?

Pemegang Amanah adalah seseorang atau satu pihak yang dilantik oleh tuan tanah semasa beliau masih hidup dan akan berkuatkuasa serta merta sebaik sahaja pelantikan pemegang amanah dibuat.

2. Siapa yang melantik pemegang amanah?

Kebiasaannya Pemegang Amanah dilantik oleh tuan tanah itu sendiri untuk melaksanakan sesuatu tanggungjawab bagi pihak tuan tanah atau bagi pihak orang lain yang berkepentingan dengan tanah tersebut.

3. Kenapa pemegang amanah dilantik?

Peranan Pemegang Amanah dalam Pemilikan Tanah

1. Hibah kepada penerima yang tidak layak dari Segi Undang-Undang

Pemegang Amanah boleh dilantik apabila tuan tanah ingin menghibahkan hartanya kepada:

  • Anak-anak bawah umur
  • Individu yang tidak layak memiliki harta secara sah, seperti orang kurang upaya

Dalam situasi ini, Pemegang Amanah bertindak sebagai penjaga sementara sehingga penerima hibah layak secara undang-undang untuk memiliki harta tersebut.

2. Mengurus Hak Pemilikan yang Tidak Boleh Didaftarkan

Kadangkala, seseorang mempunyai hak dan kepentingan terhadap tanah, tetapi tidak dapat mendaftarkan nama mereka dalam geran kerana kekangan undang-undang.

Contohnya:

  • Status pemilikan belum jelas
  • Proses pindah milik tertangguh
  • Sekatan teknikal atau pentadbiran

Dalam kes ini, Pemegang Amanah dilantik untuk memegang dan mengurus tanah bagi pihak individu tersebut sehingga urusan pendaftaran selesai.

3. Pemilikan Berkumpulan: Solusi untuk Kekangan Undang-Undang

Misalnya, lima orang pembeli (adik-beradik atau rakan rapat) berkongsi dana untuk membeli tanah pertanian seluas 1 ekar.

Namun, undang-undang menetapkan bahawa tanah pertanian hanya boleh didaftarkan atas satu nama bagi setiap 1 ekar. Maka:

  • Hanya seorang pembeli akan didaftarkan dalam geran
  • Empat pembeli lain akan melantik individu tersebut sebagai Pemegang Amanah

4. Pemegang Amanah sebagai Instrumen Sementara

Perlantikan ini bersifat sementara dan bertujuan untuk:

  • Menjaga hak dan kepentingan semua pembeli
  • Menyediakan asas untuk pecah lot dan pindah milik di masa hadapan

Apabila geran individu berstatus bangunan dikeluarkan, pindah milik akan dibuat daripada Pemegang Amanah kepada pemilik sebenar (pemberi amanah).

 Solusi

Pemegang Amanah ialah solusi praktikal dan sah dari segi undang-undang untuk mengurus pemilikan tanah yang kompleks.

Sama ada kerana faktor umur, kelayakan, atau kekangan teknikal. Ia melindungi hak semua pihak dan memudahkan urusan pemilikan secara berperingkat.

4. Bagaimana nak pastikan Pemegang Amanah itu sah?

Untuk mewujudkan ikatan Pemegang Amanah yang sah, satu surat cara Ikatan Amanah akan ditandatangani oleh pemberi amanah dan pemegang amanah. Surat Ikatan Amanah tersebut akan didaftarkan di Pejabat Tanah. Untuk melindungi hak dan kepentingan pemberi amanah atau pihak yang berkepentingan melalui Ikatan Amanah tersebut, mereka boleh memohon Pentadbir Tanah memasukkan Kaveat Amanah ke atas tanah tersebut.

5. Apa kuasa Pemegang Amanah?

Sama seperti Pentadbir Harta, Pemegang Amanah juga tidak ada hak dan kuasa penuh terhadap hartanah tersebut. Ertinya Pemegang Amanah tidak boleh sewenang wenangnya menjual atau memindahmilikkan tanah tersebut kepada pihak-pihak lain melainkan dengan persetujuan daripada pemberi amanah itu sendiri.

C. Wakil Kuasa

1. Apa itu wakil kuasa?

Wakil kuasa adalah seseorang yang dilantik oleh tuan tanah sebagai wakilnya yang sah untuk melakukan sesuatu perkara atau tanggungjawab tertentu yang sepatutnya dilakukan oleh tuan tanah tersebut berkenaan dengan tanahnya itu.

2. Apa kuasa wakil kuasa?

Wakil kuasa boleh mempunyai kuasa penuh (full power of attorney) atau terhad (limited power of attorney) bergantung kepada setakat mana kuasa yang diberikan oleh tuan tanah kepadanya.

3. Apa kedudukan wakil kuasa?

Kedudukan wakil kuasa ini adalah sama seperti seolah-olah dia adalah tuan tanah itu sendiri, tertakluk kepada kuasa kuasa yang diberikan oleh tuan tanah kepadanya.

4. Bagaimana nak pastikan wakil kuasa itu sah?

Untuk mewujudkan ikatan wakil kuasa ini, satu Surat Wakil Kuasa akan ditandatangani oleh tuan tanah dan wakil kuasa dan ianya hendaklah didaftarkan di Mahkamah Tinggi dan Pejabat Tanah berkenaan. Wakil kuasa akan terikat untuk melaksanakan tanggungjawabnya bagi pihak tuan tanah mengikut kuasa-kuasa yang diberikan kepadanya.

ahli waris hilang? Tuan peguam Hanaffi Idris boleh bantu anda

5. Boleh ke kuasa wakil dibatalkan?

Kuasa-kuasa tadi boleh dibatalkan atau ditarik balik bergantung kepada jenis kuasa yang diberikan kepadanya. Wakil kuasa yang boleh dibatalkan atau ditarik balik dipanggil sebagai Revocable Power of Attorney, manakala Wakil kuasa yang tidak boleh dibatalkan atau ditarik balik dipanggil sebagai Irrevocable Power of Attorney.

6. Apa hak wakil kuasa?

Tidak seperti Pentadbir Harta dan Pemegang Amanah, Wakil Kuasa mempunyai hak dan kuasa sama seperti hak dan kuasa tuan tanah ke atas tanah tersebut. Ertinya jika tuan tanah memberikan kuasa kepada wakil kuasa untuk menjual dan memindahmilkkan tanah tersebut kepada pihak lain, maka wakil kuasa tadi mempunyai kuasa tersebut sebagaimana yang dinyatakan dalam Surat Wakil Kuasa.

Kesimpulannya.

Pentadbir Harta, Pemegang Amanah dan Wakil Kuasa mempunyai bidang kuasa, tanggungjawab dan hak-hak tertentu. Walaupun kelihatan sama antara satu sama lain, dari segi konsep dan perlaksanaannya amat berbeza.

Justeru masyarakat perlu faham tentang perbezaan tersebut supaya tidak keliru dan dapat mengelakkan penyelewengan yang boleh berlaku melalui kuasa-kuasa yang diberikan tersebut.

Hanaffi ucapkan terima kasih kepada En Salkukhairi Abd Sukor keatas maklumat yang lengkap tentang perkara yang dibincangkan.

Dapat sesuatu?

Sebarang kemuskilan boleh hubungi saya untuk pertanyaan di 016-5577653

atau

Whatsapp (klik button dibawah)


WhatsApp Untuk Pertanyaan

Nama anda dah ada dalam geran. Tapi tanpa pelantikan pemegang amanah yang sah, anda terdedah kepada risiko saman dan pertikaian waris.

Jangan tunggu sehingga surat saman sampai atau harta dibekukan. Kami bantu anda susun pelan amanah yang sah, tenang dan berkat . Bertindak segera, sebelum masalah jadi kes mahkamah.

Khas untuk anda yang nak selesaikan isu sekarang, bukan nanti.

Share This Post

Dapat E-Book Hibah Percuma

Khas untuk anda

39 Responses

  1. Assalamualaikum Tuan Hanaffi, sekiranya dalam geran penama disebut sebagai Representative adakah ini dirujuk sebagai Wakil Kuasa? Sekiranya penama telah meninggal dunia boleh ke memohon untuk diganti dengan cucu kerana anak tunggal penama telah juga meninggal dunia. Sekian, terima kasih

    1. Saya dah reply dalam wasap. nanti apa2 update terkini saya akan maklum. tq

  2. Assalamualaikum Tuan. Bagaimana sekiranya pemegang amanah meninggal dunia sebelum dia sempat menguruskan pindah milik kepada penerima harta? dan sekiranya pemegang amanah juga merupakan seorang waris yang berhak mengikut faraid, apakah waris2 beliau turut berhak ke atas harta tersebut?

    1. wasalam. Segala harta pemegang amanah perlu diuruskan dalam pusaka. Termasuk harta yang si mati memegang amanah.

      Berkaitan waris-waris beliau, jika harta yang dipegang olehnya diserahkan kepada bukan waris-warisnya, maka mereka pasti tidak layak. Tetapi bagi harta yang menjadi pusakanya, maka waris-waris si mati layak.

    1. en dah call saya kan. Terima kasih sbb call saya. 🙂

      semoga dipermudahkan urusan en.

  3. Assalamualaikum..tanah milik ayah telah di jual pada tahun 1993.. tetapi pihak amanah raya berhad minta kami lantik sebagai tadbir urus tanah tu.. bagaimana?

    1. ok lantik lawyer. en pernah call. saya kan. semoga dipermudahkan urusan en. Amin 🙂

  4. Salam en hanaffi, bagaimana jika kita dilantik sebagai pentadbir/ penjaga amanah, tapi kita nk melepaskan title tu? Reason utk lepaskn sebab perlantikan tak dpt persetujuan sy, dan sy sydah berniat melepaakan hak saya ke atas harta tersebut. Mohon advice dr pigak tuan.

    1. wasalam.

      jika urusan di pusaka kecil, submit borang P untuk pembatalan pentadbir dan sain borang DDA untuk melepaskan hak.

      jika di mahkamah tinggi begitu juga, lantik peguam untuk uruskan pertukaran pentabir.

  5. Salam Tuan,
    Arwah nenek saya ada satu lot tanah, munurut kata ayah saya tanah tersebut kerajaan bagi (tanah pertanian) tanah berkelompok, arwah nenek dan ayah tak tahu kedudukan sebenar tanah tu dimana (geran tanah tersebut ada dalam simpanan ayah saya) , hasil pertanian dalam bentuk RM akan dikreditkan dalam akaun bank arwah nenek dan setelah nenek meninggal ayah saya telah mohon kuasa mentadbir tanah tersebut di bhagian pusaka kecil. Segala hasil masuk ke akaun bank ayah saya. 2 bulan lepas ayah saya meninggal. Pejabat tanah ada hantar notis bayaran tunggakan cukai tanah tersebut. Kami pon dah selesaikan urusan bayaran cukai tanah tersebut. Untuk makluman tuan, ayah saya ada 3 orng adik beradik kandung dan 3 orang adik beradik tiri (semua telah meninggal) masing2 ada isteri, anak dan cucu.

    Soalan saya,
    1. Adakah tanah tersebut menjadi harta pusaka setelah kematian nenek?
    2. Adakah hasil yang masuk setelah kematian nenek jadi harta pusaka yang perlu difaraidkan?
    3. Apa perlu saya buat pada tanah tersebut memandangkan ayah saya sbg pentadbir tanah tersebut telah meninggal?

    Mohon penjelasan dan terima kasih tuan.

    1. jawapan 1 dan 2 adalah ya. harta puska.

      3. kena uruskan harta pusaka nenek. untuk masukkan nama waris-waris yang berhak untuk uruskan. tetapi kes agak rumit dan saya percaya waris dah makin ramai.

  6. salam en hannafi ,

    Saya nak tanya berkaitan dengan harta pusaka arwah ayah saya .
    Arwah ayah saya meninggal ketika saya dan adik berusia 3 tahun dan 1 tahun .
    Harta pusaka arwah ayah saya ditadbir oleh arwah atok dan arwah nenek saya semasa dia hidup .
    Betul ke kalau saya nak masukkan nama saya sebagai pentadbir untuk keluarkan gran , dan ingin batalkan nama arwah atok dan arwah nenek saya perlu mencari anak2 atok dan nenek saya (adik beradik arwah ayah) untuk dapatkan persetujuan ?
    Saya dah lakukan pencarian hak milik harta tersebut dan harta tersebut masih hakmilik arwah ayah saya .

    1. wasalam. jika harta tersebut masih nama ayah, jadi memang ayah punya.

      jadi terus buat urusan pusaka atas nama arwah saja. apa2 jika perlukan individu untuk bantu urusakan boleh wasap saya 0165577653

  7. Salam Tn Hanaffi,
    Surau di kawasan perumahan saya tidak berdaftar dengan Majlis Agama Islam Negeri, Salah seorang anak qariah berhajat untuk mewakafkan tanahnya dengan niat hasil tanah tersebut dapat dimanfaatkan oleh pihak surau.Mesyuarat memutuskan untuk menamakan 5 anak qariah sebagai pemegang amanah untuk mengelola tanah tersebut dengan beberapa syarat pemegang amanah tidak boleh dipindah milik.
    Mohon sekiranya pihak tuan dapat berkongsi rangka surat ikatan amanah yang perlu saya sediakan

  8. Assalamualaikum En Hanafi,

    Rumah yang saya duduki sekarang ini atas nama bersama ayah dan ibu saya. Mereka sudah memberitahu dihadapan adik beradik saya yang lain bahawa rumah ini akan diserahkan kepada saya sekiranya mereka tiada kelak. Ibu saya juga sudah membuat wasiat / hibah amanah dengan menyatakan perkara diatas. Akan tetapi ibu saya risau sekiranya wasiat / hibah amanah yang dibuat tidak dipersetujui oleh waris dari keluarga belah ayah ( atuk dan ayah saudara saya), maka wasiat / hibah amanah itu tidak dapat dilaksanakan. Soalan saya:
    1. apakah kaedah terbaik supaya ayah ibu saya dapat menyerahkan rumah ini kepada saya dgn cara selamat?
    2. Adakah tukar hak milik rumah ini kepada nama saya dikira hibah?
    3. Adakah dengan Surat Ikatan Amanah yang didaftarkan di Pejabat Tanah membolehkan saya menuntut rumah ini sebagai harta pusaka selepas kematian mereka?

    Mohon penjelasan dri pihak tuan. Terima Kasih.

    1. terus tukar hak milik, tetapi tak bagus juga jika cik meninggal dulu. susah ibubapa pula.

      jika boleh buat dokumen hibah dengan syarikat amanah, lebih selamat. apa2 boleh hubungi saya 0165577653

  9. Salam. En Hanafi, saya ingin bertanya, selepas bapa saudara meninggal dunia, ada seorang peguam mendakwa menjadi pemegang amanah tetapi tiada surat perjanjian antara dia dgn simati. Cuma cakap mulut sahaja. Sahkah apa yang dikatakan oleh peguam ini? Saya takut ditipu beliau

    1. Siapa pon boleh mendakwa tanpa sebarang dokumen. Saya adalah pemilik harta tu. hehe

  10. Bolehkah pentadbir disaman oleh waris? Pentadbir faraid cuma buat carian resmi di satu tempat sahaja sedangkan simati tinggal di negeri lain.

    1. pentadbir tu dikalangan waris ke? pada saya tak wajar saman pentadbir jika itu saja maklumat hartanah yang si mati ada, melainkan maklumat telah diberi tetapi pentadbir dengan sengaja melambat urusan.

  11. slm, nk tanya sal isu kuasa mentadbir oleh pjabat tanah kepada waris si mati seorg.. kami sudah dapat borang F ( kuasa untuk mentadbir ) adakah kami sudah layak untuk jual harta tersebut atau perlu tunggu surat wakil kuasa ?

    1. jika jual dikalangan waris xde masalah.

      jika jual kepada bukan waris, perlu mendapatkan perintah penjualan pula.

  12. Assalammualaikum. Saya merupakan pentadbir harga Pusaka emak manakala adik saya merupakan pentadbir Pusaka arwah ayah. Kali Pertama adik saya caras saya sbg pentadbir Pusaka ayah tanpa berbincang dgn saya. Saya sabar dan mengalah. Kemudiannya saya memohon sbg pentadbir Pusaka Arwah emak dan saya mengambil masa memujuk waris yakni kakak ipar menyerahkan rumah sewa utk saya faraidkan. Sekrg adik saya memohon sbg pentadbir kedua Pusaka emak sedangkan dia sudah jadi pentadbir Pusaka ayah dan agihan belum selesai dan dia sendiri menggunakan rumah Pusaka utk peribadi.
    Soalan saya, boleh kah adik saya gugurkan saya sbg pentadbir walau saya sudah ada Surat pentadbir.

    1. apa yg cik nak tahu sebenarnya? apa2 boleh whatsapp saya 0165577653

  13. assalam …
    mana yang patut didahulukan…
    beli aset atas nama amanah kemudian baru buat trust deed atau
    buat trust deed baru beli aset
    tk

    1. jika nak buat trust deed, perlu aset tu atas nama en. Jika harta tu atas nama orang lain susah nak berurusan nanti.

  14. Salam sejahtera, saya ingin bertanya pemilik tanah (adik beradik) memberi kuasa kepada saya untuk mendirikan sekolah persendirian di tanah milik mereka, adakah perlu buat surat kuasa atau pentadbir untuk saya melakukan urusan dan tukar hak milik dari pertanian ke pembangunan.

    Terima kasih.

    1. saya cadang lantik pentadbir, tetapi jika untuk mendapat pahala yang berterusan dan diuruskan dengan baik. Saya cadang berurusan dengan pihak wakaf untuk penerangan lanjut.

  15. Assalammualaikum wbkt. Bapa saya pemegang kuasa tadbir arwah ibu saya dan salah satu tanah yg ditadbirnya ada nama arwah ibu saya dan arwah dato saya. Pakcik saya pula menjadi pentadbir tanah arwah dato saya itu. Soalan saya, jika nama bhgn arwah ibu saya bapa saya tukarkan kepada abang saya, bolehkah abang saya pecah geran itu menjadi individu memandangkan harta pusaka arwah dato saya sudah puluhan tahun tidak dapat diselesaikan atas isu waris.. geran tanah itu hanya ada keluasan tanah arwah ibu 1/2..tapi tiada pembahagian kawasan. Mohon pencerahan. Terima kasih

    1. kena selesaikan dulu bahagian dato, jika terus buat dikuatiri akan datang akan timbul masalah.

      apa yg pending / masalah tanah atok?

Nak kami bantu anda?

Hubungi segera untuk sesi konsultansi percuma

© 2021 SEZARAH NUR VENTURE (SA0388691-M) . All rights reserved

hanaffi.com

error: Content is protected !!