Ini kisah Cikgu Fatimah (bukan nama sebenar).

Cikgu Fatimah jumpa seorang guru di Nilai, Negeri Sembilan. Masa cite bab harta nie, terus menangis bila terkenang apa yang berlaku pada dirinya. Masa kecik ayah meninggal, mak waktu tu lagi 3 bulan nak bersalin anak ke-5.

Pada hari ke-2 kematian arwah, makcik dan pakcik mangsa datang menyerang maknya menuntut pusaka arwah tanpa belas kasihan

Arwah berniaga kantin disekolah. Mereka dihalau, emak mangsa terpaksa mengalah dengan desakkan makcik dan pakcik. Sambil menangis puan tadi berkata:

“Saya masih ingat lagi, kami sekeluarga terpaksa tinggal dikantin sekolah…”

Hanaffi terdiam. Lepas tu Hanaffi dengan nada memujuk berkata.

“Tak puan, dah jadi.. ujian yang Allah berikan tu puan mampu handle. Sekarang puan dan adik beradik dah berjaya…”

“Ada hikmah dan ganjaran untuk orang yang bersabar…”

Agak lama kami borak. Hanaffi cadangkan untuk buat perancangan awal seperti wasiat dan hibah takaful bagi menyediakan jaminan tunai selepas kematian agar tidak berlaku kesulitan dikemudian hari. Alhamdullilah, beliau dan suami setuju.

Banyak juga soalan yang ditanya Cikgu Fatimah. Mudah-mudahan apa yang berlaku pada dia menjadi iktibar kepada kita yang masih hidup.

Soalan yang sering ditanya oleh prospek

Q1 : Siapakah waris faraid saya?
A : Saya explain cara yang mudah dahulu. Waris faraid terdiri daripada:

  • Pasangan
  • Anak-anak
  • Mak ayah

Waris terdiri daripada waris fardu, waris asabah dan waris dhawi al-arham. Sila baca sehingga habis bagi mengetahui dengan lebih jelas.

Waris Fardu.
Waris fardu dari istilah ilmu faraid adalah kadar bahagian pusaka yang akan diterima waris faraid yang telah ditetapkan oleh syarak. Kadar ini telah ditetapkan oleh Allah didalam Al Quran iaitu 1/2, 1/3, 2/3, 1/4, 1/6 dan 1/8.

Waris Asabah.
Menurut istilah ilmu faraid adalah waris yang tidak mendapat secara fardu. Tetapi mereka mengambil keseluruhan harta atau baki selepas diberikan kepada waris fardu atau tidak mendapat langsung setelah diberikan kepada waris fardu.

Untuk pengetahuan anda, kesemua waris lelaki adalah waris asabah kecuali suami dan saudara seibu lelaki. Bagi bapa dan datuk mereka ini dianggap istimewa kerana dapat mewarisi harta melalui 3 cara melalui asabah, fardu atau mendapat secara fardu dan asabah dalam satu masa.

Cara pembahagian yang melibatkan waris asabah melalui 5 cara, iaitu:

  • Seorang. Ketika si mati hanya meninggalkan seorang waris asabah sahaja, waris tersebut menerima keseluruhan harta tersebut.
  • Ramai (lebih dari seorang). Mereka yang layak menerima pusaka adalah terdiri daripada mereka yang sama darjat seperti si mati meningalkan beberapa orang anak lelaki.
  • Lelaki dan perempuan. Ketika si mati meninggalkan waris seperti anak lelaki dan anak perempuan. Lelaki menerima lebih 2 kali ganda daripada waris perempuan (asabah bi al-ghairi).
  • Bersama waris fardu. Ketika waris asabah menerima bahagian bersama waris fardu, waris asabah akan menerima bahagian baki setelah waris fardu menerima bahagiannya.
  • Tidak mendapat bahagian. Adakalanya waris asabah tidak menerima bahagian langsung kerana telah dihabiskan oleh waris fardu.

Waris Dhawi al-Arham
Dhawi al-arhram bermaksud mereka adalaha waris yang mempunyai hubungan darah dengan simati selain dari waris fardu dan asabah. Contohnya, anak lelaki dan perempuan kepada anak perempuan, anak lelaki dan perempuan kepada saudara-saudara perempuan, bapa saudara sebelah ibu, ibu saudara sebelah ibu dan bapa, bapa kepada ibu dan lain-lain.

Q2 : Kenapa perlu belajar dan faham faraid?
A: Banyak kelebihan jika kita tahu tentang faraid. Antaranya:

  • Boleh mengurangkan masalah campur tangan pihak luar, hanya waris faraid yang layak saje berbincang tentang pusaka si mati. Apabila ipar-ipar, jiran dan mereka yang bukan waris faraid campur tangan akan ada pelbagai idea untuk menguruskan harta. Ada kes yang Hanaffi jumpa, ipar lebih dominan dalam perbincangan, persoalannya kenapa mereka perlu terlibat?
  • Dapat mengetahui dengan jelas siapa yang layak terima pusaka dan hak mereka tidak dinafikan oleh waris lain.
  • Nilai anggaran kasar atau bahagian faraid yang layak terima juga diketahui.
  • Ia adalah sebahagian daripada hukum Allah tentang pembahagaian faraid seperti yang dinyatan dalam surah An Nisa (4) / ayat ke 11, 12 dan 176 serta dinyatakan oleh Rasullulah saw: “Pelajarilah ilmu Faraid dan ajarkanlah kepada orang lain. Sesungguhnya ia separuh daripada ilmu dan ia akan dilupai oleh manusia. Ia merupakan ilmu yang paling awal yang dicabut dari umatku.”
  • Mengetahui tanggungjawab dan peranan penerima pusaka. Contoh sebuah keluarga kehilangan seorang ayah. Anak lelaki menerima bahagian lebih daripada ibu dan anak perempuan kerana anak lelaki harus mengambil tanggungjawab menjaga ibu dan adiknya yang masih hidup.

Q3 : Dimana saya boleh rujuk pembahagian faraid?
A : Didalam Al Quran Surah An Nisa (4), ayat 11 dan 12

Q4 : Selain daripada mereka diatas, siapakah waris faraid saya?
A : Bagus soalan nie. Saya cuba explain dengan bahasa mudah.
Waris faraid terdiri daripada 3 kategori utama iaitu :

  • Waris utama
  • Waris ganti
  • Waris Kedua

Waris Utama terdiri daripada :

  • Isteri
  • Bapa
  • Ibu
  • Anak lelaki
  • Anak perempuan

Waris Ganti ini, jika waris utama tiada maka akan digantikan dengan Waris Ganti seperti :

  • Bapa kepada bapa (datuk)
  • Ibu kepada bapa (nenek)
  • Ibu kepada ibu (nenek)
  • Anak lelaki kepada anak lelaki (cucu)
  • Anak perempuan daripada anak lelaki (cucu)

Waris Kedua pula, adalah waris yang layak menerima pusaka jika tiada Waris Utama dan Waris Ganti. Mereka yang layak adalah :

  • Saudara lelaki seibu sebapa
  • Saudara lelaki sebapa
  • Saudara lelaki seibu
  • Saudara perempuan seibu sebapa
  • Saudara perempuan sebapa
  • Saudara prempuan seibu
  • Anak lelaki kepada Saudara seibu sebapa lelaki (anak saudara)
  • Anak lelaki kepada Saudara sebapa lelaki (anak saudara)
  • Saudara seibu sebapa lelaki kepada bapa (ayah saudara)
  • Saudara sebapa lelaki kepada bapa (ayah saudara)
  • Anak lelaki kepada saudara seibu sebapa lelaki kepada bapa (sepupu)
  • Anak lelaki kepada saudara sebapa kepada bapa (sepupu)

Q5 : Bagaimana saya nak tahu harta saya hanya akan dapat pada keluarga sahaja?
A : Jika anda ada anak lelaki, maka harta pusaka hanya akan berada dalam waris utama sahaja.

Q6 : Adakah anak lelaki sulung akan dapat bahagian lebih daripada waris faraid yang lain? Jika terdapat 2 lelaki 1 perempuan.
A : Tidak, sama saja dengan anak lelaki yang lain. Bagi kes di atas nisbah adalah lelaki 2 : perempuan 1 (2:1).

Q7 : Kenapa begitu banyak giler masalah timbul selepas mati walaupun faraid dah termaktub dalam Al Quran?
A : Sebab banyak masalah timbul daripada hati manusia yang inginkan harta melebihi daripada tanggungjawab yang Allah berikan.
Antara lain sebabnya adalah :

  • Waris tidak tahu proses tuntutan harta pusaka
  • Kos proses tuntutan harta pusaka mahal
  • Waris tidak tahu hukum faraid
  • Proses tuntutan harta pusaka memakan masa yang panjang
  • Waris tidak melantik pentadbir untuk uruskan harta pusaka.

Q8 : Perlu ke saya tahu detail faraid nie?
A : Bagus untuk ilmu, jika kurang faham kena bertanya. Saya boleh bantu sedikit sebanyak.

Q9 : Boleh explain tentang pembahagian?
A : Ok. Ringasnya begini.

Ibu
1/6 bahagian bagi arwah ada anak
1/3 bahagian bagi arwah tiada anak

Bapa
1/6 bahagian bagi arwah ada anak
2/3 bahagian bagi arwah tiada anak

Suami
1/4 bahagian bagi arwah ada anak
1/2 bahagian bagi arwah tiada anak

Isteri
1/8 bahagian bagi arwah ada anak
1/4 bahagian bagi arwah tiada anak

Anak Lelaki
2 bahagian bagi arwah ada anak perempuan
Penuh bagi arwah anak lelaki sahaja

Anak Perempuan
1 bahagian bagi arwah ada anak lelaki
1/2 bahagian bagi Arwah ada anak perempuan tunggal
2/3 Arwah ada anak perempuan lebih dari seorang

Baitulmal akan terima ketika tiada waris yang berhak.

Q10 : Adakah wajib ikut faraid walaupon mereka ahli waris sepakat nak agih pusaka secara sama rata?
A: Boleh tiada masalah, tetapi harus ikuti langkah berikut:

  • Setiap ahli waris perlu tahu terlebih dahulu bahagian yang mereka layak terima agak tidak timbul penafian kemudian hari atau dinafikan oleh sesetengah pihak.
  • Keputusan yang dibuat harus secara suka rela tanpa dipaksa oleh mana-mana pihak.

Q11 : Mengapa lelaki mendapat lebih daripada perempuan?
A: Jawapan mudah Allah dah tetapkan. Hehe.

Semuanya akan berkait dengan tanggungjawab, si lelaki mempunyai tanggungjawab yang lebih besar iaitu menjaga waris yang hidup dan memberikan nafkah. Perempuan tidak disyaratkan memberikan nafkah dan apa jua yang mereka belanjakan kepada ibubapa adalah secara sukarela. Apa jua yang perempuan belanjakan adalah untuk diri sendiri sahaja. Jika kita lihat perbelanjaan perempuan ditanggung oleh si suami, maka tidak wajar diberikan bahagian yang lebih pada perempuan.

Jika kita lihat skop tanggungjawab lelaki adalah lebih luas dari perempuan antaranya:

  • Memberi nafkah keluarga iaitu isteri dan anak-anak
  • Menanggung nafkah ibu bapa yang telah tua dan tidak berkemampuan.
  • Menanggung nafkah adik beradik perempuan yang belum berkahwin dan tiada sumber kewangan sendiri sekiranya bapa tidak ada atau tidak berkemampuan.
  • Menanggung nafkah anak-anak kepada adik beradik lelaki yang telah meninggal dunia (anak saudara) sehingga mereka dewasa dan boleh berdikari.

Sebarang kemuskilan boleh hubungi atau whatsapp saya di no berikut 0165577653

Share This Post

Dapat E-Book Hibah Percuma

Khas untuk anda

43 Responses

  1. jika suami meninggal dunia (tapi ada anak lelaki dan perempuan), ibunya pun sudah tiada, adakah adik beradik boleh menuntut bhgn ibu 1/6?

    1. mereka mmg layak keatas harta suami. isteri 1/8 baki milik mereka. tetapi pn boleh buat tuntutan harta sepenarian di mahkamah syariah terlebih dahulu.

  2. Assalamualaikum wtb..

    Saya Sijuni bin Abd Asis ingin bertanya kepada pihak tuan berkaitan hukum faraid seperti pertanyaan di bawah :-

    PERTANYAAN

    Mertua lelaki Saya baru meninggal dunia dan meninggalkan isteri yang tidak bekerja dan menanggung 2 org anak yg MASIH belajar di universiti.
    Isteri juga menanggung sewa Rumah, api, air, makan dan pakaian. 6 anak lagi sdh berkahwin dan kadang2 beri ibu Duit utk belanja keperluan..
    Suami juga mempunyai adik beradik seramai 6 orang (2 lelaki dan 4 perempuan)..suami meninggalkan Duit tunai rm3,800 dan Insurance takaful rm200 sebulan..
    Boleh beri pencerahan, bagaimana kah status Duit tunai suami rm3,800 dn Duit Insurance takaful rm200 sebulan dalam hukum faraid.. boleh beri pencerahan..

    Diharap pihak tuan dapat memberi penjelasan kepada Saya berkaitan hukum faraid ini disebabkan risau ibu mertua Saya terambil yang bukan jak nya dari segi hukum Islam.

    Pertimbangan dan perhatian pihak tuan terhadap perkara ini amatlah di harapkan dan di hargai..

    Sekian dan terima

    Yang benar,
    Sijuni bin Abd Asis

    1. maaf tuan. adakah rm3800 dan duit insuran rm200 menjadi rebutan adik beradik?

      pada pandangan saya mereka boleh lepaskan bahagian mereka, itu pon jika mereka layak. Jika arwah meninggalkan harta dan mempunyai anak lelaki, mereka tiada mengena.

      Jika duit insuran rm200 daripada perkeso itu adalah milik isteri sahaja. Jika RM200 nak agih anak beranak pon macam tak munasabah tuan, segala kos perbelanjaan isteri yang tanggung. Ini pandangan saya.

  3. Assalammualaikum..
    Sy ingin bertanya pasal faraid..
    Suami sy meninggal bln feb yg lpas..
    Suami ada meninggalkn duit caruman kwsp dengan ada penama masing²..
    1)isteri 1/3
    2)ank perempaun 1/3
    3)ank perempuan 1/3
    Apakah sy perlu membahagi kepada waris² yg lain.. Walaupn sudah ada penama..

      1. Pengiraan wang itu mcm mna..
        Boleh kah pihak tuan tlong kirakn jumlah pembahagian wang tersebut..
        Kalau boleh tidak mahu tunggu lama².. Kerana ank² saya memerlukan wang tersebut untuk meneruskan pengajian mereka…

        1. boleh. tetapi hanya kwsp saje ke? ada aset lain juga? mcm rumah / kereta dan lain-lain..

          1. Apa yang saya tau.. Syarikat suami sy ada buat insurance tuk suami sy.. Tapi x tau bila dapat.. So… Suami sy dah x de harta lain. Sekarang yang ada hanya wang kwsp.
            Untuk pengetahuan pihak tuan ini adalah jumlah caruman arwah suami saya… RM 89947.34
            Waris²nya..
            1)isteri
            2) 2 orang anak perempuan
            3)ibu
            4) 5 adik beradik lelaki sebapa
            5) 3 adik beradik perempuan sebapa
            Arwah suami masih ada ibu tiri dan adik beradik seibu.. Adakah orang lain berhak jgk ats wang tersebut..
            Sy amat berharap pihak tuan dapat selesaikn msalah sy ini..
            Terima kasih.

          2. Assalammualaikum tuan.
            Soalan: ibu saya meninggal dunia. Waris yang ada,
            1) nenek sebelah ibu saya
            2) ayah saya
            3) seorang anak lelaki
            4) seorang anak perempuan
            5) adik beradik ibu saya ( 6 lelaki, 6 perempuan)

            Boleh bantu saya pembahagian faraid. Terima kasih tuan.

          3. wasalam, kiraan faraid adalah:

            ibu si mati 3/18
            anak lelaki 10/18
            anak perempuan 5/18

  4. Assalamualaikum.. kalau waris lepaskn hak blh ke.. contoh.. saya ank sulung..tp sya lepaskn hak sya ats harta tu…tq

  5. Adakah Ibu berhak tuntuk hrta sepencarian arwah abah… Sdangkan diorang sdah Lama bercerai…

  6. Assalamualaikum.

    Ayah saya meningal tingalkan rumah dan duit dlm bank.
    Ibu masih ada . Saya 2 beradek perempuan. Arwah ayah
    ada adek lelaki dan adek perempuan. Bagaimana kiraan
    Pembahgian faraid atas harta ni.?

    1. ok pembahagian adalah seperti berikut:

      isteri – 9/72
      anak perempuan 1 – 24/72
      anak perempuan 2 – 24/72
      saudara lelaki – 10/72
      saudara perempuan – 5/72

  7. Assalamualaikum

    Nenek saya ada 10 beradik 2 lelaki 8 perempuan.

    Moyang ada tinggal tanah yang dibahagi lot. Jadi setiap seorang dapat lot masing-masing. 2 lelaki dah jual lot tanah mereka.

  8. Suami sy meninggal 1/10/22 baru ni sy kahwini arwah sewaktu dia duda anak 4pd 2002. Bersama arwah sy mdpt seorg anak ppuan. Arwah meninggal sebuah rum yg msh diduduki jandanya dan suami baru sejak bercerai 1999.
    Masalahnya jandanya tlh menuntut 1/2 pusaka rum d 1/2 lg adalah hak 5 anak arwah. Rum arwah beli pd thn 1997 bercerai 1999. Dia tuntut sebgai harta sepencarian n renovation yg dibuat n nakfah anak. Mahkamah telah putuskan potongan rum tu sbg nafkah d jandanya telah mendudukinya hgga kini krn ketika bercerai arwah mmg xmampu br nafkah krn bnyk potongan pd slip gajinya hya tggl rm178!!!!
    Adakah sy tiada hak tuntut harta sepencarian sdgkan masa kahwin sy bnyk bantunya menanggung keluarga baru hgga kedudukannya stabil. Dan sy tiada hak dlm pembahagian faraid pusaka rum tersebut? Mohon pencerahan dr pihak tuan. Tk

    1. puan tetap ada bahagian faraid. kena uruskan harta pusaka tu.. tapi bagi harta yang mahkamah telah putuskan, itu telah menjadi hak mereka.

  9. Slm ustaz hanaffi.. bagaimana pembahagian harta di faraidkn berbntuk barang kemas.. adakah mengikut harga emas semasa atau perlu digadaikan kemudian dibuat pembahagian secara faraid..

    1. wasalam.

      1. duit khairat x masuk dalam pembahagian faraid. Asalkan semua waris setuju utk kegunaan tertentu boleh.

      2. yg ini masuk dalam faraid, jadi kena agihkan mengikut faraid atau persetujuan bersama.

      utk barang kemas ada beberapa cara utk selesaikan:

      1. jual di kedai emas, dan hasil duit diagihkan secara faraid atau muafakat.

      atau

      2. jika ada waris nak barang tersebut. Boleh nilaikan harta tersebut dan di bayar secara tunai nilai tersebut berdasarkan faraid atau muafakat.

      atau

      3. mereka sama2 setuju nak bagi pada siapa.

      utk barang perhiasan mcm nie tak perlu buat permohonan harta pusaka di amanah raya / pusaka kecil / mahkamah tinggi.

    2. Salam ust..bagaimana untuk faraidkan barang kemas..keluarga dh jual brg kemas tersebut nilai RM 21010..tp tidak tahu untuk faraidkan..arwah meninggalkan : 1)anak lelaki 2 org
      2)anak perempauan 2 org
      3)suami
      4)ibu msih hidup
      5)ayah masih hidup tp sudah nyanyuk(kahwin lain)
      Diharap ustaz boleh membantu insan buntu..

      1. hasil jualan diagihkan berikut:

        – ibu rm2801.33
        – ayah rm2801.33
        – suami rm4202.00
        – setiap anak perempuan rm5602.67

  10. As salam tuan,saya ingin bertanya saya tinggal 5 beradik sahaja ibu dan ayah telah meninggal dunia,selepas arwah ayah dan ibu meninggal dunia kami telah faraidkan harta² dan hasil ladang sawit dan sepakat bahagi sama rata dengan persetujuan bersama, soalan saya salah seorang adik kami yang telah berkhawin tetapi tiada anak, adakah isteri arwah berhak ke atas hasil ladang sawit dari peninggalan arwah ibu dan ayah kami? Harap tuan dapat memberi jawapan kepada kemusykilan kami kerani tidak mahu menanggung dosa serta tidak adil kepada waris² yang lain yang telah meninggal dunia sebelum arwah ayah meninggal.

    1. layak terima hasil juga. beri macam biasa pon xde masalah, tambah lagi jika arwah ada anak-anak.

  11. Salam tuan,
    1) Jika suami meninggal siapakah waris yg berhak dan bhg yg dpt?
    Waris :
    Ayah mertua
    Ibu mertua
    Adik beradik perempuan suami
    Anak perempuan 4 org

    2) Jika bg kes di atas bapa mertua pula meninggal adakah ada waris lain (cth:bapa saudara sebelah bapa mertua) berhak memandangkan suami tiada adik-beradik beradik lelaki?

    1. kes 1.

      jika ayah mertua hidup, adik beradik arwah tiada bahagian.

      kes 2.

      jika xsilap saya, jika arwah ada anak lelaki dan perempuan.. mereka akan bahagian.

  12. Salam ust nak bertanya berkenan dengan harta pusaka ibu ayah yang dah meninggal
    Mempunyai 4 anak
    1 perempuan 3 laki²
    Untuk pengetahuan anak laki sudah berkahwin tapi tiada anak (*anak meninggal dan tgl hanya balu sahaja)
    Adakah adik ipar balu kepada arwah adik kami berhak dapat harta pusaka arwah ibu bapa kami?mohon penjelasan
    T.kasih

    1. balu hanya layak 1/4 bahagian, 3/4 akan ke adik beradik arwah.

      jika ada masalah nak urus boleh wasap saya 0165577653

      1. Assalamualaikum. Saya nak tnya, ayah saya baru meninggal. Ayah saya ada 1 orang isteri, 3 orang anak perempuan, 4 orang anak lelaki termasuk saya ..(Sudah berumur 18 tahun ke atas semua).

        Tapi ayah sy ada:
        Anak dgn Bekas isteri ke ke2 ada 1 orang anak perempuan, 1 orang anak lelaki (sudah berumur 18 tahun ke atas semua)

        Anak dgn Bekas isteri ke3 pula ada 4 orang anak perempuan (umur x sampai 18 tahun LG)

        Ayah saya ada sebuah rumah banglo join loan dgn ibu saya yg juga bekerja. Sama2 tolak loan rumah. Tapi semua bill elektrik, makan pakai duit belajar kitorang ibu saya yang tanggung. Ayah saya ada bagi tapi jarang sgt ..tapi bill elektrik MMG 100% ibu saya yang bayarkan… Renovate rumah pun guna duit ibu saya yang buat loan dulu…

        Soalan
        1) Adakah rumah itu juga akan difaraidkan untuk semua anak2 termasuk anak2 dengan Bekas isteri2 ayah saya?

        2) kalau adik beradik ex isteri ayah saya dan ibu ayah saya bagitahu tak nak rumah tu, adakah proses lebih mudah dan cepat? Kalau cepat berapa lama? Kalau lambat berapa lama?

        3) bolehkah saya mengeluarkan wang dari akaun bank untuk membayar semua urusan jenazah dan tahlil?

        4) bolehkah kami adik beradik sepakat untuk membahagikan sendiri duit dlm akaun bank/motor2/peti2 mengikut kaedah faraid seperti dalam AL quran/sama rata sendiri? Atau perlu peguam & adakah Kene naik mahkamah jugak?

        5) Ayah saya ada sebuah kereta wira yg dia BG kepada saya pakai dari dahulu lg tetapi kereta itu still atas nama kwn dia, belum tukar nama lagi ke nama ayah saya / saya.
        Adakah ia juga jadi urusan faraid?

        Mohon jasa baik tuan menjawab soalan saya ni .. kami betul2 buntu.

        1. 1. ya termasuk semua anak-anak ayah. Ex wife terkecuali.

          2. kami boleh uruskan di mahkamah tinggi sivil. cepat 3 bulan.

          3. boleh, urusan kematian dan hutang diutamakan dulu, baki baru faraid.

          4. pentadbir yang uruskan, boleh samada muafakat atau secara faraid. senarai harta perlu disenaraikan.

          5. tak perlu masuk dalam senarai aset sebab bukan nama arwah.

          apa2 boleh wasap saya. 0165577653

  13. Assalamualaikum…bru2 ni bapa saudara suami Sy meninggal…dia tak ada anak…hanya seorang anak saudara sebelah isterinya sahaja dijadikan anak angkat.Arwah hanya tinggalkan sebiji kereta Myvi,phone dan duit rm1000.Arwah sudah tiada ibu bapa..cuma tgl 2 adik beradik perempuan dan 2 adik beradik lelaki seibu sebapa…Harta peninggalan jatuh pada siapa?

    1. pada adik beradik arwah yang hidup semasa arwah meninggal dunia. kena buat urusan pusaka di manah raya.

  14. assalamualaikum.. sy nk brtanya satu soalan berkaitan faraid.. datuk dan nenek sbelah ayah sudh meninggal.. sama dengan ayah sy juga dh meninggal.. ayah sy mmpunyai 8 adik bradik 4 lelaki 3 permpuan.. soalan: berhak ke saya sebagai cucu lelaki ke ats hrta pusaka atuk sy..sebab ayah saya sudah meninggal jd sy waris nya dgn adik permpuan saya.. layak ke kami sebagai cucu utk mendpatkan secebis hrta pusaka trsebut wlupun sebutir batu? sebab sebelum ni makcik2 ad mntk fotostat ic kami dan ckp ad bhgian kami.. tetapi smpi sekrang senyap mcmtu sj.. hrta puska pn dh bhagi2.. tlg bntu sy utk memhami lebih dlm..terima kasih

    1. jika ayah meninggal selepas atok.. maka waris ayah tak layak. jika selepas atok, waris ayah layak. apa-apa boleh wasap saya 0165577653

  15. Assalamualaikum..maaf nak tanya….arwah suami ada duit lebihan di LHDN & akan di refund semula kepada saya..soalan saya perlukah duit lebihan itu difaraidkan?Terima kasih..

  16. Assalamualaikum,
    ibu saya dah meninggal dunia….suami masih hidup,mempunyai 3 anak lelaki dan seorang perempuan.
    saya ingin bertanya mengenai suami arwah ibu saya(suaminya cina tp dah masuk islam masa berkahwin)…mereka sudah lama tidak tinggal bersama,
    dan dah lama tidak memberi nafkah pada arwah ibu,tetapi dengan anak2 masih berhubung….
    cuma saya ada was was sikit mengenai ttg agama suami arwah ibu saya.
    adakah suami/bapa saya masih layak mendapat pusaka arwah ibu saya?

Leave a Reply to NURAZLIN Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Nak kami bantu anda?

Hubungi segera untuk sesi konsultansi percuma

© 2021 SEZARAH NUR VENTURE (SA0388691-M) . All rights reserved

hanaffi.com

error: Content is protected !!