Suami-Isteri Dicintai Allah

Assalamualaikum. Hanaffi tergerak menulis artikel ini kerana menguruskan harta berkait rapat dengan hati kita. Kebanyakkan yang berjumpa Hanaffi nak buat hibah atau wasiat apabila keadaan keluarga mula retak, hadir pihak ke-3 seumpamanya. Ada juga sebab tak nak bagi harta pada pasangan atas pra-sangka negatif. Banyak tindakan yang tidak selari dengan islam.

Pada pendapat Hanaffi membuat perancangan harta bukanlah perkara utama yang harus ditekankan, tetapi penekanan terhadap kefahaman islam secara menyeluruh. Banyak aspek nak kena mantapkan dulu.

Hanaffi nak kongsi apa yang Hanaffi dapat melalui pembacaan dan pemerhatian Hanaffi termasuklah apa yang Hanaffi sedang usahakan.

Terdapat 3 perkara utama yang harus setiap individu islam ambil tahu dan cuba melaksanakan dengan sebaik mungkin iaitu akidah, syariah dan akhlak. Peranan dan pengaruhnya dapat menjadikan seseorang berjiwa bersih dan rohani yang mantap serta menjauhi perkara terlarang dalam islam. Cuba kita buang salah satu dari 3 perkara tersebut, pasti akan berlaku pelbagai masalah rumahtangga atau kerosakkan dalam institusi masyarakat seperti yang ada boleh lihat semasa ini. Perlu hanaffi detailkan? Antaranya:

  • Berebut harta pusaka
  • Curang
  • Penderaan anak-anak
  • Masalah sosial dan banyak lagi..

Akidah, apa yang anda faham? Akidah dari segi bahasa adalah ikatan, dari segi istilah adalah kepercayaan. Anda ingat lagi tak? Tak pe, kita ulangkaji sikit.

  1. Beriman kepada Allah
  2. Beriman kepada malaikat
  3. Beriman kepada kitab-kitab
  4. Beriman kepada para rasul
  5. Beriman kepada hari akhirat
  6. Beriman kepada qada dan qadar

Jika kita hanya sekadar hafal memang mudah, tetapi bagaimana kita nak tukar hafal kepada kefahaman. Dari kefahaman kepada tindakan kita setiap masa? Anda pernah nampak Allah? Malaikat? Para rasul? Bagaimana nak percaya jika tak pernah nampak? Sebab itulah Allah berikan kita Al Quran, dengan ilmunya kita boleh percaya dan beriman kepada 6 perkara diatas serta tunduk hati kita kepada perintahnya seperti dinyatakan dalam berikut.

Surah Al Hajj (22) / ayat 54

54. dan agar orang-orang yang telah diberi ilmu, meyakini bahwasanya Al Quran Itulah yang hak dari Tuhan-mu lalu mereka beriman dan tunduk hati mereka kepadanya dan Sesungguhnya Allah adalah pemberi petunjuk bagi orang-orang yang beriman kepada jalan yang lurus.

Semasa Hanaffi menulis artikel ini, viral di media sosial (facebook), seorang pelajar Mesir berjaya menghafaz 30 juzuk Al Quran dalam masa 9 bulan sahaja. Hebat! Apa yang menarik perhatian Hanaffi adalah, bagi memudahkan hafalan perlu faham isi kandungan Al Quran. Nampak? Pentingnya kita hari ini kita mula memahami Al Quran, tidak hanya sekadar baca tanpa mengerti.

Improve sikit-sikit pon takpe. Dah pandai baca, cuba faham pula kan. Setakat nak baca terjemahan je. Tak susah pon.

Perubahan yang besar pasti berlaku pada diri kita jika kita mula memahami ayat-ayat Allah, akan semakin bertambah keyakinan kita dan pasti lahir kesedaran untuk melaksanakan perintahnya. Antaranya kesannya adalah:

1. Kita meletakkan Allah dalam semua urusan kita.

Walaupon kita bertuhan, adakalanya perbuatan kita seperti orang yang tidak bertuhan. Maaf agak kasar bahasa, tapi itulah hakikatnya. Sejauh mana kita hadirkan Allah dalam setiap urusan kehidupan kita?

Surah Yunus (10) / ayat 106

106. dan janganlah kamu menyembah apa-apa yang tidak memberi manfaat dan tidak (pula) memberi mudharat kepadamu selain Allah; sebab jika kamu berbuat (yang demikian), itu, Maka sesungguhnya kamu kalau begitu termasuk orang-orang yang zalim”.

Jika kita baca ayat diatas sememangnya kita tidak secara langsung menyembah sesuatu selain Allah, tetapi bagaimana perbuatan kita? Kita tahu Allah sentiasa perhatikan kita, tapi kita langgar je semua. Fikir-fikirkan..

2. Mempunyai kesedaran untuk memperbaiki diri serta menguruskan masa dengan lebih baik dari semasa ke semasa.

Cuba kita bayangkan, jika Allah matikan kita secara tiba-tiba sekarang ini. Adakah anda telah bersedia untuk bertemu Nya? Hanaffi sendiri rasa down bila terkenangkan masa yang telah berlalu, sebab tidak manfaatkan sebaik mungkin.

Surah Al Asr (103) / ayat 1-3

1. Demi masa. 2. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, 3. kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran.

3. Kita akan bergantung kepada Allah bahawasanya Dialah pemberi rezeki kepada seluruh makhluk.

Secara tidak langsung akan lahir rasa bersyukur dalam diri kita walaupon Allah tidak memberikan sepenuhnya apa yang kita nak. Atau kita kehilangan sesuatu yang berharga, tetapi yakinlah ada hikmah yang tersembunyi disebalik apa yang berlaku. Disamping itu kita pasti akan berusaha didunia mencari bekalan diakhirat kelak.

Surah Ar Rad (13) / ayat 26

26. Allah meluaskan rezeki dan menyempitkannya bagi siapa yang Dia kehendaki. mereka bergembira dengan kehidupan di dunia, Padahal kehidupan dunia itu (dibanding dengan) kehidupan akhirat, hanyalah kesenangan (yang sedikit).

4. Hati lebih tenang dengan ujian dunia.

Anda pernah disaat susah atau diuji anda baca Al Quran, tiba-tiba menangis dengan kuat dan lepas itu anda rasa lega tenang. Itu tandanya Allah masih sayangkan kita, masih dia bagi peluang untuk kita kembali kepadanya selepas kita lalai dan jauh dari Nya. Ayat-ayat Allah macam ubat kepada hati.

Surah Az Zumar (39) / ayat 23

23. Allah telah menurunkan Perkataan yang paling baik (yaitu) Al Quran yang serupa (mutu ayat-ayatnya) lagi berulang-ulang [1], gemetar kerananya kulit orang-orang yang takut kepada Tuhannya, kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka di waktu mengingat Allah. Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia menunjuki siapa yang dikehendaki-Nya. dan Barangsiapa yang disesatkan Allah, niscaya tak ada baginya seorang pemimpin pun.

Nota

[1] Maksud berulang-ulang di sini ialah hukum-hukum, pelajaran dan kisah-kisah itu diulang-ulang menyebutnya dalam Al Quran supaya lebih kuat pengaruhnya dan lebih meresap. Sebahagian ahli tafsir mengatakan bahawa maksudnya itu ialah ayat-ayat Al Quran itu diulang-ulang membacanya seperti tersebut dalam mukadimah surat Al Fatihah.

Jika akidah setiap individu (suami-isteri) dan masyarakat mantap, pasti kita semua akan cuba setiap masa memperbaiki diri serta meninggalkan perkara-perkara yang negatif. Sudah pasti rahmat Allah akan turun pada setiap pasangan. Anda tak nak ke Allah kasih sayang? Fikir-fikirkan.

Jangan biarkan hati itu sunyi tanpa cinta Allah.

Apa yang Hanaffi kongsi adalah untuk peringatan diri sendiri agar cuba perbaiki diri setiap masa. Yang baik hanyalah dari Allah, yang buruk pastinya dari Hanaffi. Semoga bermanfaat.

Share This Post

Dapat E-Book Hibah Percuma

Khas untuk anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Nak kami bantu anda?

Hubungi segera untuk sesi konsultansi percuma

© 2021 SEZARAH NUR VENTURE (SA0388691-M) . All rights reserved

hanaffi.com

error: Content is protected !!