Waris Hilang Adakah Layak Terima Faraid?

Baru-baru ini saya terima soalan dari seorang Hamba Allah berkenaan abangnya yang sudah lama menghilangkan diri dan tidak pasti hidup atau tidak, adakah abangnya layak terima faraid?

Sekarang ini bapanya agihkan sebidang tanah secara sama rata kepada 2 orang anaknya termasuk untuk si abang yang menghilang nie. Anak yang menghilangkan diri bernama Ali dan adiknya Abu (nama samaran).

Saya akan bagi contoh dalam beberapa situasi supaya mudah faham.

Situasi 1: Si ayah meninggal dan si abang tidak pasti masih hidup atau tidak.

Untuk pengetahuan semua, jika si abang mati selepas si ayah mati, maka abang yang menghilang tetap layak terima bahagian faraidnya. Walaupun Ali menghilang tak balik-balik. Walaupun Ali dikatakan sebagai anak derhaka, dia tetap LAYAK TERIMA!

Abu boleh buat semakan di Jabatan Pendaftaran Negara. Jika masih hidup, Abu perlu sedaya upaya mencari abangnya dengan buat iklan disurat khabar / media social dan apa saja kaedah yang difikirkan sesuai.

Dari segi pengurusan pula, bahagian waris yang hilang akan diserahkan kepada pemegang amanah. Abu tidak boleh mengambil bahagian abangnya. Biasanya bahagian mereka akan diserahkan kepada Amanah Raya sebagai pemegang amanah.

Jika Abu berhasrat memiliki tanah tersebut secara 100%, maka Abu boleh membeli bahagain Ali dan menyerahkan nilai yang dibeli kepada Amanah Raya untuk memegang bahagian Ali.

Jadi Ali apabila muncul bertanyakan bahagain tanah, dia boleh menuntut di Amanah Raya kelak.

Situasi 2: Si ayah meninggal dan si abang didapati sudah meninggal lebih awal dari si ayah.

Dari segi hukum, Ali tidak layak lagi menerima bahagian faraidnya. Perkara ini perlu dibuktikan dengan sijil kematian Ali. Jangan Abu claim abangnya dah meninggal tanpa sebarang bukti kematian.

Walaupun Ali mempunyai isteri dan anak-anak, mereka tidak layak menuntut bahagian Ali. Melainkan Abu sanggup dan bertimbang rasa untuk berkongsi rezeki yang diterimanya.

Situasi 3: Si Ali telah menghilang melebihi 7 tahun, adakah layak terima faraid?

Ok, andai Abu ingin anggap Ali telah meninggal bagaimana? Boleh ke?

Jawapannya boleh, Abu boleh buat permohonan di Mahkamah Tinggi berdasarkan seksyen 108 Akta Keterangan 1950. Sebelum hakim memutuskan tarikh kematian Ali, Abu perlu sedaya upaya mencari Ali melalui medium surat kahabar / media social atau apa sahaja kaedah yang difikirkan sesuai.

Antara syarat utama Ali mesti sudah tidak kelihatan melebihi 7 tahun dan keatas.

Mahkamah akan buat siasatan sebelum memutuskan anggap kematian Ali. Lepas tu kita tunggu keputusan samada Ali meninggal sebelum atau selepas kematian ayahnya (situasi 1 atau 2 seperti diatas).

Situasi 4: Jika proses pembahagian telah dijalankan dengan mahkamah telah memutuskan Ali telah meninggal dunia, tiba-tiba Ali kembali. Adakah harta yang telah diagihkan kepada Abu perlu diagihkan juga kepada Ali?

Jadi Abu tidak menggunkan harta tersebut secara keseluruhan, contoh Abu gunakan untuk perniagaan RM5juta dan renovate rumah RM1juta. Total adalah RM6juta. Masih berbaki RM14juta, maka hak Ali perlu dikembalikan RM10juta.

Andai Abu telah guna RM15juta, baki hanya RM5juta. Maka RM5juta perlu dikembalikan kepada Ali.

YA! Wajib dikembalikan dengan baki yang masih ada. Sebagai contoh nilai harta faraid adalah RM20 juta, jika Ali hidup sepatutnya masih masing-masing akan terima RM10 juta.

Kesimpulan

Jadi tak perlu lewatkan pengurusan harta pusaka walaupun waris tersebut hilang dari radar. Semakin lewat diuruskan akan timbul pelbagai masalah dikemudian hari, antaranya:

  • Waris faraid meninggal dunia sehingga menyebabkan kematian berlapis.
  • Pergaduhan antara ahli waris kerana tiada pemudahcara atau orang tengah bagi menyelesaikan tuntutan.
  • Dokumen hilang atau lupus sehingga tiada siapa yang sanggup untuk menguruskan harta pusaka si mati.

Bukan apa, takut last-last dibiarkan macam tu saja. Makin bertambah aset yang tidak dituntut di Amanah Raya!

Perlu diingat, harta yang ditinggalkan ada manfaat yang besar jika diuruskan dengan baik kerana disitu ada bahagian mereka yang memerlukan.

Hubungi saya untuk pertanyaan di 016-5577653

atau

Whatsapp (klik link ini)

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Dapat E-Book Hibah Percuma

Khas untuk anda

LEAVE A REPLY

Nak kami bantu anda?

Hubungi segera untuk sesi konsultansi percuma

© 2021 All rights reserved

hanaffi.com

error: Content is protected !!