Home » Wasiat » Wasiat Hutang

Jika suami meninggal dunia dengan wasiat hutang sahaja, adakah waris faraid perlu selesaikan? Atau hutang tersebut hanya ditanggung oleh arwah?

Jika kita perhatikan, sebelum agihkan harta kepada waris faraid atau melaksanakan wasiat 1/3. Hutang si mati wajib diselesaikan terlebih dahulu.

Hutang si mati wajib diselesaikan dengan harta yang dimiliki olehnya. Bagi anak-anak atau waris yang berkemampuan, adalah digalakkan membantu untuk melangsaikan hutang si mati sebagai bentuk ehsan membantu menyelesaikan liabiliti yang tergantung ke atas si mati.

Wasi atau pentadbir harus memainkan peranan yang penting agar hutang dapat diselesaikan.

1. Ancaman Allah Kepada Orang Yang Enggan Bayar Hutang

  • Akan Dibinasakan Oleh Allah.

Barangsiapa yang mengambil harta manusia (berhutang) dengan niat untuk membayarnya semula, maka Allah SWT akan menunaikannya untuknya. Barangsiapa yang mengambil harta manusia (berhutang) dengan niat untuk menghabiskannya tanpa membayar balik, maka Allah SWT akan membinasakan dirinya.

Hadith riwayat al-Bukhari: (2387)

  • Bertemu Allah Sebagai Pencuri.

Sesiapa sahaja yang berhutang lalu berniat untuk tidak mahu melunaskannya, maka dia akan bertemu Allah (pada hari Kiamat) sebagai seorang pencuri.

Hadith riwayat Ibn Majah: (1969)

  • Di Akhirat Pemiutang Akan Menerima Pahala Dari Penghutang Sebagai Ganti.

Barangsiapa yang mati dalam keadaan masih memiliki hutang, maka di hari Akhirat tidak ada lagi urusan dinar dan dirham, yang ada hanyalah urusan berkaitan pahala kebaikan dan dosa kemaksiatan.

Hadith riwayat Abu Daud: (3597)

  • Jika Si Mati Akan Tergantung.

Jiwa seorang mukmin tergantung dengan hutangnya sehingga dilunaskan hutang baginya.

Hadith riwayat Tarmidzi: (1079)

  • Dosa Tidak Diampunkan.

Diampunkan semua dosa bagi orang yang terkorban mati syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia).

Hadith riwayat Muslim: (1886)

  • Nabi Muhammad Tidak Meraikan Jenazah Penghutang.

Ini berdasarkan sebuah hadith dari Salamah bin Akwa.

“Pernah suatu ketika kami duduk-duduk bersama Rasulullah SAW, kemudian kami dibawakan sekujur jenazah. Mereka yang membawa jenazah itu memohon kepada Rasulullah SAW: “Mohon disolatkan jenazah ini.”

Sabda Rasulullah SAW, “Apakah ke atasnya hutang?” Mereka menjawab, “Tidak”. Rasulullah SAW bersabda, “Apakah dia meninggalkan (mewariskan) sesuatu?” Mereka menjawab, “Tidak”. Lalu Baginda mensolatkan jenazah itu.

Kemudian dibawakan jenazah lain dan mereka memohon, “Wahai Pesuruh Allah! Solatkan jenazah ini”. Sabda Rasulullah SAW, “Apakah ke atasnya hutang?” Mereka menjawab, “Ya”. Rasulullah SAW bersabda, “Apakah dia meninggalkan sesuatu?” Mereka menjawab, “Tiga dinar”. Lalu Baginda mensolatkan jenazah itu.

Kemudian datang jenazah ketiga. Mereka memohon: “Mohon disolatkan jenazah ini.” Sabda Rasulullah SAW, “Apakah ke atasnya hutang?” Mereka menjawab, “Tiga dinar”. Lalu Baginda bersabda: “Biar kalianlah yang bersolat atas jenazah sahabat kalian ini.”

Lalu Abu Qatadah merespon: “Mohon solat ke atas jenazah ini wahai Pesuruh Allah, aku akan menanggung hutangnya.” Lalu Baginda mensolatkan jenazah itu.”

Hadith riwayat al-Bukhari (2286) 

2. Penyelesaian Hutang Si Mati

Sebelum aset si mati diagihkan samada secara faraid / muafakat, hutang arwah perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Harta pusaka si mati tidak boleh diagihkan selagimana hutang arwah tidak diselesaikan. Kita rujuk Surah Nisa (4), ayat 11 bermaksud “Pembahagian itu ialah sesudah diselesaikan wasiat yang sudah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayar hutangnya.”

Pentadbir / waris perlu menyemak hutang si mati dengan bank, hutang kad kredit si mati dan juga hutang kereta si mati. Termasuklah hutang dengan manusia dan Allah SWT seperti zakat, haji, kaffarah, fidyah dan nazar.

Untuk makluman, waris tidak wajib melangsaikan hutang si mati dan tidak wajib membahagikan hutang secara faraid untuk menyelesaikannya.

Ini berdasarkan Surah Al Anaam (6) / ayat 164 bermaksud “Dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja).”

Sekiranya waris mampu menyelesaikan hutang si mati itu dikira amal kebaikan di sisi Allah SWT.

3. Hutang Si Mati Perlu Selesaikan Dengan Harta Pusakanya

Apabila kita berhutang, kita mesti berusaha untuk melangsaikan ketika masih hidup. Roh akan tergantung jika tidak menyelesaikannya.

Daripada Abu Hurairah R.A, Nabi Muhammad SAW bersabda “Jiwa seorang mukmin tergantung dengan hutangnya sehingga dilunaskan hutang baginya.

Hadith riwayat Tarmidzi: (1079)

Maka, hutang perlu diselesaikan dengan menggunakan harta peninggalan si mati.

4. Segera Selesaikan Hutang Si Mati

Urusan harta pusaka si mati seharusnya disegerakan bagi mengelakkan masalah dikemudian hari. Antara sebab kenapa perlu disegerakan adalah:

  • Termakan harta secara batil.
  • Hutang si mati tidak diselesaikan.
  • Wasiat yang dinyatakan oleh si mati tidak disempur
  • Kematian berlapis sehingga menyebabkan bilangan ahli waris semakin bertambah.
  • Pembahagian salah disebabkan kenyataan yang tidak tepat.
  • Harta pusaka terbiar dan tidak diuruskan.
  • Sebarang urus niaga tidak dapat dilaksanakan.
  • Wang pampasan tanah yang diambil alih oleh kerajaan kerana tanah tersebut masih lagi atas nama si mati.
  • Dokumen hilang.

“Wahai orang-orang Islam, janganlah kamu saling memakan (gunakan) harta-harta di antara kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya…)

(an-Nisa’ : 29)

5. Hutang Rumah Si Mati Tanggungjawab Siapa?

Sekiranya peminjam mencarum untuk MRTA/MRTT ia tidak menjadi masalah kerana pinjaman tersebut akan menyelesaikan hutang rumah tersebut.

Jika tidak, rumah tersebut terpaksa dilelong, oleh itu menjadi tanggungjawab peminjam menguruskan hutang agar tidak menjadi beban kepada ahli waris.

Peminjam disaran mencarum takaful sebagai perlindungan kecemasan tambahan.

Baca : Kepentingan Dan Kelebihan Hibah Takaful

6. Contoh Wasiat Hutang

Wasiat adalah dokumen undang-undang yang jelas menyatakan bagaimana harta anda diuruskan selepas kematian. Dengan melantik syarikat amanah, aset anda mampu diuruskan dengan baik dan segala hutang anda akan diselesaikan terlebih dahulu.

Harta pusaka akan diagihkan selepas segala hutang anda diselesaikan. Ini termasuk hutang dengan manusia dan Allah.

6.1. Arahan Dalam Wasiat

Saya mengarahkan agar semua harta amanah yang dipegang oleh saya dipindah milik kepada pemilik yang berhak. Seterusnya, saya mengarahkan bahawa wasi saya yang dinamakan di dalam Wasiat ini menggunakan harta peninggalan saya untuk membayar segala hutang piutang saya termasuk cukai kerajaan, kos pembahagian harta dan lain-lain perbelanjaan yang timbul semasa saya sakit atau semasa pengkebumian saya dan juga perbelanjaan untuk menguruskan peninggalan saya.

Saya mengarahkan wasi untuk membayar sebarang tunggakan kewajipan saya terhadap Allah SWT yang mana wajib saya membayarnya termasuk zakat, kaffarat, fidyah dan haji yang belum ditunaikan.

Saya mengarahkan wasi saya membayar segala hutang yang disenaraikan di bawah menggunakan aset yang disenaraikan sebelum pembahagian harta pusaka saya dilaksanakan.

Senarai aset bagi tujuan pembayaran hutang:

i) Wang pampasan polisi takaful:

  • No polisi TRXXXXXX
  • No polisi LRXXXXXX

ii) Wang caruman di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, No ahli XXXXX

Baca : 12 panduan Wasiat

7. Kelebihan Menulis Wasiat Di Syarikat Amanah

  • Berpengalaman lebih 16 tahun dalam pengurusan harta.
  • Tiada sebarang konflik. Institusi yang tidak berkepentingan dalam harta si mati dan melaksakan wasiat dengan amanah.
  • Jaminan kerahsiaan. Tiada sebarang maklumat didedahkan keapda umum dan berintegriti tinggi.
  • Mempercepatkan proses pengurusan harta pusaka si mati dan melaksanakan urusan pusaka secara komprehensif.
  • Melaksanakan tanggungjawab yang diberikan dalam wasiat.
  • Khidmat nasihat professional berdasarkan keperluan dan mengikut undang-undang.
Kelebihan Menulis Wasiat Di Syarikat Amanah

Perlantikan wasi yang kompetent mampu memudahkan urusan pusaka si mati. Dan pastikan anda menulis wasiat secara RASMI dari syarikat amanah, jangan sekadar lisan kerana ia akan menyusahkan waris kemudian hari.

Baca : Wasiat Secara Lisan

8. Kesimpulan

Hutang si mati wajib diselesaikan dengan menggunakan harta si mati. Semasa hidup setiap penghutang harus mempunyai rasa tanggungjawab untuk melunaskan hutang tersebut agar ia tidak menjadi beban di akhirat kelak.

9. Hubungi Kami

Pihak kami dapat membantu anda menyediakan dokumen hibah bagi harta yang ingin dihibahkan. Anda boleh hubungi En Hanaffi Idris 016-5577653 untuk khidmat nasihat berkaitan hibah.

Jika ada sebarang soalan, sila komen dibawah. Kami ingin tahu pendapat anda.

Share This Post

Dapat E-Book Hibah Percuma

Khas untuk anda

2 Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Nak kami bantu anda?

Hubungi segera untuk sesi konsultansi percuma

© 2021 SEZARAH NUR VENTURE (SA0388691-M) . All rights reserved

hanaffi.com

error: Content is protected !!