Perit, Suami Mati Dengan Rahsianya

Ini kisah Pn Ayu (nama samaran), sekarang ini saya sedang bantu menguruskan harta pusaka arwah suaminya.

Masalah timbul apabila arwah suami terlalu berahsia sehingga menyusahkan waris yang hidup.

Pada awal perbincangan, Hanaffi anggap ia adalah kes pusaka yang biasa Hanaffi uruskan. Apabila Hanaffi bertanya dan terus bertanya barulah satu-satu cerita keluar.

Hanaffi bertanya, “Pn, suami ada aset rumah?”

Pn Ayu balas pertanyaan, “Ada 4 buah. Tetapi ada satu rumah ada nama perempuan.”

Hanaffi bertanya, “Adik arwah ke?”

Pn Ayu balas dengan marah “Entah la, arwah tiada adik-beradik perempuan. Saya sudah semak dengan pejabat agama, arwah tiada isteri lain. Hanya saya!”

“Lepas tu, bila saya semak penerima pampasan bagi polisi takaful nama dia juga, status wife!”

“Baru-baru nie muncul selepas arwah meninggal.”

Hanaffi terdiam seketika… dan perbincangan antara kami diteruskan…

Untuk makluman pembaca, perkara ini pasti menyusahkan semua pihak. Hanaffi sendiri tak dapat nak kenal pasti kesemua harta arwah.

Arwah dikatakan mempunyai aset tak alih yang agak banyak, tetapi tidak pasti dimana dan tiada rekod dijumpai setakat ini.

Hanaffi urus pada yang jelas dulu. Jika ada kemudian urus semula nanti.

Lebih merumitkan keadaaan apaila kedua-dua pihak tidak mahu berunding dengan hati terbuka.. Maklumlah hati sudah terluka.

Pada pendapat Hanaffi, mungkin arwah tidak berwasiat atau buat hibah dikuatiri rahsianya terbongkar. Lebih baik susah sekarang daripada menyusahkan waris yang ditinggalkan.

Di hujung kematian (ketika sakit tetapi masih boleh bergerak), arwah cuba tukarkan hakmilik beberapa aset kepada anak-anaknya tetapi tidak berjaya atas kekangan masa dan faktor kesihatan. Hanya sempat tukar nama sebuah kereta saja.

Paling kesian pada pendapat Hanaffi, arwah juga tidak menyediakan hibah takaful pada isteri-isterinya.

Susah juga nak hidup jika hanya berharap pada harta tak alih. Nak belanja pon susah, anak masih sekolah. Silap-silap jual je semua nanti..

============
AMIK IKTIBAR SEMUA, JANGAN TERLALU BERAHSIA!
============

  1. Selama Hanaffi uruskan pusaka, tak pernah siapa dalam masa sehari! Minima 6 bulan atau lebih, bergantung kepada kerumitan kes!
  2. Isteri hanya layak 1/8, jika 2 – 4 orang isteri, mereka akan berkongsi dari 1/8 sahaja!
  3. Perlu lantik pentadbir dan dipersetujui oleh semua ahli waris, jika tak perbicaraan akan ditunda sehingga mereka sepakat.
  4. Jika waris tahu nak urus, boleh la. Tetapi kena isteri yang ada anak kecil dan tidak tahu memandu langsung macam mana? Larat hari-hari nak minta jiran hantar ke sana dan ke sini.
  5. Tahu no pin ATM? Tetapi jika guna berlebihan takot termakan harta haram pula.
  6. Belum lagi yang menipu / bergaduh rebut harta / tuntutan dari pihak yang tidak bertanggungjawab.

LETIH WARIS-WARIS NAK HADAP SEMUA BENDA NIE!

============
PENYELESAIAN KEPADA MASALAH INI
============

  1. Jangan kawin senyap-senyap. Lebih baik minta maaf sekarang daripada menyesal kemudian hari. hehe
  2. Buat wasiat / hibah harta bagi memudahkan pengagihan kemudian hari.
  3. Sediakan hibah takaful juga. Jangan tinggalkan aset tak alih dan hutang sahaja. Cash sangat diperlukan!

Ambil tindakan sekarang sebelum ia berlaku pada keluarga sendiri!

Hibah Takaful (klik disini)

Hibah Harta (klik disini)

 

Hubungi saya untuk pertanyaan di 016-5577653

atau

Whatsapp (klik link ini)

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Dapat E-Book Hibah Percuma

Khas untuk anda

More To Explore

LEAVE A REPLY

Nak kami bantu anda?

Hubungi segera untuk sesi konsultansi percuma

© 2021 All rights reserved

hanaffi.com

error: Content is protected !!