Kenapa Tiada Hibah KWSP?

Kenapa tiada Hibah KWSP
Home » Hibah » Kenapa Tiada Hibah KWSP?

Adakah KWSP boleh dihibahkan? Teruskan membaca bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan hibah KWSP supaya memudahkan anda merancang harta kelak.

Baru-baru nie saya buat taklimat di jabatan kerajaan. Salah seorang yang mendengar taklimat saya mengalami masalah pusaka.

Suami baru meninggal dalam bulan januari yang lalu.

Baca : Pengurusan Harta Pusaka

Masalah beliau adalah.

Arwah letak nama anak bawah umur sebagai penama KWSP.

Arwah meletakkan isteri 50%, anak-1 25%, anak-2 25%

Arwah ingat bila letak macam tu akan jadi milik masing-masing. Sebenarnya tidak! Tetapi ramai yang tidak tahu termasuklah arwah.

Sebelum nie arwah dah bawa balik borang tukar penama KWSP. Arwah bercadang nak letak penama KWSP 100% pada isterinya.

Arwah dah pesan pada si isteri untuk isi borang, tapi isteri buat tak tahu je.

Si isteri bermonolog.

“Cukuplah untuk aku 50%, buat apa nak tukar.”

Setelah berbulan-bulan lamanya, si suami meninggal tiba-tiba disebabkan masalah jantung.

Keadaan bertukar gelap. Si isteri panik.

Tetapi semuanya dah terlambat.

Semasa sesi taklimat saya ada nyatakan.

Setakat ini, tiada lagi fatwa berkenaan hibah KWSP, jadi kita terima apa yang ada dan kita buatlah perancangan yang terbaik.

Baca : 12 Panduan Wasiat

Baca : Soalan Lazim Hibah

1. Fatwa Majlis Kebangsaan Kali Ke-49

1.1 Fatwa Majlis Kebangsaan

Apa yang diputuskan pada 19 September 2000 Kali Ke-49 Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia adalah :

  • Wang KWSP & wang simpanan adalah harta pusaka yang mesti dibahagi mengikut hukum faraid.
  • Penama KWSP adalah wasi / pentadbir harta.
  • Penama hendaklah membahagikan wang KWSP mengikut hukum faraid.

Muktamat, kata putus telah ditetapkan.

1.2 Pencarum Mualaf

Hukum pembayaran KWSP bagi ahli yang memeluk Islam, pada 27 Januari 2004 Kali Ke-61 – Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memutuskan:

  • Mengikut hukum syarak, orang bukan Islam tidak berhak mewarisi harta orang Islam dan begitulah sebaliknya.
  • Jika seseorang bukan Islam memeluk Islam dan mempunyai simpanan KWSP dan telah menamakan penama orang bukan Islam maka hendaklah menukar penama tersebut kepada orang Islam. Jika tiada penama orang Islam dan tiada waris Islam yang berhak ke atas harta tersebut setelah beliau mati maka harta itu tidak menjadi hak kepada penama yang bukan Islam, sebaliknya hendaklah diserahkan kepada Baitumal.
  • Orang Islam boleh membuat wasiat kepada orang bukan Islam tidak melebihi 1/3 daripada hartanya.

1.3 Harta Sepencarian

Isu harta sepencarian juga difatwakan sebab apa yang orang faham, bila dah kawin semua harta pasangan boleh dituntut. Tetapi sebaliknya bagi harta sepencarian nie..

Hukum menjadikan caruman KWSP sebagai harta sepencarian, pada 22 Februari 2005, Kali Ke-67 – Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia telah memutuskan bahawa wang caruman KWSP tidak boleh dianggap sebagai harta sepencarian dan menetapkan wang tersebut sebagai harta pusaka yang perlu dibahagikan mengikut hukum faraid.

Bagi harta lain, pasangan boleh menuntut ia sebagai harta sepencarian. Walaubagaianapun ia perlu dituntut di mahkamah syariah dan ia tidak akan terjadi secara automatik.

Baca : Proses Tuntutan Harta Sepencarian

2. Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991

Ia adalah undang-undang yang telah diperkenan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen.

Seksyen 55A

Pengeluaran daripada Kumpulan Wang bagi ahli Kumpulan Wang yang telah mencapai umur lima puluh lima tahun

  • Lembaga boleh membenarkan seseorang ahli Kumpulan Wang yang telah mencapai umur lima puluh lima tahun untuk mengeluarkan semua jumlah wang atau sebahagian daripada amaun yang ada pada kreditnya, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga.
  • Subseksyen 54(6) tidak terpakai bagi seseorang ahli Kumpulan Wang yang telah mencapai umur lima puluh lima tahun.

[Mas. Akta A1300, Gan. Akta. A1611]

Sumber : KWSP

Segala dokumen hibah yang dibuat tidak selari dengan undang-undang sivil dan syariah akan menyebabkan hibah tersebut terbatal dan tidak diiktiraf.

Antara syarat hibah adalah harta, harta tersebut mestilah dimiliki sepenuhnya dan tiada sekatan menjalankan transaksi.

Baca : Memahami Hibah Dalam Islam

3. Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan

Diwartakan pada 18 Januari 2001 memutuskan bahawa orang Islam yang dinamakan sebagai penama oleh si mati dalam apa-apa skim simpanan wang dalam mana-mana Kumpulan Wang Simpanan, Insurans, Tabung, Lembaga, Syarikat Kerjasama, Koperasi atau institusi kewangan ialah wasi kepada si mati dan hendaklah membahagikan harta peninggalan kepada waris yang berhak mengikut pembahagian faraid.

Sebab itu masih tiada hibah KWSP seperti yang diwawarkan oleh setengah pihak. 

Semua tercengang.

Ada yang menjerit. 

“Kami baru tahu benda nie ustaz.!” 

Saya hanya tersenyum saja.

4. Kesimpulan

Rancanglah sebelum bertambat.

  • Suami atau isteri mesti merancang harta semasa hidup. Bukan dah meninggal baru fikir apa nak buat.
  • Suami berlapang dada dalam merancang harta pusaka kerana isteri telah banyak berkorban untuk kita.
  • Ingat penama bukan pemilik harta.

Sebarkanlah kepada sahabat-sahabat kerana masih ramai yang tak tahu tentang akan perkara ini. 

Sebagai langkah persediaan, buatlah hibah takaful sebagai tambahan tunai kepada waris yang ditinggalkan dan ia tidak tertakluk kepada faraid.

Anda disarankan baca artikel dibawah.

Baca : Antara Faraid, Hibah dan Wasiat Mana Satu Yang Terbaik?

Baca : Kepentingan Dan Kelebihan Hibah Takaful

5. Hubungi Kami

Pihak kami dapat membantu anda menyediakan dokmen hibah bagi harta yang ingin dihibahkan. Anda boleh hubungi En Hanaffi Idris 016-5577653 untuk khidmat nasihat berkaitan hibah.

Komen dibawah, kami ingin tahu pendapat anda!

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Dapat E-Book Hibah Percuma

Khas untuk anda

  1. Assalamualaikum Tuan, sy nk tny mcm mn nak pastikan penama akan bahagikan wang kwsp mengikut faraid. Adakah pihak kwsp akan pantau atau mcm mn? Sebab sy ada dengar ada penama yang memgeluarkan duit kwsp untuk kegunaan sendiri tanpa memberitahu kepada waris faraid yg lain.

    • Wasalam. Susah nak pastikan sebab sepengetahuan saya tiada peruntukan undang-undang khas bagi memantau aktiviti penama. Sebab itu saya cadangkan puan buat wasiat, dan melantik pentadbir organisasi yang dipercayai seperti majlis agama islam.

      Urusan pentadbiran dan pengurusan akan dilaksanakan mengikut syarak.

      Setakat ini majlis agama islam selangor, negeri sembilan dan johor ada menyediakan perkhidmatan wasiat.

      Cuma hibah di selangor sahaja ada. Apa-apa boleh whatsapp saya 0165577653

LEAVE A REPLY

Nak kami bantu anda?

Hubungi segera untuk sesi konsultansi percuma

© 2021 All rights reserved

hanaffi.com

error: Content is protected !!