Jom belajar wasiat, faraid dan hibah agar ia akan memudahkan pengurusan harta yang akan dirancang kelak.

Hanaffi berjumpa dengan En Ali (bukan nama sebenar), semasa sesi konsultasi tentang wasiat. Hanaffi mencadangkan agar harta diagihkan kepada ahli waris memandangkan tiada keperluan untuk hibah harta.

Tiba-tiba En Ali menempelak dengan curiga: “Eh, boleh ke wasiat kepada ahli waris? Saya dok baca di laman sesawang kata tak boleh. Sebab tu saya tak nak buat wasiat. Haram!”

Hanaffi tenangkan En Ali dan menerangkan lebih lanjut kepadanya.

1. Wasiat tidak boleh kepada ahli waris

Disini terdapat beberapa pendapat iaitu.

Pertama: Tidak boleh mewasiatkan kepada ahli waris walaupun mendapat kebenaran dari ahli waris. Ia dianggap perkara batil secara mutlak. Ini berdasarkan pendapat mazhab imam Malik, pendapat kedua dalam mazhab imam Syafie dan imam Ahmad.

Hujah mereka berdasarkan daripada sumber berikut:

a) Nabi bersabda:

أنَّ اللهَ قد أعطَى كلَّ ذي حقِّ حقَّهُ, فلا وصيَّةَ لوارثٍ

Maksudnya: “Sessungguhnya Allah SWT telah menentukan setiap yang mempunyai hak (ahli waris) akan mendapat hak mereka. Maka, tidak ada wasiat kepada ahli waris”

Riwayat Abu Daud (2870), Ibn Majah (2210), dan Ahmad (286)

b) Surah an-Nisa: 12

مِنْ بَعْدِ وَصِيَّةٍ يُوصَى بِهَا أَوْ دَيْنٍ غَيْرَ مُضَارٍّ           

Maksudnya: “Sesudah ditunaikan wasiat yang diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya; wasiat-wasiat yang tersebut hendaknya tidak mendatangkan mudarat (kepada waris-waris)”.

Kedua: Pendapat kedua berbeza daripada pendapat pertama, iaitu sah mewasiatkan sebahagian harta kepada ahli waris dengan syarat ia mendapat persetujuan daripada ahli waris terlebih dahulu. Ia tetap sah walaupun hanya sebahagian sahaja yang bersetuju untuk diwasiatkan harta tersebut kepada ahli waris.

Ia adalah pendapat yang mashur daripada Imam Syafie, Ahmad dan Malik berdasarkan sumber berikut:

a) Nabi bersabda:

لاَ تَجُوزُ الْوَصِيَّةُ لِوَارِثٍ إِلاَّ أَنْ يَشَاءَ الْوَرَثَةُ

Maksudnya: “Tidak harus meninggalkan wasiat kepada waris kecuali dengan keizinan waris”

Riwayat ad-Daruqutni (4295)

Imam as-Suyuti, Imam al-Baihaqi dan Imam ibn Mulaqqin Rahimahumullah menghukum hadith ini sebagai lemah, manakala Imam adz-Zahabi Rahimahullah pula mengatakan sanad hadith ini baik dan Atho’ seorang yang soduq.

b) Qias wasiat, bahagian wasiat yang melebihi 1/3 kepada ahli bukan waris perlulah mendapat persetujuan terlebih dahulu. Begitu juga bagi wasiat kepada ahli waris, perlulah mendapat persetujuan ahli waris yang lain.

Kesimpulannya. Boleh, tiada isu kata tak boleh wasiat kepada ahli waris. Praktis yang dilakukan sekarang pon tiada isu, asalkan semua ahli waris sepakat dalam pembahagian harta simati.

2. Wasiat wajib dituruti

Pernah semasa taklimat di sekolah, salah seorang peserta menyatakan:

“Saya ada masalah dengan adik-beradik seibu sebapa, mereka tak nak ikut hasrat arwah bapa untuk agihkan harta. Sampai sekarang masing-masing bermasam muka.”

“Dah tak mesra macam dulu, raya pon dah jarang jumpa.”

Ilmu bab pengurusan harta masih ramai yang tidak jelas, buktinya hampir RM70 Billion aset terbeku dan tidak dapat diuruskan walaupon ahli waris faraid masih hidup.

Wasiat tidak wajib dituruti kerana ia perlu mendapat persetujuan ahli waris faraid terlebih dahulu bagi melaksanakan wasiat kepada ahli waris (rujuk pendapat kedua) dan pelaksanaan wasiat hanyalah selepas kematian pewasiat. Jika berlaku masalah sedemikian, maka faraidlah terbaik bagi menyelesaikan masalah keluarga ini.

Jika wasiat tersebut juga bertentangan dengan syarak juga boleh diabaikan.

Nota tambahan: Hibah juga boleh digunakan dalam pengurusan harta, tetapi ia dilaksanakan semasa hidup.

3. Wasiat tidak boleh diubah

Perkara ini juga perlu diberi perhatian kerana banyak kekeliruan dalam masyarakat kita. Selagi pewasiat masih hidup, beliau berhak untuk mengubah atau meminda arahan sebelumnya. Ini kerana pelaksanaan wasiat adalah selepas kematian pewasiat.

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa keadaan yang mengharamkan pewasiat meminda arahannya seperti:

  • Pewasiat koma
  • Pewasiat hilang ingatan
  • Pewasiat dalam keadaan sakaratul maut

Arahan pewasiat hanya boleh dipinda oleh pewasiat itu sendiri, tidak boleh mewakilkan individu lain kerana dikuatiri berlaku penyelewengan.

4. Hanya secara lisan berwasiat sudah memadai

“Angah tak percaya, arwah ayah bagi along tanah di pekan. Kami dapat tanah didalam hutan je?”

“Bila arwah cakap??!!” – Bentak si Angah

Itu antara kisah yang pernah dikongsikan kepada Hanaffi semasa sesi konsultansi. Siapa yang bersalah sebenarnya? Anak-anak atau arwah? Jika mencari silap, pasti semua orang silap. Harap kita boleh amik iktibar apa yang berlaku.

Sebab itulah pentingnya wasiat secara bertulis agar ia jelas dan didokumen secara RASMI. Wasiat lisan boleh dikira sebagai wasiat, tetapi ia harus disahkan di Mahkamah Syariah terlebih dahulu sepertimana yang termaktub di dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003, seksyen 61(3)(b)(viii – pembahagian dan pewarisan harta berwasiat atau tak berwasiat).

Hanaffi difahamkan masalah diatas masih tak dapat diselesaikan. Maklumlah tanah dipekan, siapa tak kan?

5. Banyak hutang dan tiada harta maka tak perlu berwasiat

Ini antara alasan yang berikan ketika Hanaffi follow-up kebanyakkan individu. Pada pendapat Hanaffi, mereka kurang jelas tentang kepentingan wasiat serta fungsinya dimasa hadapan. Apabila sesi konsultansi, Hanaffi akan menyentuh dalam skop yang besar.

Secara ringkasnya, fungsi wasiat adalah:

  1. Melantik wasi (pentadbir)
  2. Menyelesaikan hutang si mati
  3. Mengagihkan harta si mati berdasarkan hasrat yang dinyatakan
  4. Melantik penjaga bagi anak bawah umur
  5. Menyatakan hak bagi harta bukan miliknya untuk diserah semula kepada pemilik asal

Apabila kita mengetahui secara kasar nilai semasa (RM) ketika kematian, samada positif atau negatif kita boleh mengurangkan risiko yang bakal dihadapi oleh isteri atau anak-anak kita kelak.

Sebagai contoh semasa sesi konsultansi Hanaffi akan menyentuh tentang harta sepencarian. Ramai balu yang mengadukan hal ini kerana harta telah diagih tetapi harta sepencarian tidak dituntut kerana tiada ilmu. Siapa yang terpaksa hadap masalah ini? Kita dah mati dan ditanam, dah tak fikir hal dunia dah. Tetapi siapa yang menanggung penderitaan tersebut?

Antara lainnya boleh merancang dengan menyediakan hibah takaful sebagai dana pengganti gaji sementara menunggu proses tuntutan selesai.

Untuk pengetahuan anda, proses tuntutan tanpa wasiat lebih menyulitkan. Salah satu faktornya isteri atau ahli waris tidak mengetahui proses atau caranya. Anda bayangkanlah, segala kesusahan terpaksa mereka hadap bagi mendapatkan bahagian yang ditinggalkan.

Adakalanya proses ini menjadi rumit disebabkan:

  1. Tiada kerja sama pihak yang terlibat
  2. Proses birokrasi
  3. Dokumen hilang
  4. Waris faraid semakin ramai
  5. Maklumat atau kenyataan palsu

Jadi, fikir-fikirkan lah ye…

6. Penerima wasiat hanya untuk orang islam

Apabila seseorang telah memeluk islam, hubungan kekeluargaan tidak putus sehingga keluarganya boleh memperolehi harta pusaka yang diwasiatkan tidak melebihi 1/3 daripada jumlahnya. Ingat, ia perlu diwasiatkan. Jika tidak, harta pusaka milik orang islam hanya diwarisi oleh orang islam sahaja.

Berwasiat kepada orang bukan islam dibolehkan asalkan tidak melebihi 1/3 daripada jumlah harta.

Mudah-mudahan apa yang Hanaffi kongsi ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada anda semua. Boleh share kepada sahabat kita yang lain agar mereka juga dapat input yang jelas tentang perkara ini.

Hanaffi akan cuba update lebih kerap. Tqsm sebab support. 🙂

Sebarang persoalan boleh hubungi/whatsapp no ini 0165577653

Anda boleh semak soalan lazim wasiat. Klik disini

Share This Post

Dapat E-Book Hibah Percuma

Khas untuk anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Nak kami bantu anda?

Hubungi segera untuk sesi konsultansi percuma

© 2021 SEZARAH NUR VENTURE (SA0388691-M) . All rights reserved

hanaffi.com

error: Content is protected !!