Proses Tuntutan Harta Sepencarian

Penting ke ambil tahu tentang harta sepencarian? Penting! Sebab masih ramai yang belum tahu bagaimana nak buat tuntutan harta sepencarian. Baca sampai habis, sebab penting nie!

Q1 : Apa itu harta sepencarian?
A : Harta sepencarian adalah harta yang wujud atau diusahakan bersama-sama dalam tempoh perkahwinan samada harta alih atau tidak alih yang telah ditentukan oleh hukum syarak. Ia juga boleh jadi harta sebelum kahwin, tetapi mesti yang diusahakan atau sumbangan bersama.

Q2 : Macam mana kita nak tentukan harta sepencarian tersebut?
A : Bagus soalan ini, dalam borang permohonan harta sepencarian anda perlu nyatakan nanti. Ia terdiri dari dua bahagian.

a. Sumbangan secara langsung
Kedua-dua pihak (suami isteri) telah bersama-sama menyumbang dengan mengeluarkan modal bagi mendapatkan aset tersebut. Contoh suami-isteri mengeluarkan sumbangan bagi membayar rumah yang mereka beli.

b. Sumbangan tidak langsung
Bagi sumbangan tidak langsung, ia bukan sumbangan dari bentuk wang bagi mendapatkan aset tersebut. Ia boleh jadi dari segi nasihat, idea, dorongan, semangat kepada pasangan bagi mendapatkan aset tersebut. Contoh suami bekerja dan memberikan sumbangan secara langsung dengan mengeluarkan wang bagi mendapatkan aset tersebut, manakala isteri tidak bekerja. Isteri menjalankan tanggungjawab menjaga rumahtangga, menjaga anak-anak sepanjang tempoh perkahwinan. Isteri masih dianggap memberi sumbangan walaupon tidak berbentuk wang.

Bila nak buat tuntutan perlu ada bukti yang jelas (berdokumen), sebab jika sekadar cakap mulut akan merumitkan dan menyusahkan mahkamah membuat keputusan. Akhirnya mahkamah akan membuat keputusan dengan bukti dan alasan yang diterima akal dengan merujuk kes-kes terdahulu. Lebih rumit jika perlu mendapatkan persetujuan beberapa pihak dan ada pihak yang terlibat sudah meninggal dunia. Lantik lawyer yang arif dalam tuntutan harta sepencarian jika kita tiada kepakaran dalam bidang ini. Sediakan duit saje, minimum RM10K hehe

Sebaiknya buat perancangan awal seperti nyatakan didalam wasiat / hibah agar memudahkan urusan pentadbiran kelak. Jika nak dibandingkan kesusahan yang bakal ditempuhi oleh pasangan yang masih hidup.

Q3 : Jika isteri beli rumah, isteri saje yang bayar bagaimana?
A : Itu dikira sebagai harta sepencarian. Asalkan harta tersebut wujud lepas berkahwin dikira sebagai harta sepencarian.

Q4 : Bila boleh tuntut harta sepencarian?
A : Ia boleh dituntut dalam beberapa keadaan seperti berikut.

  • Selepas pasangan meninggal dunia
  • Selepas penceraian
  • Tuntutan poligami

Q5 : Berapakah kadar yang boleh dituntut harta sepencarian?
A : Mahkamah yang akan tentukan. Rujuk kepada:

ENAKMEN 2 TAHUN 2003
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI SELANGOR) 2003
BAHAGIAN VIII – PELBAGAI
Pembahagian Harta Sepencarian

Seksyen 58. Kuasa Mahkamah memerintah pembahagian harta sepencarian

Seksyen 122. Kuasa Mahkamah memerintah pembahagian harta sepencarian

(1) Mahkamah adalah mempunyai kuasa apabila membenarkan lafaz talaq atau apabila membuat suatu perintah perceraian untuk memerintah supaya apa-apa aset yang diperolehi oleh pihak-pihak itu dalam masa perkahwinan dengan usaha bersama mereka dibahagi antara mereka atau supaya mana-mana aset yang diperolehi oleh pihak-pihak itu dalam masa perkahwinan dengan usaha bersama mereka dibahagi antara mereka atau supaya mana-mana aset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagi antara pihak-pihak itu.

(2) Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh subseksyen (1), Mahkamah hendaklah mengambil perhatian tentang—

(a) takat sumbangan-sumbangan yang telah dibuat oleh tiap-tiap satu pihak dalam bentuk wang, harta, atau kerja bagi memperolehi aset-aset itu;

(b) apa-apa hutang yang terhutang oleh salah satu pihak yang telah dilakukan bagi manfaat bersama mereka;

(c) keperluan-keperluan anak-anak yang belum dewasa dari perkahwinan itu, jika ada,

dan, tertakluk kepada pertimbangan-pertimbangan itu, Mahkamah hendaklah membuat pembahagian yang sama banyak.

(3) Mahkamah adalah mempunyai kuasa, apabila membenarkan lafaz talaq atau apabila membuat perintah perceraian, memerintah supaya apa-apa aset yang diperolehi dalam masa perkahwinan dengan usaha tunggal satu pihak kepada perkahwinan itu dibahagi antara mereka atau supaya aset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagi antara mereka atau supaya mana-mana aset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagi antara pihak-pihak itu.

(4) Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh subseksyen (3), Mahkamah hendaklah memberi perhatian kepada—

(a) takat sumbangan-sumbangan yang telah dibuat oleh pihak yang tidak memperolehi aset itu, kepada kebajikan keluarga dengan memelihara rumahtangga atau menjaga keluarga;

(b) keperluan-keperluan anak-anak yang belum dewasa dari perkahwinan itu, jika ada,

dan tertakluk kepada pertimbangan-pertimbangan itu, Mahkamah boleh membahagikan aset-aset itu atau hasil jualan itu mengikut apa-apa kadar yang difikirkannya munasabah, tetapi, walau bagaimana pun, pihak yang telah memperoleh aset-aset itu dengan usahanya hendaklah menerima suatu kadar yang lebih besar.

(5) Bagi maksud seksyen ini, rujukan-rujukan mengenai aset yang diperoleh dalam masa perkahwinan termasuklah aset-aset yang dipunyai oleh satu pihak sebelum perkahwinan itu yang telah dimajukan pada sebahagian besarnya dalam masa perkahwinan itu oleh pihak yang satu lagi itu atau dengan usaha bersama mereka.

Q6 : Saya telah diceraikan suami kerana berlaku curang, adakah saya layak tuntut harta sepencarian sedangkan saya juga menyumbang ketika membeli rumah?
A : Jika puan diceraikan disebabkan kesilapan puan tanpa sebarang sumbangan, puan tidak layak menuntut harta sepencarian. Walaubagaimapun, jika menyumbang maka puan layak menuntut harta sepencarian.

Q7 : Apakah proses tuntutan harta sepencarian?

a. Secara sulk
Melalui cara pengakuan dan penyerahan hak kepada pihak pasangan. Contoh, suami menyatakan rumah tersebut adalah harta sepencarian dan beliau tidak mahu menuntut dan menyerahkan kepada bekas isteri dan anak-anak.

b. Secara ansuran balik
Bagi pihak yang ingin memiliki harta tersebut, maka dia harus membayar tunai dengan kadar yang sepatutunya diterima oleh pasangan.

c. Secara penjualan
Bagi mereka yang tidak lagi mahu memiliki harta tersebut, maka ia perlu dijual dan diagihkan mengikut kadar yang telah dipersetujui.

d. Dibahagi dua secara sama rata
Bagi mereka yang bersama-sama menyumbang dalam memiliki aset tersebut.

Q8 : Apakah dokumen yang diperlukan untuk buat tuntutan harta sepencarian?
A : Anda boleh rujuk senarai semak yang sediakan dalam borang tuntutan harta sepencarian.

Antaranya:

  • Butir-butir perkahwinan
  • Butir-butir pihak penuntut
  • Nilai tafsiran harta tersebut oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta
  • Sijil kematian
  • Surat mentadbir harta pusaka atau probe

Q9 : Dimana nak dapatkan borang tuntutan harta sepencarian?
A : Anda akan terus boleh download borang tuntutan harta sepencarian sebagai rujukan apa yang perlu diisi. Kesemua borang adalah dari negeri Selangor. Anda perlu rujuk dinegeri masing-masing.

Q10 : Dimana nak tuntut harta sepencarian?
A : Nak buat tuntutan harta sepencarian hanya boleh dilakukan di mahkamah tinggi syariah sahaja dan setiap negeri ada sebuah. Sila rujuk alamat dibawah:

Mahkamah Tinggi Syariah Selangor Darul Ehsan
Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah, Persiaran Masjid, Seksyen 5,
40000 Shah Alam Selangor
Tel: 03-5519 1291 / 03-5519 1294
Fax: 03-5510 5620

Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan
Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan,
No 71, Jalan Sri Hartamas 1, Taman Sri Hartamas,
50676 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur.
Tel: 03-6205 7000/7200
Fax: 03-6205 7100

Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Labuan
Bangunan Mahkamah Syariah, Jalan Tun Mustapha,
87000 WP Labuan.
Tel: 087-410 857
Fax: 087-410 885

Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Putrajaya
Bangunan Annexe, Istana Kehakiman, Presint 3,
62506 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Tel: 03-8880 4500
Fax: 03-8880 4564

Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Perlis
Darul Qada’ Tuanku Syed Sirajuddin,
Persiaran Jubli Emas, Jalan Pegawai,
01000 Kangar , Perlis.
Tel: 04-977 4846
Fax: 04-977 5107

Mahkamah Tinggi Syariah Kedah
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
06550 Bandar Muadzam Shah
Kedah Darul Aman.
Tel: 04-700 1980/1982
Fax: 04-700 1989/1990

Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang
Daerah Timur Laut No. 3, Jalan Batu Gantung,
10450 Geogetown Pulau Pinang
Tel: 04-828 2727 / 827 8586
Fax: 04-82 96427

Mahkamah Tinggi Syariah Perak
Aras 5, Mahkamah Syariah Perak Darul Ridzuan, Jalan Pari,
Off Jalan Tun Abdul Razak,
30100 Ipoh, Perak Darul Ridzuan
Tel: 05-501 8448
Fax: 05-501 8523

Mahkamah Tinggi Syariah Kelantan
Kompleks Mahkamah Syariah,
Bandar Baru Tunjung, Jalan Pasir Mas – Salor,
15510 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim
Tel: 09-748 2206
Fax: 09-743 0476

Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu
Aras 5, Bangunan Mahkamah Syariah, Jalan Sultan Mohamad,
21100 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.
Tel: 09-623 2323
Fax: 09-624 1510

Mahkamah Tinggi Syariah Pahang Darul Makmur
Jalan Masjid,
25000 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
Tel: 09-517 7966
Fax: 09-513 4805

Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sembilan
Kompleks Kehakiman Syariah Negeri Sembilan,
1054A, Jalan Sendayan,
71950 Bandar Sri Sendayan,
Negeri Sembilan.
Tel: 06-781 2444
Fax: 06-781 2424

Mahkamah Syariah Negeri Melaka
Kompleks Mahkamah Syariah Melaka,
Jalan Ayer Keroh Lama, Hang Tuah Jaya,
75450 Melaka.
Tel: 06-333 3333 / 233 1084
Fax: 06-231 3913

Mahkamah Tinggi Syariah Johor Darul Takzim,
Bangunan Mahkamah Syariah Negeri Johor,
Lot 259, Jalan Abu Bakar,
80100 Johor Bharu, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-219 9000
Fax: 07-221 3133

Mahkamah Tinggi Syariah Pantai Barat Selatan,
Bangunan Mahkamah Syariah, Wisma MUIS, Beg Berkunci 130,
88739 Kota Kinabalu.
Tel: 08-825 8549
Fax: 08-825 7032

Mahkamah Tinggi Syariah Kuching,
Tingkat 5, Bangunan Mahkamah Syariah,
Jalan Satok, 93400 Kuching.
Tel: 08-24 9810
Fax: 08-24 8715

Boleh baca entry dibawah bagi tambah pengetahuan.

Soalan lazim wasiat. Klik disini

Soalan lazim hibah. Klik disini

Soalan lazim faraid. Klik disini

Sebarang kemuskilan boleh hubungi atau whatsapp saya di no berikut 0165577653

Share This Post

Dapat E-Book Hibah Percuma

Khas untuk anda

58 Responses

  1. assalamualaikum…arwah ayah telah bercerai dan berkahwin baru…kami telahpun ke mahkamah tinggi agar harta di atas nama arwah ayah di faraidkan utk hutang dan di agihkan termasuk harta yg wujud semasa bersama ibu saya…soalan saya,bagaimana pulak dengan harta arwah ayah yang wujud semasa dengan isteri kedua tadi yang mana kebanyakan di letakkan atas nama syarikat yang wujud selepas mereka berkahwin.?adakah kami sebagai anak boleh membuat tuntutan ke atas hak arwah ayah???info tambahan,arwah ayah semasa hayatnya adalah pegawai kerajaan dan tidak mahu menggunakan nama beliau di sebabkan hal2x tertentu.mohon pencerahan.wassalam.

    1. Kalau letak nama syarikat, itu harta syarikat. Saham syarikat itu lah harta arwah. Saham syarikat itulah yang jadi harta pusaka. Pusaka saham itu pula jatuh kepada waris-waris arwah.

  2. J.
    Apa patut saya buat
    Adakah perlu saya buat Tuntutan harta sepencarian jika suami kawin lain.
    Apakan harta isteri kedua dpt sama rata dgn isteri pertama

    1. boleh buat tuntutan. pn mmg ada hak menuntut.

      jika faraid mmg bahagian isteri akan dibahagi sama rata.

  3. Maaf sekadar bertnya mak dng ayah bercerai..mak x pnh melaksankn tugasan sbgai seorg isteri ( sediakan mkn minum ayah dan anak²) mak hanya pandai msk megi je..punca p’ cerai berlaku ats kesilapan mak ( mek terlalu ingtkn sngt ape kata nenak) mak selalu buruk kan ayah.skg mak tuntuk harta sepecarian+ nutaah.adakah mak layak utk dpt kn smuanya..sepanjang perkhwinan ayah ada memiliki rumah dan kereta ayah seorg pegwai tentera

    1. susah nak jawab. tetapi jika ibu gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri kemungkinan dpt sikit atau tiada langsung. ini bergantung kepada hujah yang diberikan kepada hakim. hakim akan buat keputusan atas hujah dan bukti yang diberikan.

    2. Assalamualaikum…setelah menunggu selama 5thn naik turun mhkamh baru la skg sya mdapat surat perintah mhkamah ats tuntutan hrta spencarian..cuma soalan sya disini ialah bolehkh sya terus mbuat report polis jika pihak defendan tidak berbuat apa2 selepas 4bln tempoh yg sya beri utk tujuan agihan hrta spencarian yg dituntut..

      1. Selalunya plaintif boleh failkan perintah penghinaan mahkamah terhadap defendan. Boleh pohon pendaftar mahkamah syariah yang menandatangani borang pindahmilik untuk memindahmilik harta sepencarian kepada plaintif sepertimana perintah mahkamah. Tak perlu report polis. Polis tak buat apa-apa pun.

        1. Assalamualaikum tuan. Nak tanya.. Kalau kita kehilangan surat/doc utk harta sepencarian. Dimana kita nak dapat salinan? Mak saya dah bercerai dengan ayah pada tahun 90an. 2022 ayah telah meninggal sekarang hak mak dlm harta pusaka ayah tiada record dan PJTG minta surat hitam putih yang mengatakan mak saya ada bahagian dalam harta arwah ayah saya. Surat itu sudah hilang

  4. Assalamualaikum.sy nak bertanya sekiranya bekas suami bersetuju tidak menuntut rumah dan memberi semua bahagian kepada saya dan perkara tersebut telah pun tercatit dlm satu perintah mahkamah.adakah pihak suami boleh lg buat tuntutan harta sepencarian kerana rumah tersebut masih di atas nama beliau tetapi selama 11 tahun selepas bercerai sy yg membayar segalanya..mintak bantuan untuk jelaskan perkara ini..

  5. Assalamualaikum, saya ingin bertanya. Ibu saya dah berpisah dengan ayah tiri saya. Seperti rumah yang dibina setelah perkahwinan perlu pembahagian macam mana ya? Rumah tersebut dibina dengan wang simpanan ibu sebelum bersama ayah tiri dan hasil sepencarian dengan ayah tiri ( hasil berkerja). Buntu.

    1. bagi rumah ayah tiri tak layak tuntut harta sepencarian.

      dari hasil bekerja ada aset yg dibeli? jika tiada apa yg ayah tiri nak tuntut?

  6. Assalamualaikum, saya ingjn bertanya. Ibu dan ayah tiri saya telah berpisah. Dalam tempoh pernikahan tersebut, rumah telah dibina. Rumah tersebut dibina atas hasil kerja bersama ibu dan ayah tiri dan duit simpanan ibu sebelum bersama ayah tiri. Rumah tersebut dibina sendiri bersama adik beradik lelaki dan saudara sebelah ibu. Pembahagian tersebut macam mana ya.

  7. Assalam tuan , nak tanya jika saya (isteri) ada membeli rumah sendiri (loan sendiri , s&p nama sendiri) selepas kahwin ,langsung tidak usik duit suami. Sekiranya berlaku penceraian,si suami berhak menuntut harta sepencarian untuk rumah tersebut ? Jika ya , apakah caranya untuk mempertahankan di mahkamah bahawa itu memang asset atas nama saya tanpa sebarang duit suami agar suami tiada hak untuk menuntutnya.

    1. Tn hanafi, sedikit seperti isu isteri ‘Keliru’ ni, kalau isteri jual rumah yg diduduki bersama-sama sebelum ini, adakah suami berhak atas sebahagian keuntung jualan rumah tersebut. Berapa anggaran nilai yg hak saya.

      Sumbangan tak langsung saya @ suami adalah, mencadangkan pembelian rumah tersebut, membayar mantainance sekali sekala.

      saya pada masa hendak membeli rumah tersebut tiada pekerjaan tetap / tidak layak untuk pinjaman bank.

      Boleh isteri bercadang utk hanya memberi sebahagian kecik dari pendapatan bersih jualan rumah iaitu tidak sampi 6%. Dengan alasan dia yg membayar bayaran bulan, nafkah yg saya beri untuk belanja lain.

      Mohon penjelasan.

      1. en kemungkinan tidak layak langsung atau sedikit sangat. jika isteri xnak bagi itu adalah pilihan isteri. jika en nak selesaikan di mahkamah, en perlu buat permohonan. ia tidak akan berlaku secara automatik.

  8. Assalam tuan, sy ada sebuah rumah yg dibeli semasa dlm perkahwinan dgn bekas isteri sy. Rumah tersebut adalah atas nama sy dan 100% dibiayai oleh sy (bekas isteri suri rumah sepenuh masa).Buat masa sekarang rumah itu didiami oleh sy dan ank2. Sekiranya sy membuat refinance keatas rumah tersebut dan lebihan refinance tersebut sy bahagikan sama rata (atas persetujuan dua2 pihak), adakah isu hak harta sepencarian (rumah) ini selesai?

    1. Waalaikumussalam. Isu hak harta sepencarian boleh jadi selesai jika bekas isteri bersetuju. Dapatkan persetujuan bertulis dari bekas isteri bahawa dia bersetuju dengan cara tersebut dan menuntut jumlah yang tersebut sahaja. Jika, bekas isteri tak bersetuju, still jumlah sebenar hak harta sepencarian perlu ditentukan oleh mahkamah.

  9. Assalamualaikum Tn..sy dan suami da bercerai..suami dah berkahwin lain..sy masih boleh lg kan utk tuntut harta sepencarian..ada tempoh2 tertentu ke..lg 1 suami kecualikan bayaran nafkah iddah dan nafkah lain yg berkaitan di Mahkamah rendah syariah tp sy xterima apa2 dokumen berkaitan pun..bolehkah sy buat tuntutan semula..

    1. pn kena lantik peguam untuk uruskan. adakah tempoh cerai pn dengan bekas suami sudah lama? harta sepencarian sepatutnya dituntut ketika bercerai berlaku.

  10. Salam. Adik lelaki sy baru bercerai. Tp dia langsung tidak diberikan apa2 harta sepencarian. Utk makluman, bekas adik ipar sy merupakan seorang GM bg syarikatnya. Telah membeli beberapa buah rumah semasa mereka masih bersama. Rumah2 tersebut milik bekas isterinya. Kerana adik sy hanya pemandu lori. Soalan sy, boleh kan adik saya mendapatkan hak harta sepencarian walaulaupun dia tidak menyumbang dr segi wang ringgit. Skrg adik sy duduk di rumah pusaka ayah sy, yg telah diberikan separuh kepada bekas isterinya. Boleh kah adik sy mendapatkan semula haknya untuk rumah pusaka tersebut

    1. utk lelaki nak tuntut harta sepencarian agak susah kerana tiada sumbangan secara langsung. Tambahan lagi kediaman adalah tanggungjawab suami sediakan.

      Untuk dapatkan harta pusaka kena bincang dengan bekas isterinya.

  11. Assalamualaikum Tn klau suami meninggal Dan saya buat tuntutan harta sepencarian utk rumah, kereta dan motorsikal…. Berapakah yg saya dapat

    1. ia bergantung atas sumbangan puan, tempoh perkahwinan dan usaha pn dapatkan harta tersebut.

  12. Salam Tuan,saya nk tnya sekirnya nk tuntut harta sepencarian dan seterusnya ke faraid utk harta iaitu rumah yg belum habis di bayar. Andai kata,loan yg dibuat dibank ialah RM260K dan loan masih berbaki RM200K ,harga pasaran rumah pula untuk waktu sekarang ialah RM280K.Soalannya,Pengagihan untuk tuntutan harta sepencarian dah faraid perlu ikut harga pasaran rumah ke?atau ikut loan yg sudah dibayar,iaitu RM60K?
    Mohon penjelasan.

  13. As salam
    Sy nak tanya tentang bapa yg telah meninggal.
    Meningglkn harta yg dijana bersama isteri kedua. Tiada sebarang janaan harta bersama isteri pertama mlhn brcerai. Malahan sememangnya zero ketika berkahwin dengan isteri kedua, kmdian mengumpul harta bersama dan sepencarian dengan isteri kedua. Anak2 hasil prkhwinn pertma jg tiada sebarang bantuan atau sumbangan kpd bapa sepanjang hidup bapanya sbg anak dll termasuk spt menjaga nafkah, tunaikn tnggungjwb sbg anak sehingga bapanya tua dan meninggal.
    Anak2 hasil prkhwinn isteri kedua menunaikn tnggungjwb sebagai anak yg sepatutnya dan sumbngn serta nafkah kpd bapanya dan brsama2 nenjana harta sepencarian dan harta bersama ibubapanya.
    Setelah si bapa meninggl anak2 isteri pertama menuntut harta sibapa.
    Apa perlu anak2 dari isteri kedua lakukan berdasarkn undang2 serta berdasarkn syariah.

    1. wasalam, saya cadang isteri mohon harta sepencarian.

      apa2 boleh wasap saya 0165577653

  14. Assalamualaikum,sya nak bertnya.. sekiranya sudah bercerai 2 tahun bolehkh seorg isteri tuntut harta sepencarian seperti kereta sedangkan kereta atas nama suami, isteri xmemberi apa² sumbangan dan kereta masih belum hbih bayar…

    1. wasalam. jika kereta tak berbaloi nak tuntut. tetapi jika nak boleh cuba.

      tp kena tgk banyak faktor lain juga.

  15. Salam encik. Kedua ibu bapa saya ada membeli rumah. Dan mengikut geran, arwah ibu saya 1/2 bahagian dan ayah saya 1/2 bahagian. Skrng ni arwah dh tkde, jadi mengikut fahaman saya, 1/2 bahagian arwah ibu itu waris2nya boleh tuntut since mereka ada hak. Jadi soalan saya, boleh ke ayah saya tuntut harta sepencarian ini? Jika boleh, apakah langkah2 selanjutnya?Sbb memang ayah yg bayar loan rumah sehingga habis.

    1. wasalam. boleh. kena mohon di mahkamah syariah, nyatakan sebab-sebab ayah nak tuntut. antaranya ayah bayar loan. jika semua setuju nak bagi ayah, urusan di sulh saja dah selesai.

      1. Asalamualaikum,sy bru shaja bercerai dengan suami sy,mcm mna sy nak tuntut harta sepencarian sepanjang tempoh sy jd isteri dia,dlm tempoh perkahwinan kami dia ada beli tanah tanpa pengetahuan sy..selepas itu dia ada buat padi dan dlm tempoh sepnjang dia buat padi dia tidak pernah cakap berapa hasil semusim jual padi..untuk simpanan pun sy tidak pernah tahu berapa jumlah simpanan yang ada.. bolehkah saya tuntut semua itu?

        1. wasalam. puan kena lantik peguam syarie untuk uruskan.Boleh atau tidak nanti bergantung pd keputusan hakim.

  16. Assalamualaikum Tuan, Boleh saya tahu jika suami isteri berpisah dan rumah nama bersama.. dan di bahagikan dua.. Anak tinggal dan di jaga si bapa umur 20, 13 & 11 tahun adakah di sini ank2 ini ada hak atas hasil jualan tersebut? Dan bagai mana perlu di bahagikan sedangkan anak tinggal dengan si bapa dan bapa masih menanggung mereka. Si ibu dah dapat sama rata dengan si bapa.

    1. jika jual, masing-masing hidup tak perlu beri pada anak. mereka bukan pemilik harta tu. melainkan jika berlaku kematian pada mak / ayah anak-anak tersebut.

  17. Salam tuan.saya dh bercerai 3 tahun.sebelum ini bekas suami saya ada sebuah rumah beli semasa dalam perkahwinan.baru ini saya dapat tahu beliau sudah refinance rumah tersebut dan xberi satu sen pun.bolehkah saya buat tuntutan semula di mahkamah

    1. jika rumah tu atas nama ex, kenapa nak bagi duit pada puan pula? itu adalah hak ex utk buat apa saja. Melainkan rumah tu nama bersama.

  18. Salam tuan saya ada persoalan. Katakan Osman dan Fatima bercerai tahun 2005. Kemudian tahun 2009 Osman berkahwin pula dengan Siti. Semasa penceraian yang pertama, tak diketahui samaada Fatima ada tuntut hak harta sepencarian atau tidak. Saya assume tiada tuntutan dibuat. Osman dan Siti masih suami isteri hingga ke hari ini.

    Kemudian Tahun 2022, Fatima rasa nak buat tuntutan harta sepencarian. Masih boleh atau tidak? Dan kalau boleh, apa cara-caranya secara ringkas?

    1. lama sgt jika fatima nak buat tuntutan, mahkamah boleh anggap fatima tak nak tuntut..

  19. Assalamualaikum Tuan.

    Saya ingin bertanya bagi pihak adik saya. Beliau telah bercerai dan ingin membuat tuntutan harta sepencarian untuk rumah.

    Rumah tersebut telah dibeli atas nama pasangan beliau. Tetapi adik saya ada menyumbang 6% dari jumlah 10% untuk bayaran deposit rumah & 3/4 kos renovation untuk rumah tersebut.

    Rumah tersebut baru sahaja dibeli oleh mereka selepas 4 tahun berkahwin. Pada tahun ke-5 mereka telah bercerai dan sebelum ini suami beliau telah membayar sepenuhnya untuk ansuran bulanan rumah tersebut tidak termasuk bil utiliti.

    Selepas bercerai, bekas suami beliau membenarkan beliau tinggal di rumah tersebut (demi keselesaan anak-anak) dan meminta beliau buat bayaran separuh dari ansuran bulanan. Persoalan saya, adakah adik saya layak untuk menuntut sebahagian dari rumah tersebut dan adakah wajar untuk beliau buat bayaran separuh dari ansuran bulanan kepada pihak bank memandangkan hutang loan rumah tersebut masih panjang.

    Terima kasih atas pandangan dan keprihatinsn tuan.

    1. jika dokumen SPA adalah rumah adik, maka rumah tu adalah milik adik. loan atas nama siapa? ini persetujuan bersama.

  20. Assalamualaikum sy nak tanya, sy dh bercerai dan masa dlm perkahwinan suami ada beli rumah dan loan rumah tu adalah nama bersama 50% nama sy 50% nama suami tapi bulanan suami yg byr namun sy ada beri duit dlm beberapa ribu utk bantuan suami semasa peringkat awl masuk ke rumah, sy juga ada beli barang utk keperluan rumah tersebut (namun sy dh ambil semula brgnya selepas cerai) ada banyak juga perabot sy beli tapi sy ambil semula namun sy tiada rumah utk tempatkn brg tersebut (yg mana kerugian bg sy), jd sy nk tanya boleh ke sy tuntut rumah tersebut atau sekurang kurangnya minta dia keluarkn nama sy dr rumah tu sbb nnt susah sy nk buat loan rumah lain tapi sy tiada apa apa salinan dokumen pun sbb semua dalam simpanan dia, tapi mmg sy ada sign semua dokumen masa pembelian rumah tersebut, takpe ke tiada salinan dokumen pd sy? Btw dia juga ada hutang semasa berkahwin dgn sy dan ada nafkah tertunggak selama 9 bulan, semua tu sy boleh tuntut sekali? Kami dh bercerai 1 tahun masih boleh sy buat tuntutan? Harap encik boleh tlg jawab soalan sy, sy nng memerlukan bantuan, terima kasih banyak.

    1. boleh tuntut. jika rumah rumah sain SPA atau perjanjian jual beli bersama, rumah tu 1/2 dah mmg milik puan dah. berkenaan nafkah tu boleh tuntut sekarang sementara ex masih hidup.

  21. Assalamualaikum tn..sy NK bertnya sekiranya berlaku penceraian..istri menuntut hak sepencarian tapi suami buat x endah..macam mna tuh..adakh berdosa suami buat MCm tuh Dan adakh akn dikenakan tindakan oleh mahkamah..jelasnya suami xnk jual rumah Dan mahu dduk dgn ank2 sahaja SBB isteri X mahu tnggjwb untk mnjaga ank lagi selepas bercerai..100% suami yg membayar rumah sblm nih..

    1. jika isteri menuntut perlu melalui mahkamah syariah, tak boleh tuntut hanya dengan cakap-cakap sahaja.

      en perlukan peguam jika tidak mahu tunaikan tuntutan bekas isteri.

  22. Assalamualaikum.. sy telah bercerai dengan bekas isteri pada tahun 2018. Pd tahun 2014 sy telah beli rumah dan sy letak 2 nama (sy dan bekas isteri) tetapi atas 1 loan (nama sy).. sepanjang sy beli rumah dr tahun 2014 smpai la skang, hanya sy yg bayar dan uruskan semua urusan mengenai rumah tersebut (bekas isteri tak ambil tahu langsung).. sekarang apa yg perlu sy lakukan memandangkan kami telah bercerai selama 4 tahun. sy plan ingin menjual rumah tersebut..

    1. 1/2 tetap hak isteri, 1/2 lagi hak en.

      jika nak jual perlu dapatkan persetujuan pemilik lagi satu walaupon en yang membayarnya.

  23. Assalamualaikum
    Saya telah bercerai dan mempunyai rumah atas nama bersama dengan bekas suami dan loan kerajaan atas nama saya seorang sahaja,tapi saya sahaja yang membayar melalui potongan gaji tanpa sumbangan dari bekas suami,bekas suami hanya keluarkan deposit dari kwsp sahaja.masalah skrg,bekas suami nak tuntut itu hak dia separuh…mohon pencerahan

    1. ikut dari segi undang-undang, 1/2 adalah milik suami. Saya cadang puan mohon harta sepencarian keatas 1/2 rumah lagi.

  24. Assalamu’alaikum tuan
    Soalan 1: Jika rumah yg dibeli adalah dicadangkan oleh bekas suami dan dia menjadi penjamin untuk loan bekas isteri, apakah bekas suami boleh menuntut haknya untuk rumah tersebut. Segala pinjaman dibayar oleh bekas isteri 100% dan nama di atas nama isteri.
    Soalan 2: Jika rumah yg dibeli di atas cadangan oleh bekas suami dan dia menggunakan pengaruh kenalannya untuk mendapatkan rumah tersebut tetapi 100% dibayar oleh bekas isteri, nama geran pun atas nama isteri sahaja, adakah bekas suami mempunyai hak ke atas harta sepencarian tersebut?

    1. rumah sepatutnya disediakan oleh suami, kemungkinan sangat rendah / tipis untuk bekas suami menuntut harta sepencarian.

  25. Saya dah dapat perintah harta sepencarian. Mahkamah putuskan rumah tersebut 100% milik saya. Tapi dalam S&P dan geran ada nama bekas suami. suami tak nak sign borang pindah milik 14A. Apa yang saya boleh buat?

Leave a Reply to hanaffi idris Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Nak kami bantu anda?

Hubungi segera untuk sesi konsultansi percuma

© 2021 SEZARAH NUR VENTURE (SA0388691-M) . All rights reserved

hanaffi.com

error: Content is protected !!