Pengurusan Harta Pusaka

Home » Harta Pusaka » Pengurusan Harta Pusaka

Adakah anda mengalami masalah untuk menguruskan harta pusaka?

Saya Hanaffi Idris boleh bantu anda dalam penguruskan dan pembahagian harta pusaka yang ditinggalkan. Saya berpengalaman dalam pengurusan dan pembahagian harta pusaka islam dan telah menyelesaikan proses tuntutan sehingga selesai.

Saya yakin, jika anda google saja dah boleh dapat cara untuk menyelesaikan masalah ini, persoalannya adakah anda mampu untuk menggalas tanggungjawab ini? Anda mungkin tahu sikit-sikit, tapi masih tak jelas dan tiada masa untuk menguruskannya. Adakalanya dah bincang dengan keluarga tetapi tidak diputuskan secara rasmi kerana tidak jelas tentang undang-undang sedia ada.

Jika pengurusan dan pembahagian harta pusaka tidak diselesaikan segera atau tiada tindakan, akan timbul masalah lain sehingga merumitkan masalah pusaka ini. Antaranya:

  • Waris faraid meninggal dunia sehingga menyebabkan kematian berlapis.
  • Pergaduhan antara ahli waris kerana tiada pemudahcara atau orang tengah bagi menyelesaikan tuntutan.
  • Dokumen hilang atau lupus sehingga tiada siapa yang sanggup untuk menguruskan harta pusaka si mati.

Antara tugas yang boleh saya bantu anda adalah:

  1. Mengenalpasti aset dan liabiliti si mati.
  2. Mengenalpasti orang yang berhak ke atas harta pusaka.
  3. Memohon sijil Faraid daripada pihak yang berkuasa (jika perlu).
  4. Mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir.
  5. Menurun milik bagi hartanah.

Surat Kuasa Mentadbir sangat diperlukan bagi menguruskan harta pusaka si mati yang tidak berwasiat. Ini membolehkan harta pusaka si mati diuruskan secara sah mengikut undang-undang.

Rujuk artikel Harta Pusaka : Kepentingan Pentadbiran Dalam Islam (Bahagian 1), klik disini

Soalan Lazim Surat Kuasa Mentadbir atau Letter of Administration (LA)

Q : Apakah Surat Kuasa Mentadbir atau Letter of Administration (LA)?
A : Surat Kuasa Mentadbir adalah dokumen yang keluarkan oleh Amanah Raya / Pusaka Kecil / Mahkamah Tinggi Sivil yang memberikan kuasa kepada pentadbir untuk mengurus dan mengagihkan harta pusaka si mati. Ia juga dikenali sebagai Letter of Administration (LA).

Q : Institusi manakah en Hanaffi Idris akan buat permohonan Surat Kuasa Mentadbir?
A : Ia berdasarkan jenis harta dan nilai yang ditinggalkan.

  • Amanah Raya – Harta alih sahaja bernilai RM600,000 ke bawah.
  • Pejabat Pusaka Kecil – Harta alih dan tidak alih bernilai RM2,000,000 ke bawah.
  • Mahkamah Tinggi – Harta alih bernilai RM600,000 ke atas atau harta alih dan tidah bernilai RM2,000,000 keatas.

Rujuk artikel Aliran Proses Dan Cara Mengurus Pentadbiran Harta Pusaka Islam Di Malaysia, klik disini

Rujuk artikel 2 Jenis Kategori Harta Dalam Pengurusan Harta Pusaka Islam (Rujukan Lengkap), klik disin

Q : Apakah yang perlu dibuat sebelum permohonan Surat Kuasa Mentadbir?
A : Untuk memudahkan anda, saya senaraikan 7 langkah ringkas untuk memudahkan anda faham.

  1. Kenalpasti waris faraid si mati.
  2. Kumpulkan maklumat harta si mati.
  3. Berbincang bagi melantik pentadbir di kalangan ahli waris faraid.
  4. Buat permohonan bagi mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir.
  5. Perbicaraan di Mahkamah Tinggi Sivil atau Pusaka Kecil.
  6. Terima Surat Kuasa Mentadbir
  7. Buat tuntutan harta pusaka dengan Surat Kuasa Mentadbir.

Q : Berapa lama proses bagi mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir?
A : Ia bergantung dimana permohonan dibuat. Pusaka Kecil anggaran 6 bulan keatas, manakala Mahkamah Tinggi Sivil dalam masa sebulan sahaja.

Q : Apakah dokumen yang diperlukan untuk mendapatkan Surat Kuasa Pentadbir?
A : Antaranya adalah:

  • Salinan Sijil Kematian 
  • Salinan Kad Pengenalan Waris (salinan muka hadapan dan belakang) dan salinan Kad Pengenalan /Sijil Kelahiran bagi waris yang berumur kurang dari 18 tahun.
  • Salinan Sijil Perkahwinan atau Daftar Perkahwinan simati.
  • Salinan Geran yang lengkap beserta Pelan Tapak bagi harta tak alih yang dituntut jika ada Hakmilik / Geran; atau 
  • Salinan Surat Perjanjian Jual Beli harta tak alih yang dituntut atau Daftar Pegangan (Registry of Holding) jika harta tersebut masih belum mempunyai Hakmilik / Geran.
  • Salinan Bil / Resit Cukai Pintu (Taksiran) jika berkaitan.      
  • Salinan dokumen-dokumen yang terkini berkaitan dengan pemilikan harta alih simati seperti penyata akaun simpanan, sijil saham, insurans, hakmilik kenderaan dan lain-lain (jika berkaitan).
  • Salinan dokumen Penyata Hutang Piutang simati (jika berkaitan).

Rujuk artikel Panduan Mengurus Kehilangan Dokumen atau Maklumat Harta Pusaka di Malaysia, klik disini

Q : Siapa yang boleh jadi pentadbir dalam permohonan Surat Kuasa Mentadbir?
A : Antara mereka yang layak adalah:

  • Suami
  • Isteri
  • Bapa, ibu, anak dan lain-lain waris yang boleh mewarisi harta si mati
  • Pemiutang
  • Pemegang gadaian
  • Penerima wasiat
  • Baitulmal
  • Penghulu
  • Pegawai Penempatan
  • Pemegang Amanah (trustee)
  • Penerima Amanah
  • Pemegang Surat Kuasa Wakil (Power of Attorney)
  • Amanah Raya Berhad
  • Pembeli

Rujuk artikel Tanggungjawab Waris & Pentadbir Dalam Pengurusan Harta Pusaka, klik disini

Q : Jika pentadbir meninggal dunia bagaimana?
A : Mohon ulang bicara dengan melantik pentadbir baru dikalangan ahli waris. 4 orang pentadbir boleh didaftarkan sebagai pentadbir.

Q : Waris faraid bawah umur bagaimana?
A : Bahagian mereka akan dikekalkan dan melantik pemegang amanah. Di Mahkamah Tinggi Sivil pula, 2 pentadbir diperlukan.

Bayaran Kos Pengurusan Harta Pusaka

Q : Adakah terdapat fi yang dikenakan oleh En Hanaffi Idris?
A : Ya, ada. Saya senaraikan dibawah, caj yang dikenakan bermula dari harga yang dinyatakan bagi mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir.

Amanah Raya – RM2,000

Pusaka Kecil, nilai harta bawah RM 2juta – bermula RM4,000

Mahkamah Tinggi – bermula dari RM5,000

Bayaran yang dikenakan oleh saya tidak termasuk kos guaman atau kos sekiranya melibatkan Mahkamah Syariah. Antara kos-kos yang diambil kira ialah kos carian, kos pengangkutan (mileage & tol), kos Pesuruhjaya Sumpah dan kos disbursement (upah runner, kertas,

Q : Adakah terdapat kos tambahan bagi pengurusan harta pusaka?
A : Ya, ada. Di pusaka kecil adalah 0.2% daripada nilai harta, manakala di Mahkamah Tinggi Sivil terdapat kos filing. Segala kos pengurusan harta pusaka boleh diambil daripada harta peninggalan si mati.

Soalan Lazim Pengurusan Dan Pembahagian Harta Pusaka

Q : Bila waktu yang sesuai untuk pengurusan dan pembahagian harta pusaka si mati?
A : Segera yang mungkin, anda tak perlu risau jika orang lebel “gila harta”. Jika dibiarkan, saya takot akan berlaku kematian waris yang berhak / dokumen penting hilang atau lupus. Ini akan merumitkan lagi proses pentadbiran pusaka.

Jika cepat, harta pusaka dapat dimanfaat dengan segera bagi faedah semua waris. Betul tak?

Mengelakkan berlakunya tanah terbiar dan mengelakkan wang simpanan simati dalam mana-mana institusi kewangan, atau koperasi, saham-saham, bon daripada dipindahkan kepada Pentaftar Wang Tak Dituntut. 

Rujuk artikel Harta Pusaka : 11 Langkah Uruskan Harta Pusaka Dengan Berkesan (Bahagian 2), klik disini

Q : Dimanakan permohonan dan pembahagian harta pusaka akan dibuat?
A : Saya akan mohon di Pusaka Kecil atau Mahkamah Tinggi Sivil.

Rujuk artikel Pembahagian Harta Pusaka Kecil Di Malaysia, klik disini

Rujuk artikel Harta Pusaka : 10 Perkara Wajib Tahu Sebelum Melantik Peguam Harta Pusaka! bagi urusan pengurusan dan pembahagian harta pusaka di Mahkamah Tinggi Sivil, klik disini

Q : Adakah semua waris perlu hadir semasa sesi permohonan harta pusaka?
A : Tidak perlu.

Q : Adakah semua waris perlu hadir semasa sesi bicara harta pusaka nanti?
A : Digalakkan hadir. Di Pusaka Kecil, minima 3 orang iaitu Pemohon beserta 2 orang saksi yang mengenali si mati. Di Mahkamah Tinggi Sivil hanya Pemohon (Pentadbir) wajib hadir.

Q : Bagaimana harta pusaka diagihkan?
A : Terdapat beberapa cara antaranya:

  • Pembahagian secara Faraid. Rujuk artikel Faraid dalam Islam: Prinsip-prinsip Asas Pengurusan Harta Pusaka, klik disini
  • Pembahagian secara muafakat (perlu semua waris setuju dengan pembahagian yang dicadangkan). Rujuk artikel Cara Pembahagian Harta Pusaka Yang Adil di Malaysia, klik disini
  • Pembahagian bagi pegangan desa di bawah Akta Tanah (Kawasan – kawasan Penempatan Berkelompok) 1960  tidak boleh dibuat lebih dari dua orang. Jika lebih dari dua orang yang berhak dan mereka tidak bersetuju secara muafakat memberi kepada dua orang sahaja daripada mereka, Pentadbir Tanah boleh menjual pegangan itu dan hasil jualannya dibahagikan di kalangan orang yang berhak.

Q : Apakah masalah utama dalam pengurusan dan pembahagian harta pusaka?
A : Terdapat beberapa sebab antaranya:

  • Waris tidak mempunyai pengetahuan umum tentang ilmu faraid dan pengurusannya.
  • Tidak menguruskan harta pusaka dengan segera.
  • Terlalu beremosi dalam menguruskan harta pusaka si mati.
  • Terdapat waris yang telah menggunkan harta si mati sebelum meninggal dunia dan takut harta tersebut jatuh ke tangan orang lain.

Rujuk artikel 4 Isu Dan Masalah Utama Dalam Pengurusan Dan Pembahagian Pusaka Orang Islam Di Malaysia, klik disini

Q : Ada waris tak puas hati macam mana?
A : Pertama adalah dengan berunding dengan pihak-pihak yang terlibat bagi mendapatkan kesepakatan dalam pengurusan dan pembahagian harta pusaka.

Jika tiada penyelesaian, perlulah sitasi pihak yang tidak memberi kerjasama.

Rujuk artikel Penyelesaian Terbaik Bagi Kes Perbalahan & Pertengkaran Harta Pusaka Mengikut Panduan Dari Al-Quran, klik disini

Rujuk artikel Kes Pertelagahan Perebutan Harta Pusaka: Sebab & Pengajaran, klik disini

Q : Adakah boleh waris yang tidak dinamakan mengambil atau menuntut wang untuk perbelanjaan harian / nafkah dari pada harta pusaka si mati?
A : Boleh. Tiada masalah. Berdasarkan Seksyen 3 (1) Akta Pewarisan (Peruntukan Keluarga) 1971 membolehkan waris memohon peruntukan daripada harta pusaka bersih simati.

Q : Adakah boleh waris ambil sebahagian wang untuk kegunaan harian?
A : Jika tunai ditangan boleh guna, jika duit tersebut masih di bank tidak boleh keluarkan. Bank akan minta Surat Kuasa Mentadbir baru boleh serahkan kepada pemohon / pentadbir bagi harta pusaka si mati.

Disarankan tunggu sehingga proses pengurusan dan pembahagian harta pusaka selesai sebab kemungkinan ada hutang yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Q : Adakah terdapat fi yang akan dikenakan? Jika waris tak nak bayar macam mana?
A : Ya, ada. Jika tak bayar tiada proses pentadbiran pusaka akan dijalankan. Fail akan ditutup sehingga kos tersebut dibayar.

Q : Adakah sijil faraid diperlukan dalam proses pengurusan dan pembahagian harta pusaka dan dimana boleh mohon?
A : Ia bergantung kepada keadaan.

Jika proses tuntutan berlaku di Amanah Raya, sijil faraid diperlukan bagi nilai harta alih melebihi RM100,000 atau waris berlapis.

Jika di Pejabat Pusaka Kecil dan Mahkamah Tinggi, tak perlu kebiasaannya.

Sijil faraid boleh mohon di Mahkamah Syariah. Rujuk artikel Cara Dapatkan Sijil Faraid Di Mahkamah Syariah, klik disini

Q : Siapa yang layak terima pusaka si mati?
A : Mereka adalah waris faraid si mati yang telah ditetapkan dalam Al Quran.

Rujuk artikel Apps Kiraan Faraid – Ifaraid Calculator, klik disini

Rujuk artikel Kenapa Waris Perlu Mendapatkan “Perintah Faraid” Dalam Pengurusan Harta Pusaka, klik disini

Q : Si mati tidak mempunyai waris bagaimana?
A : Berdasarkan hukum faraid, waris tetap ada. Terdapat waris ganti dan waris Kedua yang layak menerima pusaka.

Rujuk artikel Soalan Lazim Faraid, klik disini

Q : Waris setuju nak agih sama rata bagaimana pula?
A : Boleh tiada masalah. Yang penting semua waris faraid mesti sepakat dan bersetuju.

Rujuk artikel Waris Sepakat Percepatkan Pembahagian Harta Pusaka: Pengajaran dari Kes Mahkamah di Malaysia, klik disini

Q : Bagaimana harta yang ada penamaan seperti KWSP atau tabung haji, adakah wajib selesaikan hutang arwah?
A : Bagi harta yang menpunyai penamaan, penama itu berhak mengeluarkan harta tersebut dan wajib diuruskan secara amanah dan mengikut cara undang-undang islam.

  • Kos pengurusan jenazah
  • Tolak hutang si mati, samada dengan manusia atau Allah.
  • Agihkan wang kepada ahli waris yang layak.

Rujuk artikel Liabiliti Hak Berkaitan Harta Pusaka Dalam Islam, klik disini

Q : Penama KWSP adalah waris bawah umur bagaimana?
A : Penama yang dibawah umur akan dibatalkan jika penama tersebut didaftarkan pada 1 Jan 2017 keatas. Rujuk artikel Proses Pengurusan Harta Pusaka Untuk Anak Bawah Umur Dalam Islam, klik disini

Q : Si mati berhasrat nak serahkan wang KWSP kepada penama bagaimana?
A : Tanpa wasiat, kita tak tahu hasrat sebenar si mati walaupon pernah cakap kepada saudara mara. Ramai yang letak penama KWSP isteri dan anak-anak dan anggap mereka layak terima. Pada hakikatnya tidak. Mereka hanya sebagai pentadbir, melainkan dinyatakan dalam wasiat.

Anda boleh wasiatkan duit KWSP maklumat lanjut rujuk aritkel Wasiat Duit KWSP, klik disini

Q : Si mati ada hutang yang masih belum diselesaikan bagaimana? Jika waris pon tidak tahu si mati berhutang atau tidak bagaimana?
A : Jika waris tahu hutang si mati, boleh gunakan tunai yang ada untuk membayar hutang tersebut.

Pihak waris atau saya boleh semak dengan Bank Negara, dengan menyemak record CCRIS. Cara terbaik adalah selepas Surat Kuasa dikeluarkan, pentadbir terus rujuk dengan pihak bank untuk mengetahui baki hutang yang masih ada.

Q : Adakah hutang si mati akan ditolak daripada harta pusaka si mati secara automatik?
A : Ia akan bergantung kepada tempat yang dimohon Surat Kuasa.

  • Amanah Raya – Amanah Raya akan jadi pentadbir, maka baki hutang akan diselesaikan terlebih dahulu sebelum baki diagihkan kepada ahli waris.
  • Pejabat Pusaka Kecil & Mahkamah Tinggi – Seorang pentadbir akan dilantik dikalangan waris. Tugas pentadbir ini yang akan menyelesaikan hutang si mati dengan aset yang ditinggalkan. Institusi bertanggungjawab keluarkan Surat Kuasa saja.

Kalau hutang melebihi aset maka semua kena guna untuk langsai hutang. Tiada aset yang boleh diagihkan kepada waris.

Q : Ada waris yang tidak beri kerjasama bagaimana? Mereka masih dapat bahagian faraid ke?
A : Jika di kalangan waris berkemampuan membeli atau menebus bahagian waris yang tidak memberi kerjasama dengan tunai. Tunai akan disimpan di Amanah Raya, maka hartanah akan dimiliki olehnya.

Andai tiada yang mampu untuk membeli atau menebus bahagian faraid waris tersebut, maka bahagian faraid tersebut akan dikekalkan.

Q : Si mati berhutang dengan saya bagaimana?
A : Boleh tuntut, diharap Pemiutang dapat mengemukakan bukti yang jelas bahawa si mati berhutang dengan anda.

Q : Wasi atau penama gagal menjalankan tanggungjawab dengan amanah bagaimana?
A : Waris faraid boleh mengenakan tindakan undang-undang keatas wasi berkenaan.

Q : Waris yang tidak mahu beri kerjasama dalam pengurusan dan pembahagian harta pusaka bagaimana?
A : Tiada masalah, proses permohonan masih boleh dijalankan. Bahagian faraid mereka dikekalkan.

Q : Waris tidak dapat dikesan bagaimana pula?
A : Bahagian faraid mereka di Amanah Raya, walaubagaimanapon usaha menjejak mereka perlu diusahakan. Boleh rujuk Jabatan Pendaftaran Negara.

Nak istihar waris sudah meninggal boleh, kena guna khidmat peguam untuk istihar kematian di Mahkamah Tinggi.

Q : Adakah boleh saya mengetahui aset yang ditinggalkan si mati yang diluar pengetahuan?
A : Tidak boleh. Setakat pengetahuan saya masih tiada sistem yang boleh trace semua maklumat harta si mati berdasarkan no ic.

Jika dipejabat tanah, untuk buat carian mesti ada maklumat tanah. Jika di bank anda perlu semak di setiap bank.

Q : Adakah boleh mengetahui si mati ada buat wasiat atau hibah dimana-mana agensi atau syarikat?
A : Kena hubungi setiap agensi berkaitan, rekod wasiat atau hibah juga tidak akan diketahui jika tiada siapa maklum pada mereka.

Q : Adakah terdapat perbezaan antara harta berwasiat dengan tidak berwasiat?
A : Pengurusan harta pusaka akan lebih cepat daripada biasa. Wasi yang dilantik akan terus menjalankan tugasnya tanpa perlu berbincang dengan waris untuk pelantikan pentadbir. Adakalanya perkara ini menimbulkan perbalahan antara waris kerana mereka tidak mempercayai antara satu sama lain.

Q : Jika perkahwinan yang tidak mengikut undang-undang negara Malaysia bagaimana? Adakah pasangan layak terima pusaka?
A : Perkahwinan perlu didaftarkan bagi melayakkan pasangan menerima pusaka.

Q : Tuntutan harta sepencarian bagaimana pula?
A : Ia perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum perbicaraan pusaka.

Q : Adakah anak luar nikah layak tuntut harta pusaka?
A : Anak luar nikah hanya layak tuntut pusaka bagi harta ibunya sahaja. Bahagian bapa tidak layak kerana nasab tidak jelas.

Q : Jika salah seorang waris faraid bawah umur atau mak/ayahnya nyanyuk bagaimana?
A : Bahagian anak bawah umur atau mak/ayahnya yang nyanyuk layak dan sah terima bahagian faraid.

Q : Bagaimana jika waris tidak berminat untuk menguruskan harta pusaka si mati?
A : Harta pusaka akan terbiar dan tidak dapat dimanfaatkan oleh sesiapa.

Rujuk artikel Harta Pusaka Yang Tidak Dituntut (Apa Berlaku & Apa Perlu Dibuat?), klik disini

Q : Adakah “Surat Ikatan Amanah” (Trust Deed) dianggap sebagai harta pusaka si mati?
A : Jika nama si mati sebagai nama yang memegang amanah tidak dianggap sebagai harta pusaka. Melainkan nama si mati adalah nama yang dipegang amanah, maka ia dianggap sebagai harta pusaka si mati.

Q : Adakah boleh rumah ditapak diserahkan kepada orang lain, lot tanah diserahkan kepada orang lain?
A : Tidak boleh, lot tanah akan beserta rumah sekali.

Anda boleh lanjutkan bacaan bagi artikel Soalan Lazim Pusaka, klik disini atau artikel 10 Soalan Lazim Yang Ditanya Berkaitan Harta Pusaka Apabila Pasangan Meninggal Dunia, klik disini

Hubungi Kami

Jika ada pertanyaan berkenaan masalah harta pusaka atau perlukan bantuan guaman. Boleh hubungi En.Hanaffi untuk pertanyaan secara PERCUMA di 0165577653 atau Whatsapp (klik button dibawah)

Share This Post

Dapat E-Book Hibah Percuma

Khas untuk anda

306 Responses

  1. Nak tanya tentang pembahagian harta pusaka.
    Jika si mati pernah mencuri seutas rantai dari si B semasa beliau hidup, adakah waris perlu menggantikan barang yang dicuri itu jika si B menuntut harta curi itu?

    1. Assalamualaikum tuan..

      Arwah ayah saya telah meninggalkan sebuah rumah yg dibeli semasa perkahwinan dengan ibu saya.. tetapi telah bercerai dgn ibu saya dan tinggal dirumah tu bersama isteri baru sehingga meninggal dunia.. soalan saya, bolehkah ibu saya menuntut harta sepencarian daripada rumah tersebut selepas ayah meninggal dunia kerana ibu saya telah membayar separuh daripada harga rumah tersebut semasa mereka masih bersama. Semua waris telah bersetuju untuk jual rumah tersebut. adakah isteri kedua arwah boleh menuntut supaya hasil jualan daripada rumah tersebut untuk selesaikan hutang arwah semasa mereka hidup bersama dan selepas itu baru diagihkan kepada waris dan ibu saya? Bolehkan bahagian tuntutan harta sepencarian isteri pertama boleh diambil untuk tujuan selesaikan hutang arwah tanpa persetujuan bekas isteri pertama?

      1. jika ada bukti jelas, boleh mohon harta sepencarian bagi ibu cik.

        ibu tiri juga layak dalam bahagian faraid, tetapi tuntutan harta sepencarian dan hutang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

  2. Usaha yang sangat baik tuan dalam menyedarkan masyarakat kita kepentingan membuat perancangan hidup. semoga terus istiqamah dalam perkongsian memandaikan masyarakat malaysia

    1. alhamdullilah, terma kasih atas komen. semoga ia bermanfaat.

      ada kes yang dapat saya bantu selesaikan dengan info dan ada juga saya kena bantu secara langsung. 🙂

      apa-apa pun alhamdullilah 🙂

      1. Nak tanya dalam geran tanah nama anak2 sd di kasihmasuk dalam geran tanah atas nama anak 7 org cnth.lepas tu anak tunggal pempuan takut nnti orgtua dah x abg2 diorang tuntut hukum faraid sdgkan sdh di bagi setiap srang 1 ekar cnth.bolhkah c abg tuntut faraid lg?.sdgkan orgtua tiada buat surat wasiat hnya tukar namanya kepda ank2nya shja surat wasiat atau hibah dia tak buat bolhkah abgnya tuntut hukim faraid?.

        1. tak boleh dah nak tuntut faraid sebab itu bukan lagi harta pusaka. Ia dah jadi milik anak-anak.

  3. assalamualaikum.. mohon penjelasan arwah atok sudah meninggal dunia..mngglkn sebuah rumah untuk nenek yg sudah pun di brikan penama untuk nenek.. nenek tiada anak dari arwah.. yg ada beberapa org anak tiri..bolehkah nenek wasiatkn rmh trsbt kpd waris yg dia kehendaki contoh nye cucu kpd arwah suami beliau.. atau perlukah rmh trsbt di faraidkn jugak mngikut kaedah islam

    1. ikut faraid nenek hanya layak 1/4.

      istilah penama tu kena jelas dulu, adakah atuk telah hibah kan kepada nenek? hanya sekadar cakap?

      Ini kes di kajang kan? Bila saya boleh jumpa nenek?

      Selagi urusan pusaka arwah belum selesai, nenek tidak boleh serahkan kepada sesiapa tanpa persetujuan ahi waris yang lain.

      1. en. hanaffi nak tanya skit,setelah dapat surat kuasa apa proses perlu dibuat , soalan kedua,sebelum ini permohonan faraid ni semua dibuat dia kawasan kedah,bolehkah dibuat di negeri lain,maksudnya bukan ditempat yang sama.. terima kasih en hanaffi.

        1. 1. dah dapat surat kuasa, kena uruskan harta si mati.

          2. guna sijil faraid yg dah buat tu, tak perlu nak apply sijil faraid lagi dah. melainkan si mati berbeza. boleh mohon di tempat pemohon saja.

  4. Assalamualaikum en hanaffi…
    Kalau adik lelaki bujang meninggal, ibu dan ayah masih ada tp dah uzur untuk menguruskan harta.. Adik beradik kandung yg tinggal 2 perempuan. Mcamna urusan untuk tuntutan harta trsebut?

      1. Assalam Tuan…bapa saya Belum meninggal…Kami 6 beradik yg sulung perempuan saya no2..soalan saya bapa Ada sebuah rmah,rmah Tu telah dpecah renovet oleh kakak saya Tanpa bincang dgn adek beradik lain (kakak ni mcm gila harta) mungkin rmah Tu kakak yg NK duduk dgn ank2 nya ssdh siap…mcmne saya NK dptkn maklumat yg Adil tentang rmah ITU sesudah kematian bapa..APA yg perlu Kami manfaat kn rumah tersebut ssdh kematian bapa nnti…Mohon pertolongan tunjuk ajar utk pihak adek beradik Kami(kakak agak sombong jgk berkagak perangai)😎🙏

        1. salah akak jika buat tanpa persetujuan dan berniat nak tinggsl disitu tanpa persetujuan ahli waris yang lain.

          jika akak nak bahagian tu, kena beli bahagian daripada adik-beradik yang lain.

  5. Kami adik beradik ingin menuntut wang kwsp dan ASB kakak yang telah meninggal dunia. Kami dan kakak adalah satu mak tapi lain ayah. Ayah kakak tak pernah jaga kakak sejak kecil dan tidak pasti masih hidup atau tidak. Masalah di sini ialah nama emak kakak dengan kami adik beradik tidak sama dalam surat beranak. Emak kami pula telah meninggal dunia tahun lepas. Bagaimana cara kami nak uruskan kwsp dan ASB kakak? Mohon pencerahan… terima kasih..

    1. xde masalah, buat surat akuan sumpah menyatakan satu mak yang sama.

      proses tuntutan perlu dibuat di amanah raya.

  6. Salam..
    Tuan, ayah saya hanya meninggalkan sebuah kenderaan (kereta dibeli tunai) dan sedikit wang simpanan di bank (duit pencen), harta tak alih hanya sebuah rumah tetapi telah dipindah milik kepada nama abang saya semasa arwah ayah saya masih hidup..
    Bolehkah urusan tuntutan harta alih boleh dibuat tanpa harta tak alih di pejabat pusaka kecil?

      1. Salam Tuan. Agak kurang jelas jawapan ini. Harta tak alih telah dipindah milik kepada abangnya. Adakah dikira hibah?

  7. Assalamualaikum tuan..nak tye..bila dah masuk harta dalam pusakan kecil..dan dah dipanggil…berapa lama proses pembahagian harta ye?

    1. Salam tuan. Saya baru kematian kakak sulung. Arwah meninggal dunia d KL tp saya tinggal d Sabah. Arwah pernah berpesan dulu yang dia letakkan saya sebagai penama untuk KWSP dan insurans. Saya ada seorang abang yg juga tinggal d KL. Soalan saya, bolehkah ahli keluarga yg lain menuntut bahagian arwah d KWSP dan institusi insurans atau kena saya seorang shaja yg menguruskan.

      1. wasalam, jika penama adalah en. orang lain tak boleh tuntut.

        tetapi penama kwsp hanya pentadbir bukan pemilik, maka ia perlu diagihkan kepada waris faraid yang berhak.

  8. Assalamualaikum Tuan Hanaffi.

    Saya ada pertanyaan. Macam mana kalau waris-waris bersetuju untuk pembahagian harta pusaka secara muafakat dan bersetuju untuk lantik salah seorangnya untuk buat permohonan sebagai pentadbir di mahkamah tinggi, tetapi ada pula seorang waris yang enggan beri kerjasama untuk tandatangan apa-apa dokumen termasuklah afidavit penolakan.

    Boleh ke permohonan di mahkamah tinggi diteruskan? Kalau tak boleh, adakah boleh jika waris-waris yang bersetuju ni hantar Letter of Demand pada waris yang tak bersetuju?

    Terima kasih.

    1. Waalaikumussalam. Pemohon boleh sitasi waris yang tak bagi kerjasama. Nanti mahkamah akan tentukan siapakah yang layak jadi pentadbir. Secara teori, boleh la buat sendiri kalau pandai sediakan kertas kausa sitasi, sediakan afidavit sokogan tambahan, sediakan afidavit jawapan, sediakan hujahan bertulis, berhujah secara oral, jawab klarifikasi, dan sebagainya. Selalunya pemohon diwakili peguam.

  9. Salam..tuan sy nak tnye suami sy telah meninggal dunia..dan caruman kwsp tiada penama ..dan sy sdh faraidkn..sy mempunyai 2 org ank ..seorg llk 2 thun..dan seorg perempuan..11 thun.jd kwsp bg tau sy bhgian anak sy akan blh keluarkn setelh mereka berumur 18 thun.jika dlm temph 18 thun jika terjadi sesuatu yg x diingini cth berlku kematian..adakah proses faraid perlu dilakukan semula..dan adakah ade cara lain utk keluarkn kwsp utk bhgian anak2 sy dgn lbh cepat..

    1. wasalam.

      saya agak keliru disini, sebab pn maklum kwsp tiada penama dan sudah difaraidkan.

      tetapi pn bgtaw yang kwsp maklum kena tunggu anak 18tahun.

      saya nak jawab pon susah nie, sebab 2 keadaan yg berbeza.

  10. Salam Tuan, saya ada soalan yang agak rumit. Arwah asal dari Indonesia. Waktu arwah datang ke Malaysia anak arwah tidak ikut sekali. Arwah sudah memiliki ic warganegara tapi bila pihak pejabat semak ic, ibarat arwah tinggal seorang sahaja di Malaysia.
    Sekarang tiada document yang mengesahkan anak arwah adalah waris kepada arwah apabila mahu menuntut harta waris. Untuk makluman anak arwah juga sudah memiliki ic warganegara. Jadi apa yang anak arwah boleh lakukan?

    1. wasalam. mesti ada surat beranak atau sijil kelahiran anak. Disitu sudah boleh buktikan anak tersebut anak arwah.

  11. nak tanya…sekiranya semua waris telah bersetuju untuk bahagi harta si mati sama rata dan telah menandatangani surat persetujuan tiba2 salah sorang dari waris ubah fikiran dan ingin membatalkan persetujuan sama rata dan dia nak harta si mati di farahid kan…boleh ke dia membatalkan urusan sedang dlm proses..?

    1. bagi wasiat persetujuan hanya diterima pakai selepas kematian arwah. persetujuan semasa hidup tidak boleh diterima.

  12. Assalamualaikum,saya nak bertanya ayah saya baru meninggal saya nak tahu berapa persen saya dapat duit ganjaran arwah ayah saya sebab saya ni anak perempuan tunggal sudah berusia 22 tahun dan nenek sebelah ayah saya masih ada lagi pengurusan dibuat oleh pakcik saya.

  13. Assalamualaikum tuan,

    Harta pusaka terdiri dari wang tunai dan rumah serta tanah.

    Seorang dari 5 waris faraidh yg mempunyai hak sedikit ( 5%), enggan kerjasama.

    Boleh kah, bahagian waris yg enggan kerjasama ditebus dari wang tunai bahagian waris lain atau waris lain kena guna wang dari sumber lain dahulu; dan juga

    Adakah penebusan bahagian ini perlu persetujuan waris yg enggan kerjasama . Juga adakah perlukan perintah mahkamah.

    Mohon penjelasan. Terima kasih tuan.

    1. wasalam.

      saya tak pasti kenapa sikit sangat tu..

      boleh ambil dari bahagian ang tunai yang arwah tinggalkan. tidak semestinya disetiap bahagian ahli waris perlu ada bahagian.

      saya tidak tahu dimana en uruskan. setiap urusan pusaka perlu lalui urusan pusaka di amanah raya / pusaka kecil / mahkamah tinggi. melainkan harta wang tunai telah diserahkan kepada penama untuk menguruskannya.

      1. salam tuan..jika simati mempunyai akaun bank luar negara bagaimana cara untuk menguruskan akaun tersebut

  14. Assalamualaikum,
    Saya penjaga mak saya sepenuh masa, dia menghidapi dementia (nyanyuk) terlantar. Saya selalu berurusan dengan bank menggunakan online membayar bil², membeli lampin dan susu untuk mak saya dengan bantuan pencen dia. 2 minggu lepas kad bank beliau didapati tidak aktif yang menyebabkan segala transaksi tidak boleh di lakukan. Berjumpa dengan pengurus bank, dia meminta surat kuasa mahkamah. Pencen mak saya hanya RM 1000 sebulan. Saya sekarang berdepan dengan bil tak bole di bayar dan segala barangan keperluan mak saya tidak dapat dibeli. Ada tak cara lain selain mendapatkan surat mahkamah yang kosnya tinggi.

    1. wasalam. cuba ke amanah raya.

      5% bagi rm25k pertama
      2% bagi rm225k berikutnya
      3% bagi rm250k berikutnya
      2% bagi rm500k berikutnya
      1% keatas baki selebihnya.

  15. Assalamualaikum En.Hanafi, saya ingin bertanya dua soalan mengenai harta pusaka bahagian faraid yang waris tidak tuntut di sebabkan waris tidak dapat di kesan.

    Soalan pertama, bolehkah anak waris yang menuntut bahagian faraid tersebut, dan jika boleh bagaimana cara untuk dituntut ?

    Soalan kedua, jika waris tersebut warga indonesia tidak memilik ic dan pasport di sebabkan beberapa masalah dengan pihak imigresen. Adakah waris masih boleh menuntut bahagian faraidnya dengan hanya mengunakan ic sementara dari JPN ?

    1. 1) Kena dapatkan perintah andaian kematian dulu waris yang hilang tadi, barulah waris dia dapat tuntut.

      2) Waris yang tinggal secara tidak sah adalah waris hakiki dan berhak kepada hak faraid. Cuma, kalau berkait dengan hartanah tak boleh nama dia didaftarkan sebagai pemilik. Ia akan bergantung kepada syarat-syarat kerajaan negeri.

      Caranya, tanah tersebut dijual dan hasilnya diberi kepada waris tersebut tadi yang sebenarnya waris halal di sisi syariah.

      1. Assalammualaikum

        Sedikit pertanyaan. Salah seorang waris lelaki telah dilantik sebagai pentadbir harta. Beliau minta dibayar upah utk terhadap urusan telah dibuat oleh beliau selain kos2 yang didahulukan.

  16. Assalamualaikum,
    Sy ingin bertanya soalan.
    Begini, ayah sy anak peneroka felda mempunyai 6beradik. Ayah sy adalah anak pertama. Mak dan bapak ayah sy sudah mninggal dunia. Dan sekarang ayah menjadi pentadbir harta pusaka itu.. dan sekarang juga masalah timbul apabila adik² ayah sy ingin menukar nama pentadbir kepada salah sorang dari mereka.. ayah sy ingin membuat seperti mana y adik² nye kehendak.. cuma y merisau kan ayah sy.

    1. Adakah adik² ayah boleh tuntut harta y ayah cari sendiri seperti rumah dan kenderaan semasa ayah menjadi pentadbir itu?
    2. Perlu ke ayah sy membuat hibah kepada harta y ayah sy usaha kan sendiri?

    1. 1. tak boleh itu harta ayah, cuma kena pastikan pemilikan harta tersebut menyatakan ia adalah harta ayah. jika pemilikan nama atok dan nenek, ia adalah harta pusaka atok dan nenek, maka semua waris layak terima faraid.

      2. jika ia adalah harta ayah sendiri boleh hibah. boleh hubungi saya untuk khidmat nasihat 0165577653

  17. Assalamualaikum tuan, kakak saya telah meninggal dunia sblm mco yg pertama, esok abg ipar saya nak menikah yg baru, menurut kwn baik abg ipar saya, stlh dia bernikah dia akan tukar segala harta dia berikutan anak2 tak menyokong keputusan dia utk nikah yg baru. Masalahnya di sini tapak tanah rumah mereka adalah harta pusaka abg ipar saya yg diterima drpd arwah ayahnya dan arwah kakak saya tidak ada nama diatas sbrng harta yg mereka ada walaupun arwah kakak saya bekerja semasa hayatnya dan menggunakan duit epfnya untuk membuat rumah diatas tanah pusaka abg ipar saya. Soalannya bolehkah anak2 buah saya membuat tuntutan harta pusaka arwah ibu mereka sblm ditukar ke nama mak tiri? Kalau boleh bagaimana caranya? Mereka 6 beradik dan 2 masih bersekolah menengah. Jawapan dari tuan saya dahulukan dgn ucapan terima kasih.

    1. jika anak2 arwah masih dibawah umur, nama mereka akan dimasukkan kedalam geran sebagai pemilik harta. Ini kerana tiada keputusan boleh diambil dari anak bawah umur 18 tahun.

      Jadi segala harta arwah akan ada bahagian anak-anak arwah.

  18. Assalamualaikum.

    Anak perempuan saya meninggal dunia pada 2 September 2021 kerana Covid-19. Arwah ada suami, tiada anak, ibu (saya) dan adik beradik yang lain.

    Dia meninggalkan sebuah rumah (beli sebelum kahwin), dua biji kereta (masih belum habis bayar kedua-duanya), dan KWSP.

    KWSP yang ada bernilai lebih kurang RM53,000. Suami telah membuat permohonan, dan kami dapati Rm20,000 telah dikeluarkan dari KWSP (masuk ke bank suami). Untuk pengetahuan, arwah masih mempunyai hutang kereta, hutang di RHB dan Aeon Credit.
    Tetapi si suami tidak menyelesaikan langsung hutang arwah sedangkan lebih dari RM20,000 berada ditangannya. Saya dan anak-anak yang lain terpaksa dahulukan duit sendiri untuk bayar bulanan kereta arwah.

    Suami hanya buatkan kepok kubur. Bila kami minta duit untuk uruskan hutang arwah seperti bayar kereta (sbb si suami taknak uruskannya), dia kata duit dah habis.
    Baki wang kwsp sebanyak RM33,000 akan dibahagikan mengikut farid, tetapi si suami masih ada hak lebih kurang Rm16,000. Baki sebanyak RM17,000 untuk saya dan adik beradik arwah. untuk kami gunakan RM17,000 bayar hutang, tidak mencukupi kerana hutang arwah lebih daripada RM17,000.

    saya tak pasti mcm mana nak selesaikan masalah ni, sebab duit pada suami, dan semua urusan seperti urusan rumah, bank, kereta semua memerlukan suami untuk berurusan. tetapi si suami tidak mahu menguruskannya.

    1. untuk kes ini, saya cadang segala aset arwah dijual dan hasil jualan digunakan untuk membayar segala hutang. baki barulah difaraidkan.

      jika tak aset arwah akan dilelong.

      1. Maaf saya bertanya .. saya pentadbir kuasa bagi arwah kakak . Arwah kakak masih ada pinjaman perumahan . Dalam surat tadbir kuasa menjelaskan perlu diselesaikan hutang harta tak alih dan baru boleh mohon borang P . Rumah arwah nak jual kerana bayaran hutang terlalu tinggi . Tak mungkin dapat lunaskan keseluruhan pinjaman dan baru saya boleh mohon borang P (ulang bicara)untuk proses jual beli rumah .

  19. Assalamualaikum tuan.

    Ibu saya bercerai dgn ayah saya. Mahkamah putuskan separuh harta adalah harta sepencarian termasuk sebuah rumah, dan wang tunai.
    Ayah saya kemudian berkahwin lain. Satelah ayah meninggal, isteri ayah enggan memberi hak rumah kepada ibu saya dan adik beradik saya ( seorang lelaki dan 2 perempuan).

    Kami bercadang tebus rumah tersebut dan jual kerana ibu kami adalah suri rumah sepenuh masa dan kami bertiga merupakan pelajar kolej. Hasil jualan itu satelah dibahagi pada semua pihak yg berhak , kami harap dan gunakan utk pembelajaran kami dan kelangsungan hidup.

    Tetapi pentadbir memberitahu kami isteri ayah enggan menebus rumah tersebut ATAU memberi kami menebus rumah tersebut. Sebaliknya isteri ayah membiarkan rumah tersebut diduduki kaum keluarga beliau yg tidak ada kena mengena dgn harta tersebut.

    Meletakkan nama2 kami dlm geran tiada faedah pada kami kerana tak boleh jual atau mendiami rumah tersebut.

    Soalan, adakah penebusan perlu persetujuan semua pihak berkepentingan saperti kata pentadbir ( agak baru- saperti kes pertama beliau). Adakahcara lain kami boleh mendapat hak rumah tersebut ( kami tak mahu sesen pun hak isteri. Hak beliau akan kami beri).

    Mohon pencerahan tuan dan diucapkan terima kasih.

    1. Waalaikumussalam.

      Memang cara pertama, kena daftarkan dulu pemilikan atas geran tanah. Selepas itu, boleh pohon perintah jualan di mahkamah based on seksyen 145 KTN keengganan co-proprietor, maka kita pohon penamatan co-proprietor itu terlebih dahulu.

  20. adakah tanah pusaka yang diambil kerajaan. dan pewaris dapat gantian tanah yang lain dari kerajaan selain duit pampasan..soalan adakah tanah gantian yang diterima itu juga menjadi sebahagian tanah harta pusaka dan perlu difaraid..kepada pewaris2

    1. ya betul. akan ikut waris faraid yang layak. Jika sudah berlapis, maka mereka juga layak.

  21. Assalamualaikum..

    1. Semasa permohonan pentabir dipejabt tanah.. waris si-mati ada 5 orang anak.. tetapi yg hadir hanya 4.. seorang lgi terlah dinyatakan meninggal dunia semasa kecil. Walhal pada masa itu beliau masih hidup.

    2. Menyembunyikan waris yg sah.. Bolehkan kes tersebut dibuka semula.

    1. Ya, boleh dibuka semula. Waris yang disembunyikan perlu buat permohonan kebenaran merayu di luar tempoh masa, kemudian merayu, kemudian bicara semula.

  22. Untuk mendapatkan surat kuasa bagi harta seperti ASB/duit dalam bank account sahaja (tiada tanah atau rumah) bagaimana?

    Masih perlu dapatkan surat kuasa kan? Di mana? Sebab tiada kaitan dengan pejabat tanah kan?

    1. Saya boleh bantu untuk urusan surat kuasa di Mahkamah Tinggi. Boleh hubungi saya untuk saya 0165577653 bantu dapatkan surat kuasa. Tq

  23. assalamualaikum,

    saya ada sedikit kekeliruan, arwah ibu saya ada geran kongsi untuk tanah di kampung bersama adik beradik dan beberapa org yang lain. utk situasi ini saya boleh ke pejabat pusaka kecil atau tidak? (bg urusan permohonan surat kuasa mentadbir) terima kasih

    1. boleh. tetapi nak tahu juga adakah releven untuk buat rumah atau sebaliknya.

      jika tak releven, boleh jual bahagian kepada adik beradik mak.

  24. Assalamualaikum En. Hanafi, tumpg tnya.. arwah ayah sy meninggal sblm datuk dan nenek.. tanah ayah saya ada bhgian mereka.. skrg mereka berdua pn sdh meninggal.. tggal pakcik dan makcik sahaja.. mereka pn tidak mintak bahagian tu.. blh kah di selesaikan dgn bayar pampasan dan buat surat? Supaya tidak menuntut di kemudian hari. Terima kasih.

    1. wasalam. jika ayah en meninggal awal dari atuk dan nenek. maka ayah en tiada bahagian dalam pusaka atuk dan nenek.

      jika en nak beli bahagian pusaka atuk dan nenek serta (pakcik dan makcik), urusan pusaka perlu buat dulu. Kemudian dapatkan perintah jualan. Lepas tu baru boleh beli.

      1. Bukan harta datuk/nenek.. tp harta ayah saya sendiri.. dia meninggal awal, jd ada bahagian untuk datuk/nenek sy..

  25. Saya cuma nak tanya satu sahaja.. Ayah saya dah meninggal lama rumah ada 2biji.. Tapi lain negeri satu dipulau Pinang satu di KL, jika pergi bahagian pusaka bolehkah dibuat sekali atau perlu buat ikut negeri? Mohon pencerahan

    1. salah satu negeri jika buat di pusaka kecil.

      jika di mahkamah tinggi sivil boleh buat di mana en tinggal. Jika perlukan bantuan boleh wasap saya 0165577653

  26. Salam tuan.. Isteri saya meninggal dunia dengan meninggalkan 2 biji rumah. sebuah kereta yang masih berbaki pinjaman..lebih kurang 70K. Wang simpanan di pelbagai bank, asb dan kwsp dengan nilai keseluruhan lebih kurang 40K. Kami tiada mempunyai anak. Ibu bapa arwah telah meninggal terdahulu sebelum arwah isteri. Dan arwah mempunyai seorang abang dan seorang adik perempuan.
    Persoalan nya berapa bahagian yang saya patut terima. Selain daripada itu berkenaan kenderaan arwah saya telah membuat pembayaran bulanan selama hampir 2 tahun. Juga semasa pembelian kenderaan tersebut, saya telah mengeluarkan deposit bejumlah 24K.
    Sekiranya saya ingin mengambil bahagian saya tetapi adik beradik arwah tidak bersetuju harta dijual . Bagaimana caranya. Untuk makluman permohonan telah dibuat di pejabat pusaka kecil JKPTG

    1. maaf saya terlepas pandang. pada saya tak praktikal jika terus submit ke pusaka kecil tanpa ada persetujuan atau perbincangan diantara waris.

      Jika perlu kami uruskan boleh hubungi di 0165577653.

  27. assalamulaikum tuan..adakah urusan faraid masih boleh diteruskan jika ada waris enggan beri kerjasama..waris enggan beri salinan ic dan geran utk urusan faraid

    1. wasalam, jika dipusaka kecil terus submit saja… jika di mahkamah tinggi waris boleh saman waris yang sengaja melewatkan urusan pusaka.

  28. Assalammualaikum.
    Nak tanya.
    Abang ipar (abang kepada isteri) telah meninggal dunia.Arwah telah berpisah dan meninggalkan 3 orang anak. 1 lelaki dan 2 perempuan(1 orang anak kandung) (1 orang anak perempuan anak angkat&anak susuan).
    Arwah masih ade ibu dan bapa lagi.
    Arwah ade 1 rumah,1 kereta,duit kwsp,simpanan anak dlm bank (anak bawah 18 tahun)
    Sekarang anak3 dengan bekas isteri.
    Soalan saya, bagaimana dengan pembahagian harta?

  29. Salam, saya anak perempuan dan tinggal. Jika ibu saya meninggal, bagaimana pegiraan faraid? Bapa saya sudah meninggal. Hanya ada ibu, adik beradik lelaki ibu 3 org, dan perempuan 2 org. Itu sahaja.

    1. ini sudah berlapis. saya perlu tahu adakah atok dan nenek bagi ayah dan mak masih hidup ketika mereka meninggal dunia?

  30. Salam tuan..
    Mak saya baru meninggal..
    Ada 2 buah rumah yang mana 1 dah selesai pembayaran semasa arwah hidup tetapi geran masih belum di uruskan. 1 lagi kami adik beradik dah buat full settlement dengan wang tunai tinggalan arwah.
    Mcm mana process untuk kami mendapatkan geran untuk ke 2 2 rumah ye?
    Sebab pihak bank mintak kami hire lawyer untuk uruskan..

  31. Aslkum En Hanafi.

    Suami saya baru meninggal.
    Kami tdak mempunyai anak ttapi kami tlh ambil anak angkat.
    Arwah suami hanya ada duit simpanan di bank kurang $1500 dlm acct nya dan sebuah motosikal atas namanya saja.

    Bgaimana saya boleh tuntut duit dan tutup acct suami. Apa kah saya perlu mendapatkan surat amanah raya umtuk tuntutan ini.

    Bgaimana pula motosikal ? Hutang motor suami telah selesai bayaran. Bagaimana cara saya nak tukar nama pula.

    Harap dpt jawapan cara penyelesaian.
    Tkasih.

    1. Biasanya bank akan bagi jika duit yang ada kurang dari rm5k, tetapi ini atas polisi bank. Kena rujuk bank berkenaan, jika tak kena dapatkan surat kuasa bagi bank dan motosikal tersebut.

  32. Assalam tuan, saya ada sedikit pertanyaan yang memerlukan pandangan dan nasihat tuan jua.
    Ayah saya ada membeli sebiji rumah bersekali dengan tanah dimana rumah tersebut dirikan daripada saudaranya. Tiada perjanjian secara bertulis antara keduanya, hanya jual beli secara lisan sahaja. Arwah ayah telah meninggal dunia, namun saudaranya itu masih lagi hidup. Sebelum ayah meninggal dunia, rumah tersebut tidak dinamakan kepada sesiapa, hanya sebelum arwah meninggal memaklumkan rumah itu dibeli untuk anak-anaknya. Setelah meninggal dunia, ibu yang menguruskan rumah tersebut dan tiada halangan dari kami kami adik beradik dan beranggapan rumah itu menjadi hak ibu kami sebagai isteri arwah.

    Setelah beberapa tahun arwah meninggal, ibu saya telah didatangani anak saudaranya yang meminta untuk rumah tersebut dijualkan kepadanya kerana beliau tidak mempunyai rumah. Pada permulaan, ibu kami keberatan untuk menjual, namun setelah didesak oleh anak saudaranya, akhirnya ibu bersetuju untuk menjual rumah tersebut dengan harga yang dipersetujui bersama, namun sewaktu proses jual beli ini berlaku, tiada dokumen secara bertulis antara kedua pihak, hanya secara lisan sahaja dengan disaksikan oleh beberapa adik beradik saya. Sewaktu proses jual-beli ini berlaku, ibu saya juga ada menyatakan kepada anak saudaranya bahawa yang dijual ini hanyalah rumah sahaja, dan ibu saya tidak berniat untuk jual sekali tanah yg mana rumah tersebut didirikan.

    Baru ini, ibu saya meninggal dunia. Sebelum meninggal dunia, pernah juga beberapa kali arwah memaklumkan kpd kami bahawa yang dijual itu hanyalah rumah sahaja tetapi bukanlah tanah rumah tersebut didirikan. Namun, ibu tidak smepat mewasiatkan tentang pemilik tanah tersebut kepada mana-mana adik beradik. Tuan, kini kami keliru dengan status tanah tersebut sama ada ibu/kami ada beradik masih berhak atau tidak atas tanah tersebut setelah dijualnya? sebab melalui pembacaa saya, jika sesebuah rumah yang telah dijual adalah secara aotomatik bersekali dengan tanahnya?

    Sekiranya kami ingin menuntut semula tanah tersebut, adakah sah dari sudut perundangan? dan cara yang macam aner kami boleh lakukan jika anak saudaranya tidak bersetuju dan menyatakan bahawa dia telah membeli rumah dan tanah tersebut dan ianya telah menjadi miliknya.

    1. dari segi perundangan tanah & rumah tersebut masih milik bapa saudara.

      Dari segi jual beli memang dah salah, jika jual tanah sekali dengan rumah, tak mungkin jual rumah saja. Mesti sekali dengan tanah.

      Jadi pada saya keluarga en boleh lepaskan bahagian, tak perlu rumitkan keadaan ini.

  33. Salam tuan. Arwah nenek telah meninggalkan 2 anak perempuan dan 1 anak angkat laki. Jumlah hrta sebanyak rm600,000. selepas tolak bahagian faraid 2 anak perempuan, bahagian selebihnya adalah untuk baitulmal. Soalan saya, adakah bahagian baitulmal tersebut boleh diberikan kepada anak angkat laki?

    1. Tak boleh, memang akan kebaitulmal. Melainkan arwah ada buat wasiat menyatakan sebahagian harta diserahkan kepada anak angkat. Jika ada wasiat had yang boleh diterima oleh anak angkat adalah 1/3 bahagian.

  34. assalam, saya baru meninggal suami pada 27 Mac 2022. Waris saya, anak perempuan bawah 18 tahun, abang arwah dan 2 adik perempuan arwah.Suami saya ada meninggalkan
    1. rumah strata pemilikan saya dan suami tetapi pinjaman nama suami (masih ada pinjaman)
    2. Duit KWSP – ada penama saya dan anak bawah 18 tahun
    3. Tabung Haji – tiada penama
    4. Insuran
    5. Duit simpanan di bank
    6. bayaran bulanan kereta
    7. bayaran bulanan rumah
    8. hutang penyelenggaraan rumah

    Macamana saya nak uruskan? Adakah saya boleh membayar hutang terlebih dahulu atau menunggu keputusan pusaka kecil? Surat kuasa mentadbir adakah boleh dapat pusaka kecil?

    1. jika nak cepat, buat urusan di mahkamah tinggi. jika dipusaka kecil biasanya akan ambil masa setahun baru dipanggil.

      boleh bayar hutang dengan duit yang arwah tinggalkan. tetapi pn dapat keluarkan duit x?

      apa2 boleh call/wasap saya 0165577653

  35. Assalamualaikum..

    Datuk saya telah lama meninggal.
    Waris adalah 5 org anak (3 lelaki dan 2 perempuan). Sejak datuk saya meninggal, tiada sesiapa pon daripada waris menuntut dan semua harta pusaka berada dibawah baitulmal. Pada 2021; barulah ayah saya (anak lelaki kepada datuk saya) menyedari terdapat pusaka dan ingin menuntutnya. Utk masa sekarang, 5 anak datuk saya tinggal cuma 2 orang iaitu ayah saya (lelaki) dan makcik saya (perempuan). 3 org yang lain telah lama meninggal dunia.

    Soalan saya. Bagaimanakah hak pembahagian kepada ayah saya dengan keadaan 2 waris yg masih hidup.

    Adakah cucu kepada adik beradik ayah saya boleh menuntut harta pusaka?

    Terima kasih 🙂

    1. wasalam. maaf terlepas pandang.

      waris atuk yang meninggal selepas atuk layak dapat bahagian. jika 3 waris tu meninggal selepas atuk, maka pasangan dan anak2 kepada 3 waris nie layak dapat bahagian.

  36. Assalamualaikum

    Suami saya telah meninggal hujung tahun lepas. Atas beberapa faktor, urusan pusaka kecil pending sehingga sekarang, tapi saya dah senaraikan dan kumpul dokumen2 yang berkaitan. Harta suami yang ditinggalkan adalah:

    1. Rumah
    2. Tanah
    3. ASB
    4. Kenderaan
    5. KWSP (tapi saya penama dan saya dh keluarkan dan dah guna untuk bayar hutang arwah [PTPTN etc])

    Waris yang ada ialah:
    1. Saya (isteri)
    2. Anak lelaki (bawah 18 tahun)
    3. Mak arwah
    4. Adik lelaki arwah
    5. Kakak arwah

    Saya faham urusan untuk pusaka kecil boleh makan masa setahun / setahun lebih. Sekiranya saya nak selesaikan cepat, adakah saya boleh selesaikan melalui mahkamah tinggi?

    1. betul pn, biasanya dalam masa sebulan selepas submit akan dapat tarikh bicara.

      jika pn berhasrat nak buat di mahkamah tinggi. boleh wasap saya 0165577653

      yang layak keatas harta suami adalah:

      isteri – 3/24 bahagian
      mak – 4/24 bahagian
      anak lelaki – 17/24 bahagian

      1. Assalamualaikum Tuan..
        Saya baru kehilangan suami ramadhan2022 baru2 ini…
        Saya nak bertanya,suami ada tinggalkan rumah strata di Kl..
        Selepas mohon pusaka kecil,
        1)berapa lama tempoh masa dipanggil untuk perbicaraan ya??

        2)rumah tu belum didiami lagi..masih menunggu kunci darpada pemaju,soalan saya, dalam tempoh menunggu perbicaraan,bolehkah saya sewakan rumah itu?(bila dah dapat kunci).
        3)atau rumah tu bolehkah dijual selepas perbicaraan??

        1. wasalam.

          1. agak lama. anggaran setahun

          2. sebaiknya biarlah nama sudah didaftar atau pentadbir yang dilantik. apa2 agreement atas nama si mati tidak sah jika berlaku apa-apa pada rumah tersebut.

          3. boleh, mohon Perintah Jualan

  37. Assalamualaikum

    Arwah ayah asal sarawak dan saya menetap di selangor dan kekurangan bajet urus di sarawak.Adakah boleh urus harta arwah ayah di Selangor?

    Berapa kami dapat kalau kami 3 adik perempuan dan Nenek perempuan masih hidup?

    1. wasalam. sorry lambat reply.

      1. jika di mahkamah tinggi, aset dimana2 pon boleh diuruskan.

      2. jika di pusaka kecil akan tengok dimana hartanah tu berada. jika ada rumah/tanah diselangor, maka hanya diselangor saya boleh diuruskan.

      3. jika ini saja waris faraid yg hidup.

      – 2/3 bahagian untuk anak2 perempuan
      – 1/6 untuk nenek
      – baki harta untuk adik beradik arwah atau baitulmal

      jika perlukan orang untuk bantu urusan pusaka boleh wasap saya. 0165577653

  38. Salam tuan,
    Arwah suami baru meninggal minggu lepas. Arwah hanya ada :-
    1. motor yang sudah habis dibayar
    2. kereta masih berhutang 14k (geran tiada dgn kami)
    3. Loan bank A dalam 25k ( namun saya diminta utk dptkan surat kuasa jika ingin buat full settlement)
    4. Loan bank B (ada insurance)
    5. Kwsp

    Jika membuat kiraan, wang kwsp tak mampu untuk melangsaikan hutang dan saya perlu topup sedikit cash.
    Bagaimana untuk saya dapatkan surat kuasa untuk urusan hutang arwah dengan menggunakan wang kwsp td.

    1. wasalam, boleh buat dengan:
      1. Amanah Raya. Pn boleh rujuk dengan amanah raya dan puan perlu tanya anggaran kos yg terlibat.
      2. Buat di mahkamah Tinggi, saya boleh uruskan cuma utk proses saya tak boleh ambil direct dari KWSP, pn kena bayar secara berasingan. Nanti dah keluarkan duit KWSP, pn boleh claim balik.

      jika ada pertanyaan lanjut boleh hubungi saya secara terus 0165577653

  39. Assalammualaikum. Saya nak tanya, atok saya ada 3 ekar tanah pusaka dan seandainya dia meninggal adakah nenek saya tak ada hak ke atas tanah itu? Kerana anak-anak buah atok saya bagi tahu seandainya atok saya meninggal nenek saya tak ada hak keatas tanah pusaka tu. Sebab nenek dan atok saya tidak mempunyai anak bersama dan saya hanya la cucu tiri dari belah nenek.

    1. salam cik.

      nenek layak 1/4 baki pd adik beradik atok atau baitulmal jika tiada waris.

  40. Assalamualaikum Encik. arwah ayah saya adalah seorang peneroka felda, mempunyai tanah kelapa sawit tetapi geran tanah masih lagi dimiliki oleh felda kerana hutang tanah masih belum habis dengan felda. soalan sy, adakah penama waris tanah sawit itu secara automatik jatuh kepada emak saya dan adakah semua waris berhak ke atas hasil sawit tersebut ataupun hanya emak saya sahaja yang berhak ke atas hasil sawit tersebut. T.kasih encik.

    1. semua layak keatas hasil sawit, cuma pentadbir hanya seorang diperlukan jika xsilap saya.

  41. Assalamualaikum encik, arwah mak mertua saya ada membeli dua buah kereta utk kegunaan arwah seharian semasa hidup dan untuk kegunaan berniaga tetapi satu atas nama anak kandung dan satu lg dibeli secara tunai ttp diletakkan atas nama suami@bapa tiri suami kerana arwah tiada lesen. Adakah kedua2 kereta itu dikira harta pusaka?

    1. jika ikut undang2 mmg dah jadi harta pusaka arwah.

      tp atas budi bicara dan persetujuan waris juga mcm mana. jika arwah ada anak bawah umur akan ada masalah untuk buat keputusan.

  42. Assalamualaikum tuan….saya ada satu pertanyaan….apakah dikira hak waris sekiranya contoh: adik beradik ada 5 orang….seorang sudah meninggal sebelum pemilik meninggal dunia…..apakah yang telah meninggal ini juga mempunyai hak didalam pembahagian harta pusaka ini

    1. ikutkan faraid xlayak.. tetapi kena tahu dulu apa hubungan si pemilik harta dengan yang dah meninggal tu. soalan xjelas.

      secara umumnya akan ada waris ganti / layak terima pusaka..

  43. Assalammualaikum, jika tanah pusaka ada nama pemilik adakah ada lg hak adik2 lain utk tggal di kawasan tersebut memandangkan masa hidup arwah tokwan menyuruh salah sorang drpd anknya utk tggl di kawasan tanah itu.

    1. secara undang-undang tak sah untuk tinggal dikawasan bukan milik sendiri. Banyak isu akan timbul kemudian hari disebabkan pesanan arwah tok wan yang tak selari dengan undang-undang.

  44. Salam Encik

    Hal berkaitan pentadbir pusaka.
    Bolehkah kita mohon bicara semula, untuk menukar pentadbir?
    Adakah jika mohon tukar pentadbir, urusan yang sedang berjalan sekarang perlu dimulakan semula dari awal?

    Jika ada waris Asobah mengugut untuk tidak memberi kerjasama tentang pengurusan harta, boleh sebarang tindakan di ambil?

    Mohon penjelasan.
    Terima kasih.

    1. boleh. buat permohonan semula jika di pusaka kecil.

      jika di mahkamah tinggi juga boleh.

  45. assalamualaikum.. mak sy dah meninggal.. meninggalkan rumah dan duet simpanan di bank..
    waris yg tinggal
    -ayah
    -anak lelaki 1
    -anak perempuan 2

    soalan sy:

    1)adakah sy perlu mendapatkan sijil faraid terlebih dahulu sebelom menghantar permohonan ke pejabat pusaka kecil?

    2)adakah pejabat pusaka kecil akan mengeluarkan surat kuasa utk seorg pentadbir utk urusan pengeluaran?

    3)sekiranya faraid di buat,adakah nama abang2 arwah mak sy akan di masukan dalam sijil faraid?

    4)sekiranya kami ahli keluarga waris bersetuju pembahagian secara sama rata.. masih perlukah sijil faraid di pohon?

    5)boleh kah kami hanya nakkan surat kuasa utk proses pengeluaran wang simpanan sahaja..?

    bantuan tuan di dahulukan dengan ribuan terima kasih.. jazakalahu khair.

    1. wasalam.

      1. tak perlu
      2. ya
      3. tak sebab mak ada anak lelaki. jika atok nenek hidup akan masuk sekali, jika dah meninggal awal maka diorg xde bahagian.
      4. tak perlu
      5. jika nak cepat keluarkan wang, boleh uruskan di mahkamah tinggi. di pusaka kecil agak lambat.

      jika nak buat surat kuasa di mahkamah tinggi boleh hubungi saya 0165577653

      1. Assalamualaikum.

        Bapa dan mak saudara serta anak tunggal lelaki (sepupu saya) telah meninggal dunia.

        Mereka meninggalkan sebuah rumah dan ada beberapa nama didalam geran tanah. Duit dalam bank dan kwsp sepupu saya tak pasti sebab tak tahu.

        Rumah yang ditinggalkan dibawah nama mak saudara. Meninggal pada tahun 2013.

        Kemudian bapa saudara berkahwin lain.

        Pada tahun 2021 bapa saudara saya meninggal dunia.
        Selang seminggu anak tunggal dia (sepupu saya) pula meninggal dunia. Keduanya akibat covid.

        Saya serta abg dan adik lelaki dikatakan mempunyai hak keatas tersebut kerana kami adalah sepupu anak tunggal tersebut. Sepupu sebelah bapa. (Bapa dan bapa saudara saya adik beradik kandung)

        Soalan saya :
        1. Adakah mak saudara saya yang lain berhak ke atas harta tersebut.
        2. Adakah isteri baru (mak tiri sepupu) berhak ke atas harta tersebut.
        3. Adakah mak saudara dan bapa saudara (sebelah ibu sepupu saya) berhak.

        Saya agak pening dengan kes ini. Bukan sebab nilai. Tapi sebab tak tahu macam mana nak mulakan urusan.

        Harap tuan dapat membantu.

        Terima kasih.

        1. 1. utk harta mak saudara hanya dimiliki oleh suami dan anaknya saja.

          2. harta bapa saudara dimiliki oleh isteri baru dan anaknya

          3. harta sepupu akan dimiliki oleh bapa saudara sebelah ayahnya yang masih hidup, jika tiada bapa saudara baru turun kepada sepupu dari anak lelaki bapa saudaranya.

          kumpul maklumat dan lantik pentadbir untuk uruskan. jika nak pastikan siapa layak, boleh mohon sijil faraid di mahkamah syariah.

          lepas tu baru start mohon surat kuasa, untuk mohon surat kuasa saya boleh bantu.. boleh call saya 0165577653

  46. Assalamualaikum..
    Ibu saya baaru meninggal dunia dan meninggalkan tunai dalam anggaran 100k dan tanah berniliai 1.2 M. Kami enam beradik dan empat dari kami ada berhutang dengan ibu sebanyak (total) 450k dengan jumlah yg tertentu. Kami juga telah bersetuju untuk mengagihkan sama rata peninggalan ibu. Bagaimana pengiraan untuk mengagihkan peninggalan ibu kami tersebut? Terima kasih.

    1. wasalam,

      jika boleh org berhutang bayar hutang mak. kemudian totalkan semua, tolak hutang2 mak dulu samada hutang dengan manusia dan Allah.

      kemudian agih secara sama rata. cuma waris2 kena fikir adakah praktikal untuk masukkan semua nama dalam geran atau jual kepada mereka yang berminat.

      100,000 + 1,200,000 + 450,000 = 1,750,000
      1,750,000 / 6 = lebih kurang rm291,666 setiap orang

      atau bagi yang berhutang tu boleh lepas bahagian dengan kontra nilai hutang dengan nilai pembahagian sama rata.

      jika en perlukan org untuk uruskan untuk dapatkan surat kuasa, saya boleh uruskan. boleh call saya 0165577653

  47. Assalamualaikum, saya nak tanya macam mana pengiraan bgi harta rumah. Sebagai contoh arwah atuk saya telah membeli rumah pada tahun 2002 arwah atuk saya meninggal dunia pada tahun 2022 , bagaimanakah saya hendak mengetahui kadar jumlah rumah tersebut. ? adakah kadar tuntutan rumah tersebut meningikut pengiraan harga arwah beli ataupun mengikut harga rumah semasa.? Mohon maklum balas nya terima kasih.

    1. ikut kiraan nilai semasa. tidak adil ikut nilai terdahulu, melainkan semua waris setuju dengan nilai tersebut.

  48. assalamualaikum tuan,

    Jika saya (seorang perempuan) diberikan kuasa wakil (PA) untuk semua harta ayah semasa ayah sy masih hidup, adakah masih perlu faraid selepas kematian atau saya bole agihkan mengikut apa yang saya rasa adil? dan boleh kah saya gunakan surat kuasa tersebut menukarkan harta ke atas nama saya sebelum dijual untuk diagihkan sama rata? bagaimana pula jika ada waris faraid xsetuju walaupon saya mempunyai surat kuasa wakil? adakah perlu diagihkan mengikut faraid?

    1. tugas puan sgt besar dan memberi impak kepada waris faraid yang lain. Pn boleh buat apa saja selagi pn masih hidup. pn boleh rancang dan urus untuk kebaikan semua pihak.

      pn boleh buat apa saja yang pn hajatkan.

  49. Assalamualaikum.. Ibu sy meninggal dunia namun tidak pernah berkahwin,muallaf dan meninggalkan kereta (habis byr) dan duit simpanan anggaran 100k..nenek (mak kepada ibu) bukan beragama islam, ibu drpd 6 beradik hanya ada seorg adik yg muallaf juga.
    1) saya and adik2 (2 lelaki, 2 perempuan) waris yg sah? bagaimana cara utk bahagi? sulung-28 tahun dan yg lain2 masih bwh 18 tahun.
    2) kos bayaran fi boleh tolak drpd harta yg dpt kemudian?
    3) perlu membuat surat faraid?

    1. 1. jika 4 anak arwah ibu islam, maka harta akan ke 4 waris ini saja.

      2. kena buat dipusaka kecil atau mahkamah tinggi

      3. jika disemenanjung xperlu.

  50. Assalamualaikum. saya nak bertanya..ayah saya da meninggal dunia and tinggalkan tanah dan rumah dan kami nak buat permohonan pusaka tetapi tiada geran tanah yang asal sebab dalam geran ada banyak nama selain nama arwah dan tidak mengetahui siapa yang simpan dan cuma ada salinan sahaja. Boleh ke kami buat permohonan pusaka tanpa geran tanah yang asal.

    1. wasalam boleh. Boleh CTC, Certified True Copy bagi geran tersebut. Kemudian submit salinan bagi CTC geran tersebut. Masa bicara bawa salinan original CTC geran tersebut.

  51. Assalamualaikum.
    Saya masih menunggu tarikh bicara di pusaka kecil. Persoalan saya, adakah dibenarkan jika saya ingin mengeluarkan salah satu harta arwah suami (contoh kereta) daripada tuntutan? Pihak Jpj memberi kebenaran untuk tukar nama menggunakan sijil faraid tanpa perlu menunggu surat kuasa.

    1. hantar surat kepada pusaka kecil bgtaw keta dikeluarkan dr senarai harta atau maklumkan masa bicara nanti.

  52. Assalamualaikum tuan hanaffi,saya anak tunggal dalam keluarga,ayah saya telah meninggal dunia 7 tahun lepas,arwah ayah ada tinggalkan sebuah kereta..ibu saya masih ada dan dia nak membuat penukaran hak milik kereta tersebut dan diberi kepada saya,tetapi geran kereta sudah hilang,boleh tuan beritahu proses untuk buat penukaran hakmilik kenderaan tersebut bagaimana ??boleh tak buat di pejabat harta pusaka kecil??

    1. wasalam.

      Jika kereta adalah harta yang tertinggal atau sebelum nie pernah berurusan di pusaka kecil..maka bole buat permohonan semula di pusaka kecil.

      Jika tak pernah berurusan di pusaka kecil atau ini saja harta yang tinggal.. maka kena buat di amanah raya.

      mungkin dari segi dokumentasi agak rumit sikit.

      1. kena dapatkan surat kuasa dulu.
      2. Settle loan di bank, tunggu dlm seminggu (biasanya 2-3 hari).
      3. Buat pemeriksaan kenderaan di Puspakom. Bagi LA. Motosikal tak payah.
      4. Dah dapat Sijil Puspakom, pergi ke JPJ utk urusan tukar nama. Bagi Surat Kuasa. Ada borang JPJ kena isi

      Semoga membantu.

  53. Assalamualaikum saya tanya …ayah saya masih hidup… Ayah ada 4 adk beradk ayh sya dh bincang di pejabat tanah nak bahagi sama rata tanah kepada adk beradk ayh saya sepatutnye ayah saya dapat lebih tanah tersebut… Sampai masa adk beradik ayh tamak tanah boleh ke ayah batalkan balik penjanjian untuk bahagi sama rata tersebut…

    1. urusan pusaka atok ke? boleh tetapi kena maklum awal kepada pejabat pusaka sebelum persetujuan di rekodkan secara rasmi di dalam geran.

      1. Arwah Nenek saya… Mak kepada ayah saya… Tapi tuan mula2 dah bincang dgn adk beradk ayh utk dibahagikan sama rata yang hak ayah sebb ayh saya ank lelaki dan adk beradknye 3 pompuan …. Sekrg ni adk beradk ayh saya sudah mulai batas dan cukup berkira.. Boleh ke ayh saya tarik balik bahagian tanah ayh saya tu kembali….

        1. Tapi tuan selepas kematian mak kepada ayah saya…memang dah bincang dipejabat tanah dgn pegawai tersebut ayah saya bagi bahagian ayah saya utk dibagikan sama rata dgn adk beradk ayh saya…. Tapi sekrg adk beradik ayah saya sudah melampau dan juga cukup berkira…. Boleh ke sekrg ni Ayah ambil balik bahagian ayah saya tu kembali……

      2. Arwah Nenek saya… Mak kepada ayah saya… Tapi tuan mula2 dah bincang dgn adk beradk ayh utk dibahagikan sama rata yang hak ayah sebb ayh saya ank lelaki dan adk beradknye 3 pompuan …. Sekrg ni adk beradk ayh saya sudah mulai batas dan cukup berkira.. Boleh ke ayh saya tarik balik bahagian tanah ayh saya tu kembali….

        1. Memang dh bincang bersama pegawai tanah utk dibahagikan sama rata…. Sekrg ni ayh saya nak ambil balik bahagian ayah saya kembali… Boleh ke tuan

        2. jika dah bincang di pejabat pusaka kecil dan belum keluar perintah masih boleh.. jika dah keluar perintah pembahagian dah tak boleh tukar dah.

  54. Salam. Nak tanya, Ayah saya hanya mempunyai cash 14k dan peti besi di bank yang berisi dokumen lama (sijil penyertaan aktiviti, surat beranak adik saya, gambar lama dan koleksi syiling) yang saya tidak tahu nilainya. Sekiranya saya hantar permohonan ke Amanahraya/pusaka kecil, bagaimana mereka akan nilaikan peti besi tersebut? Saya risau sekiranya fee yang kami perlu bayar melebihi cash yang ada.

    1. buat lantikan pentadbir saja. tak perlu nilaikan jika tidak tahu.

      boleh buat di amanah raya atau mahkamah tinggi.. jika nak saya buat boleh wasap saya 0165577653

  55. Assalamualaikum tuan… 13/6/2022 ayah saya sudah submit untuk tuntutan harta dan sudah pon mmbayar duit pendahuluan di amanah raya sebanyak rm60… dokumen sume sudah submit dan tiada masalah .. soalan saya… brapa lama proses untuk masuk ke akaun bank ?… Sebab saya keliru…ada cakap sekejap . Ada cakap lama…

    1. en kena tunggu, saya xboleh nak kata cepat atau lambat. En kena follow up amanah raya.

  56. Assalamualaikum
    Saya baru saja kematian suami 6 bulan yang lepas. Dan kami mempunyai 3 anak lelaki berumur 17, 15 dan 5 tahun dan 1 perempuan berumur 7 tahun. Persoalan saya, arwah ada meninggalkan wang di akaun kwsp, tabung haji dan wang dalam akaun gajinya serta sedikit wang yang dia simpan di rumah. Saya keluarkan dan selepas selesai semua urusan wajib arwah,saya telah membahagikan sama rata kami 5 beranak tanpa faraid. Adakah ia salah? Saya telah mendapatkan persetujuan dua anak saya yang lebih tua. CUMA duit yang arwah tinggal dirumah saya telah gunakan untuk belanja harian. Terima kasih tuan.

    1. wasalam. mak ayah arwah ada x? jika ikut faraid mereka layak juga atas harta arwah.

      wajib faraid, utk kegunaan belanja harian boleh ambil dari bahagian anak2.. sbb untuk mereka juga. duit dirumah sepatutunya faraid juga, tetapi boleh guna untuk kegunaan keluarga.

  57. Salam tuan..

    Ayah(anak sulung) saya baru meninggal dunia dalam tempoh 2 bulan dan adik perempuan(makcik) ayah ada menfailkan tuntutan berkaitan harta pusaka belah nenek yg juga sudah meninggal dunia 28 tahun yg lalu ….Didalam surat ada menyatakan harta² seperti rumah² dan tanah² telah diwasiatkan pada beliau tetapi tanpa hitam putih dan tiada sesiapa pn mengatahuinya…beliau telah melantik lawyer dan mendesak kami untuk untuk pembicaraan dan kami menjauhkan diri kerana masih dalam keadaan kehilangan bapa dan pelbagai perkara harian perlu diselesaikan…

    Persoalan
    1. Bolehkah kami dianggap sebagai waris yg tidak beri kerjasama
    2.Adakah harta bahagian ayah boleh ditukar milik tanpa persetujuan kami adik beradik
    3.Lawyer pihak ke3 hanya sampaikan surat tarikh mahkamah tanpa kami terima surat hadir mahkamah dari mahkamah
    4. Adakah perkara ini dianggap selesai setelah mahkamah mengeluarkan perintah bersih
    5.bolehkan berlaku penipuan dalam mahkmaah syariah kerana adik perempuan ayah pernah melakukan pecah amanah dgn menipu tandatagan ayah sebelum ini

    Maaf kerana terlalu bnyak pertanyaan…diharap tuan sudi berkongsi ilmu ….terima kasih semoga tuhan balas jasa tuan

    1. wasalam,

      1. sebaiknya beri respon juga. jika en tiada masa untuk berurusan dengan pihak makcik, lantik peguam.

      2. tidak boleh

      3. urusan buat dimana? mahkamah syariah atau sivil? tak pe, call mahkamah tu maklumaat lanjut. kebiasaannya mahkamah akan minta hadir sendiri untuk mereka share info berkaitan.

      5. boleh berlaku penipuan, ada kes berlaku.

      saya boleh bantu yang mana boleh. 🙂

  58. Salam tuan, Mohon bertanya.. Bagaimana untuk saya selesaikan masalah tanah pusaka nenek saya yg mempunyai 2 ank perempuan Dan seorang lelaki. Selepas kematian nenek, mereka tidak dapat selesaikan segera tanah tersebut. Kemudian ank lelaki nenek sy Pula meninggal sebelum tanah Di selesaikan. Malangnya, ank lelaki nenek tidak mempunyai ank, hanya meninggalkan seorang isteri.. begitu juga dgn Salah seorang ank perempuan nenek, tidak mempunyai ank & kematian suami. Cuma ibu saya sahaja yg mempunyai ank.. Bagaimana ya tuan? Harap sgt dpt Bantu saya. Terima kasih

    1. kena dapatkan maklumat seperti sijil kematian adik beradik ibu yang dah meninggal serta ic pasangan dan anak-anak mereka.

      apa2 boleh wasap saya jika nak saya uruskan 0165577653

  59. Assalammu’alaikum wbt Tuan,

    Saya ingin bertanya, bapa saya telah mengambil bahagian yang lebih harta pusaka atuk saya semasa dia hidup Dan kini bapa saya telah meninggal dunia.

    Adakah adik beradik bapa saya boleh menuntut harta pusaka yang bapa saya telah ambil masa hidup dulu daripada kami adik beradik?

    1. apa maksud ambil lebih? sbb kenyataan en agak umum. Adakah waris2 bagi ke? atau dari wasiat atuk ke? atau ada yg serah bahagian pada ayah ke?

      en kena jelaskan dulu baru boleh saya bagi jawapan yang betul.

      1. Assalammu’alaikum wbt Tuan,

        Maksud lebih tu adalah bapa saya ambil lebih tanpa kebenaran adik beradik dia dan tiada dalam wasiat atuk. Dan kes ambik lebih bahagian pusaka atuk tu, kami diberitahu selepas bapa saya meninggal dunia tanpa pengetahuan kami adik beradik.

        Adakah pakcik saya boleh tuntut harta pusaka yang bapa saya terlebih ambil itu daripada harta peninggalan bapa saya?

  60. Asalamualaikum,
    nk bertanya, klo org nk tukar hak milik harta pusaka, dgn menipu, yg bukan anak dan tak ada pernah bernikah tanpa ducoment yang sah boleh juga ke. kuching Sarawak

  61. assalamualaikum,

    en.hanafi saya nak tanya ayah saya baru meninggal bulan 2 haritu..ayah saya cuma tinggal kan rumah apartment dan juga kereta..untuk rumah apartment tu ayah saya belum ambil geran belum tukar nama..saya nak tanya kalau untuk rumah ni kami adik beradik kena keluarkan geran dahulu lah ya sebelum buat faraid? kemudian ada tanah kecil dekat kampung. saya nak tanya kalau tanah kecil tu tak masuk dalam faraid boleh ke en hanafi? sebabnya tanah kecil tu diberi melalui perbualan dan persetujuan antara ayah saya dengan makcik saya tanpa ada hitam putih.

    kemudian satu lagi en hanafi, ayah saya seorang anak lelaki yang tinggal kemudian ada 2 orang kakak yang masih hidup. ayah saya ada 4 orang anak perempuan dan seorang isteri. kiranya semua akantermasuk dalam pengiraan faraid untuk harta ayah saya. saya nak tanya, sebgai contoh sahaja, sekiranya makcik saya 2 orang tak nak termasuk dalam pengiraan faraid boleh ke en. hanafi? mereka boleh beri surat pengesahan ke en hanafi? ini hanya sebagai pertanyaan.

    kemudian en hanafi, saya nak tanya abang ipar saya iaitu suami kepada kakak saya yang pertama, dia ada hak untuk bersuara ke dalam harta ayah saya?

    harap dapat pencerahan dalam isu ini.

    1. 1. uruskan harta pusaka melalui pusaka kecil atau mahkamah tinggi.

      2. sijil faraid tidak menjadi kewajipan melainkan ia wajib disediakan oleh agensi tertentu sahaja.

      3. pembahagian faraid juga tidak menjadi kewajipan jika kesemua waris sepakat dengan keputusan atau cara nak diagihkan.

      4. jika atok (ayah kepada arwah ayah) masih hidup, adik beradik tiada kaitan. jika atok sudah meninggal awal, maka adik beradik ayah ada bahagian.

      5. perbincangan antara ayah dan makcik-makcik tak terpakai melainkan persetujuan semua ahli waris faraid.

      6. abang ipar tiada kena mengena dalam urusan pusaka keluarga, sebab dia bukan ahli waris faraid.

  62. Assalamualaikum?

    En.Hanafi,saya nak tanya.mak dengan arwah ayah saya dah bercerai,kami ada 6 beradik.arwah ayah saya kahwin lain dengan orang indonesia dan ada 2 orang anak masih bawah umur.macam mana pembahagian faraid dengan mak tiri dan 2 orang anaknya tu?

    jika nak buat faraid mereka perlu hadir di pejabat tanah tak?

    jika mereka tak dapat hadir,dokumen apa yang perlu dari mereka?

    1. jika perkahwinan mereka sah, maka mereka juga layak keatas bahagian harta si mati.

      cukup dengan passport atau sijil kelahiran anak-anak tersebut.

  63. Salam Tuan, boleh saya tahu apa yang perlu dibuat jika situasi begini berlaku.

    Arwah abah baru meninggal dunia, tiada hutang yang ditinggalkan. Aset yang ada seperti asb, tunai dalam bank, motor, kereta, rumah, kebun.. semua dah habis bayar.

    Abah ada seorang anak lelaki berumur 31tahun, isteri dan tiga orang anak perempuan.

    Semua harta abah tidak diwasiatkan atau dihibahkan.

    Soalan saya, perlu ke cari waris seperti adik beradik abah untuk dibahagikan secara faraid? Atau memadai anak lelaki abah sahaja yang wariskan hartanya dan bahagikan kepada kami adik beradik perempuan dan juga mak kami?

  64. Salam Encik hanaffi,

    Sy nak tanya, masa thn 2017 pentadbir ada membuat tuntutan harta arwah atuk dan semasa nak buat tuntutan kami di minta utk beri dokumen yg diperlukan tapi masa tu ada adik beradik yg tak nak terlibat dlm tuntutan tu jadi pihak pentadbir telah buat surat yg menyatakan pihak yg tak nak terlibat tidak boleh menuntut dan tak akan menuntut harta tersebut dan minta utk di tandatangani.

    Dan dia pn telah sign surat tersebut. Adakah surat itu sah? Dan ketika itu tuntutan tersebut tidak berjaya di buat atas sebab2 waris lain tidak setuju. Pd tahun ini pentadbir sekali lagi membuat permohonan baru. Dan meminta dokumen baru. Dan pihak yg tidak mahu menuntut sebelum ni telah berubah fikiran. Dan mahu menuntut semula dlm tuntutan baru pd thn ini tapi pentadbir kata tak boleh kerana mereka meneruskan tuntutan yg lama dari thn 2017 itu. Jd soalan sy di sini blh ke meneruskan permohonan lama? Bukan ke setiap tuntutan perlukan permohonan baru? Dan jika teruskan yg lama kenapa pentadbir meminta dokumen yg baru? Walhal dokumen lengkap telah di serahkan pd thn 2017. Dan adakah surat yg ditandatangani oleh pihak yg tidak bersetuju itu masih valid dan boleh di guna pakai?

    1. Jika urusan di mahkamah tinggi, tak boleh lantik pentadbir selagi semua waris tidak sain dokumen penolakan pentadbiran dan afidavit persetujuan pengecualian bon penjamin.

      Cik tulis disini pentadbir, adakah pentadbir telah dilantik? rasa mcm belum, mungkin istilah yang sesuai adalah pemohon dalan kes nie.

  65. Assalamualaikum En.Hanafi
    Ayah saya dah hampir setahun meninggal. Dia minggalkan isterinya dan 3 org anak termasuk saya. Harta yg ayah saya tinggalkan dua motosikal, dua kereta dan satu rumah pangsa yg telah habis bayar. Kemudian ayah saya ada public muctual dan kwsp. Untuk kwsp tu ayah saya dah letak penama masing2 25%. Kami bertiga telah membuat tuntutan kwsp. Tetapi adik saya sorang masih belum cukup umur. So yg kwsp bahagian adik saya yg masih belum cukup umur kena buat faraid. Saya nk tanya kalau kes mcmni apa yg saya kena mulakan dulu ? Saya langsung tidak faham tentang urusan pembagian harta ni. Dan saya tidak tahu apa yg harus saya lakukan. Kerana saya langsung tidak ada pengalam dalam kes ni. Mohon En.Hanafi jelaskan satu per satu.

    1. semua harta kena faraid, bukan dekat adik tu saja yg kena faraid. untung la cik dan abg/akak.. ke saya salah faham apa yang cik tulis.. hehe

      untuk harta yang lain kena dapatkan surat kuasa untuk uruskan.. jika belum buat saya boleh bantu..

      boleh wasap saya 0165577653

  66. Assalamualaikum
    Nak tanya tentang warisan yang ditinggalkan oleh pemilik (atok saudara) yang tiada anak…apakah harta tersebut layak dipindahmilik kepada waris lain yang ada hubungan..contoh ..anak saudara..boleh kah harta tersebut ditukar milik. Buat masa ni harta tersebut tiada pewaris langsung cuma diduduki oleh anak angkat si mati. Apakah dokumen yang perlu sekiranya waris yang ada ingin menuntut hak tersebut.

    1. 1. dapatkan sijil faraid untuk mengesahkan siapa waris faraid bg harta si mati.

      2. harta tersebut pasti akan ada pemilik baru, jadi bila dah disahkan dengan sijl faraid, maka boleh diserahkan kepada pemilik tersebut.

      3. mohon surat kuasa dan perintah pembahagian.

  67. Assalamualaikum En Hanaffi

    Saya ada soalan
    Adakah wasiat yang dilaksanakan mengikut kehendak syarak sekiranya si mati mewasiatkan semua hartanya secara sama rata kepada semua anak-anak dan isterinya?
    kerana terdapat hadis yang menerangkan tentang kadar wasiat yang tidak boleh melebihi 1/3 harta

    1. disini ada 2 pendapat.
      1 – yang melarang keras
      2 – dibolehkan

      berdasarkan amalan sekarang, pendekatan yang dibuat adalah, boleh berwasiat kepada ahli waris. tetapi mesti mendapat persetujuan ahli waris terlebih dahulu.

      bermaksud, jika ahli waris tidak reda akan pemberian tersebut, maka ia akan berbalik kepada faraid atau muafakat yang dipersetujui semua ahli waris.

    2. Assalamualaikum en hanaffi.

      mak saya peneroka felda dan baru meninggal dunia.meninggalkan tanah ladang dan rumah.segala urusan harta memang melalui pusaka kecil.tapi seperti semua tau memang mengambil masa yang lama.sehingga 2 tahun untuk kes arwah abah sebelum tu.

      Yang saya nak tau sekarang tentang wang tunai dan wang dari hasil ladang setiap bulan tu,perlu ke wakil waris simpan sehingga kes di pusaka kecil selesai(mungkin bertahun)atau perlu dibahagi segera?waris cuma tinggal 4 beradik(3 lelaki dan 1 perempuan)sahaja.

      1. tiada kewajipan untuk simpan atau kumpul semua duit tersebut.

        jika waris-waris sepakat untuk agihkan tiada masalah dengan syarat selesaikan dulu hutang-hutang arwah samada dengan Allah atau dengan manusia terlebih dahulu, serta tolak kos-kos berkaitan harta pusaka dulu, lebih dari itu barulah diagihkan.

  68. Assalamualaikum, soalan saya Simati mempunyai suami, 1 anak perempuan, 1 abang dan 6 adik beradik perempuan. Simati telah membuat Hibah kesemua harta diserahkan kepada anak perempuan. Setelah Simati meninggal, suami ingin mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir di Mahkamah Tinggi. Perlukah suami mendapatkan izin dari waris-waris iaitu adik-beradik simati untuk Penolakan Pentadbiran dan Penolakan Harta? Soalan kedua, bolehkan suami simati melaksanakan agihan harta mengikut Hibah tersebut tanpa mendapatkan persetujuan waris-waris. Adakah Hibah tersebut perlu dieksibitkan di dalam permohonan Surat Kuasa Mentadbir?

    1. wasalam.

      1. masih perlu.

      2. perlu dapatkan Perintah dari mahkamah syariah dulu berkenaan hibah tersebut.

  69. Assalamualaikum Tuan.

    Jika A dilantik sebagai pemegang amanah bagi harta si B dan kemudian B meninggal. A berhasrat utk membatalkan pemegang amanah tersebut dan A ingin harta-harta B dipindahkan ke atas nama A. Tetapi waris-waris lain tidak bersetuju. Apakah penyelesaiannya Tuan? Mohon maklumbalas daripada Tuan. Terima kasih.

    1. wasalam. kena tengok pada syarat-syarat dalam dokumen yang telah dibuat. Disitu kita akan dapat jawapannya.

      sekiranya dinyatakan ia akan terbatal sekiranya B meninggal dunia, maka boleh dibatalkan.

  70. Assalamualaikum Tuan.. Nak tanya urusan pembahagian harta pusaka ni mesti dilakukan menggunakan khidmat peguam ke? Kalau adik beradik dah sepakat nk bahagikan sendiri ikut sistem faraid tapi tanpa gunakan peguam boleh ke? atau akan ada isu dikemudian hari? waris arwah adalah seorg isteri & 6 org anak (2 lelaki & 4 perempuan) Utk makluman hanya duit dr acc tabung haji arwah sahaja telah dipindahkan ke acc tabung haji isteri arwah yg masih hidup. Duit dr asb & kad atm arwah semua telah dikeluarkan dan diasingkan.

    1. jika di mahkamah tinggi perlu peguam, jika di pusaka kecil dan amanah raya tak perlu.

      permohonan boleh buat sendiri. cuma jika semua tiada masa boleh lantik pihak ke3 uruskan.

      jika perlukan bantuan boleh wasap saya 0165577653

  71. Assalamualaikum. Saya ada pertanyaan. Arwah atuk saya sudah meninggal dunia. Anak-anak arwah atuk ingin menuntut pembahagian harta. Arwah ayah saya adalah anak kepada arwah atuk. Saya nak tanya jika arwah ayah saya sudah meninggal dunia, keluarga saya ingin menuntut pembahagian harta juga sebagai cucu kepada arwah atuk. Adakah sijil faraid arwah ayah diperlukan untuk penuntutan harta arwah atuk?

    1. wasalam. jika ayah meninggal selepas, waris ada bahagian juga.

      jika ada sijil faraid bahagian nenek itu lebih baik bagi membuktikan siapa yang layak keatas harta pusaka nenek.

  72. Salam tuan,
    Jika saya telah membuat permohonan untuk surat tadbir pusaka, tetapi ada 2 dari 11 org waris yg tidak mahu sign surat penolakan pentadbiran harta, adakah permohonan untuk surat tadbir pusaka tidak akan diluluskan atau pun ada cara lain untuk tebus 2 waris yg tidak mahu berkerjasama itu?

    1. wasalam. jika berurusan di Pusaka Kecil.

      cik mohon pemahagian secara faraid.

      kemudian boleh mohon tebus bahagian mereka dengan mengikut nilai semasa.

      cik maklumkan yg bahagian mereka akan diserahkan kepada amanah raya.

  73. Salam tuan ..nak tanya apa langkah seterusnya ya selepas dapat geran tanah yg sudah ada nama semua org (faraid) ? Dan bagaimana nak bayar hasil tanah tersebut ..adakah boleh kita bayar bahagian kita sahaja?

    1. wasalam, cik kena berhubung dengan pembayar cukai sekarang. dia yang jadi wakil untuk bayar bahagian masing-masing. Tak boleh hanya bayar bahagian cik saja.

    2. Assalamualaikum…nk tanya…arwah ayah sy ada tanah..tp blm dipindah hakmilik..kami adik beradik n mak bersetuju nk jual tanah tersebut…bolehkan hasil jualan tanah d bahagi sama rata atau mengikut faraid jugak..?

  74. Assalam tuan..
    Minggu lepas saya dan famili dh bicara pesaka kecil..dan sya dh cek status secara online..selesai..surat LA tu berapa lama untuk dikeluarkan

  75. Salam tuan
    Secara ringkasnya sy ingat menguruskan harta pusaka arwah ibu saya dan saya sekarang tengah mengumpul segala maklumat dari adik adik seibu untuk permohonan pusaka kecil untuk menentukan bahagian Faraidh masing2. Jadi apa tindakan yg perlu sy buat kerana ada adik² seibu tidak memberi kerjasama dalam urusan tersebut yg diperlukan seperti salinan IC dan juga surat kematian ibu.
    Kiranya mereka berkeras juga tidak mahu berkerjasama apakah cara lain yg membolehkan saya mendapat hak sya keatas harta faraid..
    Terima kasih tuan.

    1. jika ada bajet, boleh saman mereka di mahkamah tinggi sivil. cara lain berbincang sehingga ada kata putus. adakah mereka xnak bagi sebab mereka tak mahu bahagian harta pusaka?

  76. Assalamualaikum… En hanafi sy nk tanya…bapa sy telah meninggal,ada tanah telah d tukarkan keatas nama kakak sy yg sulong atas persetujuan adek beradek bapa saya…tanah atass nama kakak sy tu hendak d jual.. Adekkah adek beradek awrah bapa sy layak menerima ape2 bahagian dripada duit tanah tersebut.

    1. tidak layak, semua dah rela nak serah pada akak. tp kena rujuk semula perbincangan antara mereka sebelum nie.

    1. tak de masalah. terpulang pada waris sbb boleh muafakat.

      adakah maksud cik tak uruskan harta tu? dua perkara yang berbeza tu..

  77. Assalamualaikum tuan,
    Bapa saudara saya ingin membayar kepada setiap penerima faraid bertujuan untuk membeli rumah peninggalan arwah nenek secara suka sama suka. Apakah prosedur yang perlu dilakukan dan bagaimana cara untuk membuang nama setiap penerima faraid tersebut setelah mereka menerima bayaran?

    1. berurusan di pusaka kecil atau di mahkamah tinggi sivil.

      perlu ada perjanjian antara waris agar tiada pihak yang dipinggirkan selepas proses ini selesai.

  78. Assalamualaikum… Sy mempunyai kemusykilan mngenai status tanah yg ayh sy beli.
    1. Tanah yg dbeli dr arwah atuk. Geran tanah tu adalah nama bapa/atuk kpd moyang sy. Tp bhgn yg dbeli sedikit shj (bhgn arwah atuk; pbahagian scara lisan org dulu2). Yg mduduki tanah tsebut skrg (adik bradik atuk & ank saudara atuk; smuanya warga emas) cuba tukar nama pd geran ttapi dmaklumkn adalh sgt sulit. Jd mereka mengambil kputusn utk mbiarkn shj geran tanah tu xbtukar nama. Sbelum mninggal arwah ayh pesan suruh buat rumah utk kami 2bradik (2ank arwah ayh yg msh hidup)
    2. Arwah ayh sy juga mbeli rumah dr ank saudaranya ttapi geran masih nama anak saudara. Pjanjian beli rumah itu utk keluarga besar mereka bkumpul @ ssiapa je yg blk kg ad tmpt utk bteduh. Slps ayh mninggal slh seorg bapa saudara (pnerima faraid) menyarankn tanah ini dtukar kpd nama sy

    Soalan sy: Mcm mn nak faraidkn 2 tanah ni? Atau blh ikut je saranan arwah ayh & bapa saudara?

    1. 1. utk tanah atok kena uruskan pusaka dulu, baru boleh masuk nama waris.

      2. kami boleh uruskan.

      boleh call / wasap 0165577653

  79. as salam, nk tnya en. arwah ayah ada meniggalkan rumah berserta tanah tetapi belum tukar nama kepada pewaris iaitu 4 org anak. kalau sy salah seorang anak waris tp sy dh d istihar bankrup. boleh k sy tuntut hak saya dan adakah bahagian sy akan di sita kerana bankrup?

    1. wasalam. tak boleh masuk, nanti pihak insolvensi akan sita.

      saya cadang masuk nama waris en saja.

  80. Assalamualaikum Tuan,

    Saya Ada soalan,
    Arwah adik saya lelaki bujang meninggal dunia setahun yang lalu. Ibu dan bapa saya masih hidup dan waras. Setelah arwah meninggal, arwah mendapat duit:

    1- Duit insurans
    2- Duit pampasan kerja
    3- Duit pampasan kemalangan
    4- Duit hasil jual motosikal

    Semua hutang2 dan badal Haji dan umrah untuk arwah telah dilaksanakan.

    Yg saya faham, segala duit arwah adik perlu di faraid kan utk ibu dan ayah saya je. Adik beradik x layak dpt sbb parents masih hidup dan waras dan kami adik beradik 4 org pn setuju utk tidak amik apa2 dari duit arwah.
    Tapi adik beradik setuju jika sy tadbir duit2 arwah adik memandangkan saya ibu tunggal dan baru bekerja setelah pemergian arwah.

    Dan ayah dan ibu sy pn bersetuju utk tidak amik apa2 dari duit arwah adik melainkan guna utk kegunaan harian, wakaf, sedekah dan gunakan duit tu utk jalan2 kebaikan utk arwah adik.

    Jadi apa yg sy perlu buat?
    Atau x perlu buat apa2?

    Menandangkan semua bersetuju.

    1. xde masalah. tapi jika letak dalam personal acct cik saya rasa tak praktikal. jika tiba2 cik meninggal, duit tu kira faraid cik pulak.

      buka estate acct si mati. jadi lebih telus..

  81. Salam tuan…saya ada pertanyaan…arwah ayah saya dh meninggal 17 tahun lepas…waktu tu atuk dgn nenek masih hidup…ada isteri dgn 2 anak lelaki… jadi saya tahu setiap orang ada bahagiannya…selepas arwah ayah meninggal ada buat permohonan pusaka kecil..untuk pembahagian harta secara faraid…tapi atuk saya tak nak sain waktu tu sampai lah dia meninggal dunia…jadi yang tinggal sekarang nenek isterinya dengan 2 orang anak…jadi bahagian atuk tu macam mana??…dh 17 tahun tak settle2 lagi…

    1. bahagian atuk difaraidkan kepada anak-anaknya iaitu 1/6 bahagian. mohon ulang bicara dan submit sekali ic waris-waris atuk.

  82. Salam Tuan, minta izin saya tanya satu soalan. Saya dah hampir selesai proses pembahagian harta, tetapi baru dapat tahu dari pihak Bursa yang harta alih untuk Saham tidak dapat diteruskan sebab CDS account tak ditulis di dalam surat tadbir. Untuk kes yang ni, saya kena buat borang Seksyen 17 (Borang P) ke atau ada cara lain untuk update dokumen surat tadbir? Cuba untuk elak proses buat surat tadbir lagi sebab proses makan masa lama…(Setahun lebih amik untuk saya). Terima kasih

    1. wasalam. rasanya en ada wasap sayakan.

      Nak cepat mohon di mahkamah tinggi sivil. jika tak mohon saja di pusaka kecil.

  83. 1) Jika saya telah menghantar permohonan online, tetapi saya perlu membetulkan no hakmilik harta tak alih, adakah saya perlu membuat permohonan semula? Saya masih boleh edit bahagian harta tak alih bagi permohonan sedia ada yang telah dihantar.

    2) Jika saya adalah waris, tetapi saya tidak layak menerima faraid, bolehkan saya menjadi pemohon bagi pihak yang menerima faraid (contohnya untuk mewakili ibu bapa saya)

    3) Adakah salinan-salinan dokumen yang perlu dihantar dengan Borang A perlu disahkan? Jika ya, bolehkah ia disahkan oleh pegawai kerajaan yang layak, atau adakah ianya hanya boleh disahkan oleh majistret / pesuruhjaya sumpah?

    1. 1. tak boleh betulkan dah. nanti masa bicara maklum pada pegawai ttgk kesilapan tu.

      2. xjelas soalan nie.

      3. tak perlu sahkan.

  84. tuan, isteri saya meninggal tanpa anak. waris yg ada, saya (suami), ibu, saudara kandung lelaki seorang, saudara kandung perempuan 3 orang. macamana perkiraan faraid untuk simpanan Rm200,000. Barang kemas r0,000. terima kasih

  85. Salam Tuan,

    Saya ada soalan, sekiranya si mati tiada waris (tiada suami @ anak, mak, ayah, adik beradik sudah meninggal sebelum si mati), adakah anak-anak kepada adik beradik simati (anak saudara) boleh warisi harta si mati?

    1. ya boleh. untuk lebih jelas, dapatkan sijil faraid dari mahkamah syariah untuk mengesahkan siapa yg layak.

  86. Aslmualaikum..sy nk tanya..ada sbidang tanah nama arwah atok..blm dbhgikan..ada 8 waris yg masih hidup slpas kmatian atok..skrng hanya tnggl 5 org ..3 lg sudah meninggal..adakah anak2 dari waris yg sudah meninggal masih mempunyai hak untuk mmeperoleh sewa dari tsnah tersebut..terima kasih ya..

  87. Salam tuan, soalan ini mungkin di luar konteks sedikit tapi saya perlukan pencerahan.
    Dalam geran tanah yang sah ada nama saya dan adik. Tiap sorang 1/2 bahagian tanah.
    Kami telah berbincang dan bersetuju untuk memuktamadkan bahawa saya berhak mutlak ke atas tanah bahagian kanan pelan tanah dan adik berhak mutlak ke atas tanah bahagian kiri pelan tanah berserta dengan rumah.
    Kami telah membuat sendiri surat pembahagian tanah yang lengkap dengan nama, saksi, cap jari dan tandatangan masing-masing.
    Persoalannya:
    1)Adakah menjadi keperluan sebenarnya untuk membuat surat perjanjian ini kerana di dalam geran telah tertera secara sah nama saya dan adik?
    2)Jika menjadi keperluan, adakah saya wajib mendapatkan pengesahan di pejabat pesuruhjaya sumpah?
    3)Atau surat perjanjian ini sudah cukup memadai sebagai persetujuan antara dua beradik dan tidak perlu untuk mendapatkan pengesahan di pejabat pesuruhjaya sumpah?
    Mohon penjelasan, terima kasih.

    1. sebenarnya bagus juga jika buat perjanjian tetapi saya sarankan bagilah pihak peguam yg sediakan perjanjian tersebut.

      pada saya perkara utama dinyatakan bahagian kiri dan kanan berserta pelan yang telah di plot oleh juru ukur.

      untuk makluman, pjsumpah tidak boleh sain sebagai saksi bagi perjanjian yang dibuat.

  88. Salam tuan…betul ke proses tukar nama tanah si mati perlu menunggu sehingga anaknya yang paling bongsu berumur 18 tahun baru boleh dilakukan proses tukar nama?

    1. dah boleh proses sekarang tp akan ada penjaga bagi pihaknya. tak perlu nak tunggu anak tu 18 tahun baru nak proses.

  89. Assalamualaikum tuan.

    Harap dpt membantu.

    Suami Sy ade sebuah rumah peninggalan arwah isterinya (sebelum berkahwin dgn Saya). Waris isteri iaitu ayah Dan ibunya nk tuntut rumah tersebut dgn beri 2 Pilihan:

    1. Bayar tunai rm40k akan dpt terus rumah
    2. Atau jual. Dgn hasil jualan d bahagi 50-50.

    Suami saya tak nak jual rumah. Jadi dia perlu Sediakan 40k tersebut sebaik shj proses tukar nama d Geran rumah selesai.

    Isunya suami Tak mampu nk Sediakan 40k tu dalam Masa yang singkat. Suami dah Cuba runding dengan keluarga arwah isterinya. Tapi tidak diterima. Ada cara lain yg lebih baik?

    Terima kasih

  90. As salam.. saya ada persialan yg mana baoa saudara saya telah meninggal dunia…Tanah dan rumah masih diatas nama arwah, arwah menpunyai seorang isteri tetapi tidak mempunyai anak. Adik beradik ada seorang lelaki (sudah meninggal saya namakan A) dan seorang perempuan. Persoalannya..disebabkan arwah tidak ada anak bolehkan anak2 si A ni menuntut hak tersebut.Si A mempunyai 3 anak lelaki dan 2 perempuan

    1. jika nak tuntut, dapatkan sijil faraid dulu bagi mengesahkan siapa waris faraid yg berhak keatas tanah tersebut.

  91. Salam tuan,

    Ibu saya telah meninggal dunia tahun 2015, waris ialah ayah (suami), seorang anak perempuan dan 3 orang anak lelaki.

    Arwah ibu punyai sebuah unit rumah kedai yang masih under loan bank di bawah nama ibu dan kakak saya. Setelah habis perbicaraan di mahkamah pada 2016, kami sebulat suara menyerahkan harta alih kepada ayah, dan kedai tu berpindah hak milik kepada kakak dan saya.

    Tahun lepas, ayah saya pula meninggal dunia, tapi kami dapati hutang kedai arwah ibu masih belum dilangsaikan. Persoalannya, adakah boleh digunakan harta pusaka ayah untuk melangsaikan hutang terdahulu?

    Kedua, boleh ke pindah milik walaupun belum habis bayar loan?

    Terima kasih.

    1. 1. kena selesaikan hutang dulu dengan duit yang arwah tinggalkan.

      2. tak boleh nak tukar hak milik selagi hutang belum selesai.

  92. Assalamualaikum, nak tanya. Adakah menjadi kesalahan bagi isteri si mati menggunakan wang dalam bank si mati untuk keperluan harian anak-anak dan hal-hal pengurusan jenazah sebelum mendapatkan kuasa hak pentadbir harta warisan?

    1. sini ada 2 pendapat. Pada saya tiada masalah untuk gunakan utk keperluan mereka, melainkan adik beradik arwah boleh membantu dari segi kewangan bagi meringankan beban.

  93. Assalamualikum,

    1 Saya nak bertanya,arwah ayah ada rumah dan dia belum sempat buat penama.

    Soalan 1

    Kami adik beradik sudah pergi pusaka kecil dan bersetuju rumah diserahkan kepada abang.jadi hukumnya sah atau tidak

    2 ayah sebelum meninggal dia berkongsi bayar loan dengan ibu dan nama kereta atas nama ibu.

    Soalan 2

    Jadi jika macam tu bila ayah dah meninggal kereta tu milik siapa.dan jika saya berkongsi bayar dengan ibu,ibu bagi kereta kepada saya untuk sambung bayar.

    1. 1. jika setuju serah pada abg maka sah, pejabat pusaka akan keluarkan perintah diserahkan kepada abg.

      2. milik ibu sebagai pemilik yg sah. kereta tak boleh masuk 2-3 nama.

  94. Assalamualaikum En. Hanaffi,

    Saya memerlukan sedikit penjelasan mengenai situasi ini. Arwah nenek saya mempunyai 1 anak lelaki & 6 anak perempuan (1 anak perempuan sudah meninggal selepas kematian arwah nenek). Arwah nenek saya meninggalkan sebidang tanah & lot sawit (tak pasti keluasan). Setelah kematian arwah nenek, mereka adik-beradik telah sepakat agar hasil sawit diberikan kepada ayah saya. Pada ketika itu, tiada sebarang dokumen bertulis yang menyatakan hal tersebut, hanya lisan sahaja. Kini, ayah saya telah meninggal dunia pada 11/03/2023 tanpa meninggalkan sebarang wasiat dan pesanan.

    Persoalan saya,bagaimanakah cara pembahagian harta tersebut? Arwah Ayah saya meninggalkan 1 isteri & 5 anak perempuan. Arwah ayah saya juga masih mempunyai 5 orang kakak yang masih hidup.

    1. kena berbincang semula dengan anak-anak nenek, samada mereka serah secara mutlak atau bagaimana. atau cik boleh rujuk pejabat pusaka dimana harta pusaka nenek diuruskan.

  95. assalamualaikum Tuan Hanaffi Idris,

    saya hendak bertanya, arwah ibu saya mempunyai sebidang tanah selepas pembahagian harta pusaka oleh emak kepada ibu saya. (asal tanah tersebut milik emak kepada ibu saya),
    kemudian ibu sy meninggal, ketika ibu saya meninggal, emak dan ayah kepada ibu saya masaih hidup.
    sekarang ini, datuk dan nenek saya sudah pun meninggal. ayah saya pun sudah meninggal.

    pertanyaan saya..adakah tanah tersebut perlu dibahagi juga kepada anak-anak datuk dan nenek saya, memandangkan semasa masih hidup, datuk dan nenek saya sudah memberi tanah tersebut kepada cucu-cucunya (saya dan adik beradik)..

    # datuk dan nenek saya sudah bahagi harta secara adil kepada anak-anaknya semasa hidup

    1. ya. mereka akan dapat balik bahagian melalui faraid.

      jika mereka menolak semasa mereka masih hidup, tiada masalah. jika urusan masih tidak diselesaikan sehingga mereka pula meninggal, maka bahagian mereka akan diserahkan kepada anak-anak mereka pula.

  96. assalamualaikum Tuan Hanaffi Idris,

    saya hendak bertanya, arwah ibu saya mempunyai sebidang tanah selepas pembahagian harta pusaka oleh emak kepada ibu saya. (asal tanah tersebut milik emak kepada ibu saya),
    kemudian ibu sy meninggal, ketika ibu saya meninggal, emak dan ayah kepada ibu saya masaih hidup.
    sekarang ini, datuk dan nenek saya sudah pun meninggal. ayah saya pun sudah meninggal.

    pertanyaan saya..adakah tanah tersebut perlu dibahagi juga kepada anak-anak datuk dan nenek saya, memandangkan semasa masih hidup, datuk dan nenek saya sudah memberi tanah tersebut kepada cucu-cucunya (saya dan adik beradik)

    # datuk dan nenek saya sudah bahagi harta secara adil kepada anak-anaknya semasa hidup

    1. wasalam. tanah yang telah diserahkan kepada emak akan diturun milik kepada waris-waris emak. iaitu emak dan ayah arwah, suamu dan anak-anak (kematian pertama).

      selepas tu, bahagian atok dan nenek aan turun pula kepada anak-anaknya.

      bahagian ayah pula akan tutun kepada mak dan ayah arwah serta anak-anaknya.

      untuk uruskan, en kena dapatkan semua maklumat waris-waris berkaitan.

  97. Asalammualaikum tuan,saya ingin bertanya,boleh kah saya menuntut harta ayh saya?mk dan ayh saya sudah lma bercerai ,mse tu sy masih kecil,kmi dua brdik..lepas bercerai ayh saya tak pernah langsung datang tgok,tak pernah bagi nafkah kepada kmi…sedangkan ayah saya orang nya senang…bile kmi dh besar kmi cuba jgk cari dia,nak jumpa dia,tpi isteri dia tak bagi kami jumpa ayh kmi dgn alasan dia sudah ade khidupan dia..kami dua bradik lelaki…dan ayh saya ada 2 org anak prmpuan dgn isteri dia….disini saya ngin brtanya boleh kah saya mnuntut harta ayh saya?

  98. Hai tuan, saya ingin bertanya, saya tidak pasti ayah saya ada tulis waris ke atau tidak.. harta atas nama atas ayah saya boleh mendapatkan waris iaitu saya dgn kakak saya tak?

    1. jika tiada wasiat, boleh dapat kepada cik dan kakak. cuma kena kenalpasti apa harta yang arwah tinggalkan.

  99. Assalamulaikum tuan,

    Saya nak bertanya mengenai penama untuk harta saya sekarang. Saya telah berkahwin 2 kali, jadi saya nak tahu mengenai pengurusan harta untuk anak saya dengan suami terdahulu. Jika saya letakkan nama anak saya (1 lelaki dan 1 perempuan berusia bawah 18 tahun) sebagai penama bagi hibah dan rumah kediaman, adakah suami terdahulu berpeluang dapat harta tersebut atau ada kemungkinankah dia menjadi pentadbir harta tersebut jika saya sudah meninggal?. Rumit saya memikirkan situasi tersebut. Saya ingin mengatur harta saya dengan baik supaya anak2 dapat harta saya seperti saya mahu demi masa depan mereka. sekian terima kasih tuan.

    1. puan boleh melantik kami sebagai pentadbir bagi harta anak bawah umur. bekas suami tiada hak lagi untuk menjadi pentadbir. untuk menerima bahagian daripada harta puan, bekas suami dah tak layak sebab dia bukan sebagai waris faraid lagi.

  100. Pada mulanya pemberi hibah Beri keseleluruhan Harta hibah berupa tanah pada Saya, tapi lepas tu pemberi hibah jual separuh dari Tanah sebelum die meninggal..adakah hibah itu masih boleh digunapakai?

    1. kena rujuk semula apa yang terkandung dalam dokumen hibah. apa terma yang dipersetujui bersama. Boleh rujuk kepada pihak yang menyediakan dokumen tersebut.

  101. Assalamualaikum en hanaffi,saya ingin bertanya,jika ladang atas nama abah kemudian abah meninggal.selepas 2 tahun baru pusaka kecil panggil untuk bicara kuasa.tapi 6 bulan sebelum tu kakak saya meninggal.jadi dari 5 beradik tinggal 4 beradik dan mak kami .

    kami(termasuk waris arwah kakak semua setuju tukar nama ladang kepada nama mak sewaktu bicara kuasa.

    Tapi 10 hari kemudian,mak pulak meninggal tanpa sempat tukar nama di geran tanah tu.

    Soalan saya, pembahagian hasil ladang selepas tarikh arwah mak meninggal tu masih termasuk waris kakak saya ke?sebab walaupun dah setuju tukar kepada nama arwah mak tapi di geran masih belum tukar.masih nama arwah abah.

    1. yg ada bahagian adalah anak2 mak sahaja. waris-waris kakak sudah tiada bahagian.

  102. Assalamualaikum Tuan. Ayah saya telah meninggal dunia pd 1995 dan Mak meninggal dunia pd 2002. Ayah mempunyai sebuah rumah dan bebas hutang. Saya & adik perempuan tinggal di rumah tersebut sejak lahir sehingga sekarang. Saya mempunyai 3 org lagi adik beradik lelaki yg tinggal berjauhan & tiada halangan kami tinggal di rumah tersebut. Kami tidak pernah membuat permohonan ke pusaka kecil.
    Baru ni kami bersetuju menyerahkan rumah kpd adik perempuan saya. Adakah kami masih perlu ke pusaka kecil walaupun telah ada persetujuan bersama? Utk makluman harta Arwah Ayah & Mak saya yg berbentuk tunai telah kami bahagikan setelah ada persetujuan bersama dgn tidak menggunakan faraid.

    1. wajib uruskan. jika tak ia tiada rekod penyerahan kepada adik perempuan tu. jika ada yang meninggal akan merumitkan keadaan.

  103. Salam encik, jika pewaris lain enggan memberi kerjasama apa patut saya buat. Sbb kakak saya enggan memberi kerjsama kerana dia mendengar kata laki dia. Kami dah sedaya upaya cari tapi dia blok kami dan hindarkan kami. Sedangkan laki dia ustaz tpi berperangai nauzibilah. Boleh faraid diteruskan?

    1. boleh. urusan pusaka buat di mana?

      jika di pusaka kecil masih boleh. jika di mahkamah tinggi kena saman dia.

  104. saya dah dapat surat kuasa dari pusaka kecil. Apa kah tindakan seterusnya. rumah masih ada liabliti bank. hak waris semua telah bagi saya dan anak 16 tahun. adakah saya perlu tukar nama pada geran?

  105. Assalamualaikum encik, saya nak tanya, ayah telah meninggal 3 tahun lepas . mak dan kakak saya telah tuntut harta tersebut.
    waktu itu saya berumur 16 tahun. so dikira waktu itu saya masih bawah dan tak boleh tuntut harta. sekarang saya dah berumur 19.

    soalan saya,
    1. bagaimana cara yang perlu saya buat untuk tuntut harta ayah saya .
    2. apa yang diperlukan untuk tuntut harta
    3. berapa lame jangka mase saya untuk tuntut harta tersebut

    1. jika dulu diuruskan di pusaka kecil, boleh ulang bicara saja dengan permohonan Borang P

  106. Assalamualaikum WBT Tn Hanaffi,

    JIka 2 orang Pentadbir telah dilantik bagi Harta Pusaka SI Mati melalui Perintah Mahkamah Tinggi dan nama Pentadbir sudah didaftarkan di dalam Geran Tanah A. Tanah A tersebut ingin dijual dan waris sudah setuju dan proses jual beli belum bermula lagi. Malangnya salah seorang Pentadbir sudah meninggal dunia. Adakah Pentadbir yang lagi seorang itu boleh meneruskan proses jual beli?

    1. bergantung pada pegawai urusan. ada yg nak dua2 sain, ada cukup hanya seorang saja.

  107. Salam Tuan,
    Datuk saya sudah meninggal dan kami baru tahu yang arwah datuk sudah menjual hartanya kepada orang lain bersaksikan oleh mertuanya. Surat tersebut mempunyai cop jari arwah datuk saya. Bolehkah harta tersebut dituntut balik oleh cucunya dan orang lain ataupun tidak?

      1. Ayah saya baru meninggal dunia. Arwah meninggalkan sebuah runah dan sebuah motor. Segala hutang telah diselesaikan semasa hidup

        Waris :
        Nenek (ibu kpd arwah ayah)
        Isteri
        Anak perempuan 2
        Anak lelaki 1

        Sekiranya anak lelaki mahu duduk di rumah ini tanpa persetujuan kami, apa yg boleh dilakukan ya ? Adakah dia perlu membayar bahagian kami ?

        *Hubungan waris dgn anak lelaki bukan dlm keadaan baik

        1. secara adabnya, anak lelaki perlu minta kebenaran pada waris lain dan membayar sedikit imbuhan kepada waris-waris lain agar semua waris mendapat manfaat dari harta pusaka tersebut.

  108. Salam tuan,
    Ayah saya telah meninggal dunia dulu sebelum atok saya, boleh ke harta pusaka itu diwarisi oleh waris dari ayah saya (kami adik beradik) atau mmg kami tidak layak harta pusaka tersebut.

    1. jika atok ada anak lelaki lain.. maka waris ayah secara automatik tak dapat bahagian dah.

  109. Assalamualaikum tuan,
    Saya nak minta pandangan untuk urusan tanah felcra (3 serangkai, sebidang tanah tapak rumah, tanah sawit & tanah sawah padi) milik atok yang telah lama meninggal dunia.
    Bapa saudara dilantik sebagai pentadbir.
    Adik beradik (sebapa) 4 orang perempuan.
    Telah melalui bicara kuasa semula, adik beradik perempuan telah bersetuju bapa saudara sebagai penama geran.
    Setelah 5 tahun, bapa saudara berhasrat menamakan salah seorang adik beradik utk ditukarkan nama diatas geran. (Wasiat secara lisan arwah atok sebelum meninggal dunia)
    Ada diantara adik beradik lain yang tidak bersetuju dan mahukan bahagian mereka, boleh tuan bantu beri pandangan tentang;
    1) proses untuk tanah felcra tersebut difaraidkan semula?
    2) kos yang perlu untuk proses faraid semula?

    1. 1. buat bantahan saja di pusaka kecil nanti, saya percaya kes nie dibuat di pusaka kecil.

      2. hanya submit borang P untuk perbicaraan semula di pusaka kecil.

  110. Assalamualaikum tuan,
    Mohon pendapat dan saranan.
    Arwah atuk telah lama meninggal dunia dan meninggalkan harta pusaka berupa tanah felcra ( tapak rumah, sawah padi, kelapa sawit) tanah berangkai.
    Bapa saudara telah dilantik sebagai pentadbir.
    Nenek tiri telah meninggal dunia, waris nenek tiri telah datang meminta bahagian faraid mereka.
    Hasil bicara kuasa semula, adik beradik perempuan ( 3 orang) telah bersetuju menukarkan satu penama diatas geran iaitu bapa saudara itu sendiri atas alasan ada agenda tapi tidak diberitahu agenda tersebut. Bahagian faraid waris nenek tiri telah dibayar.
    Setelah 5 tahun, bapa saudara tersebut berhasrat menukarkan nama kepada salah seorang adik beradik perempuan atas niat wasiat secara lisan oleh arwah atuk.
    Adik perempuan yang lain tidak bersetuju dan membuat keputusan utk kes ini dibicarakan semula.
    1) Mohon pencerahan proses yang bakal dilalui oleh adik beradik perempuan yang tidak bersetuju.
    2) Jumlah kos yang perlu ditanggung untuk difaraidkan semula harta ini?
    3) Siapa yang perlu menanggung kos?

    1. 1. jika nak tukar sebagai pemilik perlukan persetujuan semua waris. jika tukar pentadbir pada saya tiada isu.

      2. nak minta orang uruskan ke? boleh wasap saya 0165577653

      3. kos akan ditolak daripada harta pusaka si mati.

  111. Assalamualaikum en hanafi.nak tanya 1 soalan.Pentadbir telah dilantik seramai 2 orang dikalangan pewaris juga oleh mahkhamah tinggi.

    Didalam mesyuarat antara pewaris,perlukah lantik pengerusi mesyuarat?jika perlu siapakah yang paling layak untuk menjadi pengerusi?salah seorang daripada pentadbir tersebut atau pewaris pewaris yg lain?

    1. jika sekadar lantik pengerusi majlis tak kisah siapa-siapa sebab tugas sebenar telah dibuat secara sah di mahkamah tinggi sivil untuk uruskan pusaka si mati.

  112. Salam tuan, saya te;ah medapat surat kuasa pentadbir untuk arwah adik saya. saya berhasrat melakukan pertukaran hakmilik kenderaan dengan JPJ, namun memerlukan akuan sumpah penolakan harta, supaya hakmilik boleh diturunkan kepada 1 waris sahaja sebelum dijual dan hasil dibahagikan mengikut pecahan faraid.

    Soalan saya, perlukah saya membuat sijil faraid?

    Dimanakah saya boleh membuat surat akuan sumpah tersebut?

    Bolehkah saya buat dengan mana-mana pesuruhjaya sumpah, atau perlu bantuan guaman juga?

    terima kasih tuan

    1. mmg perlukan akuan sumpah waris-waris yang setuju harta tu dijual / letak nama pemilik baru.

      contoh surat akuan tu puan boleh dapatkan di JPJ.. contoh surat akuan.

      surat akuan tu boleh salinan semula dan bagi waris-waris sain.

  113. Ayah Dan mak saya dah meninggal 10 tahun lepas,kamibadik beradik 5 (4 perempuan kakak 6ang dah kahwin
    1lelaki bujang )rumah ayah dah buat refinance masa ayah hidup Dan peminjam kedua ialah akak ke 4.Rumah Masih ada hutang tetapi kakak semua suruh saya langsaikan hutang yang kakak Dan ayah refinance dan suruh saya beli rumah ayah.Saya sebagai anak bongsu hidup bujang Dan sungguh bersusah payah untuk tanggung perbelanjaan sejak ayah Dan ibu meninggal.Dan mereka berempat enggan kongsi Dan bincang tentang perkara yang ayah Dan ibu tinggalkan.

  114. Bapa telah meninggal dunia..boleh kah anak membuat urusan harta sepencarian bg pihak ibunya yg telah uzur…supaya dpt meneruskan urusan harta pusaka kelak.

  115. Ayah telah meninggal dah lama dulu. Harta pusaka masih belum diuruskan. Kini rumah yg balu tinggal sudah capai tamat tempoh pajakan (leasehold). Terpaksa mohon semula ke kjaan negeri.

    Soalan saya, untuk pembayaran premium kelak, adakah status tanah pertanian (rumah ibu yang tinggal sekarng tetapi dibuat rumah ) akan menjangkau ratusan ribu..? Sekiranya kami nak memohon semula.

    1. kena mohon surat kuasa mentadbir dulu sebelum berurusan dengan mana-mana agensi berkaitan. Sebab tiada pentadbir, tiada urusan akan dibuat.

      Untuk dapatkan surat kuasa mentadbir boleh wasap saya 0165577653

  116. ASSALAMMUALAIKUM ENCIK HANAFFI

    Saya ingin bertanya, arwah isteri saya (GURU SEKOLAH RENDAH) baru meninggal pada 18/7/2023… dengan ada harta tak alih iaitu 1 rumah apartment berinsurance yang masih dalam LPPSA.. serta ada harta alih dalam ASB, BSN, BANK RAKYAT, MAYBANK… Saya sekarang nak mulakan mohon surat kuasa mentadbir dari portal MyeTaPP JKPTG ONLINE. Namun, hari ini 7/8/2023 laman tersebut NULL. Saya kena buat Permohonan Pembahagian Pusaka Kecil, ISI DAN SUBMIT BORANG A juga. Oleh itu, macam mana saya nak teruskan jika laman tersebut NULL. MyeTaPP apps pulak hanya untuk android version lama sahaja. Adakah saya boleh submit borang A & BUAT PERMOHONAN PEMBAHAGIAN PUSAKA KECIL MELALUI BORANG HARDCOPY DAN KEMUDIAN DI HANTAR SECARA WALK IN KE PEJABAT TANAH?

    Lagi satu, macam bank maybank, bsn memang tak akan beri penyata baki kewangan terkini ke kepada waris si mati (suami) jika waris si mati datang ke bank dan tunjuk SIJIL KEMATIAN & SIJIL NIKAH. SEBAB NANTI DI SURAT KUASA MENTADBIR PERLU KAN DINYATAKAN BERAPA SEGALA NILAI ASET TAK ALIH DAN NILAI ASET ALIH. Jika bank tak beri penyata baki kewangan si mati macama mana saya waris nak tahu berapa nilai yang ada untuk dimasukkan dalam borang A.

    Maaf Encik Hanaffi, jika agak bercelaru pertanyaan saya ini. sesungguhnya saya benar-benar tidak arif dalam perkara ini. hanya melalui bacaan dan dapatan maklumat yang jumpa sahaja. terima kasih menjawab soalan saya nanti.

    1. 1. mesti submit secara online dulu.

      2. betul jadi en nanti kena ulang bicara selepas dilantik pentadbir. Mohon kepada bank berkaitan penyata untuk diuruskan semula.

      Jika en nak cepat saya boleh uruskan di mahkamah tinggi sivil. mahkamah tak perlu penyata.

      Apa-apa boleh wasap saya 0165577653

  117. As slm Tuan

    Suami sy telah meninggal dan harta yg ditinggalkan adalah kwsp RM25,800 dan sebuah motosikal..suami ada loan bank (dlm prjanjian ada sign insurans)

    Ibu suami masih hidup dan sy mempunyai 2 org anak lelaki dan 1 org anak perempuan.. Semua anak umur bawah 18thn

    Sy telah mohon pengeluaran kwsp dan telah terima byran RM25,700.00.. Sy dan ibu mertua setuju bahagikan kwsp secara muafakat.. Kwsp maklumkan utk keluarkan baki perlu sijil faraid / surat kuasa..

    Kami juga stuju motosikal ditukarkan kepada nama anak lelaki sulung atau nama sy dahulu jika anak belum layak..

    Soalan sy..
    1 – perlukah sy dptkan sijil faraid / surat kuasa utk keluarkan baki kwsp rm100.00?

    2 – Di mana sy nak mohon surat kuasa? kerana dperlukan utk proses tukar nama pemilik motosikal..

    Terima kasih Tuan

    1. perlu surat kuasa untuk uruskan kenderaan, jadi baki rm100 tu boleh dimasukkan dalam senarai aset.

  118. Assalamualaikum tuan hanaffi

    Bapa meninggal 2016 kami 6 beradik 3 lelaki 3 perempuan.Bapa cerai dgn ibu saya dan kawin lain dan tak ade anak dgn ibu tiri.

    -Bapa ada sebidang tanah, duit pencen dan duit dalam bank

    -1 kereta(nama atas saya tapi bapa bayar bulanan dan habis bayar)
    -1 rumah bapa duduk dgn ibu tiri (rumah atas nama saya semasa beli dan buat loan atas nama saya dan dia bayar bulanan tapi setahun sebelum dia meninggal suami saya tolong bayar sbb bapa dah tak mampu nak bayar)

    Bapa ada buat amanah raya menyatakan pembahagian harta tanah ikut sama rata antara kami 6 beradik iaitu 1/6 tetapi bapa telah tukar nama atas tanah itu (sebelum dia meninggal)kepada saya dan kakak sulung.

    Ibu masih hidup sehingga kini dan tinggal bersama saya

    Soalannya adalah:-
    1)Rumah bapa duduk adakah masih hak saya atau perlu faraid( utk makluman saya dah jual rumah tu bayar loan dan simpan baki duit tu)
    Adakah apa saya buat ni salah dan makan harta anak yatim iaitu abg dan kakak yg lain?

    2)Kereta pon saya dah jual dan semua duit kereta tu bagi kepada ibu tiri sebab bapa pesan suruh jual kereta tu dan bagi duit kepada ibu tiri sebab bapa ada hutang dgn ibu tiri(loan kereta dah habis bayar semasa bapa hidup)
    Adakah apa saya buat dgn kereta ni pon salah?

    3)Kakak yg lain dan abang nak jual tanah tu dan bertegas suruh saya dan kakak berpegang kepada wasiat amanah raya iaitu mereka masih ada hak 1/6 tetapi kakak sulung tak bagi jual tanah tu.

    -Duit pencen bapa ibu dan ibu tiri dua dua tak dapat kerajaan dah hentikan
    -Baki Duit dalam bank sudah dibahagi sama rata antara kami
    -Ibu tiri dah pulang ke negara asalnya

    Harap Tuan dapat membantu saya

    Terima Kasih

    Assalamualaikum

    1. 1) Rumah yang bapa duduk tu, adakah waris-waris bapa tuntut sebagai harta pusaka bapa, atau memang mereka mengiktiraf rumah tu sebagai rumah Puan sebab memang dah atas nama Puan?

      2) Begitu juga dengan kereta tu, adakah waris-waris bapa tuntut sebagai harta pusaka bapa, atau memang mereka mengiktiraf kereta tu sebagai kereta Puan sebab memang dah atas nama Puan?

      3) Begitu juga dengan tanah tu, adakah waris-waris bapa tuntut sebagai harta pusaka bapa, atau memang mereka mengiktiraf tanah tu sebagai tanah Puan dan kakak Puan sebab memang dah atas nama Puan dan nama kakak Puan?

      Dari sudut undang-undang, rumah, kereta dan tanah, kesemuanya bukan atas nama si mati (bapa), jadi pengurusan pusaka si mati tidak termasuk ketiga-tiga harta tersebut.

      Jika, waris-waris menuntut ketiga-tiga harta tersebut sebagai harta pusaka si mati, atas alasan ‘tumpang nama’ orang lain, secara undang-undangnya, yang menuntut itulah kena buktikan kes dan dapatkan perintah dari mahkamah tentang deklarasi harta-harta tersebut sebagai harta pusaka si mati.

      Atas asas berhati-hati dan tidak mahu makan harta batil, berbincang ajelah sesama waris. Dapatkan persetujuan atas asas masing-masing saling meredhai.

      Wasiat bapa supaya dibahagi sama rata sesama waris tidaklah mengikat waris. Waris boleh memilih sama ada nak ikut faraid, atau nak ikut wasiat. Kalau ikut faraid pun, tidaklah berdosa. Bukannya anak derhaka kerana melanggar wasiat, kerana faraid itu satu kewajipan. Wasiat itu sendiri sepatutnya tidak boleh melanggar hak faraid.

      Kalau nak ikut wasiat, waris WAJIB tahu dahulu hak faraid masing-masing terlebih dahulu.Selepas itu boleh bermuafakat untuk bahagi sama rata sebagaimana yang diwasiatkan dengan meniatkan waris yang mendapat banyak bahagian melepaskan hak faraid mereka kepada waris yang lain.
      Wallahu a’lam.

  119. Slm encik nak tanya , persoalan saya. Abg Sy telah meninggal dunia..,Arwah abang Sy itu ada hutang loan dan Pinjaman sekolah si arwah..Adakah si waris wajib membayar hutang pinjaman si arwah? Waris adalah ibu ..pihak waris tak mampu utk membayar.Adakah si waris boleh di kenakan tindakan oleh mahkamah?.tq

    1. secara umumnya hutang arwah perlu diselesaikan dengan harta yang arwah tinggalkan. jika waris dapat bantu dikira pahala bagi waris yang membantu.

      saya cadang waris rujuk dengan pihak sekolah bagaimana untuk selesaikan hutang arwah. kemungkinan ia akan di kecualikan.

  120. Assalamualaikum Tuan.,
    Ayah saya telah meninggal dunia pada tahun 2021. Sebelum kematiannya dia telah berkahwin dengan seorang janda yg mempunyai anak. Usia perkahwinan mereka hanya 7 bulan sebelum kematiannya. Selepas kematian ayah, ibu tiri telah berkahwin dengan seorang duda pada tahun 2022. Persoalannya adakah ibu tiri layak mendapat pembahagian duit dari hasil ladang felda arwah ayah. Kami mempunyai 10 orang adik beradik yang berlainan ibu.

    1. layak sebab mereka mempunyai ikatan yang sah. Status perkahwinan ibu tiri tidak menghalang beliau menerima pusaka arwah suaminya.

  121. Assalamualaikum..tuan,
    bolehkan nilai tebusan Baitulmal dikurangkan dari nilai taksiran? sbb waris semuanya anak perempuan dan bukan dr golongan senang. anggaran nilai tebusan rumah pusaka (flat) pun dah dlm 40k. waris2 tidak berniat utk melepaskan rumah tersebut. rumah didiami adik waris yg berstatus ibu tunggal anak 5.

    1. kena bincang dengan pihak baitulmal, mereka yang boleh buat keputusan.

      adakah baitulmal mmg terlibat? adakah tiada waris penghalang (waris lelaki)?

  122. Salam Tuan Hanaffi,

    Macamana saya nak tentukan nilai harta tidak alih?

    Macamana saya nak pastikan saya patut rujuk ke Amanah Raya atau ke Pejabat Harta Pusaka Kecil?

    1. wasalam.

      Jika nak tahu tepat, kena lantik juru nilai bertauliah.

      Jika sekadar nak tahu saja, boleh semak mudah.my

  123. Assalam Tuan,

    Mohon pencerahan sekiranya sudah ada Perintah Pembahagian di bawah Akta Pusaka Kecil dikeluarkan untuk harta dan aset arwah ibu saya pada tahun 2017 dan Pentadbir dilantik ialah Amanah Raya Bhd (ARB). Setelah 6 tahun berlalu ayah dapati ada lagi 1 rumah yg ada 1/2 bhg share arwah ibu tidak dimasukkan ke dalam Perintah pusaka kecil tersebut. Ayah berhasrat nak jual dan sudah ada pembeli. Adik yg bongsu masih berumur 17 tahun.

    Soalan saya adalah 1) bolehkah Ayah mohon pertukaran pentadbir baru drpd ARB kpd ayah dan saya dan mohon perintah utk harta yang tertinggal dan perintah utk jual? &

    2) Adakah permohonan2 ni bleh terus dibuat di Mahkamah Tinggi sebab buyer nak cepat beli dan masuk rumah tu.

    Terima kasih!

    1. wasalam,

      1) boleh tukar tapi kena minta ARB failkan Borang P dulu. Kena masukkan dulu harta tu sebagai harta pusaka.

      2) boleh selepas perkara pertama selesai.

      apa boleh wasap saya https://wa.me/60165577653

  124. Assalamualaikum tuan…
    setelah selesai Pentadbir mendapatkan geran yang sudah didaftarkan atas nama Pentadbir, Pentadbir perlu ke memohon ulang bicara bagi proses menukar nama kepada waris pula.sedangkan masa perbicaraan yg dulu kami adik beradik sudah setuju rumah tersebut diberikan kpd pentadbir…Utk pengetahuan pihak tuan… Masa beli rumah tersebut atas nama arwah ayah dan pentadbir.pentadbir kakak saya…sekiranya perlu ulang bicara…brp lama proses ulang bicara…

  125. Assalam Tuan,

    Saya ingin bertanya sedikit kemusykilan, jika ‘Surat Ikatan Amanah’ telah dilampirkan dalam geran tanah dan pemegang amanah (adalah pemilik asal tanah) sudah meninggal dunia bagaimanakah cara beneficiary ingin namanya tertera digeran tersebut.

    Terima kasih.

    1. kena mohon pembatalan pemegang amanah dan permohonan turunmilik kepada beneficiary di pusaka kecil atau di mahkamah tinggi sivil.

      1. Assalamualaikum tuan, kalau kami adik beradik bersetuju untuk kakak menguruskan harta atau menjadi pentadbir, adakah kami masih perlu membuat surat akuan sumpah untuk menyatakan yang kami bersetuju menjadikan kakak sebagai pentadbir untuk menguruskan harta arwah ayah untuk tukar penama tanah kepada nama mak?

        Adakah kami yg bersetuju ini masih perlu hadir dalam mana2 proses sepanjang pengurusan harta ini dibuat selepas menghantar permohonan ( borang A Seksyen 8 )?

        Selepas menghantar borang A seksyen 8 tersebut apa perlu dilakukan dan apakah proses seterusnya?

        Berapa lamakah tempoh sah laku surat akuan sumpah tersebut setelah ianya dibuat?

        Terima kasih.

        1. semua hadir digalakkan hadir.

          tempoh akaun tiada expired cuma ia boleh dibatalkan oleh pihak yang membuat akuan pada bila-bila masa sahaja.

  126. Assalamualaikum tuan,

    Saya nak tanya, sekiranya kami adik beradik bersetuju memberikan amanah kepada kakak saya untuk menguruskan / menjadi pentadbir harta pusaka arwah ayah saya, adakah kami masih perlu untuk membuat akuan sumpah menyatakan yang kami bersetuju terhadap perkara tersebut?

    Jika perlu buat akuan sumpah, berapa tempoh masa sah laku surat akuan sumpah tersebut boleh digunapakai?

    Sekiranya ingin menghantar borang A seksyen 8 dan urusan2 yang lain selepas itu, perlukah kami adik beradik pergi bersama atau hanya kakak dan mak sahaja yang perlu pergi bersama sepanjang proses penukaran penama ini berlangsung? Adakah perlu untuk membuat akuan sumpah juga untuk menyatakan tidak dapat hadir diatas sebab2 tertentu?

    Selepas selesai menghantar borang permohonan tersebut, apakah proses seterusnya yang perlu kami lakukan?

    Terima kasih.

    1. pejabat pusaka tidak akan lantik pentadbir jika harta tersebut telah selesai hutang.

      jika masih berhutang, pihak pusaka akan lantik pentadbir saja.

      perlu diingat juga, jika letak nama akak saja.. maka ia menjadi milik akak.

      tempoh selesai dalam masa 6 bulan – 1 tahun jika diuruskan di Pusaka Kecil.

  127. salam tuan..saya nak bertanya..semasa hidup nenek ada membuat hibah kasih syg terhadap mak tanpa pengetahuan 3 adik beradik yang lain..nenek dh meninggal dunia..bagi pengurusan harta adakah perlu membuat permohonan pusaka kecil dan mengemukakan dokumen hibah semasa proses bicara di mahkamah @ perlu membuat permohonan pengurusan harta di mana mana mahkamah..terimakasih tuan

    1. bagaimana hibah tu dibuat? cakap mulut saja? jika tiada dokumen hibah perlu buktikan di mahkamah syariah terlebih dahulu.

Leave a Reply to Mohd Zaki Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Nak kami bantu anda?

Hubungi segera untuk sesi konsultansi percuma

© 2021 SEZARAH NUR VENTURE (SA0388691-M) . All rights reserved

hanaffi.com

error: Content is protected !!