Q1 : Apakah kunci utama dalam menguruskan harta pusaka?
A : Jika semua orang faham tugas mereka sebagai hamba Allah dan memahami konsep pengurusan harta orang Islam insya Allah tiada masalah.

Q2 : Jika kahwin di Siam, layakkah pasangan kepada harta pusaka saya?
A : Jika ikut undang-undang Malaysia, tak layak kecuali perkahwinan tersebut telah didaftarkan semula di Jabatan Agama Islam melalui perintah dari Mahkamah Syariah.

Q3 : Suami saya letak duit kwsp nama mak dia dan adik beradiknya. Bagaimana tu? Saya rasa kecik hati.
A : Sebenarnya, penama KWSP adalah pentadbir sahaja, bukan pemilik harta. Tetapi orang kita faham, penama adalah pemilik dan penerima. Ia masih tertakluk kepada faraid. Dalam isu puan, mak suami layak mendapat setakat 1/6 sahaja daripada kwsp suami puan. Adik beradik pula tidak akan mendapat bahagian sekiranya puan dan suami mempunyai anak lelaki.

Q4 : Adakah ibu mertua berhak menuntut kesemua dan memiliki harta anaknya jika anaknya meninggal dunia sedangkan arwah juga memiliki beberapa orang cahaya mata..
A : Ibu mertua berhak mendapat harta pusaka anaknya (si mati) pada kadar 1/6 bahagian sahaja. Bukan kesemua harta.

Q5 : Saya ingin tahu pendapat ustaz mengenai masalah saya ini. Saya anak tunggal perempuan dan arwah mak saya ada meninggalkn tanah 3/4 ekar, rumah teres, kereta dan juga duit simpanan. Apa perlu saya perlu buat?
A : Mula-mula puan dapatkan perintah faraid di Mahkamah Syariah. Selepas itu, puan bawa perintah faraid ke Pejabat Pusaka Kecil di JKPTG untuk permohonan pembahagian. Jika nilai harta melebihi 2 juta, puan kena ke mahkamah tinggi untuk buat permohonan dan proses selanjutnya. Agak renyah sikit proses-proses ni. Sebab tu kita perlu buat wasiat dan melantik wasi bagi menguruskan harta pusaka kita nanti.

Q6 : Arwah ayah beli rumah atas nama arwah dan ibu. Selepas meninggal rumah sekarang atas nama ibu saya. Sekarang apa patut kami anak-anak buat supaya harta peninggalan ayah dibahagikan? Kami semua dah sepakat sama jual dan berikan wang jualan pada ibu dan terpulang pada ibu nak buat apa. Sebab hasil usaha ayah selama ni. Kami tak nak gaduh pasal harta. Cuma selepas ni macam mana. Tak nak kemudian hari ada persoalan antara menantu-menantu ayah dan ibu.
A : Pendapat saya biarlah ibu tinggal di situ. Jika jual di mana ibu puan nak tinggal nanti? Memang anak-anak ada hak, tapi biarlah ibu tinggal di situ. Tambah lagi, menantu tiada hak dalam harta pusaka, sebab tu macam-macam hal timbul selepas campur tangan pihak ke-3. Maaf jika jawapan saya tidak menyebelahi anak-anak.

Q7 : Bagaimana rumah yang pinjaman atas nama suami dan isteri dan sudah berpisah. Pinjaman kerajaan tapi sebelum ke mahkamah kami ada buat perjanjian yang atas nama dia bagi pada anak saya melalui perjanjian yang di mati setem. Adakah ia valid?
A : Dokumen yang telah distamping valid untuk dijadikan ekshibit di mahkamah. Puan boleh memohon di Mahkamah Syariah untuk memutuskan bahagian bekas suami diisytiharkan sebagai hibah oleh bekas suami kepada anak-anak.

Q8 : Saya nak minta pendapat tuan. Saya tengah buah abstrak untuk paper work mengenai pengurusan harta pusaka. Tajuk implikasi penangguhan pembahagian harta pusaka dalam kalangan masyarakat orang Islam di Pulau Pinang. Nak minta pendapat macam mana saya nak buat satu abstrak mengenai implikasi?
A : Boleh tengok kesannya, hampir RM70 Billion asset masih beku.

Q9 : Bapa saya sudah meninggal lama. Mak saya baru saja meninggal dunia. Semasa mak saya sakit, tak pernah mendapat pertolongan kewangan dari adik beradiknya. Tetapi selepas mak saya meninggal mereka tuntut harta mak saya. Perlu ke saya bagi pada mereka? Saya anak perempuan dan masih tidak berkahwin lagi.
A : Keadaan macam cik nie selalu berlaku. Bab harta semua orang nak tuntut. Tapi bab laksanakan amanah memang tak ambil tahu pon. Tapi disebabkan cik anak perempuan, mengikut faraid adik beradik mak ada hak ke atas harta arwah. Sebab tu pentingnya lantik wasi atau pentadbir yang boleh menerangkan peranan dan tanggungjawab waris-waris.

Q10 : As salam ustaz. Saya nak tahu tentang pembahagian duit arwah tinggalkan. Sekarang nie emak saya nak semua duit tu. Macam mana ye? Kami anak-anak juga mempunyai hak kan? Baru-baru ni pejabat tanah ada bagi tahu ibu saya rumah yang duduk sekarang nie ada cover insuran RM70k. Duit tu la yang ibu nak amik semua masuk ke akaun dia. Tapi pejabat tanah tak bagi ibu saya amik sebab kena tanya persetujuan anak-anak. Jadi bagaimana?
A : Jika setuju nak bagi tiada masalah. Asalkan semua reda, jika tak. Berbalik kepada pembahagian secara faraid. Ibu hanya berhak sekadar 1/8 bahagian sahaja. Bakinya dibahagikan kepada anak lelaki dan anak perempuan secara 2:1.

Q11 : Boleh ke tanpa adik-beradik lain untuk dapatkan sijil faraid? Kalau angkat sumpah nyatakan takde adik beradik lain? Sebab ayah saya meninggal tanpa wasiat. Saya anak sulung, mak masih ada. Adik beradik 7 orang anak lelaki hanya no. 5 dan 6, yang lain semua perempuan. Adik saya no. 4 yang uruskan untuk dapatkan sijil faraid tu. Die kata tak perlu adik-beradik lain hadir. Adakah boleh jadi begitu? Tanpa minta sijil lahir dan IC kami?
A : Setakat ni semua negeri telah melaksanakan permohonan faraid di hadapan hakim dan bukannya mohon sijil sahaja. Bermakna, semua waris perlu hadir dan mengemukakan keterangan sebagai waris kepada si mati. Tapi ada juga hakim beri kebenaran tak perlu hadir jika ada alasan munasabah. Cuba semak semula permohonan adik tu.

Q12 : Berapa bayaran kalau tukar nama arwah mak kepada nama saya? Saya tinggal di KL, tanah di Seremban. Boleh ke?
A : Tuan boleh rujuk ke pejabat pusaka kecil JKPTG yang berhampiran bagi nilai harta kurang dari RM2 juta. Jika lebih RM2 juta tuan boleh ke Mahkamah Tinggi Sivil.

Q13 : Kalau duit arwah Amanah Raya pegang, adakah mak dan ayah arwah akan dapat?
A : Akan dapat sebab mereka adalah waris utama faraid. Setiap dari mereka akan menerima 1/6 dari jumlah harta.

Q14 : Arwah nenek sebelum meninggal cuba usahakan tetapi sampai sekarang masih tak selesai sebab ada anaknya yang tak setuju. Lagipun nenek saya bini ke-2. Banyak kali turun naik. Memang rumit, lepas nenek meninggal tiada siapa nak uruskan.
A : Inilah sebab jika tidak diuruskan masa hidup. Bila dah lama, masing-masing menuntut hak itu dan ini. Selagi tiada kerjasama dari semua pihak terlibat, tak boleh selesai. Lebih burukkan keadaan, ada waris yang masih tinggal atas harta yang belum dibahagikan. Tak takut makan harta haram ke?

Q15 : Saya tiada masa ke ofis tuan, boleh kita jumpa di ofis saya?
A : Boleh, tiada masalah. Bagi lokasi, masa dan tarikh untuk kita jumpa.

Q16 : Masalah ini sudah lama berlarutan kerana ibu saya meninggal sejak saya kecil lagi. Jadi masalah saya nie terlalu complicated dan masih tertangguh begitu lama di pejabat pusaka. Semua yang berhak tak nak bagi komitmen semasa bicara atau buat surat sumpah. Saya dah putus asa.
A : Kesian pada tuan. Jika tiada kerjasama semua pihak memang susah nak diuruskan. Masing-masing tak faham ilmu faraid dan kepentingan mengurus harta. Harta nak, urus tak nak. 

Q17 : Kalau nak dapatkan khidmat nasihat perlukan kos juga kan?
A : Khidmat nasihat tak kena bayar. Jika nak buat baru bayar. Hihi

Q18 : Saya nak tahu adakah berdosa anak-anak simati jika mereka melewatkan pembahagian harta pusaka arwah ayah yang tidak sempat diwasiatkan? Bagaimana pula amalan arwah di sana kelak? Tetapi kami adik-beradik tidak pernah bergaduh mengenai harta arwah mungkin kerana kesibukan masing-masing.
A : Sebaiknya urusan pembahagian harta pusaka perlu dilakukan segera. Kesan buruk boleh berlaku, jika ada antara waris yang tinggal atas harta arwah ayah yang belum dibahagikan atau mengambil harta arwah ayah tanpa kebenaran. Boleh termasuk dalam harta haram tau. Memang la tak bergaduh, tapi dalam hati siapa yang tahu redha atau tidak. Jika waris-waris memberi keizinan ok lah. Tapi kena tau juga berapa bahagian masing-masing atas harta arwah ayah tu.

Q19 : Saya tinggal di putrajaya. Masalahnya saya mempunyai 3 anak perempuan dan tak de anak lelaki. Saya ada 3 rumah dan 3 buah kereta. Semuanya adalah hasil titik peluh saya sendiri. Saya risau sebab suami saya ada 7 adik-beradik lelaki yang akan ambil harta saya satu hari nanti. Saya dah letak nama anak-anak, adakah mereka berhak juga?
A : Jika puan dah letak nama anak, adik beradik suami tiada hak lagi. Tapi jika tiada buat apa-apa pembahagian, mereka tetap ada hak. .

Q20 : Saya ada akaun bersama tabung haji, kalau apa-apa terjadi pada saya, suami berhak sepenuhnya duit tu?
A : Suami boleh keluarkan dan guna duit tu nanti, saya cadangkan puan buat hibah di Tabung Haji. Sekarang TH dah tawarkan produk hibah kepada pendeposit.

Q21 : Nama saya tiada dalam geran, adakah saya masih boleh menuntut hak ayah? Saya tahu saya mempunyai hak keatas harta arwah.
A : Puan boleh menuntut hak puan melalui pejabat unit pusaka kecil di JKPTG berdasarkan Seksyen 8, Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955.

Q22 : Arwah ayah mempunyai 2 isteri. Isteri pertama ada 2 anak, isteri kedua ada 1 anak. Asalnya mereka bersetuju untuk agih secara faraid, tiba-tiba anak lelaki isteri pertama nak bawa kes ini ke mahkamah tinggi. Adakah keputusan berdasarkan faraid boleh dicabar?
A : Keputusan berdasarkan agihan secara faraid adalah tidak boleh dicabar. Sekiranya di bawa ke Mahkamah Tinggi sekalipun, ia tetap akan dibahagikan secara faraid. Namun, pemutusan di Mahkamah Tinggi adalah bagi tujuan menguatkuasakan pembahagian secara faraid tersebut dan dinyatakan dalam Surat Kuasa Mentadbir / Perintah Pembahagian.

Q23 : Adakah kami semua akan dipanggil untuk bicara atau akan mula tanpa kami dipanggil?
A : Biasanya semua waris akan dipanggil bagi tujuan pengesahan status waris dan pembahagian.

Q24 : Apakah isteri ke 2 layak menerima pusaka dari isteri pertama?
A : Tidak, isteri ke 2 hanya layak menerima harta pusaka daripada arwah suami dan harta sepencarian dari bahagian arwah suami.

 

———-

 

Sebarang kemuskilan boleh hubungi saya untuk pertanyaan di 016-5577653

atau

Whatsapp (klik button dibawah)

Share This Post

Dapat E-Book Hibah Percuma

Khas untuk anda

173 Responses

  1. 1. Bolehkah semua duit dalam account arwah mak saya kami adik beradik bahagi sama rata atau kena ikut faraid?
    2. Arwah mak ada meninggalkan 2 bidang tanah yg tiada diwariskan pd sapa2 antara adik beradik kami….tpi adik saya mengatakan bahawa semasa mak masih hidup …dia dan isterinya menjadi saksi yg mengatakan bahawa arwah mak telah memberikan tanah tersebut kepada 2 org adik beradik yg lain……so bolehkah itu dikira sebagai hak milik 2 beradik tersebut kerana cara lisan tanpa hitam putih?

    1. 1. Boleh, tiada masalah. Yang penting semua mesti muafakat. Jika ada yang tak setuju, yang tak setuju kena bagi ikut faraid, baki boleh sama rata.

      2. Ia perlu dibuktikan dengan jelas dimahkamah. Sekadar claim macam tu tak kira. Perlu dibuktikan semasa di pejabat pusaka kecil.

    2. 1. Boleh, tiada masalah. Yang penting semua mesti muafakat. Jika ada yang tak setuju, yang tak setuju kena bagi ikut faraid, baki boleh sama rata.

      2. Ia perlu dibuktikan dengan jelas dimahkamah. Sekadar claim macam tu tak kira. Perlu dibuktikan semasa di pejabat pusaka kecil.

    3. SALAM,sy ingin bertanya…ayah sy bru sje meninggal…terdapat satu tanah pesaka arwah ayah yg tanahnya diberi oleh datuk sy kpd arwah ayah…selepas arwah ayah meninggal wujud perselisihan antra adik beradik arwah ayah dgn keluarga kami..mereka menyatakan yg arwah atuk sy telah membahagikan tanah tersebut kpd smua ank2 ..tetapi didlm geran hnya nama ayah sy…terdapat jgk satu surat perjanjian yg telah distamping antra adk brdik ayh sy yg menyatakan mereka berhak atas tanah trsebut…sedangkan pemberian tanah itu kpd ayh sy belas ihsan dan bukan nya pemengang amanah..mohon penjelasan tuan

      1. jika berlaku isu mcm nie, mohon adik beradik ayah bawa kes nie ke mahkamah. biar hakim yang putuskan siapa yang berhak keatas tanah tersebut.

  2. Assalammualaikum.

    Saya ingin bertanya. Saya ada 5 beradik. 2 abg seorg kakak dan seorg adik lelaki. Rumah pusaka arwah ayah dah letakkan atas nama adik lelaki saya. Skrg adik tggl bersama dgn ibu saya di rumah tersebut. Sekiranya ibu dan adik saya meninggal dunia adakah rumah itu menjadi milik isteri adik saya. Memandangkan kami adik beradik terlalu sayangkan rumah pusaka itu rumah kelahiran kami.

    1. Maksud puan letak nama dalam geran atau pemegang amanah?
      1. Jika nama dinamakan nama adik didalam geran, itu maksudnya sudah menjadi harta adik. Jika adik meninggal, waris faraidnya sahaja yang layak menerima harta pusaka miliknya, termasuk rumah yang dinamakan namanya.

      2. Jika dinamakan sebagai pemegang amanah saja, maka isterinya tidak akan dapat 100% daripada rumah tersebut. Hanya sebahagian kecil sahaja.

      1. Adik saya sekadar pemegang amanah. Sekiranya ibu saya meletakkan nama kami adik beradik dlm geran tanah itu adakah isteri adik berhak mendapat bahagiannya terhadap rumah pusaka tersebut memandangkan memang adik duduk situ krn menjaga ibu.

        1. Isteri adik tiada kena mengena dalam pembahagian faraid. Isteri adik bukan waris faraid kepada ibu mertua. Melainkan adik meninggal, isterinya layak keatas harta suaminya, maka layak terima sebahagian kecil dari tanah tersebut.

  3. Pemegang amanah tu mcm mana ye tuan.

    Sekiranya atas geran tu letak nama kami adik beradik isteri adik masih ada hak ke ke atas rmh tu.

    1. Tak dapat melainkan suaminya meninggal dunia. hak isterinya adalah 1/8 daripada bahagian suaminya.

    2. Assalamualaikum n hai….suami Saya Ada 5adik beradik..dia anak ke 4..mak nya dah meninggal dunia.. sebelum tu Ayah dia Ada buat rumah tapi disebabkan ayahnya orang Indonesia rumah tu diletakkan atas nama maknya..sebelum maknya meninggal dunia rumah tu dah tukar nama atas kakak (anak sulung) suami Saya sebagai pemegang amanah. Kakaknya jual rumah tu tanpa pembahagian harta. Suami Saya boleh tuntut ke?

      1. jika atas geran sebagai pemegang amanah boleh tuntut balik, cuma jika dinamakan sebagai pemilik akan jadi susah sikit.
        Cara pertama bincang jika tak boleh lantik lawyer.

        1. Assalamualaikum, tuan..arwah suami saya telah membina rumah di atas tanah ibunya.. Setelah arwah suami meninggal.. ibunya membenarkan kami tinggal di rumah itu.. Setelah itu, saya dah anak-anak berpindah disebabkan faktor tempat kerja dan sekolah yg jauh.. Daripada dibiarkan kosong rumah kami, ibu mertua telah menyewakan rumah itu dan wangnya diserahkan kpd saya utk biayai anak-anak saya ..

          Soalan saya..sekarang ibu mertua juga telah meninggal..waris yg ada berhak atas rumah arwah suami disebabkan dibina atas tanah ibu mereka..bererti tiada pampasan atau apa2 yg boleh saya minta bagi pihak keperluan anak-anak saya?

  4. Assalam tuan.

    1. Saya mempunyai 4 orang adik beradik. Mak saya telah meletakkan nama kami 4 beradik atas nama rumah pusaka tersebut. Abg saya tggl bersama ibu saya bsama isteri dan 2 org anak. Jika ibu dan abg saya meninggal dunia adakah isteri dan anak2 abg ada bhgnnya terhadap rumah tersebut. Dan bolehkah isteri abg menuntut hak terhadap rumah tersebut memandangkan ibu saya ingin jadikan rumah pusaka itu menjadi tmpt kami berkumpul bersama anak2 cucu dan cicit pd masa akan dtg dan tidak mahu jatuh ke tgn org luar.

    2. Adakah isteri abg saya masih boleh tinggal dirumah pusaka tersebut sekiranya abg telah meninggal dunia.

    1. wasalam.
      1. Isteri abang layak menuntut pada bahagian suaminya sahaja jika suaminya meninggal dunia. Contohnya isteri dan anak-anaknya akan terima 1/4 bahagian daripada rumah pusaka tersebut. (saya bagi kiraan mudah). Bahagian 1/4 nie nanti perlu dibincang semula dengan semua ahli waris, samaada waris lain nak bayar tunai atau membeli bahagian simati.

      Andai, dibuat kiraan harga semasa adalah RM 100,000. 1/4 = RM25,000. Maka adik-beradik lain boleh membayar RM25,000 bagi mendapatkan 100% dalam tangan keluarga.

      2. Ini atas budi bicara adik-beradik simati nak menyelesaikan macam mana. Jika nak tinggal selama-lamanya memang tak boleh, tapi mungkin adik-beradik boleh melanjutkan tempoh sehingga semua ursan harta pusaka simati selesai, isteri dan anak dah dapat bahagian harta simati.

  5. Assalammualaikum ustaz.

    Kakak saya baru sahaja kehilangan suami. Dia sblm ni tinggal di rumah pusaka milik keluarga arwah suaminya dan rumah tersebut atas nama adik beradik (5 beradik) arwah suami kakak saya. Saya ingin bertanya kpd ustaz.

    1. Adakah kakak saya dan anak (2 org anak lelaki dan prmpn) akan mendapat bahagian drpd rumah tersebut.

    2. Bolehkah kakak saya terus tggl dirumah tersebut atau sebaliknya keluar dr rumah itu.

    Terima kasih.

    1. wasalam. Maaf lambat reply

      1. Dapat bahagian faraid bahagian arwah suami sahaja. tetapi bukan keseluruhan. Andai bahagian rumah tu dibahagi secara sama rata 5/5. Maka bahagian kak dan anak-anaknya akan terima 1/5 dari bahagian.

      2. Ia bergantung kepada adik-beradik yang lain. Perlu bincang dengan pemilik yang lain.

  6. Assalamualaikum,

    Saya ingin bertanya tentang pembahagian harta keatas harta arwah mak saya.

    Sijil faraid
    Bapak 1/4
    Saya (anak perempuan) 1/4
    Adik lelaki 2/4

    Tetapi adik saya telah berkahwin Dan tidak mempunyai anak.Adik saya telah meninggal dunia pada 2018.

    Adakah adik ipar saya mempunyai hak keatas harta arwah mak saya,jika nama keatas harta2 tersebut adalah diatas nama mak saya Dan bukan arwah adik saya?

    1. wasalam.

      Adik lelaki terima 2/4. Jika dia pula meninggal dunia, isterinya layak terima 1/8 daripada keseluruhan harta arwah termasuk bahagian yang diterima. Cuma balu boleh menolak hak jika dia menolak.

      Maaf lambat replay. Apa-apa terus wasap saya 0165577653

  7. Aslmualaikim..
    Tuan..

    Ayah saya telah memberi tanah pusaka arwah adik perempuan ye kepada menantu perempuan pertama…padahal ayah saya mempunyai 5 orang anak lelaki 2 orang perempuan..ikutkan ayah sy pon sudah tidak ada hak atas pusaka sbb itu bukan milik ye..arwah adikye tidak berkahwin..sekarang adikberadik hendak menuntut hak mereka..boleh ke kami adikberadik menuntut hak kami dari kakak ipar kami .bagaimana saya hendak selesaikan masalah ini..

    1. Wasalam. Jika ikut faraid yang ada bahagian adalah:
      – mak dan ayah
      – adik beradik arwah.

      Ayah beri macam mana? Sekadar cakap mulut atau bagaimana? Jika cakap mulut senang lagi, boleh mohon sijil faraid bagi membuktikan cik dan adik beradik mempunyai hak keatas tanah tersebut.

      Jika dah pindah milik kepada nama kak ipar susah sikit. Kena minta kak ipar lepaskan hak dipejabat tanah.

      1. Sudah dipindah milik ke kakakipar..rase ye takkan setuju untuk dilepaskan..memang boleh ke tuan pusaka diberi kepada menantu..tiada salah ke tuan..
        Terima kasih kerana menjawab soalan sy..

  8. Salam..sy nk tnya ..sy ni ada 5 beradik ..2 tiri sama mak dn lain bapa..3 lagi kandung.yg bongsu msh bersekolah..mak sy bru sahaja meningl..skrg ni kwsp arwah mak dh ada penama..akk tiri sy dua2 dn arwah ayah sbagai penama..duit kwsp tu perlu ke difaraidkn ??yg arwah ayah tu mmg perlu difaraidkn sbb penama sudah meningl ..yg sy maksudkn skrg duit penama kakak tiri sy tu ?juga di faraidkn ??

    1. Semua perlu difaraidkan. Penama sebagai pentadbir saja. Bukan pemilik. Anak tiri xlayak terima pusaka. Tetapi cik sekeluarga boleh berbincang utk agihkan sama rata. Mungkin mak ingat penama yg dinamakan adalah penerima. Ok apa2 bincang baik2.

  9. Assalamualaikum Tuan,
    Suami sy baru meninggal dua bulan lepas. Kami ade rumah pertama genap setahun duduk & penama kami suami isteri. Sy & arwah suami sama2 bayar ansurans rumah. Akaun loan suami yg uruskan, sy hanya transfer duit dlm akaun arwah.

    Sy cadang nak bgtahu mertua lepaskan rumah tu pd sy memandangkn itu saja harta bersama. Kalau tidak, sy nak tuntut harta sepencarian. Tapi, sy hanya ada bukti transaksi sahaja. Berapa percent bahagian sy bole dapat?

    Lagi satu, baru2 ni mertua bgtahu mahu duduk bersama sy padahal mereka ada rumah sendiri. Sy seorang balu yg masih ade ibubapa kandung lg, adakah patut mertua duduk bersama sy walaupun mereka ada hak keatas rumah ni? Mereka masih ada anak lelaki yg patut kewajipan menjaga ibubapa mereka sendiri. Wajarkah mertua duduk dgn balu arwah?

    1. wasalam.

      Boleh tuntut harta sepencarian, bukti transaksi memadai. Buat tuntutan harta sepencarian dan pusaka di pejabat pusaka kecil

      Tak patut, adakah mereka ingin memilik rumah tersebut? hehe

  10. Assalamualaikum…saya nak ty berkenaan harta pusaka..iaitu tanah..adakah saya perlu memanggil juruukur tanah swasta untuk dapat tahu nilai harga tanah tersebut dahulu sebelum ke peringkat setrusnya..iyelah tertiba ikut harga pasaran tanah itu lebih 2 juta kan.
    Kedua..nenek saya sudah tiada…dan beliau meninggalkan dua org anak waris lelaki..si abg sudah meninggal dan ada 5 0rang anak, manakala si adik pun sudah meninggal tetapi tiada anak..maka adakah harta nenek saya akan dapat pada kami lima beradik?
    Ketiga…adakah kami berlima boleh melakukan proses penukaran nama, Iaitu nama nenek kepada ayah kami kemudian kepada kami berlima..

    1. Salam en. Tak perlu.. En nanti wasap saya. Saya rasa en ada tanya soalan ni dekat wasapkan? Saya terlupa nak reply. TQ

  11. Salam..ayah saya hanya meninggalkan kereta bawah nilai 100k. Amanahraya kata perlukan sijil mati kedua ibubapa ayah saya? Tapi kami tak dapat nak cari sijil, makcik2 pun kata tiada dan mereka tak dapat nak minta dari jpn. Atau ada cara lain bagi kami tukar nama ke salahsatu adik-beradik (semua setuju).

    1. tak boleh. Saya rujuk semula yang layak buat Permohonan Cabutan Sijil Kematian adalah:

      Ibu atau bapa si mati ;
      Suami atau isteri si mati ;
      Anak kandung atau anak angkat yang sah bagi si mati;
      Adik-beradik kandung si mati;
      Firma Guaman;
      Badan Berkanun;
      Agensi kerajaan.

      Jika sgt perlu terpaksa lantik lawyer.

  12. Assalamualaikum tuan, saya sedang menguruskan pusaka arwah ayah saya, tetapi terdapat 3 waris tidak mahu berikan kerjasama dan tak dapat dihubungi samada masih hidup atau tak (beri salinan ic) untuk saya mohon Sijil Faraid… Harta yg ditinggalkan hanyalah sebuah kereta bernilai RM14K.. Saya telah pergi ke Amanah Raya, mereka tetap nak salinan ic semua waris dan Sijil Faraid.. Pada pendapat tuan, apa yg patut saya buat. Mak saya nak guna kereta itu, x nak jual di kedai potong..

    1. Alhamdullilah. saya dah reply soalan cik di wasap. Semoga dipermudahkan urusan. Amin3x

  13. Kami ada 6 org adik beradik adik seorg dh meninggal.. Tapi ada harta yg banyak. Kami setuju nak lantik seorg pentadbir, tapi yg sulong tak nak beri kerjasama.. Boleh ke kami teruskan untuk urusan dapat kan surat pentadbir

    1. Soalan saya:
      1. Harta siapa? mak/ayah atau adik yang meninggal?
      2. Berapa anggaran nilai harta yang ditinggalkan?

  14. Salam sejahtera tuan. Kami mempunyai tanah joint ownership yang terdiri dari ayah, ibu dan tiga orang adik perempuan ayah and bahagian setiap orang adalah 1/5 seorang. Salah seorang adiknya telah meninggal pada tahun 2006 semasa nenek masih hidup. jadi nenek mendapat 3/45 bahagian dari 1/5 kepunyaan si mati. pada 2012 nenek pula meninggal dan 3/45 bahagian tersebut jatuh pada ayah saya, dua organg adik perempuan yang masih hidup dan tiga orang anak-anak adik perempuan yang meninggal pada 2006. sekarang dua orang adik perempuan telah sign borang DDA untuk melepaskan hak mereka pada bahagian 3/45 tersebut kepada anak-anak si mati yang meninggal pada 2006. Tetapi ayah saya tidak mahu melepakan haknya dan mereka memaksa untuk ayah saya melepaskanya. Apakah yang harus kami lalukan? Sekiranya biacara berpihak kepada pihak adik beradik tersebut mereka akan menerukan agenda penjualan semua bahagian mereka pada tanah ini yang akan mengugat kedudukan rumah kami kerana mereka tidak lama contact dan tinggal di kuala lumpur. Mereka juga tidak berbincang dahulu tentang kedudukan masing masing pada tanah ini adan secara tiba tiba telah sign snp tanpa berbincang apa apa kepada kami. Jadi dua perkara yang menghalang pejualan ini adalah 3/45 bahagian nenek dan kedudukan yang belum ditentukan sahaja.

    1. wasalam. Jika ayah cik terima bahagian faraid, tiada masalah jika tak lepaskan. Siapa yang berhadk dapat, boleh terima atau melepaskan, tetapi melepaskan dengan persetujuan penerima bahagian dengan rela hati.

  15. Assalammualaikum tuan.
    Katakan perkahwinan pertama melibatkan cerai mati dan perkahwinan kedua adalah selama 10 tahun dan si suami meninggal pada tahun berikutnya. Adakah kiraan faraid isteri kedua dibuat bermula dari tarikh perkahwinan yang kedua itu sehingga selesai urusan faraid ? atau sebenarnya kiraan faraid tidak mengambilkira dari tarikh seseorang itu berkahwin, tetapi cuma mengambilkira jumlah harta si mati secara total? Mohon pencerahan beserta maklumat perundangan yang terlibat (akta/ seksyen…).
    Bagaimana sebenarnya tanah/rumah yang tidak bertujuan utk dijual difaraidkan? Terima kasih.

    1. wasalam. mereka yg terima bahagian faraid adalah mereka yg masih hidup ketika suami meninggal. Bahagian isteri pertama tiada. tetapi anaknya ada bahagian.

      Ini terpulang kepada persetujuan waris faraid.

      1. nak serahkan pada hanya 1 individu, maka yg terima bahagian kena bayar bahagian faraid waris yg lain.

      2. jika yg terima xmampu, boleh jual. hasil jualan diagihkan secara faraid.

  16. salam Tuan/ Puan, saya mempunyai tanah pusaka dari nenek saya, saya hendak bahagi tanah pusaka tersebut, kerana bahagian saya adik beradik lain sudah ambik, apabila saya hendak membuat pembahagian , adik beradik yang lain tak mahu beri kerjasama utk photo copy ic masing2, adakah masih lagi ada peluang utk sya menuntut hak saya kembali?

    1. wasalam..
      tak perlu ic adik beradik, cuma apa maklumat yang cik ada? Carian rasmi ada? Jika ada dah boleh submit permohonan di pejabat pusaka.

      Kenapa tivba-tiba nak tuntut hak dari bahagian pusaka nenek? Jauh benar lompat. hehe

  17. Assalamualaikum..Saya ada perkara nak tanya.
    Ayah dan ibu saya bercerai sewaktu saya baby lg atas sebab saya pun tak pernah tanya ibu.Sejak itu,saya tidak pernah bertemu ayah.Ayah pun tidak pernah memberikan apa-apa nafkah.Dulu saya pernah terfikir,buat apa saya nak jumpa dia sedangkan waktu saya kecil ayah saya tak pernah jenguk dan dukung saya.Waktu saya berumur 35 tahun,hati saya terdetik utk mencari,saya berjaya berjumpa ayah dengan bantuan seorang kawan.Bukan mahu apa-apa,ia disebabkan tanggungjawab anak dan ayah.Ayah dah kawin lain,tak kisahlah tu yang penting saya dapat jumpa ayah.5 bulan selepas itu,saya ingin berjumpa ayah.Dukacitanya ayah telah meninggal tanpa saya diberitahu.Anak-anak ayah(adik-beradik tiri) berkata dengan nada kasar”ko tak perlu risau tentang harta sebab semuanya telah dipindahkan kepada kami!!”.Sejujurnya saya tak pernah kisah tentang harta ayah sebab saya mampu adakan aset saya sendiri.Tapi,tipu dalam hati ini mengikhlaskan perkara tersebut.Adakah saya masih ada hak?Dimana perlu saya merujuk?Boleh ke saya dapat maklumat tentang harta arwah ayah yang dia pernah ada dulu?
    Harap tuan boleh berikan huraian yang terperinci.Tak kisah huraiannya berpihak kepada siapa agar saya berpuas hati.
    Terima kasih.

    1. wasalam. xde cara untuk kita semak harta arwah, jika tanah/rumah perlu ada maklumat untuk semak. Sistem yang ada xboleh hanya trace melalui ic si mati.
      Melainkan cik nak search akaun bank, mungkin boleh sekadar bagi no ic.

  18. Asalam nak tanya kalau ada yg tak nak bagi kerjasama untuk isi borang.Borang yg di ambil di pejabat pusaka.Macam mana

    1. wasalam. tak mengapa. submit saja dulu. Tak nak bg kerjasama macam mana tu? Jika mereka tak bagi ic tak de masalah. Terus submit saja.

  19. assalamualaikum Tuan,

    Kami adik beradik (5 org, 4 perempuan 1 lelaki) sedang dalam dilema. ibu kami meninggal tahun lepas. Rumah ibu kami skrg ini ada 3 penama. Penama 1 ialah J (bekas abg ipar ibu), Penama 2 ialah Ibu kami, Penama 3 ialah A (bekas suami ibu dan sudah lama bercerai). Ibu kami membeli bahagian Penama 1 pada tahun 2004 (sebelum itu didiami Penama 1 iaitu J) dengan RM45K. masa itu tahun 2004, perjanjian dgn J ialah sambung loan bank rumah sehingga selesai maka jadi hak milik ibu. tetapi apabila selesai loan bank (2010), nama2 penama masih belum berubah dan geran masih nama ketiga2 penama itu sehingga kini. ini disebabkan bahagian 45k yg dlm perjanjian belum habis dilangsaikan oleh ibu (tinggal 10k lagi). Pada thn lepas, Penama 1 (J) telah meninggal dunia. Seterusnya tidak lama kemudian ibu kami pun meninggal dunia. Hal ini kami hanya ketahui apabila anak2 Penama 1(J) menuntut hak2 rumah. Kami menerangkan bhw bahagian Penama 1 dibeli oleh ibu kami (walaupun belum selesai). Jadi, kami ingin terus melangsaikan jumlah baki tertunggak kepada bahagian Penama 1 (J) dan rumah itu diserahkan kpd kami. Namun, dipendekkan cerita, waris2 Penama 1(J) tidak mahu menggunakan nilai 45k itu sebagai ganti bahagian Penama 1(J) kerana pada thn 2020 ini nilai rumah semakin tinggi hingga 100k. Jika kami tidak boleh selesaikan memgikut nilai terkini, maka mereka akan menuntut rumah ibu kami secara faraid dan bahagian kami akan menjadi semakin kecil (menurut mereka). Nota : Rumah ibu sudah bebas pinjaman bank. Penama 3 (bekas suami ibu) sampai skrg hilang dan tidak diketahui keberadaannya.
    Boleh tuan beri kami apakah penyelesaian terbaik utk kami atasi perkara ini. Perkara ini sbnrnya sudah dipersetujui oleh isteri arwah penama1 utk kami langsaikan ikut nilai 45k dulu, tapi anak2 arwah yg berkeras utk menaikkan nilai itu. Jika tidak mereka akan menggunakan sistem faraid utk menuntut rumah tersebut. Kami ingin pandangan daripada tuan .. sekian.. terima kasih.

    1. Maaf lambat reply, cik perlu bawa isteri ke pesuruhjaya sGumpah buat akuan sumpah yang menyatakan isteri J bersetuju menerima baki 10k tersebut. Nyatakan isteri J tahu akan perjanjian antara arwah ibu dengan J. Gunakan ini sebagai dokumemen tambahan.

  20. Salam,saya nk tnya
    Ibu sya telah meninggal dunia dan mempunyai tanah dan ayah telah menambah nma kmi adk bradik di bawah penama geran itu.ayh pula sudah berkahwin lain.adakah ibu tiri boleh menuntut tanah itu jika ayh saya sudah meninggal nnti?
    Trima kasih

    1. Wasalam. Itu dah kira tanah en dan adik beradik.. bukan lagi tanah ayah. Untuk pastikan cuba en tengok dalam geran. Ada nama en x? Sama-sama. Apa-apa boleh tanya. TQ

      1. Nma sya ada tercatit dibawah nma ayh saya.tnh itu sudah difaraitkan dan penama sekarang adalah ayah.adakah ayh akan dpat bhgiannya juga?
        Dan boleh kah isteri barunya menuntut hrta itu sekiranya ayh meninggal?

        1. pada saya tak boleh jika ayah hanya pemegang amanah. tapi untuk saya lebih yakin bg jawapan. Boleh tak en snap geran tu depan belakang. Bagi saya tengok. Sbb saya tak pasti, adakah ayah sebagai pemegang amanah atau sebagai salah seorang pemilik bahagian.

          Jika ayah sebagai pemilik bahagian, ibu tiri layak tuntut pusaka dari bahagian ayah sebanyak 1/8 bahagian.

          1. Geran sekarang nma kmi adk bradik dan ayh.kmi sudah lebih 21 tahun dan kami semua sebagai pemilik tanah.dan ayh menambah nma kmi adk bradik dibawah nama dia.adakah ibu tiri boleh tuntut jgak sekiranya ayh meninggal?
            Trima kasih

  21. As salam.saya Ada mendengar cerita Dari pakcik Dan makcik bahawa arwah ayah mempunyai sebilangan tanah yg diberi kerana dulu arwah Ada business tapi arwah ayah Tak pernah cerita pada kami adik beradik atau arwah ibu.bagaimana caranya saya nak check samaada masih adakah tanah atau geran tanah yg dibawah nama arwah ayah? Tapi saya Dan adik beradik Tak tahu dimana.terima kasih.

    1. Kalau tahu tanah tu kat mana, mungkin boleh lagi minta tolong orang Pejabat Tanah untuk tolong check berdasarkan nombor IC. Jika tak memang tak boleh nak semak.

  22. Assalam.. Apakah prosedur bg pentadbir( dilantik oleh pej pusaka kecil) utk menjual tanah dan persetujuan scr mulut tlh diperolehi drpd waris..

  23. Assalamualaikum. Arwah atuk saya ada meninggalkan tanah pusaka . Atuk mempunyai 4 anak perempuan. Mengikut persetujuan ibu dan makcik- makcik saya, mereka bersetuju melepaskan hak terhadap harta tersebut dan meletakkan saya , cucu perempuan sebagai pewaris tanah itu kerana makcik2 yg lain sudah dapat harta atuk yang lain dan mereka tiada anak/waris yang lain.. adakah saya berhak untuk mendapatkan tanah pusaka itu ? Apakah procedure untuk pertukaran harta tersebut dari nama atuk ke nama saya mudah? Adakah adik beradik saya yg lain berhak keatas harta tersebut meskipun ibu dan makcik2 bersetuju untuk meletakkan saya sebagai pewaris tunggal harta tersebut? Terima kasih

    1. Wasalam. Jika urusan di pejabat tanah, cik tidak layak sebab emak masih hidup. Hanya waris faraid yang layak terima pusaka atok.

  24. Assalamualaikum,
    Saya anak perempuan tunggal. Ibu bapa saya ada mempunyai keluarga masing-masing sebelum mereka berkahwin.

    Oleh itu, saya mempunyai:
    seorang abang dan seorang kakak (sebapa & lain ibu); dan
    Seorang abang dan 3 org kakak (seibu & lain bapa)

    Ibu saya telah meninggal dan bapa saya juga telah meninggal. Bapa saya ada meninggalkan harta yang mendatangkan hasil bulanan. Soalannya, bagaimanakah pembahagian hasil bulanan tersebut mengikut faraid?

    Terima kasih untuk maklum balas.

    1. wasalam.. pencen ke harta tu? Jika pencen atau wang dari socso pembahagian mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh institusi berkaitan. Tiada faraid disini. Jika selain dari apa yg saya nyatakan, ia perlu difaraidkan.

  25. assalammualaikum..
    arwah atok ada tinggalkan tanah tanpa penama atau pentadbir.. Baru2 ni saya dpt tau ada develpor nk beli.. kemudian dapat tahu yang nama kami tiada dalam waris yg berhak. Dapat tau selepas kami call peguam yg uruskan jual beli ni. Arwah ayah ada 3 isteri. isteri pertama bercerai hidup . kedua dan ketiga bercerai mati. Kami dpt tahu dari peguam itu.. isteri arwah abah saya hanya ada nama isteri pertama dan anak2 isteri pertama sahaja..

    saya nak tahu.. jika kes tu dah dibawa ke mahkamah.. adakah mahkamah akan tahu ada waris yang tertinggal.

    1. wasalam. maaf saya agak keliru sikit.

      Waris atuk semua layak terima pusaka. Asalkan anak-anak atuk meninggal selepas kematian atuk. Saya cadang mohon sijil faraid dari mahkamah syariah untuk menentukan waris kepada atuk yang layak terima pusaka.

      Ini saja cara untuk mengesahkan waris atuk.

      Terdapat juga kes, waris menipu atau sembunyikan waris yang layak terima pusaka.

  26. Boleh ke isteri / suami daftarkan perkahwinan kalau salah seorang meninggal ? Semaklum saya, pendaftaran perkahwinan mestilah bersama , saksi dan pengesahan dr suami dan isteri di mahkamah syariah. Bagaiman kalau isteri / suami mati ? Pembahagian pusaka boleh masukkan ke isteri / suami sebagai waris?

    1. Untuk proses pendaftaran, saya cadang cik lantik lawyer syariah uruskan di mahkamah syariah. Mesti ada saksi atau bukti-bukti bagi mengesahkan perkahwinan tersebut. Kena berurusan dengan pejabat agama berdekatan dan mahkamah syariah.

      Selagi perkahwinan tidak disahkan, harta pusaka tidak akan diwarisi oleh pasangan tersebut.

  27. Assalamualaikum Ustaz, sy mualaf dah masih mempunyai ibu yang bukan beragama Islam. Kami 4 org adik beradik (seorg abang yang juga beragama islam) dan 2 lagi bukan beragama islam. Soalan saya:
    1) sekiranya saya meninggal dahulu harta dan wang akan di bahagikan secara faraid untuk suami dan anak2 (ada anak lelaki) . Bolehkan abg beragama Islam mendapat bahagian ini?
    2) sekiranya saya dan suami meninggal, boleh kah ipar dan mertua menuntut harta2 saya mengikut faraid? bagaimanakan pembahagian wang, kwsp dan hibah di bahagikan sekiranya kami meninggal seretak, bolehkah abang beragama Islam mendapat hak mutlak semua harta saya termasuk menjaga anak2 saya.

    1. wasalam. syukur kepada Allah kerana pn mendapat hidayah.

      1. abg tidak dapat bahagian faraid sebab pn mempunyai anak lelaki sebagai stopper. yang layak terima adalah suami dan anak-anak sahaja.

      2. abg ipar juga tidak layak terima pusaka bahagian suami. akan turun kepada anak-anak dan mertua sahaja.

      hak penjagaan anak agak rumit, saya cadang pn buat wasiat atau berbincang dengan individu tersebut tentang kesanggupan beliau mengambil tanggungjawab tersebut.

      soalan saya: adakah pn telah buat hibah? atau hibah itu hanya berdasarkan tanggapan pn sahaja?

  28. Assalamualaikum…
    1. Mak ada beli rumah kos rendah pada tahun 2006. Rumah tersebut atas nama SAYA (anak perempuan) dan atas nama MAK. Saya sign agreement SPA bersama dan mak tak pernah beritahu status rumah itu untuk siapa. Cuma ada la sembang-sembang kosong, mak cakap kalau suatu hari nanti saya susah boleh la duduk di rumah tersebut. Tahun 2020 mak bagi nombor acc rumah mungkin untuk teruskan bayar jika jadi apa-apa pada mak.
    2. Bulan Sept 2021 mak meninggal. Tok dah lepaskan semua bahagian beliau. Saya ada 4 beradik. 2 lelaki, 2 perempuan. Cuma sekarang saya nak tahu status rumah mak tu adakah 50% hak saya dan 50% bahagian mak lagi dibahagi 4 beradik atau pun saya cuma pemegang amanah dan perlu bahagi keseluruhan dari jumlah rumah tersebut.
    Harap dapat membantu. Didahului dengan ucapan terima kasih.

    1. bahagian faraid hanya 1/2 sahaja. 1/2 lagi cik punya bahagian.

      jika cik nak beli bahagian mak saya boleh bantu uruskan pusaka dan sediakan perjanjian jual beli antara waris. harga boleh runding dengan adik beradik.

      daripada 1/2 bahagian mak tu, bahagian faraid bagi setiap anak adalah:

      anak lelaki 2/6
      anak lelaki 2/6
      anak perempuan 1/6
      anak perempuan 1/6

      jadi jika nak beli hanya 5/6 sahaja sbb 1/6 cik punya.

      jika perlukan bantuan boleh whatsapp saya 0165577653

      1. Walaupun rumah tu mak yang bayar saya ada hak la. Kiranya saya bukan penama saja la? Sebab saya pun baru tahu saja rumah tu mak beli atas nama bersama lepas mak meninggalkan. Saya sangkakan sebelum ni saya hanya penjamin untuk loan mak saja.

        1. betul. untuk sahhkan.. cik ada sain Sales and Purchase Agreement x? jika ya. sah 1/2 cik punya.

          1. Terima kasih atas penjelasan tuan. Insyaallah jika memerlukan bantuan saya akan whatsapp kemudian.

  29. Assalamualaikum,
    Ayah saya telah meninggal dunia dan urusan pembahagian faraid telah selesai dilakukan.
    Adik lelaki saya telah mendapat bahagian nya sebuah kereta. Namun adik telah meninggal dunia sebelum sempat membuat pertukaran nama di JPJ.
    Soalan saya siapakah status pemilik bagi kereta tersebut. Adakah sudah menjadi hak arwah adik atau masih milik arwah ayah?

    1. ia akan jadi hak waris faraid adik.

      Jika sudah berkahwin dan mempunyai anak2.. maka hak waris faraidnya. Ia tidak akan patah balik menjadi milik arwah ayah semula.

  30. Assalamualaikum tuan. Maaf sy ingin bertanya tentang pusaka arwah suami saya. Arwah meninggalkan saya balu dan tiada anak. Arwah masih mempunyai ibu bapa dan adik beradik,di mana seorang adik perempuan seibu dan sebapa, manakala 3 org adik beradik lelaki dan 5 adik beradik perempuan sebapa berlainan ibu. Pertanyaan saya siapakah yg paling layak untuk menguruskan pusaka arwah suami saya?
    Dan adakah semua adik beradik arwah layak untuk mendapat bahagian faraid? Di mana rumah, kereta dan tanah arwah tiada penama. Bagaimana cara untuk menguruskan pusaka ini ya tuan. Terima kasih.

    1. saya boleh bantu pn untuk uruskan pusaka dan mohon harta sepencarian.

      ikut keadaan sekarang nie pn hanya layak 1/4 bahagian sahaja. baki diserahkan kepada mak dan ayah.

      boleh hubungi saya 0165577653

  31. salam tuan..nk tanya..arwah ayah ade dua org isteri..arwah ayah hanya meninggalkan satu rumah..xda harta lain..rumah tu pon adalah harta datuk yg diwasiatkan kepada cucu..iaitu saya..tapi hanya mulut sahaja..isteri ke dua juga tahu rumah itu wasiat dri datuk utk cucu iaitu saya..adakah rumah itu perlu faraid juga atau mcm mne..isteri ke dua juga setuju bahawa rumah itu milik saya dan tidak mahu faraid..

    1. wasalam. asal hukum adalah faraid, jika semua setuju untuk serah kepada cik tiada masalah.

      Cuma urusan pusaka perlu di uruskan dan perlu mendapatkan persetujuan dari adik beradik arwah. Sebelum mereka menolak bahagian faraid, setiap waris faraid perlu tahu nilai sebenar harta tersebut berdasarkan kiraan faraid.

      Jika semua rela hati untuk melepaskan bahagian faraid mereka, barulah boleh diserahkan kepada en.

      Jika tak, kena jual dan agih secara faraid atau cik beli setiap bahagian faraid.

      Jika perlukan bantuan boleh hubungi saya 0165577653.

  32. Assalamuailaikum,
    Ini bukan berkenaan harta atau pusaka. Saya ada 3 beradik (abang , saya dan adik perempuan) , ayah saya mempunyai 2 isteri. Isteri pertama ialah mak kepada saya dan sudah meninggal 5 tahun lepas. Isteri ke 2 mempunyai 4 orang anak dan mereka merupakan anak kandung ayah saya jadi mereka juga merupakan adik kandung kami (anak isteri 1). Ayah saya pula baru pergi 4 bulan yang lepas sep 2021, kami telah membahagikan harta pusaka mengikut yang dituliskan pada wasiat yang dibaca dan semuanya setuju termasuk isteri ke2.

    Rumah yang diduduki kami dan isteri 2 bersama sama anaknya sekarang, jatuh ke atas kami (mengikut wasiat yang ditulis sendiri oleh ayah) iaitu anak isteri 1 kerana rumah ini dibina oleh atas usaha ibu dan ayah kami tiada kena mengena dengan isteri ke2. Tetapi memandangkan ayah saya jemput isteri ke2 pindah ke rumah kami selepas kematian ibu. Kini ayah sudah tiada.

    Persoalannya, apa hukum kami menyuruh isteri ke2 dan adik-adik pindah ke rumah yang disediakan oleh arwah ayah (luar dari kawasan yang biasa kami duduk). Adakah berdosa kerana kami menyuruh adik kandung keluar? Kami tidak menghalau malah memberi masa dan melakukan perbincangan yang damai. Saya mahu tahu apa hukum kami sebagai abang kakak kandung kepada anak anak isteri ke2 bila membuat keputusan sebegini?

    1. wasalam.

      Wasiat ayah tidak semenstinya dituruti. Ia bergantung kepada persetujuan ahli waris faraid. Sekiranya tiada persetujuan, segala aset harta arwah boleh dicairkan di bahagi mengikut faraid.

  33. Salam ustaz, saya nak bertanya jika letak penama account tabung haji saya letak nama ibu, jika ibu saya meninggal. Adakah duit tu akan pergi adik beradik sebelah ibu saya?

    1. penama disini ada 2.

      1. Wasi – hanya bertindak sebagai pentabir jika pemilik akaun meninggal dunia.
      2. Penerima hibah – penerima mutlak kepada wang tersebut dan sekiranya penerima meninggal akan jadi pusaka beliau. Akan diagihkan berdasarkan waris faraid penerima.

  34. assalamualaikum tuan,
    saya nk tanya, arwah mak saya meninggal awal, arwah atuk saya meninggal kemudian. adakah kami adik beradik berhak menerima harta pusaka atuk saya bagi pihak mak saya? sebab makcik pakcik saya kata sebab mak saya meninggal awal dari atuk saya, maka kami tak berhak mengikut faraid. tapa saya juga pernah membaca artikel amanah raya yg kami berhak atas dasar ihsan. mohon penjelasan

    1. betul tidak layak untuk mewarisi pusaka. ehsan dari waris ini bermaksud, jika waris faraid nak bg bahagian mereka baru boleh terima, jika mereka xnak bagi jadi memang tak boleh dapat.

      1. salam ustaz..klau situasinya bertukar arwah atuk meninggal dulu then arwah ibu meninggal dan sempat terima duit pusaka tu..adakah sy (anak arwah ibu ) masih boleh tuntut untuk duit pusaka tersebut ..arwah atuk msih ad lg 3 org anak yg masih hidup ..

        1. jika atuk meninggal kemudian mak. maka anak2 layak..

          jika mak meninggal dulu, kemudian atok. maka anak2 mak xlayak terima pusaka dari atok dah.

  35. Assalamualaikum tuan, saya ada membeli rumah ketika sy masih bujanh Dan letakkan nama ibu saya.kini saya dah Berkahwin dan ada seorang anak perempuan dan lelaki.andai saya meninggal, rumah tersebut bagaimana pembahagiannya kepada suami dan ank2 saya?atau semua hak mutlak jatuh kepada ibu saya seorang sebagai penama?

    1. itu adalah harta milik ibu. walaupon pn bayar ia kira harta ibu sebab pemilik adala ibu.

      jadi saya cadang buat hibah untuk menyerahkan harta tersebut kepada pn selepas kematian ibu.

      boleh hubungi saya untuk hibah 0165577653

  36. Bapa tiri saya mualaf ada anak perempuan seorang beragama bukan islam jika beliau meninggal adakah hartanya ibu saya dapat kesemuanya atau masih perlu faraidkan utk di berikan pada ank beliaul?

    1. yang layak terima harta ayah tiri hanya mak sahaja, baki akan pergi ke baitulmal. Anak tiri bukan islam tidak layak melainkan ayah buat wasiat serah sebahagia hartanya kepada anak bukan islam, kadarnya hanya 1/3 dari jumlah harta.

      saya cadang, ayah tiri buat pncangan harta untuk isterinya juga..

      boleh hubungi saya 0165577653

  37. Assalamualaikum ustaz,boleh saya tahu nenek saya baru sahaja meninggal dunia sebelum meninggal nenek saya menerima duit dari anak ,menantu dan cucu kemudian duit itu nenek saya simpan tapi bukan dalam bank, persoalan saya duit itu perlu difaraidkan atau boleh diberikan kepada waris atau perlu diwakafkan?

    1. itu dikira harta pusaka nenek. jadi perlu difaraidkan melainkan semua waris setuju untuk sedekahkan, tetapi urusan badal haji, fidah dan hutang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

  38. salam, arwah ayah ada meninggalkan 3 rumah untuk dibahagikan kpd 5 anak. Semua bersetuju utk bahagi secara muafakat. Oleh sbb nilai rumah lain2 harga, abg sy cadang setiap rumah letak 2 penama untuk rumah yg nilainya besar supaya jadi samarata. tetapi meletakkan syarat ;-
    1. jika disewa atau dijual perlu dibahagikan sama rata antara adik beradik. bukan bahagi antara 2 penama rumah dan
    2. jika salah seorang penama meninggal, rumah wajib dijual dan dibahagikan samarata 5 beradik, waris tidak berhak menuntut.
    Tujuan syarat ini kerana berpendapat adik beradik sahaja boleh merasa harta arwah ayah, tidak boleh dapat ke waris lain.. Aset juga tidak boleh dicairkan kerana masih ada adik2 yg bujang tggl bersama ibu. Soalan sy,
    1. boleh ke macam tu dlm islam?
    2. adakah jika salah seorg adik beradik meninggal, warisnya sudah tidak boleh tuntut kerana sudah ada perjanjian begitu.

    1. ini mungkin perjanjian antara waris tanpa sebarang hitam putih. susah nak laksanakan jika tiada sebarang dokumen.

      waris kepada si mati tetap akan mewaris harta pusaka jika meninggal semasa “perjanjian” ini dibuat.

      jika waris-waris ayah nak bahagian si mati, sangat disaran membeli bahagian si mati tersebut.

      itu lebih adil pada saya.

  39. salam Bapa saya seorang peneroka felda. Hartanya adalah tapak rumah dan tanah felda 10 ekar. Beliau mula masuk felda bersama isteri pertama dan ada seorang anak lelaki. Selepas 5 tahun beliau bercerai dengan isteri pertama dan berkahwin dengan isteri kedua. Isteri pertama telah berkahwin lain. Dengan isteri kedua beliau mempunyai 3 anak lelaki dan 5 anak perempuan. Beliau juga masih mempunyai ibu dan bapa yang masih hidup dan adik beradik lelaki dan perempuan. Beliau meninggal dunia pada tahun lepas. Selepas itu ibu beliau pula meninggal dunia.
    – Adakah bahagian nenek yang telah meninggal dunia jatuh kepada adik beradik si mati (bapa saudara dan ibu saudara saya)?
    – Adakah anak lelaki dari isteri pertama mempunyai hak yang lebih dari anak anak isteri kedua.

    1. emak dan ayah si mati masing-masing layak 1/6 bahagian. jika mereka meninggal bahagian mereka akan turun kepada anak-anaknya pula.

      kesemua anak arwah mempunyai hak yang sama. dengan nisbah 2:1. 2 untuk lelaki, 1 bahagian perempuan.

  40. Salam tuan. Nak tanya, apa hukum jika anak angkat tak declare status anak angkat semasa proses tuntutan harta pusaka kecil. Semasa arwah ayah angkat masih hidup, arwah telah menukarkan nama geran kepada anak angkat. Arwah meninggalkan seorang isteri dan anak (anak angkat td). Anak arwah juga telah dibintikan kpd ayah angkat. Ada pihak menasihatkan untuk bertanya kpd yg bijaksana berkenaan status anak angkat. Tapi, tidak diendahkan kerana takut tak dpt mewarisi harta arwah. Jawapan balas dr pihak tuan amatlah dihargai. Terima kasih.

  41. Assalamualaikum tuan.. Sy ada beberapa soalan.Mohon pandangan tuan.

    Arwah ayah mempunyai 2 isteri.. Isteri kedua nikah di siam dan mempunyai 2 anak. Anak lelaki berbin kan Arwah ayah sy tetapi anak kedua perempuan tp tidak berbintikan arwah ayah disebabkan surah nikah di siam hilang dan tidak didaftarkan di malaysia. Soalan sy..

    1. bolehkan isteri ke2 dan anak2 layak mendapat harta pusaka? jika undang2 malaysia tidak layak, bagaimana pulak dengan undang2 Islam.

    2. Kami adik beradik seramai 6 orang iaitu 2 lelaki dan 4 perempuan. Kami semua dah sepakat untuk menamakan mak kami sebagai pewaris keseluruhan harta pusaka arwah ayah dan tanpa melibatkan isteri ke 2 arwah ayah. Adakah ini di benarkan.?

    3. Jika Isteri kedua dan anak2 nya layak menerima harta pusaka adakan pembahagiannya sama seperti kaedah pbahagian faraid.

    mohon penjelasan tuan.
    Terima kasih

    1. wasalam.

      1. tak layak menurut islam kena perkahwinan subahah. kena disahkan dulu baru dapat bahagian.

      2. jika en tak istihar, mahkamah tak tahu pon. tetapi akan jadi masalah jika isteri dan anak isteri buat tuntutan kemudian hari.

      3. sama seperti waris yang lain.

  42. Hi.. Sy nk bertanye.. Jika simati tidak mempunyai anak lelaki.. Tetapi perempuan
    Meninggalkan sorang balu dan sorang anak perempuan.. Simati juga masih mempunyaibibu dan ayah.. Adakah adik BERADIK simati layak dapat faraid?

    1. jika si mati meninggal, ayah dan ibunya masih hidup. maka adik beradik arwah tiada bahagian.

      jika ayah si mati meningggal dan harta masih belum selesai, maka bahagian ayah si mati akan turun ke anak-anaknya yang masih hidup.

      1. Jika ibu bapa sudah pon Tanda tangan untuk tidak mengambil faraid dan memberi hak untuk isteri arwah serta ank mereka akn semua hrta si mati..
        Tetapi selepas beberapa bulan kemudian.. Ibu bapa terasa hati dgn isteri arwah ank mereka dan ingin membangkit kn semula isu faraid.. Boleh ke? Masih valid lg ke?

  43. Assalamualaikum,sy nak tahu,ikut hukum faraid..ibu &ayah dah meninggal,harta semua milik ayah,,ada 2 ank lelaki,5 anak perempuan&seorg ank perempuan seibu,,ada bhgn utk ank perempuan seibu&brp bhgn nya?

    1. maklumat xlengkap. adakah ibu meninggal dulu atau ayah meninggal dulu?

      Jika ayah meninggal dulu, lepas tu mak.. anak perempuan seibu layak terima pusaka dari bahagian ibu.

      Jika mak meninggal dulu, lepas tu ayah. anak seibu tak layak terima harta pusaka ayah tiri kerana bukan nasab keturunan ayah.

  44. Askum saya ingin bertanya, Arwah ayah telah memberi ibu tiri 1/2 dari harta lot tanah ini, soalan saya, jika ibu tiri meninggal siapakah yang akan mewarisi harta tersebut ? Dan dari segi barangan rumah seperti kenderaan,jika menjual ada akan mengdapat nilai2 tersebut, perlukan ke kita berbagi kepada ibu tiri, sedangkan arwah ayah telah memberi dia 1/2 dari tanah tersebut,

    1. wasalam. tanah tu dah jadi milik mak. Jadi dah tiada kena mengena dengan pusaka.

      Jadi segala yg ditinggalkan arwah akan jadi harta pusaka termasuk 1/2 bahagian ayah, kenderaan dan cash.

      mak masih layak 1/8 daripada harta ayah.

  45. Biras saya kematian ayah SI ayah in ada tanah) dan selepas itu baru kematian ibu. Ibu biras saya ini sudah kematian adik beradiknya, tetapi Masih mempunyai anak saudara. Soalannya, adakah anak saudara ibu biras saya ini berhak menuntut harta bahagian ibu biras saya in?

    1. biras en lelaki atau perempuan? jika lelaki semua harta mak dan ayahnya akan dapat pd dia. jika perempuan adik beradik mak ayahnya ada bahagian. kena tgk baki harta akan dapat pd siapa.

  46. Assalamualaikum.. saya ingin bertanya tentang waris yg berhak untuk.

    Perempuan ibu tunggal tiada anak.
    Adik beradik kandung
    6 perempuan ( 2 meninggal )
    1 lelaki (meninggal)

    Adik beradik tiri sebapa
    Lelaki 2 orang

    Semua adik beradik sudah berkeluarga dan ada anak.

    1. maaf soalan tak jelas.

      – suami ada?
      – yg dah meninggal tu meninggal selepas arwah atau sebelum?
      – yg dah meninggal tu ada anak berapa lelaki dan perempuan?

  47. Salam,
    Ibu sy bru meninggal dunia. Ayah sya masih ada. Kami ad 6 adik beradik, 3 lelaki dan 3 perempuan. Kmi smua telah brsetuju utk mmberikan duit ibu secara sama rata. Namun, saya terfikir, nenek (ibu kepada ibu sy) masih ad. Adakah nenek ad juga bahagiannya? Dan jika ad hak nenek ke atas duit ibu, bolehkah kmi tetap brikan duit trsebut secara sama rata sprti yg telah dipersetujui tanpa bertanya nenek?

    1. wasalam. jika buat tanpa persetujuan nenenk, jadi semua org telah ambil bahagian nenek tanpa persetujuan. jadi berdosa. kena kirakan bahagian nenek dulu berapa yang dia layak bahagiannya.

      harap jangan buat mcm tu.

      1. Sy semakin keliru, ad yg mengatakan nenek tidak ada lagi bahagiannya kerana masih ada ayah saya dan 3 adik beradik lelaki saya, terhalang dgn asobah katanya…kami belum pn melakukan faraid secara rasmi kerana pendapat yang bertentangan begini…apa2 pun terima kasih, sy akan merujuk pndangan pakar d tempat saya nanti…

  48. Assalamualaikum,sy ingin btanya…bgini ibubapa sy masih ada, sy da bsuami ada ank2,sblum brumahtgga ibubapa sy da bgtau yg rumah pusaka ni dan tanah setengah ekar diberi pada sy tanah tu keluasan nya 8ekar…sy ada 3 org adik beradik, sy bungsu yg ptama arwah abg sy, arwah abg ni ada ank2 dua org setiap seorang diberi 2ekar abg yg kedua diberi 2ekar….sy sepatutnya dpt 1ekar lebih tapi bapa sy bagi pda ank tiri yg tiada kaitan bkn ank kandung tnpa bbincang dgn sy…dan ank kpd arwah abg sy tu pun nak kan rumah pusaka ni jadi rebutan…sy, suami dan ank2 tpaksa mengalah keluar cari rumah sewa…apa perlu sy buat?fikiran dah buntu…

    1. jika ayah beri semasa dia hidup tiada masalah. itu hak ayah. jika ayah nak bagi pada saya pon tiada masalah.

  49. Assalamualaikum, sy ingin btanya pd tuan, bgini ibubapa sy masih ada,bapa sy ada tanah pusaka keluasannya 7ekar dan rumah pusaka, mmg sdh ada geran, dlm geran tu ada nama sy dan abg sy….sb bapa sy da bgi pd sy dn abg,sbnrnya sy ada 3org adik bradik tp arwah abg sy yg ptama da meninggal,jadi arwah ada ank2 dua org, nama dorang mmg tiada dlm geran, dsebabkan arwah abg dah tiada ank2 tu menuntut hak jadi abg yg kedua pun bagilah hak ank2 arwah tu setiap seorang dpt 2ekar…abg dpt 2ekar dan sy dpt 1ekar….sblum brmhtgga bapa sy dah serahkan rumah pusaka ni utk sy dan bapa sy dah tiada kena mengena dgn tanah pusaka ni sb dia dah serahkan geran pada abg sy, dlm geran tu sy dah sebutkan hanya ada nama sy dan abg, abg sy dah serahkan tanah 1ekar tu pada sy, tp bapa sy tanpa bbincang dgn sy dia bagi 1 lot tanah sy tu pada ank tiri nya yg tiada hubungan,bukan ank kandung bapa sy….dan satu lagi masalah ank kepada arwah abg sy pun nak hak rumah pusaka ni…sdgkan bekas isteri arwah abg sy dah bekahwin lain ank arwah abg tu nak kan rumah pusaka ni dia nak ibu dan bapa tiri dia tinggal d rumah pusaka ni….ibubapa sy hanya benarkan saja,…1lot tanah sy hak sy dah diberi pada ank tiri bapa sy dan ank arwah abg berebutkan nak rumah pusaka ni sdgkan mereka dah dapat hak tanah 2ekar seorang….sy, suami dan ank2 tpaksa keluar dari rumah ni dan cari rumah sewa….apa tindakan yg perlu sy buat tuan? Tengah keliru dan bingung

  50. Assalamualaikum ,,
    Saya ingin bertanya memngenai pusaka arwah mak masih dlm bicara harta.Bicara belum selasai bapa tiri pula meninggal dunia.arwah mak dan bapa tiri tidak mempunyai anak bersama.Tetapi bapa tiri mempunyai anak perempuan dari perkahwinan sebelum ni.Pusaka arwah mak adakah anak tiri dapat bahagian bapa tiri.dan berapa bahagiankah waris bapa tiri akan dpt.
    **Rumah arwah mak dia beli rumah masa bersama arwah abah saya sebelum bercerai hidup

    1. ya betul, bahagian bapa tiri akan turun kepada anaknya pula. tak kira siapa beli. mahkamah akan tentukan berdasarkan pemilikan.

  51. Assalamualaikum,ayah sya telah meninggal Dunia,ayah sya tinggal kan sebuah rumah,ayah sya berkahwin Dua,
    Yg pertama telah di cerai kan..
    Bini kedua tiada anak
    Jadi sya nk tahu,
    Jika anak2 pada isteri pertama
    Nk letak nama mak untuk rumah pusaka tu boleh ke?
    Dan ape segala hutang ayah yg kat Dunia nie,mak akan selesai kan…
    Tak perlu jual rumah tu .

    1. wasalam. boleh, tp kena buat dekat mahkamah tinggi. jika buat dekat pusaka kecil, hanya boleh masukkan nama waris sahaja

  52. Assalamualaikum tuan.arwah atuk sy ad ank 4 org ..pada mulanya pembahagian harta adalah sama kepada 4 org anknya..setahun kemudian arwah ibu sy meninggal..sblum arwah ibu meninggal dia ad terima duit pusaka setiap bulan hasil pembahagian 4 org ank arwah atuk..adakah sy(anak arwah ibu) layak terima duit dari pembahagian duit pusaka tersebut?

    1. akan turun ke anak2 pula hasil bulanan tu jika atuk meninggal dulu, kemudian mak pula meninggal.

  53. Assalammualaikum tuan.. kalo ibu arwah suami sy tidak mahu harta suami dn suruh sy guna utk besarkan ank2… Macam mana cara pengiraannya ye…adakah 1/6 daripada yg ibu suami itu dpt harus dikira utk sy guna utk keperluan kami, atau harta suami itu trus sy bahagikan utk sy dn ank2 sahaja…utuk pengetahuan tuan sy mmpunyai 2 ank lelaki dn 1 ank perempuan…terima kasih

    1. wasalam. pada saya wajar ibu menyerahkan bahagiannya kepada puan, saya percaya puan sebagai ibu yang menguruskan anak-anak.

      urusan penyerahan 1/6 bahagiannya perlu di dokumenkan, jika di pusaka kecil perlu sain DDA.

      jika di mahkamah tinggi perlu sain dokumen pembahagian (ekshibit).

      jika di amanah raya juga perlu sain dokumen persetujuan.

      jangan sekadar cakap mulut. tetapi sekiranya ia adalah harta alih yang telah puan terima, boleh kirakan bahagian mak dan pn amik dengan persetujuannya.

  54. Assalam tuan,
    Kalau atuk saya dah meninggal lama dahulu, tinggalkan 4 org anak(salah seorg adalah ayah saya yg telah meninggal dunia), adakah ibu saya(menantu) atau abang saya masih berhak mendapat harta pusaka atuk saya.. ada pendapat dari pakcik saya(adik beradik ayah) , jika ayah saya sudah meninggal , ibu saya tak layak mendapat harta

    1. wasalam. layak. cara untuk buat pengesahan adalah dengan mohon sijil faraid.. jika nak saya applykan boleh jika cik tinggal disekitar sgor/kl.

      Jika anda perlukan khidmat nasihat, boleh hubungi saya.

      call – 0165577653

      wasap – https://wa.link/iu9ojd

      Join group telegram untuk maklumat lanjut.

      Klik link ini – https://hanaffi.com/telegram

  55. Assalammualaikum tuan…

    sy Ada 3 beradik ..yg sulong lelaki yg lain perempuan …mak (2020) ayah(2015)meninggal … Mak pada arwah mak (nenek) ada lagi ..mcm mane ye segi pembahagian faraid @ harta pusaka …

    Terima kasih…

    1. nenek ada bahagian 1/6.

      soalan umum sgt, urusan pusaka dah dibuat atau belum? apa harta yang ditinggalkan oleh ibu ayah?

  56. Assalamualaikum saya nak tanya. Bagaimana kalau harta pusaka seperti tanah dijual oleh simati. Contohnya, si anak A dan B minta ayahnya jual tanah untuk pulihkan kesempitan hidupnya ketika itu tanpa pengetahuan adik beradik yang lain. Tetapi keadaan ayahnya ketika menjual tanah itu ingat tak ingat (hampir nyanyok). Dan meneruskan penjualan tanah tersebut. Akan tetapi, harga jualan tersebut adalah harga pasaran 10tahun lepas dan sekarang jumlahnya meningkat. Jadi apakah hukum dan apa yang perlu dilakukan oleh si A dan B setelah ayahnya meninggal. Adakah itu masih dikira harta pusaka atas sebab ayahnya tidak sihat ketika urusan jual beli. Dan perlukah mereka membayar semula untuk faraid mengikut harga pasaran terkini?

  57. Assalam tuan,
    Ayah sy masuk felda bersama isterinya (ibu) sy dan mempunyai 6 orang anak . Kemudian isteri ayah (ibu) sy meninggal, ayah kawin lain dan kami dapat ibu tiri (isteri baru ayah). Tiap tiap bln akan dapat duit hasil kebun sawit dari felda. Berapa bahagian kah isteri baru ayah (mak tiri) dpt hak faraid.
    Bilakah bole mula diberikan bahagian ibu tiri.

  58. Ayah saya berkahwin dgn isteri kedua di sempadan. Apabila perniagaan ayah saya jatuh dn sakit, dia pergi meninggalkan (kluar) dari rumah tidak kembali… Persoalannya ada kah dia berhak mendapat harta pusaka ayah saya.

  59. As’salam mualaikum..saya nak tanya ..arwah adik lelaki membeli rumah dengan hasil perkongsian duit dengan ibu saya(ibu-2/3 dari harga rumah)…apakah hak ibu saya ke atas rumah tersebut ke atas rumah tersebut kerana arwah adik tidak mempunyai anak lelaki

    1. kena tgk pemilikan rumah tu mcm mana.

      berkenaan kos yg telah disumbangkan ibu, bleh jadi ia hibah kepada arwah. jadi waris2 perlu berbincang bersama untuk selesaikan isu nie.

  60. Assalamualaikum, saya nak tanya. Saya ada seorang kenalan yg tiada waris atau ahli keluarga yg masih hidup. Sebelum dia meninggal, dia ada buat wasiat dimana dia memberikan hartanya kepada saya tetapi dengan syarat saya berkahwin dengan seorang perempuan yg dia anggap sebagai anaknya (dianggap sebagai anak angkat). Sekiranya saya tidak memenuhi syarat tersebut kerana saya tidak mempunyai perasaan suka terhadap perempuan itu dan tidak ingin berkahwin kerana harta kerana takut berlaku zalim kepada perempuan itu sesudah mendapat harta tersebut, adakah wasiat itu terbatal atau adakah wasiat itu masih sah dan saya masih mempunyai hak kepada harta tersebut. Dan sekiranya wasiat itu terbatal, apakah yang akan berlaku terhadap harta tersebut kerana arwah tiada waris dan saya berhasrat untuk menerima harta tersebut.

    1. wasalam. wasiat ini tidak terpakai dalam menentukan hak en sebagai waris faraid.

      walaubagaimanapun en tetap layak 1/3 daripada harta dan baki akan dibagi kepada waris faraid.

      jika tiada waris, harta tersebut akan ke baitulmal.

  61. Assalammualaikum Tuan,

    Saya nk tnye, bolehkah nama rumah pusaka diletakkan nama semua waris, saya ada 9 orang adik beradik dan saya ingin letakkan semua nama2 didalam harta tersebut. terima kasih

    1. boleh, tetap adakah praktikal? maksud saya jika letak nama ramai2 boleh buat rumah untuk semua waris ke?

      jika rumah pulak, jika salah sorang pula meninggal pula mcm mana?

      pada saya tak praktikal untuk masukkan semua waris. Melainkan hartanah tu bernilai tinggi dan mempunyai keluasan yang luas.

  62. Ayah sy baru meninggal dunia bulan ogos yg lalu… segala hartal mmg dibawah nama isteri baru iaitu ibu tiri sy. X lama kemudian ibubtiri sy juga meninggal dunia. Jadi hartal tersebut sepatutnya diwariskan/diberi kpd waris iaitu anak kandung atau kepada anak tiri?

    1. jika mcm tu akan diberi kepada waris faraid beliau.

      anak tiri tiada bahagian kerana mereka bukan waris faraid kepada arwah.

  63. Assalamualaikum,saya nak Tanya selepas ibu Sy meninggal ,ayah kawen baru …xlame lepas tu ayah pulak meninggal…adakah mak tiri berhak mendaptkan rumah sepencarian ibu bapa saya

    1. harta sepencarian tak layak. tetapi ayah layak bahagian pusaka mak, iaitu 1/4 bahagian. sekiranya harta pusaka masih belum diselesaikan ketika ayah masih hidup, maka anak-anak dan ibu tiri layak terima bahagian masing-masing dari bahagian ayah tadi (1/4 bahagian).

      jika waris-waris ada masalah untuk uruskan saya boleh bantu uruskan. apa-apa boleh call/wasap saya 0165577653

  64. Assalamualaikum. Ayah kami seorang yang telah meninggalkan arwah ibu digantung tidak bertali, selama25 tahun sehingga ibu meninggal dunia.
    Arwah ibu mendapat beberapa keping tanah hadiah dari atuk saudara & nenek ibu selepas ibu meninggal.

    Adakah si ayah sekarang berhak meminta hak faraid atas tanah2 arwah ibu?

    1. mohon cerai di mahkamah.. jika tak masih dikira suami-isteri, jika mak meninggal ayah ada bahagian.

  65. السلام عليكم

    Sekedar ingin bertanya, baharu kematian ibu 3 bulan yang lepas, mengikut kata kata bapa tiada wasiat ditinggalkan oleh ibu. Dan bila ditanya saya diberitahu semua harta telah pun di dermakan kepada rumah anak anak yatim dan masjid masjid. Bagi mereka mendoakan arwah ibu saya. Adakan ini lebih afdal dari membahagikan kepada anak anak sendiri? Untuk pengetahun saya anak lelaki yang tua dan adik beradik yang lain adalah perempuan.

    Sekian dari saya

    1. jika ada pesanan untuk disedekahkan kesemua harta, ia perlu mendapatkan persetujuan ahli waris terlebih dahulu. Syarat yang wajib adalah 1/3 tanpa perlu setujuan ahli waris, jika lebih kena dapatkan persetujuan terlebih dahulu.

  66. Assalammualaikum ustad, maaf sy nak bertanya..ayah sy sudah meninggal dunia, mase sebelum meninggal dia ade menjual sebidang tanah dgn harga 100k, ayah sy ade 9 org anak (istri pertama meninggal dan mempunyai 4org anak, istri kedua pulak adalah mak sy masih ada dan hidup bsama ayah serta 4 org anak, istri ke 3 bercerai dan ade sorang anak..jadi kami ade 9bradik..
    Sekarang ni, mase ayah sy hidup dia jual sebidang tanah dgn harga 100k, ayah bg 20k setiap sorang pd anak2 istri pertama 4 org tu..skrg ade lagi 20k yg masih blm habis di bayar, tetapi ayah sy ade wasiatkan pakai mulut kepada mak sy agar 20k ni kena buat belanja istri dan anak2… Tetapi duit 20k balance tu masih blm habis di bayar… Sy nak tanya..jika duit 20k ni di bayar nanti adakah akan jadi duit pusaka atau jadi duit milik mak sy? Kerana anak bini pertama sudah dpt bahagiannya.. mase arwah wasiatkan ke mak sy hanya dia berdua bsama ayah sy..dan sekarang perlukah duit itu mak sy gunakan atau ianya menjadi saka?

  67. Salam tuan,
    Ayah saya dah lama meninggal dan kami mendapat tahu ayah saya ada tanah sawit FELCRA. Setiap kali mendapat duit sawit daripada pihak FELCRA, ibu saya akan membahagikan duit tersebut secara sama rata dengan adik beradik yang lain. Persoalan saya, bolehkan kami adik beradik menerima duit sawit tersebut secara sama rata ataupun tetap harus mengikut pembahagian hukum faraid. Adik beradik saya ada 5 orang lelaki dan 3 orang perempuan.
    Terima kasih.

  68. Salam tuan.saya ada soalan. Arwah datuk saya ada berikan rumah utk arwah ayah saya,hanya perjanjian lisan antara semua arwah anak2 datuk. Masa berlalu, sekarang menjadi pertikaian ibu saudara saya kerana saya duduk dirumah pusaka ni. Dalam geran tanah pemilik masih nama arwak datuk. Jadi apa yang perlu saya lakukan untuk puas kan hati semua anak cucu cicit? Hasrat suami hendak beli tanah yang ada rumah pusaka yg kami duduk ni. Jadi apakah yang perlu kami lakukan? Utk makluman,rumah ni saya duduk sejak dilahirkan bersama arwah ibu. Dan rumah asal pun sudah tiada.hanya tapak sahaja. Keseluruhan rumah arwah ibu yg naikkan sedikit demi sedikit hasil titik peluh dia, abg saya dan suami saya. Apakah cara-caranya utk kami beli tanah ini?
    Terima kasih.

    1. Kena buat saman kat Mahkamah. Boleh ignore yang tak setuju tu. Mahakamah akan lihat kepada keadilan.

  69. Salam sir…sy nk tnya, mcm mana pula nama bapa si mati berlainan dgn adik bradik yang lain. Maksud sy si mati ber bin kan nama lain dan yg adik bradik lain ber bin kan lain…padahal semua tu adik beradik kandung seibu sebapa..mohon pcerahan..Terima kasih

    1. xde masalah. waris-waris perlu buat akuan sumpah saja menyatakan beliau adalah anak si mati.

  70. assalammualaikum tuan, ingin bertanya.. arwah atok mempunyai 2 isteri.. isteri pertama-1 (anak lelaki), isteri kedua- 2 anak lelaki & 2 anak perempuan..

    soalan: (1) sekiranya sebidang tanah diatas nama isteri pertama. boleh ke waris @ anak-anak dari isteri kedua menuntut hak?.

    (2) dan sekiranya ayah saya ( dri isteri pertama) telah tiada, adakah saya anak lelaki (sulung) dan (1) adik perempuan mempunyai hak sepenuhnya keatas tanah tersebut?.

    terima kasih.

    1. 1. tak boleh sebab mereka bukan waris faraid bagi isteri pertama.

      2. soalan kedua nie agak konfius, saya faham jika anak lelaki dari isteri pertama meninggal dan mempunyai anak lelaki dan perempuan betulkan?

      jika mcm tu waris faraid adalah anak lelaki dan anak perempuannya sahaja.

  71. Asalammualaikum tuan,ingin bertanya,bole kah sy mnuntut hrta ayh saya walaupun xpernah jumpa dari kecik smpai skrg ..ayh dan mk bercerai semasa sy kecik ayh langsung x pnh tgok sy dan adik sy..dan sy pernah nak cari dia,tpi bini bru dia tak bagi sy cri jumpa dia..dia dah berkwen selepas bercerai dgn mk sy..,dan dia ada anak perempuan 2org dgn bini yg bru tu..

  72. Assalammualaikum Tuan,
    Saya ingin bertanya, Arwah bapa saya seorang peneroka Felda. Waris semua ade menerima wang hasil sawit tiap-tiap bulan. Ada seorang waris iaitu abang saya telah meninggal dunia dan bahagian wang hasil abang saya tu telah diserahkan kepada ahli keluarganya yang layak. Cuma kemusykilan saya sekarang jika Isteri arwah telahpun berkahwin lain. adakah bekas isterinya itu masih layak menerima wang hasil tersebut.

    Terima Kasih.

  73. Assalan en.hanaffi

    Arwah ayah sy adlh peneroka felda.. kami adik beradik telah dipanggil untuk bicara harta pusaka. Saya just nk tya…sekiranya kami adik beradik bersetuju untuk menyerahkan harta pusaka teesebut kepada ibu kami, boleh kah dilantik pentadbir bagi pihak ibu bg mguruskn harta tersebut memandangkan ibu yg sdh tua

    1. tak boleh.. itu dah jadi milik ibu, tiada lagi pentadbir yang dilantik secara sah.

  74. Assalamualaikum Encik Hanaffi,

    Saya ada seorang adik kandung lelaki yang telah diserahkan kepada keluarga angkat. Namanya pula telah di bin kepada nama ayah angkatnya. Jika ibu dan bapa kandungnya meninggal dunia, adakah adik saya itu layak menuntut harta pusaka dari peninggalan ibu bapa kandungnya itu.

    Terima kasih.

    1. layak sebab nasab keturunan dari ayah. nanti waris lain dan dia buat akuan sumpah bahawa dia adalah anak kepada si mati.

  75. Assalamualaikum Tuan.
    Arwah nenek sy meninggalkan harta berekar2 tanah di perak. Baru2 ni sy dpt 1 salinan melalui whatsapp berkaitan geran dan penama2 dlm geran tanah tersebut. Yg musykilnya, nama arwah mak sy dan 2 lg adik beradik arwah mak tak ada dalam geran tu. Yg ada hanyalah nama adik perempuan arwah mak iaitu makcik sy (pemegang amanah) dan nama adik lelaki arwah mak. Sekarang ni semua telah meninggal dunia. Anak arwah makcik menuntut dan claim tanah tu milik arwah mak dia sebab dalam geran adalah nama arwah mak dia. Adakah sy dan adik beradik bleh mengambil hak faraid yg sepatutnya arwah mak sy dapat dr awal lg?

    1. jika dinyatakan mereka sebagai pemilik, memang layaklah mereka menuntut. Bagaimana nak tahu mereka sebagai “pemegang amanah”?

  76. Assalamulaikum ustaz…sy seorang mualaf…sy mo tanya apakah hak seorang menantu perempuan menghalau anak tuan tanah(mendiang bapa saya) sedangkan nama menantu tersebut tidak ada dalam dokumen pembagian tanah lot..hanya nama suaminya(abang saya)

    1. sepatutnya menantu jangan campur tangan dalam urusan pusaka. akan menambah lagi masalah sedia ada.

Leave a Reply to Namira Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Nak kami bantu anda?

Hubungi segera untuk sesi konsultansi percuma

© 2021 SEZARAH NUR VENTURE (SA0388691-M) . All rights reserved

hanaffi.com

error: Content is protected !!