Case Study 7 – Gelandangan Selepas Kematian Ayah!

Ini kisah Cikgu Fatimah (bukan nama sebenar).

Cikgu Fatimah seorang guru di Nilai, Negeri Sembilan. Masa cite bab harta ini, terus menangis bila terkenang apa yang berlaku pada dirinya. Masa kecil ayah meninggal, mak waktu tu lagi 3 bulan nak bersalin anak ke-5.

Pada hari ke-2 kematian arwah, makcik dan pakcik mangsa datang menyerang maknya menuntut pusaka arwah tanpa belas kasihan.

Arwah berniaga kantin disekolah. Mereka dihalau, emak mangsa terpaksa mengalah dengan desakkan makcik dan pakcik. Sambil menangis puan tadi berkata:

“Saya masih ingat lagi, kami sekeluarga terpaksa tinggal dikantin sekolah…”

Hanaffi terdiam. Lepas tu Hanaffi dengan nada memujuk berkata.

“Tak puan, dah jadi. Ujian yang Allah berikan tu puan mampu handle. Sekarang puan dan adik beradik dah berjaya…”

“Ada hikmah dan ganjaran untuk orang yang bersabar…”

Agak lama kami borak. Hanaffi cadangkan untuk buat perancangan awal seperti wasiat dan hibah takaful bagi menyediakan jaminan tunai selepas kematian agar tidak berlaku kesulitan dikemudian hari. Alhamdullilah, beliau dan suami setuju.

Pesan Cikgu Fatimah:

“Masih ingat apa yang berlaku pada saya, perit untuk tanggung derita selepas kematian ayah. Tiada siapa nak bantu kami sekeluarga, hidup berdikari. Bukan senang nak hadap adik beradik arwah yang tamak harta. Harap mereka diluar sana dapat rancang awal agar tiada bebann kepada waris nanti. Saya dan suami rancang awal sebab dah pernah penah lalui sendiri kes perebutan harta. Boleh hubungi terus En Hanaffi.”

Banyak juga soalan yang ditanya Cikgu Fatimah. Mudah-mudahan apa yang berlaku pada dia menjadi iktibar kepada kita yang masih hidup.

Soalan Cikgu Fatimah.

Q : Siapakah waris faraid saya?
A : Saya explain cara yang mudah dahulu. Waris faraid terdiri daripada:

  • Pasangan
  • Anak-anak
  • Mak ayah

Q : Adakah wajib ikut faraid walaupun mereka ahli waris sepakat nak agih pusaka secara sama rata?
A: Boleh tiada masalah, tetapi harus ikuti langkah berikut:

  • Setiap ahli waris perlu tahu terlebih dahulu bahagian yang mereka layak terima agak tidak timbul penafian kemudian hari atau dinafikan oleh sesetengah pihak.
  • Keputusan yang dibuat harus secara suka rela tanpa dipaksa oleh mana-mana pihak.

Q : Mengapa lelaki mendapat lebih daripada perempuan?
A: Jawapan mudah Allah dah tetapkan. Hehe.

Semuanya akan berkait dengan tanggungjawab, si lelaki mempunyai tanggungjawab yang lebih besar iaitu menjaga waris yang hidup dan memberikan nafkah. Perempuan tidak disyaratkan memberikan nafkah dan apa jua yang mereka belanjakan kepada ibubapa adalah secara sukarela. Apa jua yang perempuan belanjakan adalah untuk diri sendiri sahaja. Jika kita lihat perbelanjaan perempuan ditanggung oleh si suami, maka tidak wajar diberikan bahagian yang lebih pada perempuan.

Jika kita lihat skop tanggungjawab lelaki adalah lebih luas dari perempuan antaranya:

  • Memberi nafkah keluarga iaitu isteri dan anak-anak
  • Menanggung nafkah ibu bapa yang telah tua dan tidak berkemampuan.
  • Menanggung nafkah adik beradik perempuan yang belum berkahwin dan tiada sumber kewangan sendiri sekiranya bapa tidak ada atau tidak berkemampuan.
  • Menanggung nafkah anak-anak kepada adik beradik lelaki yang telah meninggal dunia (anak saudara) sehingga mereka dewasa dan boleh berdikari.

Boleh teruskan membaca

1. Soalan lazim faraid : http://hanaffi.com/soalan-lazim-faraid/

2. Kadar dan syarat bagi setiap ahli waris : http://hanaffi.com/kadar-dan-syarat-bagi-setiap-ahli-waris/

Hubungi saya untuk pertanyaan di 016-5577653

atau

Whatsapp (klik link ini)

Share This Post

Dapat E-Book Hibah Percuma

Khas untuk anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Nak kami bantu anda?

Hubungi segera untuk sesi konsultansi percuma

© 2021 SEZARAH NUR VENTURE (SA0388691-M) . All rights reserved

hanaffi.com

error: Content is protected !!