“Saya Nak Duit Dalam Tabung Haji Tu Balik”

Suami masukkan duit ke akaun Tabung Haji milik isteri setiap bulan, dengan hajat nak bantu isteri menabung supaya dapat pergi Haji sama-sama satu hari nanti.

Ditakdirkan, isteri meninggal dunia terlebih dahulu, tak sempat nak naik Haji.

“Duit itu saya yang masukkan setiap bulan ke akaun Tabung Haji isteri saya, supaya dia dapat guna duit tu untuk pergi Haji.

Tapi dia dah meninggal dunia dan tak sempat naik Haji. Jadi saya hendakkan duit itu balik, sebab itu duit saya”, kata suami.

Duit dimasukkan kedalam akaun milik isteri. Suami telah berikan kepada isteri, untuk kegunaan isteri semasa hidupnya.

Ia bukan lagi duit suami. Suami telah memberikan kepada isteri dengan ikhlas. Bermakna, ia sudah menjadi harta isteri.

Tengok-tengok isteri meninggal dahulu. Dari sudut undang-undang, akaun tersebut berdaftar atas nama isteri. Maka ia adalah harta pusaka isteri dan menjadi hak waris-waris Faraid isteri, iaitu setelah diselesaikan hutang si isteri termasuk Badal Haji.

Dari sudut agama pun, ia harta pusaka isteri kerana suami telah memberikan wang tersebut semasa isteri masih hidup tanpa mengharapkan sebarang balasan. Bukannya suami bagi pinjam. Oleh itu, ia perlu dibahagikan kepada waris-waris Faraid isteri, setelah ditolak hutang-hutang isteri dan ditunaikan wasiat si mati kepada bukan waris (jika ada).

Mengikut hukum Faraid, hak suami ialah 1/4 bahagian jika isteri (si mati) meninggalkan anak kandung, atau 1/2 bahagian jika si mati tidak meninggalkan anak kandung. Kalau suami nak lebih daripada itu dalam keadaan waris-waris lain tidak bersetuju untuk berikan, maka suami boleh membuat Tuntutan Harta Sepencarian di Mahkamah Syariah.

Tetapi kena faham… “boleh tuntut” tu tak semestinya boleh dapat.. dan tak semestinya boleh dapat sebanyak yang dimahukan. Ia bergantung kepada budibicara Hakim Mahkamah Syariah sama ada suami layak memperolehi Harta Sepencarian atau tidak, dan berapa bahagian yang suami layak perolehi.

Namun, jikalau semua waris-waris lain setuju untuk berikan simpanan Tabung Haji itu kepada suami si mati semata-mata, itu tidak mengapa dan tidak menjadi masalah. Asalkan hutang si mati diselesaikan dahulu dan wasiat kepada bukan waris ditunaikan dahulu (jika ada).

Ok….. Tukar situasi. Patah balik semasa isteri masih hidup. Situasi di mana suami dan isteri sama-sama masih hidup.

Katakanlah isteri masih hidup, dan isteri berhajat supaya wang didalam akaun Tabung Haji isteri tu diberikan kepada suami jika ditakdirkan isteri meninggal dahulu.

Maka isteri sebagai pemilik akaun, bolehlah membuat Hibah Amanah dengan pihak Tabung Haji (Hibah Amanah TH). Isteri boleh menghibahkan wang didalam Akaun Simpanan Tabung Hajinya itu kepada suami melalui Hibah Amanah TH. Isteri sebagai pemilik akaun menjadi pemberi hibah, manakala suami menjadi penerima hibah.

Dengan ini, sekiranya suami (penerima hibah) meninggal dahulu…. maka ia menjadi harta pusaka si suami, walaupun si isteri (sebagai pemilik akaun) masih hidup. Tambahan pula, isteri tak kisah ia dibahagikan kepada semua waris-waris Faraid suami kerana duit itu pun asalnya suami yang beri.

Mengikut hukum Faraid, hak isteri adalah sebanyak 1/8 (jika si mati yakni si suami tadi meninggalkan anak kandung) atau 1/4 (jika si mati tiada anak kandung), iaitu setelah ditolak hutang suami dan wasiat kepada bukan waris, jika ada.

Manakala, jika isteri (iaitu pemilik akaun / pemberi hibah) pula yang meninggal dunia dahulu sebelum suami (penerima hibah), maka peratusan simpanan yang dihibahkan kepada suami, adalah menjadi milik suami sepenuhnya. Kalau dia hibah 100%, maka 100% lah menjadi milik suami sebagai penerima hibah.

Maka suami dapatlah wang yang pernah diberikannya dulu, tanpa perlu meminta dari waris-waris lain.

Walau bagaimanpun, jangan keliru HIBAH AMANAH TH ini dengan PENAMAAN Tabung Haji. Yang kebanyakan orang buat ialah Penamaan, ataupun ramai juga yang tidak membuat penamaan langsung.

Kalau buat Penamaan saja, si Penama berperanan sebagai Wasi atau Pemegang Amanah bagi akaun Tabung Haji tersebut. Penama boleh keluarkan jika pemilik akaun meninggal dunia, tetapi perlu menguruskannya mengikut hukum Faraid.

Tambahan :
Hibah Amanah TH bersifat pemberian mutlak. Apabila pemilik akaun menghibahkan wang simpanan TH kepada penerima melalui Hibah Amanah TH…… bermakna bahagian yang telah dihibahkan itu menjadi hak si penerima, tak kira siapa (pemberi atau penerima) yang meninggal dahulu.

Kredit: Irda Rina

Ok, saya nak bantu anda, itupon jika anda nak. Saya tak paksa.

Hubungi saya untuk pertanyaan di 016-5577653

atau

Whatsapp (klik link ini)

atau layari website saya untuk dapatkan ebook PERCUMA. Klik disini https://hanaffi.com

Jangan lupa SHARE & LIKE post nie supaya orang lain dapat manfaat dari sharing anda!

Share This Post

Dapat E-Book Hibah Percuma

Khas untuk anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Nak kami bantu anda?

Hubungi segera untuk sesi konsultansi percuma

© 2021 SEZARAH NUR VENTURE (SA0388691-M) . All rights reserved

hanaffi.com

error: Content is protected !!