Ini kisah Puan Nor (bukan nama sebenar).
Puan Nor meluahkan perasaan:
“Akak agak risau la. Sebab anak masih kecik, jika akak dan suami meninggal macam mana? Suami bila cerita bab pengurusan harta nie dia buat dek jer. Akak rasa macam cakap dengan batu jer.
Pernah juga ipar tanya pasal harta suami. Tak tahu la nak cakap macam mana, sebab dah dengar macam-macam cerita dah.”
“Akak dah tak berapa percaya pada ipar sekarang nie.” – antara keluhan Puan Nor. Berkerut muka
bercerita pada Hanaffi.
1. Wasiat hak penjagaan anak
Ya, anda boleh berwasiat hak penjagaan anak didalam wasiat terutama bagi yang anak dibawah
umur. Perkara ini bagi memudahkan urusan penjagaan anak kepada siapa yang kita amanahkan kelak. Andai suami-isteri meninggal serentak sudah ada maklumat sebagai rujukan.
Berikut adalah contoh ayat dinyatakan didalam wasiat bagi hak penjagaan anak:
“Saya mewasiatkan suami saya Hasan Bin Ali adalah penjaga kepada anak saya. Sekiranya beliau
meninggal serentak dengan saya, maka saya melantik adik saya Aminah Binti Ahmad atau kakak saya Sabariah Binti Hanif sebagai penjaga kepada anak saya.”
2. Apakah cara menentukan penjagaan?
Berdasarkan wasiat yang ditinggalkan.
3. Siapa yang layak keatas penjagaan anak-anak jika ibubapanya meninggal tanpa wasiat?
Antara individu yang layak keatas penjagaan anak tersebut ialah:
- Majistret
- Penghulu
- Pegawai Polis
- Pelindung kanak-kanak tersebut
- Sesiapa yang mempunyai kuasa di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 boleh memohon kepada
mahkamah untuk melantik penjaga kepada kanak-kanak yatim piatu yang ibu bapanya
meninggal tanpa wasiat.
4. Siapa yang layak memohon untuk penjagaan anak?
Terdapat beberapa individu yang layak memohon hak penjagaan anak, iaitu:
- Ayah
- Ibu
- Saudara mara
- Persatuan
- Sesiapa yang layak atau sesuai
- Mengikut mana-mana yang sesuai yang akan diputuskan mahkamah
5. Boleh En terangkan, apakah keutamaan bagi menentukan hak penjagaan anak tersebut?
Kebajikan anak tersebut menjadi keutamaan.
6. Jika menurut undang-undang siapa yang layak menjadi penjaga kepada anak tersebut?
Keutamaan adalah kepada bapa. Ia juga boleh berubah kepada ibu, perkara tersebut akan ditentukan
oleh mahkamah.
7. Tetapi ibu bagaimana pula? Jika anak masih kecil bagaimana?
Bagi anak yang bawah 7 tahun, keutamaan adalah ibunya. Walaubagaimanapun ia bergantung kepada fakta
kes yang akan ditentukan oleh mahkamah. Tidak wajar bagi anak yang bawah umur diserahkan selain dari ibu.
8. Apakah faktor lain yang akan mempengaruhi keputusan mahkamah?
Ada, antaranya adalah:
- Hasrat ibubapa kepada anak tersebut
- Kemahuan anak itu sendiri apabila dia sudah boleh buat keputusan sendiri
- Umur dan jantina anak tersebut
- Agama dan adat resam
- Bangsa dan latar belakang budaya
- Kelakuan pihak yang membuat permohonan
- Kemungkinan pihak-pihak berdamai
- Kelebihan dari segi pendidikan dan material
- Faktor kesihatan dan perubatan
9. Jika adik-beradik bagaimana? Adakah mereka akan dipisahkan?
Sebaiknya tidak dipisahkan bagi menjamin kebajikan mereka, walaubagaimanapun mahkamah tidak terikat
meletakan mereka dibawah satu penjaga sahaja.
10. Siapa yang layak menjaga anak luar nikah?
Ibu kandung anak tersebut.
11. Tempoh hak penjagaan anak bagaimana?
Jika tiada syarat-syarat khas, ia akan dilanjut sehingga anak tersebut berumur 18 tahun dan nafkah bagi
anak yang tidak berupaya akan dilanjutkan selama ketidakupayaan itu berlaku sehingga ditentukan mahkamah.
12. Adakah terdapat syarat-syarat lain bagi hak penjagaan anak?
- Tempat di mana kanak-kanak itu akan tinggal, pendidikan dan agama.
- Supaya kanak-kanak itu buat sementara berada dalam kawalan dan pemeliharaan seorang yang lain daripada orang yang diberi penjagaan kanak-kanak itu.
- Melarang orang yang mendapat hak jagaan membawa kanak-kanak tersebut keluar dari Malaysia.
13. Adakah terdapat pindaan atau perubahan hak penjagaan anak?
Ya, boleh berlaku apabila mahkamah mendapati terdapat perubahan pada fakta dan dibuktikan
bertentangan dari fakta.
14. Apakah tanggungjawab penjaga kepada anak tersebut?
Keutamaan kepada kesihatan dan pendidikan
15. Siapakah yang akan menjaga harta anak tersebut?
Wasi atau penjaga yang dilantik oleh dilantik oleh mahkamah.
16. Apakah tugas penjaga terhadap harta anak tersebut?
Penjaga perlu bertanggungjawab menguruskan harta tersebut dan bertindak dengan manasabah
dalam memastikan harta tersebut selamat.
17. Apakah maklumat yang diperlukan untuk memohon hak penjagaan anak?
- Kad pengenalan
- Surat nikah/cerai asal
- Sijil kelahiran anak
- Nama dan alamat
- Pekerjaan
- Perintah perceraian
- Laporan perubatan
- Laporan polis
- Nama majikan
- Saksi
- Penyata gaji
- Perakuan daripada majikan
- Pengesahan pemastautinan pihak yang menuntut
Sila kongsikan maklumat ini kepada orang ramai, semoga mereka yang lain mendapat maklumat ini
juga.
Hubungi saya untuk pertanyaan di 016-5577653
atau
Whatsapp (klik link ini)