Hibah Kepada Anak Bawah Umur
Home » Hibah » Hibah Kepada Anak

Pasti ramai yang ingin hibah kepada anak selepas memahami konsep hibah dalam islam dan ia sangat digalakkan bagi mendapatkan keredaan Allah SWT.

Baca : Memahami Hibah Dalam Islam

Hibah kepada anak

1. Isu Semasa

1.1. Hak Penjaga Harta Anak Bawah Umur

Ini pengalaman Pn Zaini (nama samaran) menguruskan harta pusaka arwah suaminya tanpa wasiat atau hibah.

Beliau terpaksa uruskkan sendiri dari awal hingga akhir, memohon surat kuasa tadbir dan menyelesaikan hutang-hutang arwah.

Keputusan mengejutkan beliau adalah, bahagian faraid anaknya akan dipegang oleh Amanah Raya sehingga berumur 18 tahun. Ini kerana suaminya tidak melantik beliau sebagai penjaga harta anaknya di dalam wasiat.

Oleh itu, beliau terpaksa berulang-alik ke Amanah Raya bagi memohon pengeluaran ketika memerlukan.

Jika kita rujuk Akta 303, Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984, Bahagian vii – Jagaan (Jagaan ke atas Orang dan sa Harta), Seksyen 88.

Orang yang berhak menjadi penjaga harta tersebut adalah seperti yang termaktub adalah:

  • datuk lelaki di sebelah bapa
  • wasi yang dilantik menurut wasiat bapa
  • wasi kepada wasi bapa
  • wasi datuk lelaki di sebelah bapa
  • wasi kepada wasi datuk di sebelah bapa

Disini jelas tidak dinyatakan isteri sebagai penjaga harta arwah suami secara automatik, sebab itulah harta tersebut akan dipegang oleh Amanah Raya bagi anak bawah umur.

Tunai akan dimasukkan ke dalam akaun Amanah Raya, manakala bagi hartanah akan meletakkan nama Pn Zaini sebagai pemegang amanah sahaja.

Oleh itu, pemilik harta sewajarnya merancang harta pusaka bagi memudahkan urusan waris dan pembahagian yang bakal ditinggalkan kelak.

Baca : Pengurusan Harta Pusaka

1.2. Penamaan

i) KWSP

Pada 19 September 2000,Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-49 telah memutuskan bahawa:

  • Wang KWSP & wang simpanan adalah harta pusaka yang mesti dibahagi mengikut hukum faraid.
  • Penama KWSP adalah wasi / pentadbir harta.
  • Penama hendaklah membahagikan wang KWSP mengikut hukum faraid.

Jika pendaftar mendaftarkan anak bawah umur selepas 1 Jan 2017, maka penama anak bawah umur akan terbatal secara automatik dan diserahkan bahagian tersebut kepada penama dewasa.

Bagi mereka yang mendaftarkan anak bawah umur sebelum 1 Jan 2017, maka terpaksa tunggu sehingga penama tersebut berumur 18 tahun barulah boleh dikeluarkan wang tersebut dari KWSP. Kemudian wang tersebut diagihkan secara faraid.

ii) Akta Kewangan Islam 2013

Penerima Pampasan Hibah Takaful Bawah Umur

Kita rujuk Akta IFSA 2013 (Akta 759), JADUAL 10, Seksyen142, Perengan 9 (a) (ii) menyatakan duit pampasan takaful yang melebihi RM50,000 akan diserahkan kepada Amanah Raya (ARB) atau syarikat amanah yang dinamakan oleh pemilik polisi jika penerima hibah takaful dibawah umur. Duit tersebut akan diserahkan kepada penjaga atau disimpan oleh Amanah Raya sehingga anak tersebut berumur 18 tahun keatas.

iii) Lain-lain

Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan yang diwartakan pada 18 Januari 2001 memutuskan bahawa orang Islam yang dinamakan sebagai penama oleh si mati dalam apa-apa skim simpanan wang dalam mana-mana Kumpulan Wang Simpanan, Insurans, Tabung, Lembaga, Syarikat Kerjasama, Koperasi atau institusi kewangan ialah wasi kepada si mati dan hendaklah membahagikan harta peninggalan kepada waris yang berhak mengikut pembahagian faraid.

2. Hibah Kepada Anak Bawah Umur

Disini masih terdapat solusi bagi mereka yang ingin hibahkan harta kepada anak bawah umur, pihak kami boleh bantu merialisasikan impian anda.

2.1. Harta Yang Boleh Di Hibah

  • Rumah
  • Tanah
  • Akaun peribadi seperti Maybank dan lain-lain
  • ASB
  • AHB
  • Tabung Haji

Bagi hartanah yang masih dalam loan, anda perlu pastikan Sijil MRTA / MRTT mempunyai perlindungan menyeluruh keatas loan. Sebagai contoh tempoh loan 30 tahun, maka MRTA / MRTT juga berkuatkuasa selama 30 tahun.

Ini bagi memastikan proses pindah milik dapat dijalankan dengan sempurna, tiada beban hutang diperlu diselesaikan oleh pihak penerima hibah.

2.2. Harta Yang Tidak Boleh Di Hibah

  • KWSP
  • Pencen
  • Harta milik orang
  • Harta yang dilarang syarak
  • Harta yang telah di jual

Baca : Soalan Lazim Hibah

2.3. Keperluan Anak Bawah Umur

Bagi harta berbentuk tunai, ia akan diuruskan untuk memenuhi keperluan anak bawah umur oleh pemegang amanah individu atau syarikat amanah yang dilantik. Antaranya:

  • Pendidikan
  • Kesihatan
  • Keperluan asas / kebajikan

2.4. Tugas Syarikat Amanah

1. Dana Amanah hendaklah digunakan untuk membiayai bayaran penuh kos guaman untuk permohonan Geran Probet dan Sijil Faraid bagi urusan pentadbiran harta pusaka.

2. Dana Amanah hendaklah digunakan untuk membiayai kos dan perbelanjaan pentadbiran harta pusaka yang diuruskan oleh syarikat amanah termasuklah yuran guaman dan duti setem untuk pindah milik bagi harta tak alih.

Nota item (3) adalah cadangan dari pihak pelanggan untuk memastikan kebajikan anaknya.

3. Baki Dana Amanah hendaklah diberikan anak bawah umur dan diuruskan seperti berikut:

  • Sejumlah RM2,500 setiap bulan hendaklah diberikan kepada anak bawah umur untuk tujuan saraan diri, perubatan dan keperluan semasa beliau sehingga mencapai usia 18 tahun.
  • Sekiranya anak bawah umur telah mencapai umur 18 tahun, maka Pemegang Amanah hendaklah memberikan sejumlah RM3,000 untuk tujuan saraan diri, perubatan dan keperluan semasa beliau.
  • Dana Amanah hendaklah diperuntukkan untuk tujuan pendidikan anak bawah umur sehingga ke peringkat ijazah sarjana muda.
  • Sejumlah RM30,000 hendaklah diberikan kepada anak bawah umur bagi tujuan melangsungkan urusan perkahwinan beliau.

2.5. Pemegang Amanah

Anda diberi pilihan samada melantik pemegang amanah individu atau syarikat amanah untuk menguruskan harta tersebut.

Berdasarkan kajian dan penelitian kami, pemilik harta lebih cenderung melantik syarikat amanah kerana:

  • Syarikat amanah tidak dipengaruhi oleh emosi ketika menguruskan harta amanah berbanding individu.
  • Syarikat amanah lebih pakar dalam undang-undang sivil dan syariah berkaitan pengurusan harta pusaka.
  • Syarikat amanah akan terus beroperasi walaupon terdapat dikalangan kakitangan yan meninggal dunia.
  • Segala rekod berkaitan harta pusaka disimpan rapi.

2.6. Pampasan Hibah Takaful

Pihak kami juga boleh menguruskan duit pampasan takaful selepas kematian pemilik polisi. Ini bagi memastikan pampasan hibah takaful diuruskan dengan baik dan mengikut hasrat pemilik polisi.

Bagi pengurusan pampasan hibah takaful adalah berbeza bagi setiap individu. Ia bergantung kepada situasi seperti:

  • Pasangan yang bercerai dan mempunyai anak bawah umur. Bagi kes ini, andai anak dijaga oleh ibu. Maka hak penjagaan harta anak bawah umur akan diserahkan kepada ayahnya. Ibu kepada anak ini berasa kuatir andai hartanya diseleweng oleh bekas suaminya.
  • Pemilik polisi hibah takaful mempunyai perancangannya tersendiri.
  • Bagi mengelakkan duit pampasan hibah takaful diuruskan oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Berapa ramai yang menyeleweng duit tersebut setelah menerimanya.

Baca : Kepentingan Dan Kelebihan Hibah Takaful

3. Hibah Kepada Anak Angkat

Isu perwarisan harta oleh anak angkat menjadi isu yang hangat diperbincangakan. Tanpa perancangan yang baik, golongan ini akan disisihkan selepas kematian ibubapa angkatnya.

Berkenaan perwarisan, kita rujuk kitab Al Fiqh Al Manhaji muka surat 77 menyatakan syarat seseorang mewarisi harta pusaka adalah melalui hubungan kekeluargaan, perkahwinan dan pembebasan hamba.

Maka anak angkat tidak mewarisi harta pusaka yang ditinggalkan oleh ibubapa angkat mereka tidak tersenarai sebagai waris faraid.

3.1. Anak Angkat Disisi Islam

Nabi Muhammad SAW sendiri pernah mengambil anak angkat bernama Zaid Bin Haritah. Zaid adalah bekas hamba kepada isteri nabi bernama Khadijah Binti Khuwalid. Hubungan antara Nabi Muhammad SAW dengan Zaid Bin Haritah sangat rapat sehingga penduduk Mekah memanggil Zaid dengan berbinkan Muhammad.

Dimasa kini pengambilan anak angkat juga menjadi kebiasaan bagi mereka yang tidak dikurniakan zuriat bagi memenuhi keperluan emosi.

Kebanyakkan mereka mengambil anak angkat ketika anak tersebut masih bayi, ibubapa angkat menjaga dengan penuh kasih sayang.

Walaubagaimanapun, anak angkat tetap terhalang daripada mewarisi harta pusaka keluarga angkatnya kerana bukan dari nasib keturunan.

Oleh itu, ibubapa angkat seharusnya peka terhadap perkara ini dan merancang dengan baik bagi memastikan segala keperluan untuk kesinambungan hidup anak angkat terjamin.

3.2. Cara Pembahagian

i) Pemberian Terus Kepada Anak Angkat

Ini adalah salah satu cara yang paling mudah tanpa memerlukan dokumen yang lengkap. Ibubapa angkat terus menyerahkan harta kepada anak angkatnya. Rumah terus tukar milik dengan borang 14A dipejabat tanah, manakala bagi tunai terus dimasukkan ke akaun anak tersebut.

Kaedah ini praktikal bagi ibubapa angkat mempunyai aset yang lebih untuk diserahkan kepada anak angkat.

Walaubagaimanpun ia akan menjadi sulit kemudian hari apabila anak angkat pula meninggal selepas menyerahkan harta kepadanya. Tambah kritikal, itulah satu-satunya rumah yang ibubapa angkat tinggal.

ii) Wasiat

Wasiat adalah ikrar yang dilafazkan oleh pewasiat samada secara bertulis, percakapan atau bahasa isyarat semasa hidup untuk menguruskan hartanya selepas meninggal.

Wasiat kepada bukan ahli waris hanya tertakluk kepada 1/3 dan perlu mendapatkan persetujuan ahli waris jika melebihi 1/3 bahagian.

Pembahagian wasiat tidaklah kuat jika dibandingkan hibah.

Baca : 12 Panduan Wasiat

iii) Hibah

Hibah dari sudut bahasa adalah bermaksud hadiah, manakala dari sudut syarak adalah suatu akad pemberian yang dilafazkan oleh penghibah semasa hidup.

Pemberian harta secara hibah lebih praktikal bagi jika penghibah ingin menyerahkan sebahagian besar hartanya. Penerima hibah juga tidak perlu mendapatkan persetujuan ahli waris bagi mewarisi harta pusaka keluarga angkatnya.

iv) Amanah

Ini juga kaedah yang boleh digunakan untuk menyerahkan kepada anak angkat selepas kematian pemilik harta. Harta tersebut tidak terbeku kerana ia diuruskan oleh pemegang amanah dan tidak tertakluk kepada pembahagian faraid atau pusaka.

Baca : 9 Kelebihan Hibah Amanah Anda Perlu Tahu

4. Hibah Kepada Anak Kandung

4.1. Anak Lelaki

Anak lelaki bukanlah waris fardu, mereka adalah waris asabah iaitu menerima baki harta pusaka. Bahagian anak lelaki adalah besar, andai baki harta banyak maka banyak jugalah bahagain yang mereka terima.

Anak kandung akan tetap menerima bahagian walaupun pemilik harta (ibubapa) tidak menghibahkan hartanya.

Kita rujuk Surah An Nisa (4) / ayat 11

يُوصِيكُمُ ٱللَّهُ فِيٓ أَوۡلَٰدِكُمۡۖ لِلذَّكَرِ مِثۡلُ حَظِّ ٱلۡأُنثَيَيۡنِۚ فَإِن كُنَّ نِسَآءٗ فَوۡقَ ٱثۡنَتَيۡنِ فَلَهُنَّ ثُلُثَا مَا تَرَكَۖ وَإِن كَانَتۡ وَٰحِدَةٗ فَلَهَا ٱلنِّصۡفُۚ وَلِأَبَوَيۡهِ لِكُلِّ وَٰحِدٖ مِّنۡهُمَا ٱلسُّدُسُ مِمَّا تَرَكَ إِن كَانَ لَهُۥ وَلَدٞۚ فَإِن لَّمۡ يَكُن لَّهُۥ وَلَدٞ وَوَرِثَهُۥٓ أَبَوَاهُ فَلِأُمِّهِ ٱلثُّلُثُۚ فَإِن كَانَ لَهُۥٓ إِخۡوَةٞ فَلِأُمِّهِ ٱلسُّدُسُۚ مِنۢ بَعۡدِ وَصِيَّةٖ يُوصِي بِهَآ أَوۡ دَيۡنٍۗ ءَابَآؤُكُمۡ وَأَبۡنَآؤُكُمۡ لَا تَدۡرُونَ أَيُّهُمۡ أَقۡرَبُ لَكُمۡ نَفۡعٗاۚ فَرِيضَةٗ مِّنَ ٱللَّهِۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمٗا ١١

11. “Allah mensyariatkan bagimu tentang (pembagian pusaka untuk) anak-anakmu. Yaitu: bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan; dan jika anak itu semuanya perempuan lebih dari dua, maka bagi mereka dua pertiga dari harta yang ditinggalkan; jika anak perempuan itu seorang saja, maka ia memperoleh separuh harta.

Dan untuk dua orang ibu-bapa, bagi masing-masingnya seperenam dari harta yang ditinggalkan, jika yang meninggal itu mempunyai anak; jika orang yang meninggal tidak mempunyai anak dan ia diwarisi oleh ibu-bapanya (saja), maka ibunya mendapat sepertiga; jika yang meninggal itu mempunyai beberapa saudara, maka ibunya mendapat seperenam.

(Pembagian-pembagian tersebut di atas) sesudah dipenuhi wasiat yang ia buat atau (dan) sesudah dibayar hutangnya. (Tentang) orang tuamu dan anak-anakmu, kamu tidak mengetahui siapa di antara mereka yang lebih dekat (banyak) manfaatnya bagimu. Ini adalah ketetapan dari Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”

Bahagian mereka besar tetapi mereka terima dengan tanggungjawab seperti memberi nafkah dan bekerja bagi menampung kehidupan.

4.2. Anak Perempuan

Anak perempuan juga mewarisi pusaka sepertimana dinyatakan dalam Al Quran. Cuma lebih kecil daripada anak lelaki.

Bahagian Faraid Anak Perempuan

Hibah kepada anak kandung juga boleh dibuat jika ibubapanya berhasrat nak hibahkan harta secara sama rata atau ingin memberikan aset tertentu kepada anak-anaknya.

Sebagai contoh, anak lelaki dapat rumah A, anak perempuan dapat rumah B.

Penghibah bebas merancang hartanya semasa hidup lagi.

Baca : Kadar Dan Syarat Bagi Setiap Ahli Waris

5. Kelebihan Hibah

1. Penghibah bebas untuk menghibahkan hartanya kepada sesiapa sahaja walaupun umur penerima masih dibawah umur

2. Harta yang dihibahkan tidak tertakluk kepada hukum faraid, maka sesiapa sahaja boleh menerima harta yang dihibahkan.

3. Pelaksanaan hibah selari dengan undang-undang sivil dan syariah tidak boleh dituntut oleh waris faraid yang lain.

4. Pemberi hibah masih boleh menikmati atau menggunakan hartanya selagi beliau masih hidup.

Baca : Siapa Perlu Hibah Dalam Perancangan Harta

6. Kesimpulan

Kita dapat simpulkan bahawa hibah memberi ruang kepada pemilik harta untuk merancang dengan  lebih baik dan mengikut keperluan yang difikirkan sesuai.

Hibah juga mampu menjadi solusi kepada masalah pengurusan harta pusaka yang semakin kritikal didalam masyarakat kita.

Hibah kepada anak mampu dilaksanakan walaupun anak tersebut dibawah dibawah umur. Hak anak angkat juga lebih terjamin dengan amalan hibah.

Baca : Antara Faraid, Hibah Dan Wasiat Mana Satu Yang Terbaik?

7. Hubungi Kami

Pihak kami dapat membantu anda menyediakan dokumen hibah bagi harta yang ingin dihibahkan. Anda boleh hubungi En Hanaffi Idris 016-5577653 untuk khidmat nasihat berkaitan hibah.

Jika ada sebarang soalan, sila komen dibawah. Kami ingin tahu pendapat anda.

author avatar
hanaffi idris

Share This Post

Dapat E-Book Hibah Percuma

Khas untuk anda

28 Responses

  1. Terima kasih atas semua info.
    Tulisan yg sgt informatif.
    Cuma potential customer terfikir² ttg bayaran² yg perlu disediakan.

    1. Salam Tuan.

      Berapa kos untuk hibah rumah teres berharga RM380, 000 dan status rumah masih dalam loan.

      Dan syarat syarat lain.

      Terima kasih.

      1. rm2500

        mesti ada mrta atau mrtt yang cover loan rumah tu. Jika loan 25 tahun, mrta/mrtt mesti juga 25 tahun.

  2. Assalammualaikum Ustaz,

    Saya nak bertanya contoh mak sy nak hibahkan tanah yg nama mak sorang je…
    Masalahnya anak ada 7 orang tetapi salah seorang dari 7 orang ni tak mahu menerima bahagian dia…macam mana nak teruskan jugak ke hibah tu?

    1. Eh, xde masalah. Dia tak nak terima bagi pada anak yang lain. Jarang dengar orang tak nak terima harta.

  3. Saya nak tanya pak mertua saya meninggal dan wang simpanannya di penamakan anak perempuannya yg bongsu… Adakah anak perempuannya sebagai penama boleh buat suka hati dia wang itu tanpa tunjuk kepada waris lain nilai wang itu dan suka hati nya nak bagi macam mana pada waris yang lain… Sedangkan si mati meninggalkan seorang isteri dan 2 anak lelaki dan 2 anak perempuan lagi…

    1. jika penama sebagai penerima hibah, maka ia adalah miliknya. jika sebagai wasi / pentadbir, maka ia perlu diagih secara faraid dan wajib semua waris tahu jumlahnya. Rujuk agensi berkaitan.

    2. Boleh saya bertanya saya ada 2 anak lelaki dlm masa yg sama saya dlm proses bercerai dan memiliki 1 rmh atas nama bersama tp masih dlm loan bank.Blh ke saya hibahkan rmh ke atas nama kedua² anak masih berumur 16thn dan 6thn dan berapa kos utk rmh flat

  4. Sy berhajat untuk mbuat hibah ke atas rumah yang sy diami skrg. Sy ada 5 org ank- 1 lelaki n 4 perempuan. Bolehkah rumah sy dihibahkan atas 5 ank ? Niat sy agar rmh ni akan jd tempat ank2 bkumpul nt dan setiap pihak boleh sama2 mjaga rmh ini sepeninggalan sy nt. Bolehkah dilakukan begini?

    1. boleh hibah kepada 5 anak, tiada masalah asalakan cukup syaratnya. apa2 boleh hubungi saya 0165577653

  5. Assalamualaikum En Hanaffi, saya nak tanya kalau saya ibu tunggal, ada buat hibah untuk anak tunggal perempuan saya yang masih bawah umur, jika saya meninggal ketika anak saya masih bawah umur – apa cara terbaik untuk pastikan anak saya akan terus dapat hibah apabila usia dia 18 tahun nanti?

    1. wasalam, pihak kami akan menjaga harta tersebut sehingga anak berumur 18 tahun. Bila dah 18 tahun pihak kami akan serahkan harta tersebut kepadanya.

      utk buat hibah boleh hubungi saya 0165577653

      1. adakah harta / duit hibah itu nanti akan dapat ke bekas suami. maklumlah bekas suami tak boleh percaya. silap guna duit tu untuk tanggung bini baru dengan anak2 tiri dan anak baru

  6. Assalamualaikum,

    Nak tanya, rumah dah habis bayar, jika nk buat hibah berapa kos ye?
    rumah yang masih dalam loan dengan bank berapa pulak kos hibahnya?

    1. Wasalam rm3500 untuk dua2 rumah.

      Cuma rumahyang masih loan perlu ada mrta atau mrtt untuk cover loan rumah.

  7. Saya ingin bertanya, fee urusan hibah bagi dua buah rumah, satu rumah teres tengah di Tmn Keramat, KL (jajahan daerah Gombak) dn satu Apt di Desa Pandan , KL. Kedua2 rumah ini bebas tanggungan (tiada hutang). Hibah ialah kepada anak perempuan tunggal atas dasar kasih sayang. Bolehkah saya buat sebhgn urusan di Pejabat Tanah dan urusan terakhir baru diserahkan kpd lawyer, atau lawyer uruskan dari A-Z. Mohon disebutkan maharnya berapa. bagi kedua2 kaedah trs. Terima kasih.

  8. Assalamualaikum,

    Boleh ke suami hibahkan rumah dan kereta kepada 2 penama? contoh suami hibahkan harta tersebut kepada isteri dan seorang anak perempuanya yangmasih bawah umur. Anggaran berapa kos kasar untuk proses hibah ini?

  9. Assalamualaikum,
    Sy mempunyai 2 orang anak perempuan dan bakal melahirkan seorang lagi anak berkemungkinan perempuan. Sy nk tanya, boleh ke saya hibahkan keseluruhan hartanah dan duit di akaun kepada anak2 saya, sama rata, tanpa spesifik alamat tepat hartanah2 tersebut? Ini memandang sy mempunyai
    1. Rumah atas tanah lot lidi (atas nama saya)
    2. Tanah yang diterima melalui faraid harta arwah ayah yg sy berniat untuk jual bila dh cukup 5 tahun untuk diganti dengan tanah lain yg lebih baik dari sudut lokasi
    3. Tanah yang diterima melalui faraid atas kematian kakak saya, namun belum selesai proses guaman
    4. Bahagian kecil dari tanah rumah ayah.
    5. Tanah yang dirancang untuk dibeli selepas 5 tahun
    Concern saya ialah jika dilambat2 proses hibah ini atas sebab ketidaktentuan alamat hartanah, dan sy meninggal lebih awal, anak2 sy tidak mendapat bahagian yg saya niatkan kepada mereka.

    1. pihak kami hanya terima jika harta tersebut milik puan secara sah.

      jika hibahkan bank akaun tak de masalah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Nak kami bantu anda?

Hubungi segera untuk sesi konsultansi percuma

© 2021 SEZARAH NUR VENTURE (SA0388691-M) . All rights reserved

hanaffi.com

error: Content is protected !!