Berapa Kos Pelaksanaan Hibah?

Berapa kos pelaksanaan hibah
Home » Hibah » Berapa Kos Pelaksanaan Hibah?

Setiap dokumentasi dan pelaksanaan hibah pasti ada kosnya. Ia melibatkan pihak LHDN dan peguam menguruskan harta hibah tersebut. Teruskan membaca.

Kos Hibah

1. Perkhidmatan Hibah

Pihak kami menyediakan dokumen hibah serta menguruskan pelaksaan hibah selari dengan undang-undang Sivil dan Syariah.

Baca : Memahami Hibah Dalam Islam

1.1. Penyediaan Dokumen Hibah

Q : Apakah dokumen yang perlu saya sediakan?
A : Tahniah. Sediakan:

  • Ic anda
  • Ic penerima
  • Akaun Bank – Nama Bank, No. Akaun
  • Unit Amanah – Nama syarikat Unit Amanah, No. Akaun
  • Saham & Sekuriti di Bursa Malaysia – No. Akaun CDS
  • Saham Koperasi – Nama Koperasi, No. Ahli
  • KWSP – No. Ahli
  • Polisi Insurans & Takaful – Nama syarikat, No. Polisi
  • Rumah / Kondominium/ Pangsapuri/ Lot Kedai – Alamat
  • Tanah – H.S. (M) No, P.T. No, Lot No, Mukim, Daerah, Negeri
  • Kereta / Motor / Bot / Kapal Peribadi – Jenis kenderaan, No. Pendaftaran
  • Saham dalam perniagaan – Nama syarikat, No. Pendaftaran
  • ‘Safe Deposit Box’ – Nama Bank, No. Peti Simpanan
  • Keahlian Kelab (yang boleh diwarisi) – Kelab, No. Ahli

Nota: Sedia yang mana berkaitan saja. Boleh diserahkan secara pdf atau hardcopy.

Q : Apakah harta yang boleh dihibahkan?
A : Harta seperti :

  • Hartanah
  • Unit trust
  • ASB
  • AHB
  • Fixed Deposit
  • Akaun simpanan emas (bukan barang kemas)
  • Tabung Haji – tanpa penamaan
  • Syarikat

Q : Apakah terdapat harta yang tidak boleh dihibahkan?
A : Ada, seperti berikut :

  • Harta diluar Malaysia
  • KWSP
  • Harta yang mempunyai susut nilai contoh kereta
  • Harta yang tak berdaftar seperti barang kemas, lukisan mahal, etc.
  • Harta yang dilarang syarak

Q : Adakah Sales and Purchase Agreement perlu lengkap?
A : Ya, sangat diperlukan.

Bagi hibah harta bercagar dokumen yang diperlukan iaitu Salinan Sales And Purchase Agreement, Facility Agreement dan Sijil MRTA / MRTT.

Anda boleh serah dalam bentuk pdf atau hardcopy.

Q : Rumah dalam pembinaan boleh buat hibah?
A : Boleh

Q : Siapakah yang patut buat hibah?
A : Terdapat 10 gologan yang kritikal perlukan hibah. Walaubagaimananpun ia bergantung kepada anda untuk menentukan pembahagian harta kepada waris.

Baca : Siapa Perlu Hibah Dalam Perancangan Harta

1.2. Jenis Hibah

Q : Apakah jenis hibah yang ada dipasaran?
A : Terdapat 3 jenis iaitu

  • Hibah Mutlak
  • Hibah Amanah
  • Hibah Bersyarat

Q : Apakah perbezaan hibah diatas?
A : Jawapannya adalah seperti berikut :

i) Hibah Mutlak :
Hibah mutlak adalah dengan cara melaksanakan pemberian secara terus daripada penghibah kepada penerima hibah. Sebagai contoh : Bapa menghibahkan sebuah rumah kepada anaknya dan terus melaksanakan pindah milik (Borang 14A KTN) kepada nama anak.

ii) Hibah Amanah :
Hibah amanah ialah pemberian secara terus oleh penghibah kepada penerima hibah tetapi penerima hibah belum / tidak berkelayakan memiliki harta tersebut. Oleh itu, badan berautoriti akan bertindak sebagai pemegang amanah bagi harta tersebut. Contohnhya penerima hibah adalah anak OKU atau kanak-kanak. Maka penghibah melantik pemegang amanah bagi menjaga harta tersebut sehingga anak berumur 18 tahun.

iii) Hibah Bersyarat :
Hibah bersyarat adalah pemberian harta semasa hidup oleh penghibah kepada penerima hibah tetapi penghibah membuat syarat yang dipersetujui oleh penerima hibah contohnya; pemberi hibah masih ingin duduki harta hibah sehingga dia meninggal dunia.

iv) Hibah Takaful
Hibah takaful sangat popular sekarang ini. Hibah takaful adalah pampasan yang diberikan kepada  penerima dalam bentuk tunai. Ia diperkenalkan sekitar tahun 2013 dibawah Akta Kewangan Islam. Pemilik polisi boleh memilih penerima sebagai wasi (pentadbir) atau penerima hibah secara mutlak.

Baca : Kelebihan Dan Kepentingan Hibah Takaful

Q : Bagaimana proses dokumentasi disediakan?
A : Berikut adalah tatacara penyediaan dokumen hibah:

  1. Setelah mendapat maklumat lengkap, pihak kami akan drafkan dokumen hibah. Ia mengambil 3-5 hari waktu bekerja.
  2. Setelah siap, pihak kami akan emailkan draf tersebut untuk semakan.
  3. Setelah disemak dan disahkan oleh pihak anda. Pihak kami akan sediakan dokumen untuk ditandatangan.
  4. Proses tandatangan oleh pihak anda dan syarikat.
  5. Setelah itu pihak kami akan hantar dokumen tersebut untuk di stamp di mahkamah.
  6. Setelah selesai, pihak kami akan menyerah dokumen salinan kepada anda. Dokumen asal akan disimpan di dalam peti besi.

1.3. Kos Hibah

Q : Berapa kos untuk dokumen hibah?
A : Adalah seperti dibawah:

  • Harta tidak bercagar bermula dari RM2650
  • Harta bercagar bermula dari RM2850

Jika anda buat harta hibah tidak bercagar, anda perlu buat wasiat juga. Hibah adalah untuk aset-aset tertentu sahaja. Aset-aset yang tidak dihibahkan perlu juga diuruskan dengan baik.

Dan melalui wasiatlah aset-aset ini serta hutang piutang akan ditadbir dan diagihkan. Kami akan membuat pentadbiran harta pusaka secara keseluruhan.

Pihak syarikat akan uruskan secara menyeluruh harta si mati agar semua hutang dapat diselesaikan  dan diagihkan. Tanpa wasiat ada kemungkinan aset lain dan hutang akan dibiarkan serta tidak diuruskan dengan baik oleh pihak waris.

Hibah adalah pengagihan semata-mata dan ia tidaklah menyelesaikan pentadbiran harta pusaka secara total. Sebab itu perlu wasiat juga.

Baca : 12 Panduan Wasiat

Q : Adakah terdapat fi lain?
A : Ada. Fi ini akan dikenakan selepas penghibah meninggal dunia. Saya akan buat pengiraan bagi mudah faham. Jika tak faham maklum saya boleh buat kiraan kasar untuk anda.

a) Fi pusaka / wasiat:

Nilai hartaFi
Nilai harta RM1,000,000.00 pertama1.8%
Nilai harta antara RM1,000,001.00 hingga RM10,000,00.001.0%
Nilai harta antara RM10,000,001.00 hingga RM40,000,000.000.5%
Nilai harta RM40,000,001.00 dan keatas0.25%

b) Fi hibah harta alih:

Nilai hartaFi
Nilai harta RM1,000,000.00 pertama0.75%
Nilai harta antara RM1,000,001.00 hingga RM10,000,00.000.5%
Nilai harta antara RM10,000,001.00 dan keatas0.25%

c) Fi hibah harta tak alih – RM2,000.00 bagi setiap lot / geran. Jika 2 tanah dan 2 rumah. Maka 4 x RM2,000

d) LHDN & Lawyer – anggaran 3%

Contoh, selepas dinilai aset semasa meninggal adalah RM2 juta. Pecahan seperti berikut:

  • Aset dalam wasiat RM1,000,000
  • Aset hibah harta alih (selain hartanah) bernilai RM500,000
  • Aset hibah harta tak alih (rumah / tanah) bernilai RM500,000 – 1 rumah

Jom kita kira berapa anggaran fi yang dikenakan adalah:

a) RM1,000,000 x 1.8% = RM18,000

b) RM500,000 x 0.75% = RM3,750

c) RM2,000 bagi 1 lot rumah

d) RM500,000 x 3% = RM15,000

Total a + b + c + d (RM18,000 + RM3,750 + RM2,000 + RM15,000) = RM38,750 bagi aset bernilai RM2,000,000

Nota : Fi yang dikenakan berdasarkan nilai semasa meninggal. Bukan nilai semasa dokumentasi ini dibuat.

1.4. Pelaksanaan Hibah

Q : Harta dihibahkan semasa hidup atau selepas mati?
A : Dokumentasi dibuat pada waktu hidup. Pelaksanaan pindah milik kepada penerima hibah akan dilaksanakan selepas kematian penghibah.

Walaubagaimanapun anda boleh meletakkan syarat tambahan bagi melaksanakan pindah milik antaranya:

  • Koma
  • Lumpuh kekal
  • Penyakit kritikal
  • Penghibah menarik diri daripada hibah

Q : Jika penerima hibah meninggal bagaimana?
A : Pihak syarikat menyediakan beberapa pilihan kepada anda, iaitu:

Pilihan 1 :

Penerima Hibah dewasa dan bawah umur 18 tahun.
Tiada klausa Penerimaan dan Persetujuan untuk kembalikan aset sekiranya Penerima Hibah meninggal dunia dahulu. Maka harta tersebut akan pusaka penerima.

Pilihan 2 :

Penerima Hibah dewasa.
Ada klausa Penerimaan dan Persetujuan oleh Penerima Hibah untuk kembalikan aset sekiranya beliau meninggal dunia dahulu. Maka Harta akan dikembalikan kepada Pemberi Hibah.

Pilihan 3 :

Penerima Hibah bawah umur 18 tahun.
Ada klausa penerimaan dam Persetujuan oleh Penjaga harta untuk kembalikan aset sekiranya Penerima Hibah meninggal dunia dahulu. Klausa ditandatangani oleh Penjaga. Maka Harta akan dikembalikan kepada Pemberi Hibah.

Baca : Hibah Kepada Anak

2. Jenis Harta Hibah

2.1. Harta Tidak Bercagar

Q : Rumah tidak bercagar, tetapi nak di pindah milik lepas mati boleh tak?
A : Boleh tetapi dokumentasi hibah perlu berlaku semasa hidup dengan Surat Kuasa Wakil (Power of Attorney) pihak syarikat akan pindak milik kepada penerima hibah selepas menerima berita kematian penghibah.

2.2. Harta Bercagar

Q : Adakah boleh hibah harta bercagar?
A : YA Boleh. Tetapi ada beberapa syarat yang harus dipenuhi untuk buat hibah harta bercagar. Teruskan membaca.

Q : Apakah syarat yang tetapkan oleh syarikat jika nak buat hibah harta bercagar?
A : Antara syarat utama adalah:

  • Pemberi Hibah MESTILAH menulis Wasiat dan melantik syarikat sebagai Wasi Utama.
  • Syarikat dilantik sebagai Pemegang Amanah Gantian di dalam Deklarasi Hibah dan Penerima Kuasa Wakil (Attorney).
  • Dokumen ini dinamakan PRI HIBAH iaitu dokumen Deklarasi Hibah dan Surat Kuasa Wakil.

Antara Syarat-syarat Hibah bagi Harta Bercagar:

(i) Pri Hibah bagi Harta Bercagar hanya terpakai untuk HIBAH DUA HALA sahaja (Hibah yang boleh dibatalkan). Benefisiari atau Penjaga HartamBenefisiari (Bapa atau Bapa Kepada Bapa (datuk) perlu menjadi pihak serta menandatangani Deklarasi Hibah.

(ii) Penghibah mestilah PEMILIK BERDAFTAR bagi harta bercagar tersebut dan pembiayaan/pinjaman bagi harta tersebut di atas pemilik berdaftar tersebut. (Bentuk pinjaman yang diterima adalah Pinjaman Perumahan, Pinjaman Bertempoh (Term Loan) atau Pinjaman Tetap (Fixed Loan)

(iii) Keseluruhan jumlah pinjaman dijamin oleh TAKAFUL ATAU INSURANS (Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT) atau Mortgage Reducing Term Assurance (MRTA)) dan ia melindungi keseluruhan tempoh pinjaman.

Jika tempoh pinjaman adalah 20 tahun maka MRTT atau MRTA tersebut mestilah melindungi tempoh 20 tahun tersebut.

(iv) Benefisiari (penerima hibah) akan menerima harta hibah bercagar beserta bebanannya. Oleh itu jika terdapat baki/tunggakan pinjaman maka Benefisiari atau Penjaga Harta wajib menyelesaikannya sebelum pindah milik boleh dilaksanakan kepada Benefisiari selepas Penghibah meninggal dunia.

(v) Surat Pemberitahuan mengenai Hibah Harta Bercagar akan diberikan kepada institusi yang memberi pinjaman. Pihak syarikat akan menyediakan surat ini dan menguruskan penghantarannya dan Pemberi Hibah perlulah menandatangani surat tersebut bersama dokumen Deklarasi Hibah beliau.

(vi) Pemberi Hibah dan Penerima Hibah yang dibenarkan adalah seperti berikut bagi hibah harta bercagar:

  1. Milikan Tunggal (1 nama dan 1 pemimjam), maka boleh dihibahkan kepada sesiapa yang diingini.
  2. Milikan Bersama (2 nama dan 1 peminjam), maka pemilik yang buat pinjaman sahaja yang boleh buat hibah kepada sesiapa yang dia ingini.
  3. Milikan Bersama (2 nama dan 2 peminjam), maka hibah antara mereka sahaja dibenarkan.

(vii) Kesemua dokumen-dokumen berikut adalah wajib disertakan dan syarikat hanya akan meluluskan dan memproses arahan Hibah jika dokumen-dokumen berikut lengkap.

Q : Adakah hibah ini boleh dibatalkan?
A : Hibah ini mempunyai 2 kategori:

  • Hibah boleh dibatalkan
    • Pemberian daripada ibu bapa kepada anak.
    • Pemberian daripada datuk kepada cucu
  • Hibah Tidak Boleh Dibatalkan
    • Pemberian kepada selain daripada anak dan cucu. Jika pembatalan berlaku tanpa persetujuan benefisiari maka benefisiari boleh menuntut nilai harta hibah tersebut daripada penghibah atau harta pusaka beliau.

Q : Apa yang membezakan hibah boleh dibatalkan dengan hibah tidak boleh dibatalkan?
A : Ia berkaitan dengan pemilikan harta tersebut selepas kematian mana-mana pihak.

Sebagai contoh jika penghibah meninggal dulu harta tersebut akan diserahkan kepada penerima hibah. Jika penerima hibah meninggal dulu, maka harta tersebut akan diserahkan kembali kepada penerima atau menjadi harta pusaka penerima hibah.

Bagi hibah harta bercagar, pihak syarikat menetapkan hibah boleh terbatal jika penerima meninggal dunia dahulu daripada penhgibah kerana berkaitan dengan hutang yang masih belum selesai.

Pihak kami tidak dapat melakukan pindah milik kerana pemberi hibah masih hidup dan loan rumah masih berjalan (belum selesai lagi).

Berbeza dengan rumah harta tidak bercagar, walaupun pemberi masih hidup. Kami boleh menjalankan proses tukar milik kepada waris-waris penerima hibah.

Q : Jika rumah masih berhutang dan tiada MRTT/MRTA. Tapi ada sijil takaful life yang boleh cover loan rumah. Boleh terima buat hibah?
A : Tak boleh.

Q : Jika MRTT/MRTA hanya cover 50%, tapi dah bayar 70% loan. Terima tak?
A : Tidak boleh.

2.3. KWSP

Q : Saya nak buat hibah di akaun KWSP boleh tak? Sebab, adik beradik suami asyik tanya, siapa penama bagi wang suami. Saya risau la.
A : Setakat ini, KWSP tidak menawarkan produk hibah. Jika lantik penama, tugas penama adalah pentadbir (wasi) yang perlu membahagikan wang KWSP kepada ahli waris nanti.

Baca : Kenapa Tiada Hibah KWSP

2.4. Tabung Haji

Q : Hibah yang dibuat oleh TH adalah hibah mutlak. Jika penerima hibah mati bagaimana?
A : Jika penerima hibah mati dahulu sebelum pemberi hibah, maka waris faraidnya ada hak atas harta tu.

2.5. Tanah

Q : Adakah hibah yang dibuat akan terikat dengan akta tanah?
A : Hibah akan terikat dengan undang-undang berkaitan tanah seperti GSA 1960 sekiranya tanah tersebut adalah tanah felda atau tanah berkelompok.

Q : Adakah dokumen hibah yang dibuat selari dengan undang-undang?
A : Ya. Selari dan dikuatkuasakan dengan peruntukan dalam Kanun Tanah Negara 1965 (KTN), Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960, Akta Hakmilik Strata 1985, Enakmen rezab melayu negeri-negeri dan undang-undang lain yang berkaitan.

Q : Bolehkah hibah tanah pertanian kurang satu (1) ekar?
A : Boleh, tetapi mesti kepada seorang saja dan nama mesti ada dalam geran.

Q : Boleh hibah kepada 3 nama atas 1 rumah?
A : Boleh, satu lot harta boleh dihibahkan kepada lebih dari seorang.

3. Kesimpulan

Kos dokumentasi akan dibayar ketika dokumen disediakan, manakala kos pelaksanaan dibayar selepas penghibah meninggal dunia.

Ini melibatkan LHDN, peguam dan kos-kos rampaian. Boleh rujuk soalan lazim hibah untuk maklumat lanjut.

Baca : Soalan Lazim Hibah

4. Hubungi Kami

Pihak kami mampu menyediakan dokumen hibah dan sempurnakan penyerahan hibah kepada penerima. Hubungi En Hanaffi Idris 016-5577653 untuk dapatkan khidmat nasihat berkaitan hibah.

Jika anda perlukan maklumat berkaitan wasiat, pihak kami boleh bantu ada menyediakan dokumen serta melaksanakannya kelak. Pihak kami berpengalaman selama 16 tahun dalam pengurusan harta pusaka.

Baca : Pengurusan Harta Pusaka

Faraid juga adalah bahagian yang paling penting sebelum anda merancang harta pusaka. Ia memberikan gambaran yang sebenar bahagian yang layak diterima waris kelak. Sangat disarankan untuk anda mengetahuinya.

Baca : Kadar Dan Syarat Bagi Setiap Ahli Waris

Jika ada sebarang soalan, komen dibawah. Kami akan segera jawab persoalan anda!

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Dapat E-Book Hibah Percuma

Khas untuk anda

  1. Assalamualaikum Encik. Saya berminat nak buat proses HIBAH berape kos untuk perkhidmatan ini Encik

LEAVE A REPLY

Nak kami bantu anda?

Hubungi segera untuk sesi konsultansi percuma

© 2021 All rights reserved

hanaffi.com

error: Content is protected !!